You are on page 1of 2

AINA MAISARAH BINTI MOHAMAD ROSLAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI AKIBAT BERBOHONG Ada sebuah rumah kecil

yang terletak di hujung sebuah kampung. Rumah itu didiami oleh satu keluarga peladang. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama Leman. Leman adalah merupakan seorang budak yang nakal dan malas pula bekerja. Dia banyak menghabiskan masa dengan bermain sahaja setiap hari. Pada suatu hari, ayahnya menyuruh Leman menjaga kambing-kambing mereka di sebuah padang rumput. Ketika kambing Leman sedang memakan rumput, Leman bersandar di sebatang pokok yang rendang. Dia berfikir bagaimanakah caranya untuk menipu orang-orang kampung. Ah.......biar aku tipu orang-orang kampung! , bisik Leman dalam hatinya. Leman pun berdiri di atas sebuah tunggul kayu. Ya...Dia pun menjerit sekuat-kuat hatinya. Tolong!.......Tolong!.......Tolong! Harimau hendak makan kambing saya!...Tolong!. Orang-orang kampung mendengar jeritan Leman itu. Mereka pun keluar beramai-ramai ke arah padang rumput. Ada yang membawa senapang, ada yang membawa parang dan ada yang membawa kayu. Mereka berlari dengan pantas menuju ke padang rumput. Orang-orang kampung sampai ke tempat Leman. Mereka tidak nampak pun harimau. Salah seorang daripada mereka bertanya, Leman, mana harimau itu?. Leman pun bangun. Dia bangun sambil ketawa dengan kuatnya. Ha...ha...ha...! Mana ada harimau, semua orang kena tipu. Orang-oramg kampung sangat marah dengan perbuatan Leman. Salah seorang daripada mereka berkata, Budak ini memang nakal. Ingat! Kami tidak mahu menolong kamu lagi. Semua orang kampung sangat marah kepada Leman. Mereka pun terus pulang. Orang-orang kampung menyesal kerana percaya kepada Leman. Leman masih ketawa seorang diri. Ha...ha...ha...,aku berjaya menipu mereka semua. Leman berasa gembira dengan perbuatannya itu.

Pada suatu petang, seperti biasa Leman sedang meniup serulingnya sambil memerhatikan kambing-kambingnya memakan rumput. Tiba-tiba keluar seekor harimau dari hutan berhampiran cuba menangkap kambingnya. Leman terkejut melihat kedatangan harimau yang ganas itu. Harimau itu dengan pantas menerkam kambingnya. Leman pun terus memanjat pokok untuk menyelamatkan nyawanya. Tolong! Tolong! Harimau makan kambing saya! , jerit Leman dengan sekuat hatinya. Kambing-kambing Leman semuanya lari bertempiaran. Harimau itu berjaya menangkap seekor darinya. Leman berasa amat takut. Dia menjerit berkali-kali meminta tolong. Walaupun orang-orang kampung mendengar jeritan Leman itu, tiada siapa pun yang datang menolongnya. Mereka menyangka Leman hendak menipu lagi. Itulah balasan bagi orang yang suka bercakap bohong. Kawan-kawan, pengajaran utama yang dapat diambil daripada cerita ini ialah kita jangan sesekali bercakap bohong kerana akhirnya kita tidak akan dipercayai lagi oleh orang lain.

Buah cempedak bentuknya bujur, Sangat disukai oleh semua, Jika kita bersikap jujur, Hidup kita dipandang mulia.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Sekian.

You might also like