You are on page 1of 10

AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU ZUMADI (BA )

NOR AQILAH BINTI MOHAMMED SAAER (BA09110045) SITTI ZAINAB BINTI ASMANG (BA09260440) _____________________________________________________________________________ SOALAN 9 : Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah karya sejarah yang berisi sejarah sejak jatuhnya pemerintahan Melayu sampailah ke masa moden, meliputi sebuah salasilah keluarga raja-raja Selangor, ditulis oleh Raja Ali Haji dari Riau. Berdasarkan karya ini, bincangkan tradisi pensejarahan Johor Riau. PENGENALAN Teks Tuhfat al-Nafis sememangnya sebuah teks yang tidak asing lagi terutamanya di kalangan para sejarawan yang mengkaji sejarah Johor- Riau Lingga dan Tanah Melayu, umumnya. Tuhfat Al-Nafis menjadi sebuah karya sejarah yang amat penting apabila ia merupakan antara manuskrip Melayu yang mempunyai aspek pentarikhan yang paling tepat dan memberikan gambaran yang jelas terhadap peristiwa sejarah yang dicatatkan. Hari ini , salinan atau naskah teks ini terdiri daripada enam salinan termasuk naskah yang telah ditemui di Terengganu dalam tulisan jawi. A. Latar belakang penulis Nama sebenar Raja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad Dilahirkan pada 1804 di Pulau Penyegat, Riau. Meninggal dunia 1872. merupakan individu yang berperanan besar dalam mengarang teks Tuhfat al-Nafis. Namun demikin, terdapat juga pendapat yang mengatakan teks ini merupakan sebuah teks yang dikarang bersama ayahnya iaitu Raja Ahmad berketurunan daripada keluarga Bugis terkenal di Sulawesi iaitu Opu lima bersaudara. Antara karya-karya beliau yang lain ialah Salasilah Melayu dan Bugis (1860) dan Tuhfat al-Nafis (1865) merupakan penulis pertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusi bukunya Bustan al-Katibin (1850)

faktor latar belakang hidup Raja Ali Haji mempengaruhi penulisannya terutamanya Tuhfat Al-Nafis dalam mengangkat kedudukan golongan pemerintah. dikaitkan dengan keturunan Raja Bugis di Sulawisi. Opu Bugis lima bersaudara

B. Karya Tuhfat Al-Nafis ditulis sekitar tahun 1865 manuskrip Tuhfat al-Nafis mempunyai dua versi, yaitu versi pendek dan versi panjang. Versi pendek (88 000 perkataan) adalah karya Raja Ahmad. Manuskrip ini disalin pada tahun 1896 dari koleksi Yang Dipertuan Muda Riau pada waktu itu. versi yang panjang (126 000 perkataan) adalah karya Raja Ali Haji dan di kaji semula oleh Virginia Matheson Hookor. berkisar tentang sejarah salasilah keturunan raja-raja Bugis serta pentadbiran Kerajaan Riau-Lingga yang meliputi bahagian selatan Semenanjung Melayu, termasuk Singapura, Batam, Bintan, Karimun, Singkep, Lingga. Kerajaan Melaka yang meliputi wilayah Pahang, Selangor, dan Johor turut disentuh. Bersifat Bugis Sentrik dan pro-Bugis. lebih bais atau lebih cenderung dengan suku kaum Bugis. Menurut Arbaiyah Mohammad Nor- tema Tuhfat al-Nafis dikatakan lebih cenderung kepada cerita Raja-raja dan rakyat Bugis atau boleh dianggap sebagai Bugis centric. Raja Ali Haji juga sedaya upaya menjadikan Tuhfat al-Nafis sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan suku Bugis dalam Kesultanan Melayu terutamanya di Johor C. TRADISI PENSEJARAHAN JOHOR-RIAU MENGIKUT KARYA TUHFAT AL-NAHFIS 1.0 Sejarah Awal Salasilah Kesultanan Johor Riau Dalam karya Raja Ali Haji ini, beliau telah menerangkan secara terperinci tentang salasilah Kesultanan Johor-Riau di samping menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam zamanzaman tersebut. kerajaan atau Sultan yang terawal memerintah Johor-Riau ini adalah: 1. Sultan Alauddin Rayar Syah II (mangkat 1564) 2. Sultan Muzaffar Syah II (mangkat di Seluyut) 3. Sultan Abdul Jalil (mangkat pada usia 9 tahun)

