You are on page 1of 1

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (936-1013), (Bahasa Arab: ) juga dikenali di Barat sebagai Abulcasis, ialah

ialah seorang doktor berbangsa Arab- Andalusia. Beliau dianggap sebagai ahli bedah terulung pada Zaman Pertengahan yang telah muncul dari Dunia Islam. Justeru, beliau telah digelar sebagai Bapa Pembedahan Moden. Teks-teks perubatannya yang ditulis dengan terperinci telah menjadi asas bagi prosedur pembedahan Islam dan Eropah sehinggalah Zaman Pembaharuan. Sumbangan terbesarnya terhadap dunia perubatan ialah karyanya iaitu Kitab al-Tasrif, sebuah ensiklopedia yang mempunyai tiga puluh jilid tentang amalan perubatan. Selain itu, Liber Servitoris merupakan karya beliau pertama yang ditulis di dalam bahasa Sepanyol. Abu al-Qasim lahir di kota El- Zahra enam batu dari barat laut Cordoba. Merupakan keturunan Arab Ansar yang menetap di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Emiriyah Cordoba pada waktu itu. Di Cordoba juga di mana beliau belajar, mengajar serta mempraktikkan ilmunya dalam bidang perubatan sehinggalah di saat kematiannya pada sekitar tahun 1013, dua tahun selepas penjarahan di El-Zahra. Sedikit sahaja yang diketahui tentang kehidupannya, selain daripada karya terbitannya, kerana pergolakan di antara Castile (Kerajaan Katolik Sepanyol) dan golongan Muslim Andalusia. Namanya pertama kali disebut dalam penulisan Abu Muhammad bin Hazm (993 -1064) yang menempatkan beliau sebagai salah-satu daripada pengamal perubatan teragung di Sepanyol. Biografi terperinci Al-Zahrawi yang pertama ialah dari Jadhwat alMuqtabis (Penghormatan Sarjana Andalusia) karya al-umayd yang disiapkan enam dekad selepas kematiannya. Beliau juga merupakan seorang ahli kimia kontemporari seperti Ibn al-Wafid, Maslamah Ibn Ahmad al-Majriti dan Artephius. Penerimaan Barat terhadap beliau yang berbangsa Arab merupakan titik perubahan terhadap ideologi perubatan Eropah yang amat ketinggalan zaman dan tidak berkesan. Pada abad ke-14, pakar bedah Perancis, Guy de Chauliac telah memetik maklumat dari Kitab al-Tasrif lebih daripada 200 kali. Pietro Argallata (w. 1453) menjelaskan Abu al-Qasim sebagai ketua semua pakar bedah tanpa keraguan. Pengaruh Abu al-Qasim berterusan selama lima abad, termasuklah Zaman Pembaharuan. Hal ini dapat dibuktikan apabila pakar bedah Perancis, Jacques Delechamps (1513-1588) sering merujuk kepada Kitab al-Tasrif. Sebuah jalan di Cordoba di mana dia tinggal dinamakan "Calle Albucasis"sebagai penghormatan. Di jalan ini, dia tinggal di rumah no. 6, yang kini dipelihara oleh Jabatan Pelancongan Sepanyol dengan sebuah plakat gangsa (diberikan pada bulan Januari 1977) yang berbunyi: "Ini adalah rumah tempat tinggal Abu-Qasim.

You might also like