You are on page 1of 10

PENCEGAH KEBAKARAN 1.

0 Faktor-Faktor Yang Mesti Ada Bagi Mewujudkan Kebakaran Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan harian. Malangnya api itu mestilah dikawal atau di awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu punca kebakaran atau malapetaka kepada manusia. Kebakaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:(a) Letupan (reaksi yang pantas) (b)Api biasa (c) Kebakaran secara meresap Ketiga-tiga jenis kebakaran ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan terpulang kepada keadaan dan sifat bahan yang terlibat. Factor-faktor yang mesti ada pada permulaan satu-satu kebakaran ialah: (a) Haba (heat) (b)Oksigen (oxygen) dan (c) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakar Ketiadaan salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akan menjauhkan kejadian kebakaran. Pengertian mengenai campuran ketiga-tiga bahan ini adalah penting bagi diketahui bagi mencegah kebakaran daripada berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk memadam satu-satu kebakaran. Prinsip utama bagi mencegah kebakaran ialah jangan membenarkan ketiga-tiga bahan tersebut di atas, iaitu adanya haba yang sesuai, oksigen dan bahan yang boleh terbakar berada bersama-sama pada satu ketika.

2.0

Kelas Kebakaran

Kebakaran-kebakarn ini semua boleh diketogorikan kepada empat kelas iaitu:(i) Kelas A Kebakaran benda-benda pepejal yang bisanya berasal daripada (component) karbon. Api jenis ini menghasilkan bara yang banyak. Papan, kertas, kain, pokok-pokok kering dan karpet adalah contohcontoh bahan di dalam katogori ini.
Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 1

(ii)

Kelas B Api kelas ini ialah api cecair seperti minyak petrol, diesel, cat, alcohol, karbon sulfite dan sebagainya. Api kelas ini boleh dipadamkan secara

menyelimut dengan air sabun yang halus atau menggunakan buih atau debu kering. (iii) Kelas C Api ini adalah api gas atau gas cecair yang boleh terbakar. Misalnya, gas-gas yang dipadatkan kedalam tabung atau silinder seperti gas petrol(L.P.G), methane, butane, hydrogen, ammonia dan sebagainya. Buih dan debu kering boleh digunakan untuk mengawal api yang melibatkan penumpahan cecair gas yang kecil, Semburan digunakan untu menyejukkan tabung gas itu. (iv) Kelas D Api yang magnesium, sodium dan melibatkan logam-logam seperti

potassium. Penggunaan air untuk memadam setengah api kelas D ini tidak berkesan malah boleh mendatangkan bahaya tindakbalas. Sebenarnya sebelum ada pemadam api yang benar-benar sesuai untuk memadam api logam. Debu timah, powdered graphite, habuk soda, habuk simen kering dan alat pemadam jenis debu yang diberinama Tannery eutectic chloride atau pasir kering dianggap boleh digunakan untuk memadam api kelas D ini. (v) Kelas E Percikan api dari punca elektrik
Page 2

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

3.0 Alat-alat Pemadam Api (Fire Extinguishers) 1. Air/Soda Acid 2. Buih 3. CO2 (Foam) Memadam Api Kelas A Memadam Api Kelas B Memadam Api Kelas F

4. Debu Kering (Dry Poweder)Memadam Api Kelas A, B and C

4.0

Sistem Mencegah Kebakaran Yang Ada Di Dalam Bangunan

Pemasangan alat mencegah kebakaran di dalam bangunan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:(i) (ii) (iii) Alat pasangan tetap Alat pasangan tidak tetap Alat-alat lain untuk isyarat-isyarat, pengesan asap, haba dan menyelamat

Pemasangan alat-alat ini adalah tertakluk kepada undang-undang atau peraturan atau berpandukan kepada code of practice dan spesifikasi. Ini bererti alat-alat yang dipasangkan itu hendaklah diluluskan terlebih dahulu supaya alat-alat itu dapat memberi perkhidmatan atau tindakan yang berkesan dan tidak membahayakan penggunanya. 4.1 Jenis Alat-alat Pasangan Tetap: Alat pasangan tetap ini dimaksudkan alat yang di pasangkan dengan tetap pada bangunan-bangunan. Pemasangan alatalat itu tidak boleh di ubah-ubah seperti yang dilakukan kepada alat pemadam api jenis buih, debu kering dan sebagainya. Jenis alat-alat pasangan tetap adalah seperti berikut:(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Sistem pancur kering (Dry powder) Sistem pancur basah (wet riser) Alat bantu mula gelung hos (hose reel) Sistem sembur sprinkler (sprinklers system) Alat pasangan tetap Penggera kebakaran detectors) untuk mengesan haba (heat

