You are on page 1of 14

1.0 Pengenalan Etika merupakan salah satu cabang pengajian falsafah yang menumpukan persoalan moral.

Manakala, moral pula adalah sains berkaitan dengan tingkah laku manusia (Nash, 2007). Pengertian etika menurut Kamus Dewan pula ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulannya, etika ialah satu kod peraturan iaitu suatu susunan undang-undang yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada individu, kumpulan atau sasarannya dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Profesional pula ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya dan sentiasa memeberikan perkhidmatan yang berkualiti. Jika dilihat dari aspek kod etika profesional pula, etika profesional boleh ditakrifkan sebagai semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, termasuklah peranan nilai serta tingkah laku profesional dalam masyarakat. Etika profesional adalah merangkumi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar bersifat peribadi. Menerusi perspektif agama Islam pula, etika disifatkan sebagai akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertaqwa dalam keseluruhan hidupnya. Daripada huraian di atas mengenai definisi etika, profesional dan juga etika profesional, etika dapat dirangkumkan sebagai satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Kod etika pula menjelaskan tindakan-tindakan yang betul dan perlu dituruti serta perlu menghindari perbuatan-perbuatan yang salah yang telah digariskan dalam kod etika. Badan profesional tertentu ini mempunyai kod etika yang tersendiri. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut yang dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individuindividu mengikut profesional masing-masing.

Etika keprofesionalan iaitu kerjaya berfungsi sebagai satu set peraturan atau undangundang yang telah ditetapkan dan mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Sebagai contoh kod etika yang digariskan dalam bidang kedoktoran, kehakiman, pendidikan dan juga kewartawanan. Sebagaimana yang kita ketahui, kod etika yang digariskan dalam setiap profesion ini mementingkan kepuasan terhadap penawaran perkhidmatan yang disediakan kepada klien masing-masing. Dalam erti kata lain, kod etika adalah sebagai garis panduan bagi setiap individu dalam profesion berkenaan adalah bertindak untuk memelihara hak dan kepentingan awam yang menjadi klien mereka dari pelbagai sudut iaitu merangkumi aspek keselamatan, aspek kesihatan, khidmat nasihat, keselesaan dan pelbagai aspek lain lagi.

2.0 Konsep Etika Profesional Dalam Konteks Kepentingan Awam Konsep etika yang berkaitan dengan amalan profesional lebih menjurus kepada persoalan normatif etika. Ia berbentuk pengetahuan praktikal seperti yang disarankan oleh individu pertama yang mengkaji mengenai etika iaitu Aristotle (Finnis, 1993). Di negara maju, persoalan etika dalam profesion telah banyak diperkatakan. Kebanyakan profesion di negara-negara tersebut mempunyai sistem pendidikan profesional lanjutan yang menekankan isu etika. Sebagai contoh, Nash (2007), menekankan pendidikan etika kepada doktor gigi, Bowman, Berman dan West (2001) menekankan pendidikan kepada pentadbir awam, Winstanley dan Woodal (2004) dalam bidang pengurusan sumber manusia, Loviscky, Trevino dan Jacobs (2007) dalam bidang pengurusan perniagaan, Laninska dan Garcia-Lamor (2006) dalam bidang pendidikan dewasa dan lain-lain lagi. Secara umumnya kod etika profesional merupakan teknik profesional tambahan yang menuntut agar setiap individu yang dilayani akan menerima kualiti perkhidmatan yang paling tinggi. Kod etika wujud untuk pelbagai profesion. Kod etika pertama dicadangkan oleh Thomas Percival (1740-1804, England) diterbitkan untuk pegawai perubatan dan pembedahan. Ahli profesional sepatutnya menawarkan perkhidmatan dalam bidang tumpuannya yang telah diiktiraf. Tanggungjawab untuk tingkah laku beretika perlu dipikul oleh ahli profesional itu sendiri. Prinsip pembentukan kod etika profesional ialah, individu yang bertindak sebagai ahli profesional perlu memikul tanggungjawab etika yang telah digariskan. Kod etika profesional yang bertulis perlu dilandaskan kepada prinsip-prinsip
2

