You are on page 1of 12

1.

0)

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia, Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu pekara yang amat penting memandangkan kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16

pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti dan sema maksudnya tanda / lambang. Istilah semantik (semiotic,semilogi dan semasiologi). Semantik ialah kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia ( Lyons, 1977: 137). Sementara Ellis (1966:33) mentakrifkan semantik sebagai penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu. Pragmatik pula meliputi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan konteks serta khusus untuk komunikasi linguistik ( Morris, 1964:117 ). Ellis ( 196:93) mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu. Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Abdullah, 2006: 79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dal alam fizikal.

Secara ringkas, semantik, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenisjenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. 1.1) TEORI IMEJAN

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Imej Makna. Dapat didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan diinterpretasi sehingga memberi makna yang abstrak Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan, pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya. Misalnya frasa bunga. Ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga. Sebaliknya ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu beberapa kuntum bunga dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu. Contoh kedua ialah doktor gigi. Bagi golongan orang dewasa khususnya, doctor gigi merupakan seorang lepasan ijazah yang mempunyai taraf pendidikan yang

tinggi, dan tugasnya adalah mecabut atau memeriksa gigi pesakit, situasi berbeza berlaku apabila panggilan ini disebut kepada kanak-kanak, mereka akan terbayangkan dalam fikiran mereka seorang doctor yang serba putih akan memegang jarum yang besar serta alat-alat untuk mencabut gigi yang

menyeramkan. 1.2) TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIORISME) umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

Secara

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata lain,individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang

digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya. Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas. Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran. Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran tersebut. Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.

Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan Engkau bodoh seperti lembu kerana dia mampu mengaitkan makna kata bodoh seperti lembu itu dengan ciri haiwan lembu yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran Engkau lambat seperti kambing kerana makna kata lambat seperti kambing itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan. Contoh mudah lain adalah ihsan, saya mengantuk. Tolong tutup suiz lampu kata zul. zul yang berasa mengantuk meminta tolong daripada ihsan untuk menutup suiz lampu. mengantuk ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta tolong tutup suiz lampu ialah gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R-------------S ini adalah mampu menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik. 1.3) TEORI ANALISIS KOMPONEN

Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran. Di samping itu teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Misalnya lelaki- perempuan dan langit-bumi. Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya akar. Huraian boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Analisis komponen bagi kata akar Kata akar telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akar tunjang dan akar serabut. Akar tunjang terdapat pada pokok yang mempunyai dahan yang banyak, daun yang kecil dan berurat contohnya pokok rambutan manakala akar serabut terdapat pada pokok yang tidak mempunyai dahan yang banyak, daunnya terdiri daripada pelepah, batang kayunya agak keras dan contoh pokok ialah pokok kelapa sawit. Cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu. Contoh perkataan seperti juadah makanan berbuka puasa boleh dianalisis fiturnya seperti berikut : Mee Goring, Sayur Bayam, Ayam Golek + berminyak - berminyak + berminyak + sedap + sedap + sedap + kuning kuning + kuning Analisis fitur semantik bagi kata juadah makanan berbuka puasa. Huraian yang boleh dibuat ialah Mee Goreng dan Ayam Golek merupakan juadah berbuka puasa yang berminyak tetapi tidak pada Sayur Bayam. Walaubagaimana pun, ketiga-tiga juadah ini sedap dimakan. Warna bagi Mee Goreng dan Ayam Golek ialah kuning, manakala warna bagi Sayur Bayam ialah merah. Analisis terperinci sedemikian memberikan faedah kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan. Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu, ianya dapat membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu

perkataan. Bagaimanapun antara kekurangan teori ini termasuklah memerlukan proses yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada peringkat perkataan,bukannya ayat, sukar menentukan komponen-komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering terikat dengan hiponim. 1.4) TEORI LOGIK SIMBOLIK

Teori yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori sebelumnya. Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang. Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu. Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional. Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku. Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata. Terdapat tiga sub bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan. Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Makna sesuatu ayat

bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu. Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam ayat. Contohnya istilah panjang tangan boleh membawa maksud kepada sesorang yang mempunyai ukuran tangannya yang agak panjang tetapi apabila susunan perkataan itu diubah kepada tangan panjang ini membawa maksud kepada sesorang itu yang mempunyai sifat yang suka mencuri. Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkah laku. Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub bahagian teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak. Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku. Contohnya seperti perkataan bilik air, tandas dan jamban. Bilik air ialah perkataan paling sopan digunakan untuk menunjukkan tempat bagi membuang air besar mahupun air kecil, manakala tandas ialah perkataan yang tidak begitu sopan dituturkan dan begitu juga dengan perkataan jamban, ianya merupakan perkataan yang tidak sopan diujarkan. Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu tempat dimana sesorang individu itu ingin mebuang air kecil mahupun air besar. Bagaimanapun, konteks keadaan dan faktor geometric mempengaruhi cara mereka berkomunikasi dan cara mereka menganalisis perkataan ini. Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila perkataan ini didengari mahupun diujarkan. Sebagai contoh, masyarakat desa lebih selesa dengan perkataan jamban namun bagi masyarakat kota, perkataan bilik air merupakan perkataan yang paling sesuai untuk menunjukan tempat membuang air.

