You are on page 1of 12

Pengenalan Murid-murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid-murid yang berhadapan dengan masalah dalam aspek intelek,

rohani, emosi mahupun sosial. Secara keseluruhannya, masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut boleh digolongkan dalam dua kategori iaitu masalah akademik dan masalah emosi sosial. Dalam proses bimbingan, murid-murid memerlukan panduan dan nasihat yang mampu membantu dalam menyelesaikan masalah. Mengikut Crow dan Crow ( 1983 ) dalam Mok Soon Sang ( 2004 ), bimbingan, dalam konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Kamus Dewan ( 2002 ) pula menyatakan bahawa bimbingan merupakan perbuatan memberi petunjuk dan huraian. Shertzer dan Stone ( 1968 ) dalam Mook Soon Sang ( 2004 ) menyatakan kaunseling sebagai satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasi. Kaunseling menurut Patterson dan Eisenberg ( 1983 ) dalam Mook Soon Sang ( 2004 ) ialah proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan pada akhirnya. Menurut Arbuckle ( 1965 ) dalam Mook Soon Sang ( 2004 ), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan, kelemahan, potensi dan keupayaannya. Kamus Dewan ( 2002 ) menyatakan kaunseling sebagai proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikan menerusi bimbingan dan nasihat. Kesimpulannya, bimbingan merupakan proses menolong manakala

kaunseling pula merujuk proses sistematik guru dalam membimbing murid. Antara matlamat utama Bimbingan dan Kaunseling yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang ( 2004 ) ialah memberikan bimbingan dan saranan penyelesaian supaya murid dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi melalui usaha diri sendiri. Ting Len Siong dan Dr. Hj. Muhamad Sidek Said ( 2007 ) pula menyatakan beberapa matlamat Bimbingan dan Kaunseling

seperti membentuk potensi yang optimum, membentuk sikap positif, menyelesaikan masalah murid dan memberikan khidmat nasihat kepada murid. Dalam Bimbingan dan Kaunseling, terdapat dua jenis bimbingan yang sering dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah iaitu bimbingan individu dan bimbingan kelompok. Menurut Blackham ( 1977 ) dalam Mok Soon Sang ( 2004 ), kaunseling secara individu merupakan hubungan kerjasama yang unik antara seorang kaunselor dan seorang klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang boleh memberikannya manfaat. Bimbingan secara individu biasanya menyediakan sesi temu bual untuk membantu murid berkenaan mengenalpasti masalah yang dihadapi seterusnya membuat pemilihan berdasarkan alternatif-alternatif yang disarankan dalam membantu murid menyelesaikan masalah tersebut. Bimbingan secara kelompok yang dijelaskan oleh Carl Rogers ( 1973 ) dalam Mok Soon Sang ( 2004 ) ialah orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang murid mengikut kehendak kumpulannya. Dalam hal ini, teknik pemerhatian dan soal jawab digunapakai dalam mencari alternatif untuk membantu sekumpulan murid yang berhadapan dengan masalah yang serupa. Keberkesanan membimbing murid mampu membantu mereka dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri di samping menyelesaikan masalah yang mengganggu dengan pemilihan alternatif bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.

Soalan 1 1.0 Buat rujukan dari bahan-bahan bacaan dan kenalpasti kemahiran asas kaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan. Perkembangan semasa dalam sistem pendidikan di Malaysia memerlukan guru memberikan tumpuan dalam berhadapan dengan cabaran dan tugasan yang pelbagai selain isu-isu yang mampu memberikan impak dalam dunia pendidikan. Pengaruh persekitaran yang tidak sihat mampu mendatangkan kepincangan dalam suasana sekolah serta memberikan pengaruh negatif kepada minda dan tingkah laku murid-murid. Dalam profesion perguruan, hal ini dapat ditangani dengan peranan yang dimainkan oleh guru yang bukan sahaja mengajar di dalam bilik darjah semata-mata malah berperanan sebagai pembimbing dalam menangani masalah yang dialami oleh murid-murid. Guru perlu memberikan bimbingan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan meneliti semua aspek yang berkaitan supaya alternatif-alternatif yang dicadangkan mampu membantu murid-murid dalam memilih penyelesaiannya yang tepat. Oleh hal yang demikian, guru perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran asas kaunseling yang merupakan bidang utama yang perlu dimiliki oleh pengamal kaunseling. Begitupun, kemahiran ini merupakan perkara penting yang perlu dimiliki oleh guru biasa dalam pelaksanaan aktiviti bimbingan di sekolah dalam membantu murid-murid. Dalam usaha membantu murid-murid, guru seharusnya mempunyai

