You are on page 1of 42

1.

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. .

Alam Fizikal:Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif, tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran

sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN Pembelajaran Bronfenbrenner murid amat dipengaruhi pengaruh oleh persekitarannya. Teori Ekologi terhadap

menjelaskan

sosiobudaya

persekitaran

perkembangan dan pembelajaran individu.

1. Mikrosistem. Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem. Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumahsekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturanperaturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaanpekerjaan yang penting.

5. Kronosistem. Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanakkanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

2.0

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURIDMURID

Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori.

Permainan Sosial 1. Permainan congkak 2. Permainan batu seremban 3. Permainan main guli

Permainan Kognitif 1. Permainan galah panjang 2. Permainan lari ikat kaki 3. Permainan tingting

3.0

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian, 4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran?

Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.

Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Hieraki Pembelajaran 1.Pembelajaran Isyarat

Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang

menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. 2.Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian,bagus,Ali pandai. Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya. 3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam

pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian

merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. 4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar

memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan
7

satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. 5. Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama, atau pelajar dapat penting membezakan berbanding

rangsangan

maklumat

maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. penting

Pembelajaran

diskriminasi adalah

sangat

dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. 6. Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian

berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat

membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. 7. Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi. 8.Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk

menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian mencari

masalah,iaitu
8

mengenal

masalah,

maklumat,membuat ,membuat rumusan.

hipotesis,membuat

pilihan

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis pembelajaran.

Kategori Maklumat lisan

Huraian Mendapatkan semula maklumat yang disimpan:

Keadaan dalaman yang menyokong termasuk: -ilmu sedia ada; -strategi untuk memperoses maklumat baru;

Kemahiran Intelek

Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. Keadaan dalaman yang menyokong.

Strategi Kognitif

Perancangan

Kawalan diri

Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk: -khusus kepada tugas -umum -eksekutif
9

Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang;

Kemahiran motor

Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan;

Melibatkan tiga tahap:

(i) Belajar urutan yang berkenaan; (ii) Amalkan pergerekan tersebut; (iii) Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;

10

4.0

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Tokoh

Ujikaji Kotak Skinner.

Hasil Dapatan Jika seorang kanak-kanak diberi

Komen Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan.

Seekor tikus yang sedang melompatlompat disekeliling


Burrhus F. Skinner (1904 1990)

pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.

kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan Seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait

Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang individu
11

Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan semula dan

Albert Bandura (1925 sekarang)

dengan tingkahlaku agresif .

membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.

motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti.

Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936) loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas

Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan anatar rangsangan dengan gerak balas.

Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik.

Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, Abraham Maslow ( 1908- 1970) kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri

Keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan keperluan fisiologi,diikuti dengan keselamatan,kasih sayang,harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.
12

Secara semulajadi murid-murid kita hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari, bertindak ke ats persekitaran dan membuat pilihan atau keputusan,

setiap individu berusaha bersungguh sungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator. Jean Piaget (1896- 1980) Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.Adaptasi dibahagikan kepada Empat tahap perkembangan berkait rapat dengan umur. Setiap tahap perlu diberi penekanan khusus mengikut

asimilasi tahap perkembangan kognitif kanakkanak tersebut.

dan akomodasi.

Lev Vygotsky ( 1896- 1934)

Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh

Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi
13

Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus

budaya.

persekitara tersebut.

memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.

14

5.0

MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

PENGENALAN Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.

1. Model Pemprosesan Maklumat Konsep Pengajaran konsep - Inkuiri - Ekspositori Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Model Behavioral Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran Pembelajaran Masteri Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Model Sosial Pembelajaran Koperatif Main Peranan & Simulasi Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

15

4. Model Personal Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) - Kesedaran Peribadi - pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jenis Model Pengajaran

Contoh

Huraian

Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, Menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

1. Model pemprosesan Maklumat

Inkuiri

Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Ekspositori

Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

2. Model Behavioral

Pengajaran Langsung

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran
16

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira. Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masingmasing 3.Model Sosial Pembelajaran Koperatif Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan. Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. Main Peranan & Simulasi Main peranan membantu muridmurid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi
17

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain.

sosial dan caracara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satusatu kemahiran melalui demonstrasi,prakti s dan latihan khusus. 4.Model Personal Synectics

Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Model ini mengajar Murid-murid akan kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain. mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedurprosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

18

Jenis Pendekatan Induktif

Prinsip Pembelajaran Mengajar dari spesifik ke umum

Contoh aktiviti Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.