berikut iaitu kesaksamaan / keadilan (impartiality), keterbukaan (openness), kerahsiaan (confidentiality), ketekunan (due deligence), tanggungjawab profesional (fidelity to professional responsibilities) dan juga mengelakkan percanggahan kepentingan (avoiding conflict of interest). Profesion merupakan satu pekerjaan yang sangat penting untuk menjamin kepentingan awam terpelihara. Dari zaman dahulu sehinggalah sekarang, profesion telah menjadi unsur utama dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Di atas perkhidmatan yang disumbangkan, masyarakat dan institusi telah menyediakan ganjaran sosial dan ekonomi kepada profesion dalam bentuk status dan pendapatan kewangan yang tinggi. Oleh yang demikian, profesion perlulah mempunyai satu standard moral yang tinggi sesuai dengan nilai imbalan yang telah mereka terima (Laninska &Garcia-Lamor 2006). Daripada pandangan masyarakat awam, profesion merupakan pekerjaan yang bersifat alturistik dan perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan negara (Cervero, 1988). Harapan yang diamanahkan oleh masyarakat perlulah dijaga oleh setiap profesion. Setiap tindak tanduk seseorang individu dalam sesebuah profesion mestilah mengikut piawaian etika profesional yang telah digubal. Kod etika yang telah digubal ini oleh persatuan-persatuan profesional adalah bertujuan untuk mengawal amalan setiap ahli mereka (Kinchin, 2007). Secara keseluruhannya, profesion dilihat sebagai satu pekerjaan yang amat penting dalam masyarakat. Dengan penetapan kod etika yang diwujudkan dalam sesebuah bidang profesional dapat memastikan kepentingan masyarakat awam akan tetap terpelihara dan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah badan profesion adalah memenuhi piawaian yang sepatutnya. Ianya juga dapat mewujudkan situasi menang-menang win-win situation di antara pihak klien (masyarakat awam) melalui perkhidmatan yang diterima dan juga pihak badan profesional melalui imbalan yang mereka perolehi.

3.0

Kepentingan etika profesional kepada kepentingan awam

Mitchell Friedman telah mengenal pasti beberapa prinsip teras dalam perhubungan awam. Profesional dalam bidang perhubungan awam sentiasa berhubung dengan pelbagai bidang kerjaya yang melibatkan masyarakat. Kejujuran dan integriti mestilah diamalkan pada setiap masa dalam perkhidmatan sesebuah bidang kerjaya untuk mengekalkan kredibiliti bagi menjamin kepuasan kliennya iaitu masyarakat itu sendiri. Kod etika profesional yang digubal itu pula adalah sebagai menentu sama ada tindakan yang dibuat itu salah atau betul dan memastikan seseorang yang terlibat dalam sesebuah profesion tidak bertindak melampaui batas yang sepatutnya. Seseorang klien yang berada di dalam masalah sememangnya mengharapkan sesuatu perkhidmatan yang diperolehi daripada badan profesional adalah telus dan sempurna. Peranan sesebuah badan profesional seperti doktor dan peguam misalannya bukanlah sekadar untuk menasihati klien mereka akan keputusan yang bakal diambil tetapi juga menentukan kesan jangka panjang sesuatu keputusan yang dibuat bukan sahaja kepada kepentingan organisasi tetapi juga kepentingan jangka panjang kliennya juga. Anggota masyarakat benar-benar menaruh kepercayaan yang tinggi kepada ahli profesional untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, etika profesional yang diwujudkan dalam sesebuah badan profesional memastikan sesebuah badan profesional mematuhi etika yang sepatutnya agar mereka menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai badan ahli profesional dengan baik dan sempurna. Etika profesional yang digubal sememangnya untuk menjaga kepentingan awam yang terlibat dalam menerima sesuatu daripada badan profesional. Tujuan utama di mana etika profesional ini diwujudkan adalah untuk menjadi garis panduan perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan bagi seseorang anggota profesion terkenaan. Tujuan lain di mana etika profesional diwujudkan dan dikuatkuasakan pula adalah untuk menghadapi gejala keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah serta pelbagai lagi bentuk penyelewengan lain yang mungkin akan timbul pada masa hadapan. Hal ini adalah bagi mengelakkan masyarakat awam daripada terus menerus menanggung kerugian akibat dan kesan buruk daripada salah laku yang melibatkan golongan badan profesional yang tidak bertanggungjawab. Namun demikian, etika profesional sahaja masih belum mencukupi dan harus didasari dengan nilai akhlak terpuji untuk melaksanakan tanggungjawab dalam profesion yang diceburi.
4