2.0)

ANALISIS CERPEN (DEWAN SASTERA 2010-2011)

Tajuk Cerpen : Kidal Pengarang Penerbit : Tuah Sujana : Dewan Sastera

Teori Pilihan : Teori Imejan

2.1)

SINOPSIS CERPEN

Cerpen ini mengisahkan mengenai kehadiran tiga orang asing yang wujud di sebuah lorong yang dikenali sebagai lorong puaka dan juga dikenali sebagai lorong 12. Pada peringkat awalnya kehadiran tiga orang asing ini tidak mendapat perhatian oleh masyarakat setempat, tetapi lama-kelamaan isu mengenai tiga orang asing ini mula menjadi bahan bualan masyarakat kota termasuk penulis dan rakan-rakannya, apabila melihat tiga orang asing ini melintasi gerai makan yang sering menjadi tempat penulis dan rakan-rakan melepak di waktu malam. Paling mengejutkan penulis dan rakan-rakan, apabila melihat wajah ketiga-tiga orang asing ini yang seiras, ada juga yamg memangil tiga orang asing sebagai boria. Segelintir masyarakat memandang serong terhadap tiga orang asing ini dan ada yang berangapan bahawa tiga orang asing ini merupakan pengguna ilmu hitam dan pengintip rahsia. Bagi mendapat kebenaran mengenai khabar angin yang belum pasti kebenarannya, penulis dan rakan-rakannya merancang untuk mengintip tiga orang asing tersebut. Keputusan yang mereka dapati amat tersasar dengan khabar angin yang mereka dengari. Hal ini kerana, tiga orang asing ini juga merupakan manusia ciptaan tuhan sama seperti manusia lain, tetapi ketiga-tiga orang asing ini tidak mempunyai tangan kanan. Pada masa yang sama, ketika penulis dan rakanrakanya sedang asyik mengintip, mereka terlihat, tiga orang asing ini jatuh di dalam lumpur, mungkin akibat daripada jalan yang licin dek kerana hujan yang lebat, tiga orang asing ini kelihatan amat sukar untuk bangun dan mereka seperti mencari sesuatu yang dianggap berharga dalam hidup mereka. Penulis dan rakan-rakannya cuba untuk mendekati untuk menolong, rupa-rupanya apa yang dicari oleh mereka adalah seberkas berus lukisan dan cat air yang tercicir, penulis dan rakan-rakannya

menghulurkan bantun dan menghantar tiga orang asing ini pulang ke kediaman mereka. Bermula kehidupan baru antara penulis dan rakan-rakannya dengan tiga orang asing. Perhubungan yang terjalin semakin erat. Penulis dan rakan-rakannya berasa amat bersalah atas sikap mereka yang serkap jarang itu. Baru mereka sedari bahawa lorong puaka yang selalu dimomok-momokan itu merupakan sebuah lorong yang tidak tumpah seperti sebuah galari lukisan yang berisi dengan pelbagai karya yang unik serta mempersonakan. tiga orang asing tersebut dikenali sebagai kuman, desa dan tajul. Tidak lama selepas itu, berita mengenai penulis dan rakan-rakannya melawati lorong puaka tersebut tersebar dengan panatasnya, pelbagai presepsi masyarakat dapat didengari. Penulis dan rakan-rakannya semakain rajin menziarahi lorong puaka tersebut, sebuah anjakan paradikma telah berlaku ke atas diri penulis dan rakan-rakannya, dahulu mereka sering meghabiskan masa di kedai makan sambil melepak-lepak, tetapi sekarang mereka giat berkunjung ke lorong tersebut untuk mempelajari seni lukisan. Dengan serta merta, tiga orang teman tadi menjadi semakin terkenal dan juga dikenali sebagai seniman kota, banyak rahsia mengenai kesenian dan peribadi dikongsi kepada penulis dan rakan-rakannya, yang paling mengejutkan adalah mengenai bagaimana mereka bertiga boleh kehilangan tangan kanan mereka. Penduduk kota semakain teruja dengan ketiga sahabt tersebut dan mula mendampingi mereka untuk mempelajari seni lukisan. Ada juga yang meniru gaya kidal untuk melukis seolah-olah menjadi trend pada masa itu. Tetapi pada masa yang sama ada juga yang tidak senang dengan kehadiran tiga sahabat tersebut kerana mereka berangapan bahawa pelukis ini mula menganggu periuk nasi peniaga lain. Pada malam yang ke-15, pogram bicarawara diadakan secara besar-besaran dan mendapat liputan yang meluas daripada media massa dan orang ramai. Tetapi pogram ini tidak berjalan dengan lancar dek kerana terdapat satu serangan yang mengakibatkan tiga orang pelukis hadalan ini hangus terbakar dalam kejadian tersebut. Lorong 12 mula menjadi suram dan terusir dari lipatan sejarah. Sebagai satu tanda untuk mengingati tiga sahabat tersebut, sekumpulan remaja membina sebuah arca tangan kiri dan dibawahnya ditulis perkataan (K.I.D.A.L). cerpen ini diakhiri dengan sebuah dialog oleh salah seorang daripada rakan penulis, ada yang datang membawa harapan tapi lebih ramai yang pergi meninggalkan senaskah persoalan.