Deduktif

Mengajar dari umum ke spesifik

Pengajaran mata pelajaran Sains. Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.

Integratif

Mengintegrasi isi kandungan & kemahiran ke dalam satu pelajaran

Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir, mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.

Eklektif

Kombinasi deduktif, induktif atau Integrative

Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan, pengalaman, pengetahuan sedia ada. Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.

Tematik

Mengajar pelajaran mengikut satu tema

Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema
19

sahaja

yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Metematik dan Sains. Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut: Strategi Pemusatan guru Strategi Pemusatan murid Strategi Berasaskan bahan Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

20

6.0

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari, 1997).

Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu 1. Budaya dan Etnik 2. Jantina 3. Kecerdasan 4. Gaya Pembelajaran 5. Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.

Kecerdasan Logik Matematik

Pekerjaan Saintis, pakar statistik ahli nuklear, ahli kaji bintang

Sifat-sifat Utama -Berminat dengan nombor. -Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah. -Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data.
21

Ruang (Spatial)

Pelaut, juruterbang, pelukis

-Gemar berkaitan ruang. -Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental. -Mempunyai ingatan visual yang kuat. -Mahir dari segi kordinasi mata-tangan. -Cenderung kepada seni.

Linguistik/Bah asa

Pengarang,penyair, wartawan, ahli politik

-Berminat dengan perkataan,sama ada lisan

pemidato, atau bertulis. -Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan. -Gemar membaca dan mencatat nota.

Muzikal

Penggubal penyanyi,

lagu, -Gemar

dengan

ritma,

muzik

dan

pendengaran. -Peka terhadap bunyi, ritma dan pic. -Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan menggubah lagu. -Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.

pemain alat-alat muzik

Kinestetik badan

Penari, ahli sukan, ahli Gimnastik

-Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus. -Cenderung lakonan. -Belajar melalui aktiviti fizikal. kepada sukan,tarian atau

Interpersonal

Juru jual, kaunselor, -Gemar berinteraksi dengan orang lain. guru -Bersifat ekstrovert dan pandai

berkomunikasi. -Boleh bekerjasama dalam kelompok. -Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan. Intrapersonal Ahli ulama, ahli -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri. -Bersifat
22

falsafah, ahli psikologi dan ahli

introvert

dan

gemar

bekerja

teologi.

perseorangan. -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. -Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri.

Naturalist

Ahli

ulama,

ahli -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri. -Bersifat introvert dan gemar bekerja

falsafah, ahli psikologi dan ahli teologi.

perseorangan. -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. -Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri

Existentialist

Individu yang berminat -Berkobolehan tentang hayat, evolusi manusia dan kematian membuat berbentuk

untuk

menimbulkan

dan

refleksi falsafah,

mengenai berkaitan

persoalan dengan

kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)

Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000) memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.

Faktor Rangsangan Persekitaran

Faktor Cahaya

Huraian Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu
23

terang. Bunyi Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Suhu Suasana sejuk dan nyaman dapat

mempertingkatkan pembelajaran Reka

keberkesanan

bentuk Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan

tempat belajar

keberkesanan pembelajaran. Rangsangan Emosi Motivasi Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsic suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru. Keazaman Tanggungjawab & Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Struktur Pelajar yang struktur suka membuat

peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur. Sosial Perseorangan Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar. Berpasangan Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala. Berkumpulan Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama. Orang dewasa Belajar bersama orang yang disanjung
24

contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi. Fisiologi Masa Belajar Memilih waktu tertentu untuk belajar. Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam. Mobiliti Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. Pemakanan Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar. Persepsi Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar. Psikologi Otak Kiri & Otak Mempunyai Kanan kemahiran berfikir dalam

bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri) Mempunyai kemahiran berfikir dalam

bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan

imaginasi.(Kanan) Refleksi Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. Gerak hati Belajar bergantung kepada angin atau moodnya. Global/Analitik Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

25

7.0

MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993) Santrock (2008) mengatakan motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat. Terdapat dua jenis motivasi yang umum.

1. Motivasi Ekstrinsik:

Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanyaberfokuskan kepada ganjaran yang diberi.

Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred, agregat, keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.

26

Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai pencapaian

: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.