4.0 4.1

Contoh kepentingan etika profesional dalam pelbagai bidang kerjaya Etika Profesion Penjawat Awam

Peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, peguam, akauntan dan lain-lain lagi amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat. Penjawat awam merupakan antara contoh badan profesion yang terlibat terus dengan penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat bertepatan dengan definisi etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam Kerajaan. Larangan dan kebenaran tingkahlaku Perkhidmatan Awam adalah tertera dalam perundangan dan peraturan yang mengandungi had-had tindakan dan perilaku anggota Perkhidmatan Awam dalam masyarakat. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan ini terkandung dalam Etika Perkhidmatan Awam, Perintah-perintah Am dan usaha pemodenan tadbiran yang meliputi antara lain, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja, Pengurusan Mesyuarat, Pengurusan Masa, Memberi Khidmat kepada Orang Awam, Menjawab Panggilan Telefon dan Pertanyaan Awam serta Perkhidmatan Kaunter yang dilaksanakan oleh kerajaan. Secara ringkas, nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam adalah terkandung dalam institusi utama masyarakat yakni agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran masyarakat yang merupakan asas rasional bagi Perkhidmatan Awam yang berkesan di negara ini. Oleh itu, setiap anggota Pekhidmatan Awam harus memahami falsafah Perkhidmatan Awam serta mengamalkan nilai-nilai dan etika yang didukung oleh anggota Perkhidmatan Kerajaan. Pengurusan Organisasi Perkhidmatan Awam selalunya difahamkan sebagai melakukan sesuatu bersama-sama dalam kalangan individu-individu dalam organisasi untuk mencapai objektif organisasi. Objektif organisasi mesti selaras dengan objektif Perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Awam yang berkualiti. Ukuran kualiti dalam Perkhidmatan Awam seharusnya dilihat daripada perspektif kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dan keluaran yang dihasilkan oleh organisasi Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, etika profesional yang dibentuk mementingkan penerapan nilai-nilai seperti kecekapan, ketepatan, kesopanan, kebolehpercayaan, ketahanan di samping melibatkan kos minimum adalah menjadi
5

sebahagaian daripada ciri-ciri kualiti yang penting. Hal ini menjamin hak pengguna selaku anggota masyarakat untuk mendapat satu sistem perkhidmatan yang baik dan berpatutan terutama kepada masyarakat yang tergolong dalam status ekonomi sederhana dan miskin. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam yang menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam etika profesional penjawat awam akan menunjukkan sikap dan perlakuan atau budi yang mulia, misalnya bersopan-santun, amanah, tidak sombong, penyabar, rajin, ikhlas, dedikasi, cekap, kerja berkualiti dan tidak akan melanggar hak-hak kepentingan awam yang sepatutnya dipelihara oleh mereka sendiri. Salah satu profesion yang merupakan sebahagian daripada penjawat awam yang mewakili institusi pendidikan ialah profesion perguruan. Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Sebagaimana yang kita ketahui, salah satu agen sosialisasi dalam masyarakat ialah institusi sekolah. Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya profesion seorang guru dalam menjamin kepentingan awam. Selain itu, guru mempunyai tangungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut tercapai, para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Kod etika perguruan dirumuskan kepada empat perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Pertama, tanggungjawab terhadap pelajar. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain. Seorang guru haruslah bertugas sebagai penganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Seorang guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Sebagai contoh situasi, cikgu siti merupakan seorang guru bahasa melayu di sebuah sekolah
6