4. Sultan Maayat Syah (mangkat 1637) 5. Sultan Abdul Jalil Rayat Syah IiI 6. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II (mangkat 1597) 7. Sultan Ibrahim Syah II (mangkat 1685) 8. Sultan Mahmud Syah II 9. Sultan Abdul Jalil Rayat Syah IV

2.0 Asal-Usul Raja Kecil Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Syah II yang mangkat dijulang. Apabila Raja Kecil meningkat dewasa, beliau telah meminta izin kepada Puteri jalinan untuk merantau ke tempat lain. Sepanjang pengembaraannya, beliau telah pergi ke Tambang, kelimun Batang Hari, Rawas dan Johor. Setelah itu beliau kembali semula ke Pagar Ruyung untuk berjumpa dengan Yamtuan Sakti dan Puteri Janilan. Maka ketika ini, Yamtuan Sakti dan Puteri Janilan telah memberi kuasa kepada Raja Kecil untuk memerintah di Minangkabau. Raja Kecil memerintah di Batu Bahara. Pada ketika inilah Raja Kecil telah berhasrat untuk menyerang Johor bagi merampas takhta pemerintahan Johor. 3.0 Rampasan Takhta Pemerintahan Johor-Riau Oleh Raja Kecil Sebelum memulakan perang ke atas Johor, Raja Kecil telah menyiapkan segala alat kelengkapan perang dan kapal perang untuk menuntut takhta ayahandanya di Johor. secara kebetulan anak-anak Raja Bugis Lima Bersaudara telah singgah ke bengkalis semasa mengembara. Raja Kecil telah mempelawa anak-anak Raja Bugis itu untuk membantu beliau menyerang Johor. Namun permintaan Raja Kecil tidak dapat dipenuhi oleh anak-anak Raja Bugis Lima Bersaudara itu dengan alasannya mereka mempunyai hal yang perlu diuruskan di Langat. Raja Kecil tidak mendapat sebarang tentangan yang hebat semasa menyerang Johor kerana ramai rakyat serta laksamana kerajaan Johor yang belot dengan menyokong Raja Kecil.

Dalam peperangan ini, Johor dibawah Sultan Abdul Jalil IV telah menyerah kalah dan Raja Kecil mengambil alih kekuasaan dan Sultan Abdul Aalil IV dijadikan bendahara semula. Raja Kecil telah mengubah nama beliau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Pengambilan takhta oleh Raja Kecil telah mendatangkan kebimbangan terhadap Sultan Abdul Jalil IV dan anakandanya iaitu Raja Sulaiman dan setersunya telah membawa kepada perjanjian antara Raja Sulaiman dengan anak-anak Raja Bugis Lima Bersaudara untuk mendapatkan semula takhta Johor dari kekuasaan Raja Kecil. 4.0 Perjanjian Antara Raja Sulaiman Dengan Opu-Opu Bugis Lima Bersaudara Anak-anak Bugis yang telah membantu Raja Sulaiman mengalahkan Raja Kecil bernama Daeng perani, Daeng Menambu, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Raja Sulaiman meminta bantuan anak Raja Bugis untuk mengusir Raja Kecil di Johor. Jika berjaya, anak-anak Raja Bugis tersebut akan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Johor, Riau dan Lingga. Tengku Tengah,adik Raja Sulaiman pula akan dikahwinkan dengan Daeng Perani untuk menutup malu Tengku Tengah apabila perihal pertunangannya dengan Raja Kecil terpaksa dibatalkan. Menurut Raja Ali, terdapat tujuh buah perahu besar yang berisi meriam dan beberapa kelengkapan perang semasa anak Raja Bugis bertolak ke Siantan manakala keadaan di Johor tidak menentu kerana seperti terdapat dua orang raja yang memerintah Johor, iaitu Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil) dan Sultan Abdul Jalil IV. Tambah Raja Ali dalam karyanya:-