Nilai Intrinsik/Minat

: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu tugasan.

Nilai Utiliti

: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/ Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran Sosial-kognitif.

Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep Perspektif tentang Motivasi

Idea Utama Behaviorisme

Huraian Sumber motivasi Ekstrinsik. Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran, imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner. Sumber motivasiintrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers. Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom. Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.
27

Humanistik

Kognitif

SosialKognitif

8.0

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi. 1. Strategi Umum 2. Prosedur dan peraturan 3. Kerjasama murid

1.Strategi umum

- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif

-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

28

Mengurus kumpulan

1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah. 2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih. 3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan. 4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan

1. Rutin pentadbiran 2. Pergerakan murid keluar masuk kelas 3. Pengurusan bilik darjah 4. Rutin pengajaran dan pembelajaran 5. Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid

1. Membina hubungan positif dengan murid. 2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama 3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

29

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK 9.0 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Bilik darjah dapat didefinasikan sebagai suatu tempat berlakunya segala pengajaran dan pembelajaran secara formal. Guru memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan hubungan sosial yang sihat. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting dalam pengurusan bilik darjah dan usaha membina komuniti bilik darjah yang berkesan. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang guru bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam sesebuah bilik darjah. Antaranya ialah: 1. Pendekatan Intimidation

Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang

mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.

Pendekatan Autoritarian

Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.

Pendekatan Cookbook Management

Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkaraperkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

30

4.

Pendekatan Sosioemosi

Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.

Pendekatan Permisif (Kebebasan)

Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.

Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku

Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.

Pendekatan Pengajaran

Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

31

8.

Pendekatan Proses Kumpulan

Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah. Selain itu, guru guru juga perlu mengikuti 16 ciri ciri bilik darjah yang kondusif. Dengan mengikuti kesemua ciri tersebut, suasana pembelajaran yang ceria dan selesa akan terhasil. Berikut adalah ciri ciri bilik darjah yang kondusif : 1) Perancangan yang teliti agar murid terus berminat untuk

melaksanakan aktiviti P&P, sebaik baiknya menepati kecerdasan pelbagai murid. 2) Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid. 3) Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku murid serta mengatasi tingkah laku yang mengganggu perjalanan P&P sebelum murid mempengaruhi rakan rakannya yang lain. 4) Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid seperti perbincangan, perbahasan dan permainan, kemungkinan kelas berda dalam keadaan yang agak bising, tetapi murid memperoleh banyak ilmu dan kemahiran. 5) Susunan kelas yang memudahakan interaksi gurumurid. 6) Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikan murid. 7) Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid. 8) Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkah laku (on-task behavior). 9) Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan. 10) Menambah baik bimbingan terhadap murid.

32

11) Susunan meja guru dan murid memudahkanguru berinteraksi dengan murid. Jarak murid dengan guru menentukan kadar tumpuan murid terhadap pengajaran guru. 12) Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada di dalam bilik darjah. 13) Wujudkan perasaan kemasyarakatan dalam kalangan murid.

Contohnya, melalui pembelajaran koperatif. 14) Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap positif murid. 15) Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan diberikan kepada murid lebih awal supaya murid bersiap sedia. 16) Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang diperlukan bagi menyudahkan tugasan dan bagaimana untuk

melaksanakan tugasan mereka.