pengetahuan dalam asas bimbingan dan kaunseling berkaitan pendidikan. Minat juga memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti sebagai seorang pembimbing. Sikap ingin tahu dan penerokaan yang dilakukan juga membantu guru dalam memahami masalah-masalah yang dikemukakan seterusnya memerlukan nasihat, panduan dan bimbingan yang sewajarnya. Penguasaan kemahiran dalam prinsip-prinsip psikologi juga penting dalam memujuk klien mengubah tingkah laku serta menerima alternatif-alternatif yang dikemukakan. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam mengendalikan kaunseling yang dicadangkan dan dijadikan panduan dalam proses pelaksanaan kaunseling. Antaranya ialah kemahiran membina hubungan, memberi perhatian, mendengar,

mengendalikan kesenyapan dan membuat interpretasi, menyoal, dorongan minimum, parafrasa dan refleksi, meminta penjelasan, konfrontasi, membuat interprestasi, pemikiran reflektif, merumus dan membuat keputusan. Kemahiran membina hubungan Menurut Dr. Sapora Sipon ( 2000 ), membina hubungan atau rapport antara kaunselor dan klien merupakan syarat yang amat penting dalam mencapai objektif kaunseling dengan berkesan. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Ini bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Dalam membina perhubungan, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah membina suasana alam sekeliling. Suasana yang kondusif mampu melancarkan sesi kaunseling yang dilaksanakan. Aspek seperti susunan kerusi dan meja, suasana dalam bilik kaunseling serta kekemasan yang tidak mengganggu kelancaran sesi kaunseling yang dilaksanakan. Selain itu juga, suasana teraputik juga mampu melancarkan perjalanan sesi kaunseling tersebut. Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Ruang untuk berkomunikasi juga memainkan peranan penting dalam membina perhubungan antara kaunselor dan klien. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan. Jarak antara kaunselor dan klien dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik. Dalam menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding. Penampilan diri kaunselor

dan klien juga penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk Selain itu juga, dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Kontak mata juga membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Kaunselor harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Pergerakan tubuh badan juga biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi interpretasi. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya. Dalam hal ini juga, nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Kemahiran memberi perhatian Kemahiran ini lebih merujuk kepada komunikasi bukan lisan melalui pemerhatian dalam mendapatkan maklumat. Dalam hasil kajian Mehrabian ( 1971 )

dalam Mok Soon Sang ( 2010 ) menunjukkan peratus jenis komunikasi yang berlaku antara dua orang individu. 7% merupakan verbal, 38% adalah vokal dan 55% pula merupakan bukan verbal iaitu gerak isyarat, gaya, air muka dan kontak mata. Hal ini kerana komunikasi bukan lisan biasanya menyokong apa yang dikatakan serta menggambarkan situasi yang lebih tepat. Dengan tindak balas yang sesuai, klien akan lebih bersikap terbuka dalam meluahkan masalah yang dihadapi. Ini dapat dilihat dalam beberapa komponen seperti gerak badan, gerak isyarat, kontak mata serta nada suara. Selain itu juga, Ee Ah Meng ( 2000 ) turut menjelaskan bahawa kaunselor perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh klien bagi menjamin komunikasi yang berkesan Kemahiran mendengar Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) menjelaskan bahawa kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain daripada tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Ini kerana, segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat

menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu didengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh itu, proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan dan kadang kala deria sentuhan seperti bersalaman. Apabila kita memberikan tumpuan sepenuhnya pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Dalam meningkatkan kemahiran mendengar, terdapat beberapa panduan yang