Maka berbelah-belahlah orang-orang di dalam negeri itu. Ada yang kepada Raja Kecil, ada yang ke pihak Sultan Abdul Jalil
Pada masa yang sama berlaku penyebaran fitnah yang mengatakan Raja Kecil bukanlah Putera Marhum Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang sebenar. Fitnah ini telah sampai ke pengetahuan Tengku Kamariah dan Tengku Tengah, maka Tengku Tengah nekad melarikan Tengku Kamariah dan dibawanya ke Seluyut, tempat kediaman Tengku Tengah, Raja Sulaiaman dan Sultan Abdul Jalil. Tindakan Tengku Tengah ini telah menyebabkan Raja Kecil murka dan terjadilah peperangan di antara Raja Kecil dan Sultan Abdul Jalil. Dalam peperangan ini, Sultan

Abdul Jalil mengalami kekalahan dan berundur ke Terengganu dan seterusnya membuka negeri di kuala Pahang. Namun Sultan Abdul Jalil tetap mendapat serangan daripada Raja Kecil. 5.0 Kemangkatan Sultan Abdul Jalil IV Sebelum meninggalkan Pahang, datang perintah daripada Raja Kecil yang disampaikan oleh orang suruhan Raja Kecil, si Emas Raden. Dalam surat tersebut dinyatakan bahawa:

janganlah Sultan Abdul Jalil dibawa ke Riau lagi, bunuhlah sekali, kita tahukan matinya sahaja
Semasa berlakunya amukan tersebut, Sultan Abdul Jalil masih di tikar sembahyang selepas selesai solat subuh kerana sedang membaca wirid. Ketika itulah berlakunya pergelutan antara Sultan Abdul Jalil dengan panglima-panglima tersebut. akhirnya Sultan Abdul Jalil mangkat dibunuh dan beberapa orang panglima Minangkabau turut terbunuh dalam pergelutan itu. Kemangkatan Sultan Abdul Jalil telah menyebabkan Tengku Tengah mengamuk dan dibunuhnya panglima-panglima yang masih hidup. Dalam masa yang sama, Laksamana Nakhoda Sekam memberi amaran supaya tidak melawan tindakan Tengku Tengah jika tidak mahu dibunuh oleh Raja Kecil. Tengku Tengah kemudiannya ditenteramkan oleh anak-anak raja yang lain. Selepas itu, Laksamana Nakhoda Sekam, menghadap raja-raja perempuan dan mohon izin membersihkan mayat baginda dan dimakamkan. Marhum Sultan Abdul Jalil IV dimakamkan di Telu Kandang, Kuala Pahang. 6.0 Bantuan Opi-Opu Bugis Lima Bersaudara Kepada Raja Sulaiman Untuk Menyerang Riau Setelah selesai urusan memakamkan Marhum Sultan, semua anakanada baginda di bawa ke Riau. Apabila tiba di Riau, Raja Kecil melayan mereka dengan baik dan memberikan mereka sebuah istana. Raja Sulaiman masih menyimpan dendam terhadap Raja Kecil atas perbuatannya. Apabila sudah tidak tertanggung kemarahannya, maka Raja Sulaiman menulis sepucuk surat kepada anak-anak Raja Bugis Lima Bersaudara.