di ibu kota. beliau ditugaskan untuk mengajar dua buah dalam tingkatan 5 iaitu di kelas pertama (5 Amanah) dan juga kelas terakhir (5 Dedikasi). Berdasarkan etika profesion perguruan ini, cikgu siti harus bersikap tidak pilih kasih terhadap anak-anak didiknya meskipun mereka berlainan tahap keupayaan akademik. Dengan demikian, kepentingan awam tetap terus terpelihara kerana telah menjadi tugas cikgu siti untuk mendidik dan membimbing semua pelajarnya tanpa mengira perbezaan yang wujud antara mereka untuk menjadi seorang anggota masyarakat yang baik suatu hari nanti. Tanpa pengahayatan cikgu siti dalam etika profesion perguruan ini, cikgu siti mungkin akan bertindak membeza-bezakan antara anak didiknya menurut penilaian peribadinya yang lebih selesa untuk mengajar dalam kelas 5 Amanah yang lebih pandai dan tidak banyak masalah, berbanding kelas 5 Dedikasi yang bermasalah dari segi tahap pencapaian akademik dan juga tingkah laku. Ianya akan mendatangkan impak negatif dan menggugat kepentingan awam kerana pelajar-pelajar yang diabaikan kemungkinan besar akan menjadi seorang individu masyarakat yang rosak suatu hari nanti.

4.2

Etika Profesion Kedoktoran

Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun 1947 sebagai etika dalam bidang perubatan. Sebanyak enam kod etika perubatan yang diterimapakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yang tinggi dalam tingkah laku profesional, seseorang doktor mestilah melaksanakan profesionnya tanpa dipengaruhi oleh motif untuk mencapai untung, sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan ransangan fizikal dan mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit dan perlu berhati-hati dalam menggunakan penemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru. Etika profesional yang digariskan dalam profesion kedoktoran mesti dipatuhi oleh semua para doktor. Terdapat banyak tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang doktor antaranya ialah, tanggungjawab sebagai seorang doktor kepada pesakitnya yang juga merupakan kliennya. Seorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk

menyelamatkan nyawa pesakitnya. Seorang doktor juga mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuannya kepada para pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan di luar batas keupayaannya, seorang doktor mestilah cuba
7

mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan. Selain itu, seorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang dia ketahui berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang diberikan kepadanya serta memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawb kecuali dia yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya. Dalam contoh situasi, Doktor Amin merupakan seorang doktor di hospital besar Ipoh, Perak dalam bahagian wad kanak-kanak. Seorang pesakitnya yang merupakan seorang kanakkanak perempuan berumur 5 tahun disahkan menghidap penyakit jantung berlubang tahap kritikal. Doktor Amin meminta kes kanak-kanak terbabit di bawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana di sana terdapat peralatan dan tenaga yang lebih pakar dalam menangani kes kanak-kanak terbabit. Kanak-kanak terbabit akhirnya menjalani sesi rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN). Contoh situasi ini adalah merupakan contoh daripada salah satu etika profesional bagi seorang doktor iaitu apabila seseorang doktor berhadapan dengan situasi penghuraian atau rawatan di luar batas keupayaannya, seorang doktor mestilah cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan. Situasi ini juga menjelaskan kepentingan etika profesional itu sendiri dalam konteks profesion kedoktoran. Jika seseorang doktor itu tidak mematuhi etika profesional ini, sudah tentulah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit tidak dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan selamat.