boleh digunapakai oleh kaunselor. Antaranya ialah kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ. Kaunselor juga perlu memberikan fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. Selain itu, kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. Kaunselor juga perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisikan hati sendiri. Oleh hal yang demikian, penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan ini, kaunselor akan benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, ini menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat. Kaunselor juga perlu mampu menggambarkan semula dengan perkataan sendiri untuk menunjukkan kefahaman terhadap percakapan klien. Respons yang sewajarnya juga penting untuk kaunselor dalam meyakinkan klien untuk terus bercakap. Jones (2004) dalam Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu memiliki sifat menghormati dan menerima, memahami sudut pandangan klien, menghantar mesej suara yang baik, menghantar mesej badan yang baik, menggunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka, kemahiran parafrasa, membuat refleksi perasaan, menunjukkan kefahaman konteks perbualan , mengurus resistan di peringkat awal dan mengelakkan perkataan jangan. Kemahiran mengendalikan kesenyapan dan membuat interpretasi Shostrom ( 1968 ) dalam Mok Soon Sang ( 2010 ) menunjukkan bahawa kesenyapan mempunyai pelbagai makna yang berguna. Ini akan memberikan klien ruang untuk berfikir dan mengemaskan idea serta membuat refleksi. Kemahiran empati perlu digunakan untuk menunjukkan kefahaman kaunselor terhadap perasaan klien yang bermasalah untuk mendorongnya meluahkan perasaan dengan lebih mendalam. Kesenyapan juga perlu ditafsirkan oleh kaunselor berdasarkan komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien dalam memahami masalah yang dihadapinya.

Kemahiran menyoal Menurut Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Namun, kaunselor perlu memastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Dalam sesi kaunseling, terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup. Soalan terbuka menggunakan perkataan boleh, apa, bagaimana dan kenapa. Soalan-soalan ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya soalan yang menggunakan boleh cenderung lebih terbuka dan kurang kawalan ke atas klien. Soalan apa membawa klien bercakap tentang fakta dan spesifik tentang situasi. Soalan bagaimana pula membawa klien bercakap tentang proses dan urutan atau emosi. Soalan kenapa memulakan temubual, membuka era baru

dalam perbincangan. Soalan ini juga membantu klien dalam penerokaan diri dan membantu klien mencari sebab yang mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosinya. Soalan tertutup pula mengehadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan.; Kemahiran dorongan minimum Mok Soon Sang ( 2010 ) menyatakan bahawa dorongan minimum digunakan untuk menggalakkkan klien bercakap di samping memberitahu bahawa kaunselor sedang mendengar. Dorongan minimum juga boleh digunakan dalam penerokaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Gerak isyarat seperti mengangguk dan isyarat tangan turut menjadi dorongan minimum di samping perkataan seperti jadi dan oh. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) dalam Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) menjelaskan beberapa tujuan dalam melakukan mendorong minima dalam sesi kaunseling yang dilaksanakan. Antaranya ialah supaya kaunselor memberi perhatian, menolong

penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan juga mempengaruhi arus perbualan. Kemahiran parafrasa dan refleksi Kamus Dewan ( 2002 ) mentafsirkan parafrasa sebagai pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan dengan kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Hal ini merujuk kepada pengungkapan semula kata-kata klien untuk menunjukkan kefahaman kaunselor tersebut tentang masalah yang dikemukakan. Ini juga dapat mendorong klien dalam penerokaan perasaan serta membina hubungan baik antara kaunselor dengan klien.