Setelah surat tersebut sampai ke tangan Daeng Pareni, maka bermesyuaratlah mereka lima beradik untuk membantu Raja Sulaiman. Dalam mesyuarat tersebut, telah diputuskan bahawa Daeng Pareni menjadi ketua angkatan perang, Daeng Cellak menjadi panglima besar, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi menjadi panglima kanan perang dan panglima kiri perang. Daeng Massuro dan Daeng Menampuk menjadi ketua bagi memerintah peperangan. Setelah selesai semua kelengkapan perang,maka berlayarlah anak-anak Raja Bugis itu. Apabila sampai di Riau, angkatan tentera bugis terus menuju ke Pulau Pengujan. Maka di situ berlakunya peperangan antra orang orang bugis dengan Raja Kecil. Akhirnya Raja Kecil telah tewas dalam peperangan tersebut dan baginda berundur ke Lingga. Apabila Lingga juga diserang, Raja Kecil meninggalkan Lingga dan menuju ke Riau semula. Di Riau, Raja Kecil menghimpunkan tenteranya dan membina kubu di sana. Dalam pada itu, jajahan takhluk Raja Kecil di Linggi diserang anak-anak Raja Bugis. Penghulu Linggi yang menjadi wakil Raja Kecil di Linggi kalah dalam serangan itu dan berpura-pura meminta damai. Penghulu Linggi meminta bantuan Raja Kecil dan peperangan berlaku semula dengan anak Raja Bugis, Daeng Merewah. Kemenangan memihak kepada anak Raja Bugis dan Raja Kecil berundur ke Siak. Anakanak Raja Bugis terus menerus menyerang orang-orang Raja Kecil di Riau dan akhirnya Riau di tawan. 7.0 Pertabalan Sultan Sulaman Menaiki Takhta Johor-Riau Setelah memperolehi kemenangan dalam perang dengan Raja Kecil dan berjaya menawan Riau semula, maka Raja Sualaiman dilantik sebagai Raja Johor dengan segala takhluk daerahnya. Namun, apa yang menjadi masalah ialah segala alat kebesaran diraja masih berada dalam tangan Raja Kecil. Seterusnya, Kelana Jaya Putera serta saudaranya berangkat ke Siak untuk mendapatkannnya dari Raja Kecil. Pada tahun 1722 Raja Sulaiman ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Berikut merupakan kata-kata Kelana Jaya Putera yang dicatatkan oeh Raja Ali dalam Tuhfat Al Nafis:-

barang tahu kiranya segala anak bugis dan melayu, maka adalah hari ini Raja Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Syah menjadi raja yang dipertuan besar memerintahkan negeri johor dan riau dan Pahang dengan segala takhluk daerahnya!
Seperti yang telah dijanjkan, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah inigin melantik anakanak Raja Bugis untuk menjadi Yang Dipertuan Muda memerintah Johor, Pahang dan Lingga. D. KEISTIMEWAAN, KEUNIKAN TUHFAT AL NAFIS SEBAGAI SEBUAH KARYA SEJARAH a) Penegasan secara eksplisit istilah AKU pada motif pengarangan yang didorong oleh kehendak pendirian, ... dan bangkitlah hatiku bahawa memperbuat kita ini yang sempurna. Ini bukanlah ciri yang diwarisi dalam pensejarahan Melayu apabila seorang pengarang lama selalu didorong oleh pihak lain untuk menulis lalu wujudlah keadaan yang menaungi raja atau pembesar dan yang dinaungi ( penulis). b) Pengunaan tarikh secara terperinci yang amat menyakinkan; bermula kira kira 196 sebelum hidupnya Raja Ali. Tuhfat al Nafis padat dengan pentarikhan ini. c) Penggunaan sumber dengan cara yang kritis. Sumber sumber yang digunakan dan dirujuk diterangkan dengan eksplisit dan dijelaskan pula pandangan serta penilaian peribadinya terhadap sumber - sumber itu; sahih atau tidak dinyatakan sekaligus. Frequent identification of his source

material ini tidak pernah dilakukan oleh pengarang Seajrah Melayu sebelumnya.
Penulisan bercorak ilmiah- mempunya nota kaki atau catatan bibliografi. d) Riwayat pengarangan tidaklah saja dibina dari sumber lisan atau naskah tertulis dirujuk atau semata mata perawian semula daripada sesuatu naskah yang telah sedia ada, tetapi juga berdasarkan pengalaman peribadi, penglihatan, dan penglibatan Raja Ahmad dan Raja Ali sendiri. Penggabungan tiga jenis maklumat ini belum pernah ditunjukkan oleh pengarang sejarah terdahulu.