4.3

Etika Profesion Perbankan / Perniagaan

Bank merupakan sebuah institusi kewangan yang menjalankan operasinya berasaskan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Walaupun sesebuah bank bertaraf swasta dan mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan dalam operasinya, di masa yang sama bank-bank tersebut terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan yang bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan penindasan kepada pelanggannya. Kod etika bank yang telah dibentuk adalah merangkumi aspek kejujuran, keadilan, kerahsiaan dan intgriti. Sebagai jaminan supaya tidak berlakunya konflik kepentingan individu, kakitangan bank terikat dengan beberapa kod etika dalam menjalankan tugas mereka iaitu antaranya kakitangan bank tidak boleh berurusan dengan pelanggan yang mempunyai kepentingan sama
8

ada pemilik tunggal, secara kongsi, pemilik saham, memberi pinjaman atau orang yang berhutang. Jika hal ini berlaku, ia perlu dilaporkan serta merta kepada pegawai atasan. Selain itu, kakitangan bank juga tidak boleh menerima pemberian yang mahal seperti hadiah dari pelanggan dan pembekal. Namun hadiah sempena perayaan yang tidak mempunyai nilai komersial dibenarkan jika tidak mempengaruhi tugas kerja. Menerusi profesion perbankan / perniagaan ini juga, etika profesional adalah memainkan peranan yang penting dalam memelihara kepentingan awam. Sebagai contoh dalam situasi di mana Encik Siva merupakan seorang pegawai bank di ibu kota. beliau ditugaskan untuk menguruskan pemohonan-pemohonan pinjaman bagi syarikat-syarikat kecil. Salah seorang pemohon pinjaman tersebut merupakan adik kandung Encik Siva. Beliau meminta rakannya untuk menguruskan pemohonan pinjaman bagi pihak adiknya agar keputusan penerimaan pinjaman itu tidak dipengaruhi oleh keputusan peribadinya untuk membantu perniagaan adik kandungnya. Sekiranya tidak ada satu kod etika profesional yang digariskan bagi profesion perbankan / perniagaan ini, sudah pasti Encik Siva akan membantu adiknya untuk mendapatkan pinjaman tersebut dan mungkin akan mengenepikan hak syarikat lain yang lebih berkelayakan untuk menerima pinjaman tersebut.

4.4

Etika Profesion Kewartawanan

Kewartawanan merupakan satu bidang kerja yang penting kerana ia berkaitan dengan penyebaran maklumat kepada masyarakat awam. Justeru, bagi pihak yang terlibat dalam bidang ini, haruslah berpegang kepada etika profesional kewartawanan agar tidak terselincir dari landasan sebenar sebagai seorang wartawan. Pengabaian terhadap etika kewartawanan akan berlakunya penyebaran berita palsu atau fitnah yang akhirnya akan mendatangkan impak negatif kepada masyarakat awam terutamanya. Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika bagi pengamal profesion ini. Kod etika itu ialah Kod Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (National Union Journalist Malaysia) (NUJM). Ianya digunapakai oleh wartawan akhbar dan penyiaran. Dalam kod etika kewartawanan ini, terdapat banyak perkara yang digariskan bagi memastikan kepentingan awam terus terpelihara. Antara kod etika kewartawanan tersebut iaitu pertama, menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran awam

dan wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyi sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen. Hal ini bermakna, seseorang individu yang terlibat dalam profesion kewartawanan haruslah menyampaikan berita yang sahih dan jelas sumbernya. Masyarakat tidak seharusnya disogokkan dengan berita yang palsu dan tidak benar. Sebagai contoh, berita mengenai isu-isu keselamatan seperti amaran tsunami dan gempa bumi, berita yang sahih haruslah disebarkan kepada masyarakat umum untuk mengelakkan mereka berhadapan dengan musibah yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda mereka. Kod etika kewartawanan ini juga memelihara kepentingan awam dari segi kaedah yang digunakan oleh seseorang wartawan mestilah adil bagi memperoleh berita, gambar dan dokumen. Sebagai contoh, dalam mendapatkan sumber berita dan gambar bagi sesuatu kejadian ragut misalnya, seseorang wartawan yang memegang kod etika ini, haruslah menjaga keselamatan orang awam yang menjadi saksi kejadian tersebut dimana setiap daripada butirbutir peribadi saksi tidak boleh didedahkan kerana ianya akan mendatangkan risiko kepada si pemberi maklumat tersebut. Sekiranya sebarang maklumat yang diterbitkan didapati tidak tepat, maka wartawan tersebut haruslah berusaha untuk memperbetulkannya untuk menjamin ketelusan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat awam. Hal ini penting agar masyarakat awam mendapat berita atau perkhabaran yang benar-benar sahih dan telus.