33

10.0

PELAN BILIK DARJAH KELAS 5 CEMPAKA PELAN KELAS 5 CEMPAKA

34

PETUNJUK

Papan kenyataan

Meja tepi

Loker buku

Meja tengah

Meja guru

Papan putih

Pintu

35

11.0

HURAIAN MENGENAI PERSEKITARAN KELAS

Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sebaik baiknya. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Sekolah Kebangsaan Seri Utama (SKSU),melalui kelas 5 Cempaka, terdapat pelbagai bahan dan sumber pembelajaran yang dipamerkan di setiap bilik darjah. Bahan ini dipamerkan agar suasana di dalam kelas sentiasa ceria dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Salah satu bahan yang dipamerkan di bilik darjah tersebut ialah gambar rajah yang dilekatkan di dinding. Penggunaan gambar rajah ini menarik minat pelajar sekaligus membuatkan mereka selalu memerhatikan gambarajah yang dilekatkan. Ianya satu idea yang menarik dipamerkan oleh guru kelas iaitu Encik Ridzahudin agar dapat menjadikan kelas sebuah tempat yang selesa untuk belajar. Selain itu, dengan adanya gambar rajah tersebut, pelajar akan membuat pemerhatian dan pembacaan berulang kali, secara tidak langsung membuatkan minda pelajar mudah mengingati apa yang dibaca. Setelah dapat dihafal, mereka menjadi minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara itu. Selain itu, bahan dan sumber pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid ialah bahan yang yang mudah kendaliannya seperti penggunaan kertas mahjong untuk tujuan pembentangan dan buku tulis biasa. Bahan seperti LCD juga mudah digunakan oleh murid kerana dengan hanya menekan beberapa butang, LCD ini akan dapat dihidupkan dan digunakan oleh para pelajar. Cuma untuk tujuan pembentangan oleh murid, penggunaan LCD ini agak terhad digunakan. Namun, dengan adanya kemudahan seperti LCD, para guru dapat menyampaikan proses pengajaran dengan lebih efektif dan dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Penggunaan alat yang berteknologi tinggi ini mampu membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar.dan sebaiknya, guru perlu lebih kerap menggunakan LCD kerana ianya dapat mewujudkan suasana yang kondusif.

36

Kemudahan lain seperti papan putih juga digunakan dalam proses penyampaian pelajaran dan papan kenyataan digunakan sebagai sudut ilmu di mana pelbagai info info terkini ditampal untuk para pelajar membaca maklumat yang diberi. Kemudahan lain seperti kipas, lampu, meja dan kerusi juga diberikan agar para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalm bilik darjah. Bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah untuk digunakan oleh murid adalah maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan serta gambar rajah yang ditampal pada dinding kelas. Kemudahan ini membantu dalam menarik minat murid untuk belajar kerana dengan menggunakan gambar rajah, murid akan mudah untuk memahaminya kerana ia jelas dan bersistematik. Maklumat yang ditampal juga sering kali menarik minat para pelajar untuk membaca kerana ianya adalah sangat berguna dalam membantu mereka dan ianya penuh dengan ilmu ilmu yang baru. Dengan menggunakan sumber ini juga, murid dapat memahami dengan senang dan masalah kekeliruan antara murid dapat diperbetulkan oleh guru. Penggunaan gambar rajah dapat memberi pelajar kemudahan untuk memahaminya. Ini kerana ia mudah untuk murid nampak apa isi yang cuba diterangkan oleh guru kepada mereka. Bagi guru pula, ia dapat memberi mereka kemudahan untuk menerangkan kepada murid isi pengajaran yang ingin disampaikan. Dengan ini, sesi P&P akan berjalan dengan lancar jika guru bijak dalam memastikan kelas berada dalam suasana yang kondusif. Pelbagai kaedah dan proses pengajaran diberikan oleh Encik Ridzahudin agar para murid sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Di SKSU, kami tertarik pada satu aktiviti yang sering diguna pakai dalam proses pembelajaran murid. Proses itu adalah HAFAL SIFIR. Proses ini meminta para pelajar terlebih dahulu diberi masa untuk menghafal sifir di rumah dan pada setiap waktu kelas, pelajar di minta untuk membaca sifir yang mereka hafal. Di dalam kelas 5 Cempaka, Encik Ridzahudin memastikan agar setiap pelajar terlibat dalam membaca sifir. Beliau juga mengadakan sedikit sesi soal jawab agar para pelajar sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Ianya satu lagi kaedah yang digunakan oleh