2.2)

ANALISIS PETIKAN CERPEN BERDASAKAN TEKNIK IMEJAN

Memang di sini, pagi hanyalah sebahagian juzuk keriuhan yang tersebar takala masing-masing bersisih di segenap pelosok buana. (halaman 68 :2011) Menurut kepada konsep dan definisi teori kajian imejan atau juga dikenali sebagai teori imej makna, perkataan juzuk ini boleh dianalisis berdasarkan kepada imej yang tergambar kepada seseorang penuntur atau pendengar sehingga boleh memberikan satu makna yang abstrak. Perkataan ini juga boleh dianalisikan mengikut tahap pemikran, pengalaman dan tahap pelajaran sesorang individu tersebut. Jika individu itu menganlisis perkataan ini mengikut kefahaman masyarakat yang menganuti Agama Islam, perkataan juzuk tersebut merupakan sub bahagian-bahagian di dalam kitab suci Al-Quran yang terbahagai kepada 30 juzuk dan di dalam setiap juzuk tersebut terkandung beberapa surah. Sebagai contoh, ihsan berazam untuk membaca dan mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam bulan ramadhan ini. Manakala ada juga yang akan menganalisiskan perkataan ini sebagai pecahan daripada sesuatu keadaan atau situasi. Contohnya juzuk keriuhan, juzuk kesedihan dan sebagainya

Sehingga petang tiba, alam belum menghamilkan sebarang keajaiban melalui sinar matahari yang menyinar. (halaman 68 :2011) Merujuk kepada teori teknik kajian imejan, perkataan menghamilkan boleh dianalisikan kepada seorang wanita ataupun kaum ibu yang sedang atau sarat mengandung, keadaan perut si ibu tersebut lonjong dan besar seperi sebiji belon. sebagai contoh bagi menerangkan konteks menghamilakan ialah siapa yang menghamilkan kamu ini? jerit mak dengan lantangnya. Tetapi menurut konteks yang berbeza perkataan ini boleh dianalisiskan sebagai suatu situasi yang sudah atau belum berlaku dan kesan kepada situasi ini boleh menjadi postif mahupun negetif. Sebagai contohnya ialah, alam belum menghamilkan sebarang tanda hujan melalui sinar matahari yang menerang.

Anak-anak kecil sering dimomokkan dengan hantu jembalang yang akan menerkam sesiapa yang melintasi laluan tersebut. (halaman 69 : 2011) Bagi individu yang mempunyai tahap ilmu pendidikan dan pemikiran yang agak kolot, individu tersebut akan beranggapan dan menggambarkan bahawa perkataan dimomokkan yang mempunyai kata dasar momok tersebut kepada sejenis hantu yang mempunyai perwatakan yang amat menyeramkan dan boleh mengancam keselamatan individu terebut. Tetapi presepsi yang berbeza akan diujar dan digambarkan daripada individu yang mempunyai pemikiran yang terbuka, perkataan dimomokkan tersebut boleh diinterpretasikan kepada individu yang cuba untuk memburuk-burukan serta menakut-nakutkan seseorang individu lain bertujuan untuk menghalang individu tersebut melakukan sesuatu yang tidak diingini oleh individu lain tersebut.

boria! salah seorang antara kami pernah berjenaka. (halaman 69 : 2011) Bagi segelintir masyarakat yang kurang dalam pebendaharaan kata dan kiasaan, mereka akan menganalisiskan perkataan boria ini sebagai sejenis muzik yang popular di Pulau Pinang dan dinyanyikan secara beramai-ramai. Perwatakan dari segi kostum bagi ahli-ahli kumpulan boria in adalah sama. Manakala bagi mereka yang mempunyai taraf pendidikan yang agak tinggi, mereka akan menganalisi perkataan boria tersebut kepada satu keadan yang menunjukan bentuk atau rupa yang sama berdasarkan kepada konteks dan kesesuian perkataan tersebut kepada ayat.

bukan, mereka mata-mata yang dihantar untuk pengintip rahsia, Perkataan mata-mata ini berasal daripada kata dasar mata yang telah digandakan menjadi mata-mata. Perkataan ini boleh dianalisi mengikut pemikiran sesorang individu tersebut mengikut kefahamannya. Bagi mereka yang keluasan ilmu yang rendah, mereka akan menganalisi perkataan ini kepada sejenis pancaindera yang dimiliki oleh manusia yang berfungsi untuk melihat. Berdasarkan perkataan mata yang digandakan menjadi mata-mata, ianya dapat dianalisikan sebagai satu kuantiti

yang banyak. Manakala kepada mereka yang mempunyai keluasan pemikiran yang tinggi mereka akan mengambarkan perkataan mata-mata tersebut sebagai satu kumpulan atau perseorangan yang mempunyai niat baik atau niata jahat, tetapi tugas utama mereka adalah untuk mengintip dan mencari informasi untuk orang dan tujuan yang tertentu.

You might also like