Penggera kebakaran untuk mengesan asap (smoke detectors)

(viii) Lampu-lampu insyarat kecemasan (emergency lighting)


Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 3

(ix) (x) (xi) (xii)

Tanda pintu keluar (exit signs) Lif bomba (fireman lift) Sistem pengawalan asap pressurization system) bagi tangga (stairwell

Sistem pengawalan asap bagi lobi (lobby pressurization system)

(xiii) Telefon bomba (fireman intercommunication) (xiv) Alat-alat pembesar suara (public address system) 4.2 Pancur kering

Pancur kering adalah sejenis paip yang dipasangkan turus menegak dari tingkat bawh ke tingkat atas satu-satu bangunan tinggi. Biasa bangunan tinggi yang lebih daripada 60 kaki (5 tingkat) dan tidak lebih daripada 100 kaki adalah hendak dipasang dengan sistem pancur kering. Saiz paip adalah 4 inci garis pusat bagi tnggi tidak melebihi 75 kaki dan 6 inci garispusat bangunan. Tingginya tidak melebihi 75 kaki (kurang daripada 100 kaki). Paip itu biasanya dipasang pada bahagian tangga atau kaki lima digunakan oleh ahli bomba. Sistem ini mempunyai bahagian-bahagian berikut:(a) Injab untuk menerima air (breeching inlet valve) yang dipasangkan dibawah tingkat bangunan dan biasanya mempunyai dua muncung (bagi paip 4") yang dilengkapkan dengan injap jenis non return (two-way breeching inlet). Saiz tiap-tiap muncung itu ialah 2 inci garis pusat. Bagi paip yang 6 inci garis pusatnya, muncung inlet ialah empat. Pemasangan muncung ini dilengkapkan denagn sejenis peti yang ditanda dengan perkataan Injap masuk Pancur Kering atau dry riser inlet. (b)Injap untuk membuang air (drain valve ) yang juga dipasangkan bersama-sama di dalam peti itu adalah untuk mengeluarkan air dari paip sistem itu setelah sistem itu digunakan. (c) Paip sistem itu dipasangkan menegak dari tingkat atas sekali. Tiap-tiap tingkat bangunan paip ini di lengkapkan dengan injap untuk air keluar (landing valve) dimana hos bomba disambungkan. Dihujung paip itu dipasangkan pada satu injap angin. (d)Injap air keluar (landing valve) yang dipasangkan lebih kurang 3 kaki tinggi dari paras muaka lantai di tiap-tiap tingkat bangunan ialah untuk menyambungkan hos bomba (2" canvas hose).
Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 4

(e) Injap udara (air release valve). Injap ini ialah untuk membuangkan angin apabila sistem itu digunakan tanpa injap pengaliran air di dalam paip akan terganggu. Cara-cara Menggunakan Sistem Pancur Kering. Sistem ini dapat membekalkan air daripada pam itu biasanya menyedut air daripada pili bomba yang ada berdekatan di situ. Air itu di alirkan melalui hos muncung air masuk (inlet valve) lalu air itu ditolakkan oleh kuasa pam dalam paip itu. Angin dalam sistem itu akan keluar melalui injap angin tetapi injap ini akan tertutup apabial air sampai ke injap. Ujian Haiderostatik Paip-paip pancur basah hendaklah diuji dengan tekanan 200 psig selama dua jam. Pemasangan. Pancur kering mesti di dirikan setingkat demi setingkat supaya dapat memberi perlindungan semasa pembinaan. Bagi bangunan yang melebihi 100 kaki tingginya, pancur kering hendaklah di pasang apabila bangunan sampai ke tinggi melebihi 60 kaki.

