You are on page 1of 47

Disediakan oleh : Aiman Asyraf bin Armain Muhammad Shahizam bin Mohd Noor Aznia binti Ismail Hazwani

binti Yusof PISMP G 2.6

Pengenalan Sistem Respiratori


Sistem respiratori adalah sistem yang membolehkan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara organisma dan persekitaran melalui organ-organ respiratori.

Struktur Asas Sistem Respiratori

Organ utama dalam sistem respiratori

Sistem respirasi terdiri daripada organ pernafasan yang mempunyai beberapa komponen utama. Organ pernafasan manusia terdiri daripada dua organ utama iaitu salur pernafasan dan paru-paru yang terletak di dalam rongga toraks.

Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiol.

Salur pernafasan

alveolus

bronkiol

hidung

bronkus

farinks larinks

Trakea

Hidung

Hidung ialah organ penghiduan dan pembauan yang juga merupakan sebahagian sistem pernafasan. Ia terdiri daripada tulang dan rawan. Lubang hidung terdiri daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum hidung. Tulang-tulang dibelakang hidung berhubungan dengan ruang kosong yang disebut sinus. Dinding sinus membebaskan mukus untuk melembapkan udara dan membantu pembentukan kualiti suara.

Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru merupakan salah satu fungsi hidung. Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana menghasilkan mukus sebanyak satu liter sehari. Zarah-zarah yang besar diasingkan oleh bulu hidung, sementara bakteria dan bahan-bahan halus yang lain diperangkap oleh mukus. Mukus yang telah memerangkap kotoran akan dihantar ke tekak untuk ditelan/dikeluarkan. Kemudian, mukus yang baru akan terbentuk dan proses ini akan berterusan. Sementara itu, bakteria yang ditelan bersama-sama mukus tadi dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam gaster. Selain diperangkap dan ditelan, bakteria juga dimusnahkan oleh lisozim, iaitu enzim pembunuh bakteria. Proses pemanasan udara sedutan dilakukan oleh struktur seperti turbin, yang terdiri daripada tulangtulang kecil yang menonjol dari dinding tepi setiap lubang hidung. Tulang-tulang ini sebenarnya bertindak sebagai radiator. Ia dikelilingi oleh tisu erektil yang mempunyai bekalan darah yang banyak. Apabila seseorang menyedut udara sejuk, tisu ini akan mengembang kerana darah dihantar ke bahagian tersebut dengan banyak. Dengan ini, luas permukaan untuk pemanasan udara akan meningkat.

Farinks

Farinks atau tekak ialah salur berbentuk corong sepanjang 13 cm iaitu bermula dari bahagian dalam hidung memanjang turun ke bahagian leher. Fungsi farinks adalah sebagai laluan udara dan makanan serta merupakan ruang bunyi pertuturan beresonans.

Larinks
Larinks atau kotak suara merupakan laluan pendek yang menghubungkan farinks dengan trakea. Disini, terdapat beberapa tulang rawan antaranya ialah epiglotis. Semasa menelan, larinks bergerak ke atas. Ini menyebabkan epiglotis menutupi glotis. Glotis ialah ruang antara lipatan vokal di larinks. Dengan cara ini, larinks tertutup manakala makanan dan air minuman memasuki esofagus. Jika larinks dimasuki sesuatu benda, refleks tersedak akan berlaku. Refleks tersedak adalah satu refleks perlindungan yang berfungsi untuk mengelak benda asing daripada memasuki paru-paru.

Bunyi berpunca daripada getaran kotak suara tetapi struktur-struktur lain penting untuk mengubah bunyi kepada pertuturan yang bemakna. Farinks, mulut, ruang hidung dan sinus paranasal semuanya merupakan rongga beresonans yang membentuk suara seseorang. Kontraksi dan pengenduran otot di dinding farinks menghasilkan bunyi fonetik. Otot-otot muka, lidah dan bibir membolehkan manusia membentuk perkataan.