4.5

Etika Profesion Arkitek

Etika profesional arkitek memastikan peranan yang dimainkan oleh seseorang yang terlibat dalam profesion arkitek adalah mengikut perkembangan kehendak dan pemintaan masyarakat yang sentiasa selari dengan perubahan masa serta perlu bertindak dengan sewajarnya terhadap kehendak dan permintaan masyarakat tersebut secara profesional. Seorang arkitek harus melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh teliti, tekun dan bijaksana serta secara profesional seperti mana yang telah digariskan oleh terma pertugasan (Syarat-Syarat Pertugasan Arkitek) dan syarat ikatan perjanjian perlantikannya (MoA). Seorang arkitek juga perlulah seorang yang penimbangtara (arbiter or quasi-arbitrator) yang adil. Ia mestilah membuat satu keputusan yang tidak berat sebelah apabila mentadbir pelbagai hal yang berkaitan dengan ikatan kontrak di antara pelanggan/klien dan kontraktor serta sesiapa sahaja

10

pihak ketiga yang terlibat di dalam kontrak tersebut di mana beliau juga merupakan pegawai penguasa [SO]. Peranan seorang Arkitek Profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan/kliennya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka. Arkitek bertanggungjawab menyediakan reka bentuk bangunan yang memenuhi kehendak pemiliknya, penghuninya atau majikannya yakni kliennya. Seorang arkitek profesional berperanan memelihara kestabilan susunan struktur masyarakat agar terpelihara dari sebarang unsur ketidakadilan dan penganiayaan. Sebagai contoh, Encik Azman merupakan seorang arkitek yang dilantik untuk memberikan perkidmatannya untuk menjalankan satu projek pembangunan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur, namun terdapat beberapa masalah dalaman yang timbul dalam menjayakan projek perumahan berkenaan. Pihak pemaju meminta kesepakatan daripada pihak Encik Azman untuk menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak bermutu tinggi namun harga rumah yang dibina masih lagi dalam kadar yang tinggi. Hal ini adalah amat bertentangan dengan etika profesional seorang arkitek. Di bawah etika profesional bagi seseorang arkitek, dia perlulah bertingkah laku dan bertindak secara profesional dengan tidak memihak kepada mereka yang melakukan kesalahan atau kemungkiran terhadap orang ketiga iaitu pembeli rumah kos rendah terbabit atau masyarakat am lain yang berurusan dan terlibat dalam projek tersebut. Di bawah etika profesional ini, kepentingan awam adalah terjamin dan tidak tertindas ekoran sikap tamak haloba pihak pemaju yang ingin mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa menghiraukan keselamatan dan juga keselesaan orang awam.

4.6 Etika Profesion Akauntan Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan. Tugas seorang akauntan merangkumi tugas seorang penasihat kepada sesebuah perniagaan tidak hanya terhad kepada mengeluarkan laporan kewangan bagi sesebuah organisasi. Seorang akauntan juga perlu bertugas menyediakan penyata kewangan dan bajet, cukai korporat dan individu, menganalisis maklumat kewangan merancang strategi kewangan dan merangka kawalan dalaman sesebuah syarikat. Akautan juga mestilah seseorang yang tahu membuat keputusan dengan memikirkan kesan setiap keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan individu atau syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat setempat.
11