PENILAIAN Karya Tuhfat al-nafis tidaklah sepopular seperti mana karya agung lain sebagaimana agungn Sulalatus as Salatin. Walau bagaimanapun, manuskrip tulisan Raja Ali Haji ini banyak meninggalkan kesan terutamanya dari aspek pensejarahan di mana kaedah penulisan sejarah moden telah mula diterapkan dalam penulisan karya sejarah dan dalam masa yang sama tidak melenyapkan unsur unsur tradisi dalam penulisan karyanya. R.O. winstedt juga mengakui bahawa The Tuhfat is the most important Malay historical work

after the Sejarah Melayu....


Tuhfat al Nafis ditulis atau dikarang dengan ditujukan kepada anak cucu Raja Ali Haji bagi membangkitkan dan mengingati semula kebesaran, kejayaan, dan keagungan yang pernah dicapai oleh datuk nenek mereka dahulu. Fungsinya barangkali serupa dengan fungsi Hikayat Patani yang menurut Teeuw dan Wyatt sebagai sebuah piagam manakala Virginia dan Barbara Andaya pula menyebutnya sebagai ...testment to the history of a

great kingdom that is now no more.


Menurut Muhammad Yusoff Hashim, Tuhfat al Nafis sebenarnya telah meneruskan tradisi pensejarahan dan membekalkan kita pengetahuan tentang sejarah masyarakat melayu di alam Melayu selepas sejarah melayu yang berakhir pada tahun 1612 itu, lanjut hingga abad ke -17 dan ke -18 terus ke tahun tahun 1860-an. Ini adalah bersiafat pujian bagi mengimbangi sumber tentang sejarah masyarakat melayu di Alam Melayu selepas Sejarah Melayu yang ditemui dalam sejarah atau sirah sebelah siak atau hikayat Siak. Satu pihak di sebelah timur selat Melaka, dan satu pihak lagi di sebelah baratnya. Di pihak barat, riwayatnya tamat hingga ke tahun 1880-an. Justeru itu, Tuhfat al Nafis dilihat bukan sahaja memberi gambaran tentang politik, ekonomi dan sosial masyarakat Bugis tetapi menerangkan tentang asal usul atau salahsilah keturunan Raja raja Melayu di Riau, Johor dan Selangor seperti mana yang digambarkan oleh Virginia dan B. Andaya :

The Tuhfat al Nafis has thus gone far beyond a mere tracing of the relationship between Malay dan Bugis Kings and those of Sumatera; it has given all those interested in the history of the Indonesian archipelago a unique account of an age that is gone forever.

KESIMPULAN Karya sejarah seperti Tuhfat Al Nafis ini sememangnya berkaitan dengan pensejarahan Johor-Riau yang meliputi tentang perkembangan Kesultanan Johor-Riau, pergolakan politik yang berlaku di Johor-Riau dengan kewujudan Raja Kecil dan beberapa catatan peristiwa bersejarah seperti yang terdapat di dalam teks Tuhfat Al Nafis tersebut. Selain itu, di dalam karya ini, ianya banyak mengisahkan mengenai hubung kait diantara kesultanan di Tanah melayu dengan kesultanan yang lain di nusantara ini termasuklah Kesultanan Aceh, Riau, Bugis dan Kesultanan yang lain. Kewujudan Kesultanan ini seperti Pahang, Terengganu, Perak dan Selangor mempunyai perkaitan yang rapat dengan Kesultanan Johor-Riau Oleh yang demikian, naskah Tuhfat Al Nafis ini banyak menyimpan fakta sejarah di dalam bentuk sastera dan sememangnya bernilai pada generasi akan datang untuk dijadikan tatapan dan sumber rujukan.

RUJUKAN Buku A.F Yassin, Zam Ismail.2002.Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855).Johor Bahru.Yayasan Warisan Johor. Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hooker,V.M (Penterjemahan Pengenalan: Ahmad Fauzi Basri).1991.Tuhfat Al- Nafis:Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan bahasa & Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim.1992.Pensejarahan Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jurnal Matheson, V. The Tuhfat al-Nafis: Structure and sources. Bijdragen tot de Taal-. Land- en Volkenkunde 127 (1971). No. 3. Leiden. 375-392

10

You might also like