Trakea

Tulang rawan berbentuk cincin yang membawa udara ke bronkus. Terdapat silia yang bermukus dan bergerak 60 kali sesaat untuk memerangkap kotoran dan habuk

Bronkus

Terdiri daripada bronkus kanan dan kiri serta dilapisi oleh tisu epitilium. Di permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru.

Bronkiol

Bronkiol merupakan salur udara paling halus dan bersambung dengan alveolus.

Alveolus

Kantung udara dimana tempat berlakunya pertukaran gas oksiegn dan karbon dioksida.

Fungsi Sistem Respiratori

Paru-paru
Paru-paru merupakan sepasang organ yang terletak di dada yang berfungsi untuk pernafasan iaitu proses pertukaran karbon dioksida dengan oksigen dari udara. Paru-paru terdapat pada bahagian kanan dan kiri badan. Paruparu juga terletak di dalam rogga toraks dan dibawah paru-paru adalah diafragma. Paru-paru dibentuk daripada bronkus, saluran udara kecil, alveolus, tisu perantara, salur darah, salur limfa dan saraf. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Setiap lobus di bentuk oleh sejumlah lobul. Lobul-lobul ini adalah pengumpulan bronkiol penghujung, bronkiol pernafasan, alveoli dan duktus alveoli.

Fungsi Sistem Respiratori


Fungsi asas sistem pernafasan adalah untuk mengangkut udara ke paruparu. Oksigen dalam udara akan mengangkut daripada paru-paru dan menghantar ke dalam darah, manakala karbon dioksida mengangkut dalam arah bertentangan iaitu daripada darah ke paru-paru. Selain itu, terdapat fungsi-fungsi lain sistem respiratori iaitu :Menyediakan permukaan untuk pertukaran gas antara udara dan sistem aliran darah. Sebagai penghubung untuk pergerakan keluar masuk udara ke dalam paru-paru. Merupakan sumber penghasilan suara. Melindungi permukaan respirasi daripada kering, perubahan suhu dan berbagai keadaan yang boleh merosakkan permukaan respiratori melalui penapisan patogen.

Ventilasi Pulmonari

Respirasi eksternal

Proses fisiologi sistem respirasi

Respirasi internal

Proses pengangkutan gas oleh darah

Ventilasi Pulmonari
Merupakan proses yang membolehkan proses pernafasan berlaku. Berkaitan dengan tekanan udara yang terdapat dalam paruparu dan tekanan udara atmosfera yang membolehkan paruparu mengepam masuk dan keluar udara. Proses menarik nafas merupakan suatu proses yang aktif yang memerlukan otot-otot pernafasan mengecut. Berlawanan pula dengan proses penghembusan nafas kerana ia merupakan proses yang pasif. Otot akan mengendur dan sekali gus menyebabkan tekananalveolus meningkat dan udara dihembuskan keluar 2 fasa penting dalam ventilasi pulmonari:-

Inhalasi Proses pergerakan udara masuk ke paru-paru.


Semasa menarik nafas, otot diafragma mengecut dan menyebabkan diafragma mendatar. Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengecut mengakibatkan tulang rusuk naik ke atas dan ke depan. Ini akan meningkatkan isipadu rongga toraks dan menurunkan tekanan di dalam paru-paru. Udara atmosfera yang bertekanan tinggi merempuh masuk ke dalam paru-paru.

Ekshalasi Proses pergerakan udara keluar dari paru-paru


Apabila otot interkosta luar mengendur, tulang rusuk kembali ke kedudukan asal. Pada masa yang sama, otot diafragma mengendur membenarkan organ-organ di abdomen menolaknya kembali kepada bentuk kubah yang asal. Ini mengurangkan isipadu rongga toraks dan membenarkan paru-paru yang kenyal mengempis lalu memaksa udara keluar darinya semasa hembusan nafas.

Mekanisma tarik nafas

Mekanisma hembus nafas

Respirasi eksternal

Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru

memerangkap oksigen.
Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke selsel tisu badan. Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terusmenerus menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah

berbanding di alveolus.
Dengan itu, oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.

Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke


dalam darah.

Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilarikapilari pulmonari meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi.

Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari


mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.

Respirasi internal

Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu. Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel

tisu kepada darah.


Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu.

Pada masa yang sama karbon dioksida meresap ke

dalam darah untuk membentuk asid karbonik.


Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk di kumuh. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena

lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding


dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.

Pengangkutan gas oleh darah

Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paruparu.

Pengangkutan oksigen

Pengangkutan oksigen diangkut melalui dua cara:i) Oksigen larut di dalam plasma. ii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.

Pengangkutan karbon diosida

Pengangkutan karbon dioksida diangkut melalui tiga cara: i) Pelarutan dalam plasma. ii) Bikarbonat. iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

Pengangkutan oksigen dan karbon dioksida

Mekanisme Kawalan Respirasi

Pusat memproses mekanisme tarikan nafas ini terletak di dalam medula oblongta
Medula oblongata menghasilkan impuls saraf beritma untuk merangsang penguncupan otot diafragma dan interkosta luar. Pheomotasiks yang terletak di bahagian otak menghalang pusat tarikan nafas,membataskan penguncupan otot diafragma dan interkosta luar serta mencegah paru-paru daripada menjadi terlalu kembang.

Apneusis yang juga terletak di bahagian otak merangsang pusat tarikan nafas serta menyambung penguncupan otototot.

PENYAKIT-PENYAKIT

BERKAITAN DENGAN
SISTEM RESPIRATORI

PENYAKIT ASMA

Penyakit asma merupakan penyakit immunologi


yang menyebabkan kesukaran bernafas. Asma tergolong kepada penyakit kelainan saluran pernafasan. Penyakit asma disebabkan oleh asap atau habuk, jangkitan saluran pernafasan, riadah berlebihan, perubahan cuasa, pengambilan dadah dan pendedahan kepada alergen (habuk rumah).

BRONKITIS KRONIK

Penyakit ini dikenali sebagai penyakit paru-paru obstruktif kronik

Bronkitis kronik adalah batuk dan pengeluaran kahak yang


berlebihan. Asap rokok menggangu aktiviti makrofaj di alveolus, melambatkan pergerakan (pembuangan) mukus atau lendir dan menimbulkan kerosakan pada sel permukaan salur paru-paru. Gejala-gejala batuk berkahak, melalui pengamatan X-ray

dada dan ujian fungsi paru-paru

PNEUMONIA

Pneumonia ialah keradangan paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan virus, fungus atau parasit Gegala ini biasanya bermula secara tiba-tiba seperti demam panas, menggigil, sakit dada, sukar bernafas

dan kahak berwarna coklat (rusty sputum).


Kanak-kanak juga mungkin mengalami sawan dan muntah-muntah. Pneumonia akibat jangkitan virus biasanya ditandai oleh demam, sakit otot dan sakit di sendi.

BARAH PARU-PARU

Barah paru-paru kebiasaannya menyerang kaum lelaki yang menghisap rokok.

Punca kepada penyakit ini iaitu pendedahan kepada


karsinogen industri, seperti asbestos, debu dan luka yang terdapat pada paru-paru. Gejala awal penyakit ini adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah, sukar bernafas dan tercungap-cungap,

nafas berbunyi serta terasa sakit apabila bernafas


Barah ini boleh merebak ke seluruh badan iaitu hati, otak, tulang dan tisu-tisu lain.

INFLUENZA

Influenza merupakan jangkitan virus di saluran


pernafasan. Penyakit ini menyerupai jangkitan selesema tetapi gejala-gejala pada penyakit ini lebih parah. Antara gejalanya penyakit ini ialah seperti :- Demam panas menggigil - Berpeluh, batuk berkahak dan sakit otot - Sakit kepala, berhingus dan hidung tersumbat. - Muntah dan cirit birit

Kebiasaannya,
setelah seminggu.

pesakit akan demam selama empat

hari berturut-turut dan gejala yang lain akan hilang Pada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas dan individu yang berpenyakit, komplikasi yang mungkin timbul ialah pneumonia oleh bakteria.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like