Seorang akauntan perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam. Oleh itu, seorang akauntan mestilah mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah, komited dan berintegriti selari dengan nilai-nilai yang digariskan dalam etika profesional seorang akauntan. Sebagaimana yang kita ketahui, peranan seorang akauntan juga amat penting dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, etika profesional profesion perakaunan amat penting bagi menjamin keharmonian dan seterusnya memelihara kepentingan awam. Seorang akauntan mesti mematuhi beberapa kod etika yang berkaitan dengan profesionnya ketika menjalankan tugas. Etika yang dipatuhi adalah berdasarkan kod etika untuk Akauntan Profesional (Code of ethics of professional Accountants) yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountants (IFAC). Seorang akauntan juga mestilah bersikap berkecuali supaya mereka sentiasa dihormati dan diberi penilaian yang tinggi. Berkecuali di sini bermaksud, tidak menyebelahi mahupun dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam menjalankan tugas dan mengeluarkan laporan audit. Kod etika profesion antara lainnya melarang akauntan awam bertauliah untuk memberikan perkhidmatan audit kepada syarikat di mana beliau mahupun ahli keluarga terdekatnya mempunyai pegangan saham yang signifikan, secara terus ataupun tidak dalam syarikat terbabit. Kod etika ini jelas menunjukkan kepentingan awam tetap dipelihara agar seseorang akauntan itu tidak menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan keuntungan yang bersifat peribadi.

12

5.0 Kesimpulan Masyarakat sememangnya mahukan profesional untuk menjalankan kerja mereka dengan penuh etika. Hal ini timbul disebabkan banyak amalan profesional dilihat tidak beretika dan ianya mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan profesion itu sendiri. Amalan yang tidak beretika boleh dilihat sebagai satu kontinum. Daripada kesilapan yang tidak disengajakan seperti terlupa temujanji dengan pelanggan hinggalah kepada pelanggaran undang-undang jenayah seperti menggelapkan duit pelanggan atau mencuri. Profesional sebagai pemimpin dalam organisasi berhadapan dengan aktiviti membuat keputusan setiap hari dalam pekerjaan mereka. Keputusan perlulah dibuat secara proaktif di mana refleksi secara kritikal perlu dibuat sambi bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut. Dewasa ini, saban hari, masyarakat melalui media massa iaitu menerusi media elektronik dan juga media cetak dimaklumkan mengenai kesalahan etika yang dilakukan oleh profesion. Ini menyebabkan sebilangan besar masyarakat sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap profesion (Cervero, 1988). Krisis ketidakpercayaan kepada profesion ini telah menular kepada semua profesion (Loviscky, Trevino dan Jabobs, 2007). Terdapat banyak rungutan daripada orang awam yang disebarkan menerusi media elektronik dan juga media cetak berkait dengan amalan yang tidak beretika yang melibatkan profesion utama seperti doktor, peguam, pengurus, polis dan lain-lain lagi. Rungutan yang dibuat mencerminkan kepercayaan awam yang rendah terhadap profesion. Pada pandangan masyarakat awam terdapat profesion yang sememangnya selari dengan rasuah, salah guna kuasa, mementingkan diri sendiri dan lain-lain lagi. Di Amerika Syarikat, profesion peguam telah menjadi gurauan umum dan menjdai jenaka sinis. Hal ini dibuktikan di dalam satu kajian yang telah dijalankan di mana tiga perlima daripada rakyat Amerika Syarikat menyatakan peguam mempunyai sifat tamak dan hanya satu perlima sahaja yang masih percaya bahawa peguam adalah jujur dan beretika (Rhode, 2000). Di Malaysia, walaupun isu mengenai kesalahan etika yang dilakukan oleh profesional banyak diperkatakan tetapi tidak banyak kajian yang dijalankan bagi setiap profesion untuk mendalami isu tersebut. Begitu juga dengan pendidikan etika kepada profesion sama ada dalam pendidikan di institusi pengajian tinggi atau latihan di tempat kerja ianya tidak ditekankan dengan serius. Masalah berkaitan dengan etika adalah sangat penting kerana melibatkan orang ramai namun begitu pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan disiplin kurang berkesan dan kurang dijalankan kerana masalah mengenai amalan tidak beretika semakin bertambah
13

dan rumit untuk diselesaikan bahkan mencari puncanya. Semua profesional, apatah lagi jika mereka menjadi pemimpin, perlulah bertanggungjawab ke atas pelakuan mereka supaya ia menjadi standard, Once you make a mistake, you must answer for it. In the past, some other leaders took a long time to resign or for the court process to be settled (Mohd Taip Salleh, 2007).

14

You might also like