37

Encik Ridzahudin dalam memastikan kelas berada dalam keadaan yang kondusif di mana setiap pelajar mewujudkan suasana yang dapat menarik minat untuk belajar. Dalam pembahagian tempat duduk pula, Encik Ridzahudin telah menyediakan tempat duduk pelajar mengikut tahap murid sendiri. Kumpulan di dalam kelas dibahagikan mengikut beberapa perkara. Yang pertama adalah mengikut jantina. Di dalam kelas yang saya kaji, pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki. Oleh yang demikian, susunan dibuat mengikut kumpulan jantina iaitu setiap baris diselang selikan antara lelaki dan permpuan. Selain itu, murid-murid juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di dalam setiap kumpulan tersebut mengandungi murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Tujuan mengadakan kumpulan jenis ini ialah untuk membolehkan murid-murid cerdas membantu murid-murid yang lambat untuk menjalankan aktiviti seperti perbincangan, projek, ujikaji dan sebagainya. Dengan ini, semangat bekerjasama dapat diwujudkan. Encik Ridzahudin juga sentiasa memastikan agar kelas beliau sentiasa bersih dan teratur. Beliau telah menyediakan jadual tugasan harian dan sentiasa memastikan agar setiap hari kelas sentiasa bersih. Bagi sesiapa yang bertugas pada hari tersebut, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab agar kelas sentiasa bersih dan selesa untuk sesi P&P. Dengan ini, persekitaran yang kondusif akan terjadi di dalam kelas. Para pelajar perlu menyusun meja, mengemas buku di loker yang disediakan, menyapu sampah dan mengelap tingkap. Encik Ridzahudin juga bijak dalam menyediakn persekitaran yang kondusif di dalam kelas. Bagi memastikan kelas bersih, mereka yang tidak menjalankan tugas pada hari tersebut akan dikenakan denda. Encik Ridzahudin telah menyediakan hukuman tersendiri kepada anak murid beliau agar mereka takut dan sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab masing masing. Kesimpulannya, persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah penting dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ianya juga penting kerana kelas yang ceria dapat meningkatkan semangat untuk para murid belajar dan bersedia dalam menerima segala ajaran yang ingin disampaikan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap guru dalam memastikan agra kelas mereka sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif kerana kelas yang kondusif mampu
38

menghasilkan pelajar yang cemerlang sekaligus dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

39

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Murid Dan Alam Belajar pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Afiq Syazwan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pensyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada para rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Saya telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan saya dan rakan-rakan mendapat tugasan sehari sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah semester 2, saya tidak

dapat mengumpul maklumat yang banyak daripada perpustakaan. Namun, saya tetap meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk dibawa pulang. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang makin jelas mengenai Murid Dan Alam Belajar. Adalah penting bagi setiap guru dalam memastikan persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah kerana ianya memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, melalui tugasan yang diberikan, saya sedar yang adalah

tanggungjawab semua bakal guru untuk memahami situasi di dalam kelas Akhir sekali, saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Afiq Syazwan

40

REFLEKSI Pada Semester ini mata pelajaran Pendidikan mengkhususkan tajuk Murid dan Alam Belajar. Semasa kami menjalani program Pengalaman Berasakan Sekolah, kami dikehendaki memerhatikan suasana kelas yang kondusif. Kami terlebih dahulu perlu memahami apakah ciri-ciri sebuah kelas yang kondusif. Pengetahuan Baru Sebagai seorang guru pelatih, tidak terlepas pada masa kelak untuk menjadi seorang guru kelas. Dan susunan meja murid dan alat bantuan mengajar perlulah kondusif. Ini adalah untuk memastikan Pembelajaran dan Pengajaran di dalam kelas mencapai tahap optimum serta mencapai objektif. Ilmu yang kami timba sangatah berguna kerana untuk memastikan suasana kelas

kondusif dan membina minat murid untuk belajar. Kelas yang kondusif boleh meningkatkan tahap akademik secara tidak langsung. Permasalahan Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ada beberapa masalah yang timbul diantara masalah tersebut ialah mencari sumber rujukan yang menepati kehendak tugasan. Masalah telah kam atasi dengan mengunakan aplikasi Google Books dimana kami Berjaya menemui buku-buku yang diarkibkan oleh laman web tersebut sebagai rujukan. Semua ilmu yang telah saya timba akan digunakan kelak semasa karier sebagai pendidik. Dan semua permasalahan yang timbul akan menjadi pengajaran dan

kelebihan semasa membuat tugasan kelak. Disediakan oleh Ciffi Faizal.


41

BIBLIOGRAFI Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid Dan Alam Belajar : Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia: Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun : Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Halimatus Saadiah Binti Mohamed Raimi (2008). Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Terbantu Komputer (Autocad) : Langkah Demi Langkah Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan KBSM Tingkatan Empat. Tesis (tidak diterbitkan). Skudai: UTM. Mohd. Daud Hamzah. 1990. Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon Sang. 2004. Pengantar Pendidikan Teras untuk kursus persediaan Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah : Subang Jaya. Kumpulan Budiman.

42

You might also like