4.3

Pancur Basah (Wet Riser)

Sistem pancur basah ini ialah sejenis paip yang dipasangkan lurus menegak seperti pancur kering juga, tetapi paipnya biasanya 6 inci adalah sentiasa berisi air yang mempunyai tekanan. Sistem ini sentiasa dipasangkan kapada bangunan yang lebih daripada 100 kaki tinggi. Bekalan air bagi sistem pancur basah biasanya dengan mengunakan pam-pam dan tangki air sebesar 10,000 gallon. Tekanan bagi injab air keluar tertinggi sekali ialah 4 bar (60 psi) dan aliran sebanyak 1500 dm/min (300IGPM), sebanyak 2 pam digunakan, satu merupakan standby. Pam-pam tersebut biasanya satu pam elektrik dan satu pam injin diesel. Dua pam elektrik boleh digunakan sekiranya terdapat bekalan kuasa standby generator bagi bangunan. Injap air keluar (landing valve) bagi sistem pancur basah ialah jenis Pressure Reducing. Injap-injap ini dipasangkan dengan injab butterfly yang boleh diubah supaya dapat mengawal tekanan di hos bomba (canvas hose) tidak melebihi 100 psig. Biasanya injap air dikeluar dikawal tidak melebihi 75 psi. injap ini disambungkan kepada satu paip
Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 5

4" garis pusat yang disambungkan balik ke tangki air. Paip ini adalah paip air kembali ke tangki. 4.4 Alat Bantu Mula Gelong Hos (Hose Reel First Aid System)

Sistem gelong hos terdiri daripada satu dram keluli dimana satu tiub getah bersaiz atau 1 inci dililitkan. Getah ini keras, panjangnya ialah kurang 100 kaki dan dihujungnya dipasangkan nozel (nozzle). Sistem ini mendapat bekalan air dari satu set pam dan tangki air minima 2000 gallon, 2400 gallon (biasanya) maksima 3200 gallon. Kadangkala bekalan air didapati dari sistem pancur basah dengan mengunakan valve pengurangan tekanan(pressure reducing valve). Paip system ini biasanya sebesar 2" dan tekanan digelung tertinggi sekali ialah 30 psig dan aliran 5 igpm. Gelung hos dipasangkan pada tiap-tiap tingkat dan digunakan oleh penghuni-penghuni bangunan. Drum dipasangkan 3 kaki dari paras lantai. 4.5 Sistem Semburan Automatik (Sprinkler system)

Sistem paip ini mempunyai satu paip air pembekal, satu kumpulan injap-injap, saluran paip-paip air pembahgi (distribution pipe) dan kepala-kepala sprinkler. Kepala sprinkler ini ialah dimana tempat air akan menyembur, adalah dipasang pada saluran-saluran paip pembahagi. Fungsi-fungsi Sistem Sprinkler Adalah Seperti Berikut:1. Mengesan api. 2. Mempunyai loceng isyarat. 3. Bertindak dengan sendirinya untuk kebakaran sebelum api itu membesar. 4. Mencegah perebakan api. Pamasangan sistem ini adalah berpandukan kepada piawaian sama ada yang diterbitkan oleh British, Amerika atau lain-lain negara. Kebiasaan digunakan kod-kod amali yang ditentukan oleh Loss Prevention Council (LPC), England atau pun kapada peraturan yang dikeluarkan oleh Notional Fire Protection Associate (NFPA). Peraturanperaturan yang dibuat oleh badan ini berubah sedikit dari masa ke semasa di mana perlu supaya mendapat taraf yang lebih cekap mengikut peralihan masa. Kepala Sprinkler Kepala sprinkler ini dipasangkan dengan jarak yang tertentu diantara satu dengan yang lain, berdasarkan kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada lantai yang dilindunginya. Kepala sprinkler adalah dua jenis:Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

