You are on page 1of 5

Kata Dasar dan Kata Akar Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat menerima

imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan. Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan,

manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti: Kata Akar pakai angkat Kata Dasar pakaian angkatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian (berpakaian), berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002). Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak mempunyai makna.

Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih.Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan

penambahan atau imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang, dan kata majmuk. Contohnya: a) Kata akar: tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan) b) Kata akar dengan imbuhan: perkembang (perkembangan), kebumi (pengkebumian) c) Kata akar berulang: main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat (teringat-ingat) d) Kata akar majmuk: surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah (menggambarajahkan) Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b) kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab), setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan (kakitangan), dan dari + pada (daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung (gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

Kata Akar 2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akartapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan. 2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya, Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri, misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadi penari. 2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam bukuLinguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works, kata akar disebut sebagai the root (racine) is the irreducible element common to all words of same family the element in which the meaning common to all related words reaches the highest degree of abstraction and generality. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar ramaperlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya. 2.8 Kata Dasar 2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalamTatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun.

Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas. 2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayuyang diterjemah oleh T.W Kamil daripada buku yang berjudulMaleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja seperti kata mas, wang, moe dan koe. 2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan The radical is generally the common element in a series of related words and conveys the idea common to every word. Daripada pendapat beliau ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang menjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata. Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya kata jalan ialah kata dasar bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata. 2.9 Kata Tunggal 2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kataitu, pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.

2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula, kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan atau belum mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidak menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain. 2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai singular word, iaitu In a language with the grammatical category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk about a single object such as dog, tree and idea. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baikdan gunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.

You might also like