Ishammudin Hj. Ismail ( 1999 ) dalam Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran parafrasa adalah untuk mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan, menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan, memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan, mendorong klien untuk meneruskan penerokaan, mengelak kekeliruan dan ketidaksefahaman serta membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi,orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Parafrasa membolehkan klien faham akan luahan masalah yang telah diulang secara ringkas oleh kaunselor. Ini juga dapat memberi peluang kepada klien untuk menjelaskan secara lanjut sekiranya parafrasa kurang tepat atau ddisalahertikan. Kemahiran meminta penjelasan Mok Soon Sang ( 2004 ) menjelaskan bahawa kemahiran ini digunakan untuk fokus kepada maklumat yang diberikan. Ini juga dapat menjelaskan kekeliruan kaunselor terhadap kliennya. Namun, kemahiran ini digunakan jika perlu sahaja tanpa menjejaskan kelancaran sesi kaunseling. Kemahiran konfrontasi Konfrontasi digunakan untuk memberi fokus tentang percanggahan yang berlaku dalam komunikasi bukan lisan klien. Ini perlu dilakukan secara tenang tetapi asertif dalam memberikan peluang untuk penerokaan selanjutnya. Konfrontasi yang sesuai dan bernada tenang juga penting untuk tidak menyinggung perasaan klien. Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail ( 1999 ) dalam Dr. Sapora Sipon ( 2011 ) adalah untuk membenarkan klien meneroka mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. Ini juga dapat membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi. Selain itu, konfrontasii juga membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk

menghadapinya.konfrontasi juga menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien serta tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu.

Kemahiran membuat interpretasi Kamus Dewan ( 2002 ) menjelaskan interpretasi sebagai memberi tafsiran tentang makna, tujuan dan implikasi sesuatu. Hal ini merupakan pembinaan fakta dan perasaan tentang klien dalam pandangan kaunselor. Kemahiran ini bergantung kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta reflektif. Ishamuddin Hj. Ismail (1999) dalam Dr. Sapora Sipon ( 2000 ) telah menjelaskan beberapa tujuan interpretasi yang perlu dikuasai oleh seseorang kaunselor. Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang rujukan ( perspektif ) yang baru. Masalah adalah sama tetapi yang diubah adalah persepsi iaitu dengan memberi alternatif atau wawasan kepada perkara yang diperkatakan.selain itu, interpretasi juga diperlukan dalam mengenal pasti perhubungan-perhubungan antara mesej-mesej dan tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk kiasan. Ini juga akan membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkaraperkara yang tidak dapat dilihat ( yang tersirat ) dengan mudah.interpretasi juga dapat digunakan untuk menokok tambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan ( celik akal ) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini. Kemahiran pemikiran reflektif Birchall ( 1992 ) dalam Mok Soon Sang ( 2010 ) menyatakan bahawa pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada dalam menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan untuk tindakan seterusnya. Hal ini dapat dilihat dalam situasi perkaitan sesuatu idea dengan pengalaman lepas serta mengemukakan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar dengan penilaian kemungkinan penyelesaian yang akan digunakan. Ini akan memberikan klien rangka rujukan yang baru untuk penerokaan lebih mendalam dengan lebih rasional. Kemahiran merumus Rumusan biasanya digunakan untuk memfokuskan fakta penting atau kesimpulan dengan memfokuskan perkara utama dalam perbincangan. Mok Soon Sang ( 2010 ) menyatakan yang kemahiran ini juga bergantung kepada kemahiran

membuat interpretasi dalam proses penyelesaian sesuatu masalah. Rumusan juga membantu klien meninjau perkara utama yang dibincangkan, menjelaskan persetujuan yang telah dicapai serta mengingatkan tindakan susulan yang perlu diambil pada akhir sesi kaunseling. Ini juga mampu memberi persepsi dan kesedaran faedah perbualan yang telah berlangsung antara kaunselor dan klien. Kemahiran membuat keputusan Dalam hal ini, Mok Soon Sang ( 2004 ) menyatakan bahawa refleksi penting untuk mengingat kembali masalah yang telah dialami, menganalisis dan menilai kesannya supaya lebih efektif dalam memperbaiki dan merancang pengubahsuaian. Ini merupakan peringkat akhir dalam proses penyelesaian masalah. Dalam hal ini, pilihan terbaik daripada alternatif-alternatif yang telah dicadangkan perlu

dipertimbangkan untuk menyelesaikan masalah. Pemilihan alternatif juga perlu mencapai objektif penyelesaian dengan berkesan dan sempurna.

You might also like