memadamkan

Page 6

1. jenis logam yang mudah cair (fusible link). 2. sejenis bulb (mentol) yang berisi dengan sejenis cecair yang mudah mengembang (quartzoid bulb). Kegunaan kepala sprinkler ialah untuk menahan tekanan air yang ada pada paip-paip itu. Apabila ianya kena kapada haba, mengikut suhu darjah yang ditentukan. Logam atau mentol itu akan putus atau pecah dan membuatkan air menyebur keluar untuk memberi perlindunagan kepada lantai dibawahnya. Kepala sprinkler jenis logam mudah berkarat dan dengan ini kepala jenis mentol menjadi lebih terkenal. Tiap-tiap kepala sprinkler ini di berikan warna tertentu bagi menandakan peringkat-peringtkat suhu tiap-tiap satu akan bertindak. Warna-warnanya ialah:Kepala Sprinkler Jenis Logam Tiada warna Putih Biru Kuninig Merah Warna Kepada Sprinkler Jenis Mentol (quartzoid Bulb) Oren Merah Kuning Hijau Biru Menine (Mauve) Hitam Bekalan Air Sistem ini hendaklah mendapatkan bekalan air daripada salah asatu punca atau kombinasi daripada punca-punca berikut:1. Saluran air JKR (Town Main) 2. Dari tangki air yang dipasang khas di tempat yang tinggi (elevated) iaitu denagn menggunakan kuasa gravity. 3. Tangki khas yang dikenakan tekanan (pressure tank)
Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Suhu Bertindak 68-74C 93-100C 141C 182C 227C

Suhu Bertindak 57C 68C 79C 73C 141C 182C 204-260C

Page 7

4. Pam khas yang bertindak secara automatik. 5. Kolam khas yang dibina ditempat tinggi. Kuantiti-kuantiti air, kuasa pam, besar saluran-saluran paip, kesan geseran hendaklah dihitung dengan teliti supaya menentukan sistem ini benar-benar memberi tindakbalas semasa kebakaran. Pemasangan sprinkler ini bergantung kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada satu-satu tempat dan jenis-jenis bahaya boleh dibahagikan kepada tiga katagori: a) Sistem bagi bahaya-bahaya sederhana (extra light hazard) seperti hotel, hospital, muzium, sekolah dan pusat pengajian, penjara dan sebagainya. Tiap-tiap kepala sprinkler memberi perlindungan seluas 21 m dan jarak antara tiap satu kepala sprinkler ialah tidak melebihi 4.6 m. b) Sistem bagi bahaya-bahaya biasa (ordinary hazard) seperti di bangunan perusahaan. Bahaya biasa dibahgikan kepada empat kumpulan iaitu:Kumpulan I - Bahaya biasa taraf ringan seperti restoran, kilang simen, kilang gelas, kilang ais. Kumpulan II - Bahaya biasa taraf sederhana seperti bengkel injin kapal terbang, perusahaan dobi, kilang teh, kerja-kerja kejuruteraan, kilang biskut, garaj membaiki kereta dan sebagainya. Kumpulan III kilang kain, - Bahaya biasa taraf tinggi biasanya kilang kasut, kilang plastik dan sebagainya. Kumpulan IV - Bahaya dalam kumpulan ini seperti studio filem dan televisen, kilang mancis, kilang penapis minyak. Tiap-tiap kepala sprinkler memberi perlindungan 12 m dan jarak antara tiap-tiap satu kepala sprinkler ialah tidak melebihi 4 m. c) Sistem bagi bahaya tinggi (Extra High Hazard) seperti kilang bunga api tempat tambunan bahan-bahan yang berlapis-lapis, bahaya-bahaya didalam katagori ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:(i) Tempat perusahaan
Page 8

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

(ii)

Tempat-tempat dimana bahan-bahan denagn secara berlapis-lapis.

ditimbunkan

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 9

1. GELUNG HOS ( HOSE REEL) Sistem manual untuk pertolongan awal. Bagi api yang kecil, mencegah dari merebak. Sistem paip bersama dua pam.

2. PANCUR KERING (DRY RISER) Untuk bangunan 60 100 Paip lurus menegak dengan injap (landing valve) pada tiaptiap tingkat. Injab menerima air (inlet breeching valve) pada tingkat bawah untuk bomba.

3. SISTEM PANCUR BASAH ( WET RISER) Untuk bangunan tinggi > 1001 Serupa dengan pancur kering tetapi mempunyai dua pam dan tangki air yang khas.

4. SISTEM SEMBURAN (SPRINKLER) Lebih mahal tapi automatik Bagi bangunan tinggi di mana bahaya api lebih ketara Actirated 60-90C, biasa 70C

5. CARBON DIOXIDE (CO2) untuk menjaga peralatan yang mahal seperti computer/pencawang letrik dimana bahaya api dari punca kuasa elektrik.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Kumpulan C Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Page 10

You might also like