You are on page 1of 5

ISL 1: Melalui capaian internet, cari maklumat mengenai perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan.Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabarandalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakankeperluan dan kemestian kepada negara.Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan inimenjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerahdan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbinganini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolahsekolah. Guru-guruyang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan programpengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling).Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 )Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkanJawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 )pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan danKaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengahmempunyai seorang kaunselor

sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pulamempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang denganpesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakanwujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun1989. Tujuan tujuan professional perkama ialah ; Memajukan amalan kaunseling secara professional Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaankaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia. Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.

Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yangterdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman. Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setandingdengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telahdiluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.

PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Laporan lagi Jawatankuasa Kabinet seperti mengkaji dinyatakan dengan pelaksanaan dalam Dasar Pelajaran yang ini

(1979)menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan disekolah-sekolah Perakuan 1979 berbunyi:Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolahhendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan hendaklahmenitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduankerjaya sahaja.Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolahiaitu kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usahamengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia disekolah. Di sekolah menengah dan rendah,

Bimbingan dan Kaunseling merupakan satutanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiappenuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum.Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiappelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalamusaha memenuhi hakhak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapibeberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yangmerupakan aktiviti yang berterusan akan menolong pelajar meneliti, menilai danmemilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yangmereka perlukan.Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dankaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku PanduanPerlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskanbeberapa prinsip. Anataranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses

pendidikan,

iaitu

proses

yang

dirancang

dan

berterusan.

Para

pelajar

mempelajaripengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk diMalaysia.Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluangpertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhakmendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menujuproses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dankebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam danmenerokai tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkanhidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Olehitu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindaktanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedarikelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinyamelalui aktiviti pencegahan.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutamasemasa melaksanakan program dan aktiviti

bimbingan di sekolah. Para guru, pihaksekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyakperlu disebarkan kepada pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diripelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugassebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sediaada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakahperanan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagaikaunselor di sekolah tersebut.Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiriantara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyaipelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolahmenengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkatremaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasamempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyaipermasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Inimerupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakanpelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menujukedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolahmenjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan penciptakeharmonian sekolah. Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telahdilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dankekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatanberikut dapat dilaksanakan.Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dankemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbinganmengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama ataukepercayaan.Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagiperkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahapperkembangan dirinya.Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-usahabimbingan dan

kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandaimenyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasapendek dan panjang.Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakanprogram dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yangberkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengantujuan memelihara kebajikan pelajar.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantubersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatandalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang.

You might also like