You are on page 1of 4

28 April 2012.

Apa yang kamu fikir tentang tarikh ini? BERSIH 3.0? Ya. Tarikh ini adalah tarikh BERSIH 3.0 dijalankan. Memang sangat ramai kuning dan hijau di KL, terutamanya di stesen LRT. Tapi saya tidak akan bercakap mengenai BERSIH. Sudah banyak (malah terlalu banyak) orang memperkatakan tentang BERSIH. Kepada yang rasa BERSIH itu berjaya, tahniah. Semoga apa yang kamu perjuangkan tidak sia-sia untuk diri kamu, orang lain dan yang paling penting sekali untuk Malaysia. Apa yang saya mahu ulas di sini berkenaan tarikh ini adalah pada waktu ini, saya kerana telah menghadiri satu program KONSERT MALAM GEMA SYRIA di Universiti Malaya. Bagi saya, lebih baik saya memperjuangkan sesuatu yang sangat jelas untuk diperjuangkan berbanding dengan memperjuangkan sesuatu yang masih tidak jelas tujuannya. Syria.. Siapa yang pernah ambil tahu apa yang berlaku di negara itu? Siapa yang selalu membaca berita tentang negara Syria? Saya mengaku saya hanya baca benda ini sepintas lalu. Apa yang saya tahu, Syria sedang bergolak dan ramai yang mati. Itu sahaja. Yang lain, saya tidak tahu. Saya mengaku, saya belum terkesan lagi dengan apa yang berlaku di Syria (sebelum konsert ini). Masa konsert tu, memang niat saya datang untuk bukan mahu berhibur. Walaupun ada beberapa artis jemputan bersama IM, tapi bukan itu tujuan saya. Saya ke sana bukan untuk mendengar nyayian semata-mata, tapi memang niat adalah untuk mendukung pergerakan Syria, dan juga menyokong salah satu daripada course mate saya. Ketika dalam program itu, perasaan saya masa itu sangat berlainan. Sedih, marah, kasihan, semua perasaan ini bercampur baur. Namun, ada beberapa ketika itu, perjalanan program tidak begitu menggembirakan saya sebagai seorang penonton. Tapi bukan itu yang saya mahu ulas di sini. Cuma apa yang saya mahu sampaikan ialah jika terdapat program-program begini lagi di lain hari, sila buat dengan lebih serius. Program memperjuangkan keadilan bukan

program yang ringan. Massage yang disampaikan sangat berat. Harap lain kali lebih diberikan perhatian. Hati saya lebih tersentuh apabila tayangan video menunjukkan kesengsaraan mereka dilayan seperti binatang oleh tentera-tentera Israel. Bagi mereka, jika bisa hidup dalam masa 1 jam sudah cukup rasa bersyukur. Yang mengharukan, ketika nyawa di hujung senapang, mulut mereka masih menyebut ALLAHUAKBAR, betapa kuatnya semangat mereka terhadap agama Islam. Ketika solat berjemaah, Imam yang membacakan doa kepada Allah S.W.T menangis teresak-esak untuk minta dibebaskan oleh kejahatan yang berlaku di negara mereka. Betapa bernilainya erti MERDEKA dalam diri mereka. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa, menulis perkataan FREEDOM di dinding batu, ditangkap dan dipenjarakan. Sedangkan anak kecil itu cuma berusia belasan tahun. Mereka tidak tahu apa yang mereka tuliskan kerana majority anak-anak kecil di sana adalah buta huruf. Seorang ibu merayu untuk anaknya dibebaskan, tapi tentera Israel membalasnya dengan, this child does not exist anymore. Forget about this child. Come back home and make a new one. Betapa kejamnya mereka. Seorang anak dara (anak seorang Imam, jika saya tidak salah), ditangkap, dan apabila bapanya merayu untuk meminta anaknya dibebaskan, mereka membalas, If you want your daughter back, please give 100 pound. But if you want your daughter pregnant, so just give me 50 pounds. Bayangkan, jika kita di situasi tersebut, sebagai seorang ayah, sebagai seorang perempuan yang diculik itu, apa perasaan kita?? Saya suka dengan beberapa ayat yang dikatakan sepanjang program itu, antaranya ialah, Tiada siapa yang boleh tolong mereka. Barack Obama tidak akan mampu membantu mereka. Tapi, cuma ALLAH S.W.T yang mampu membantu mereka daripada kekejaman ini. Ya, betul. Jangan pernah cakap, aku memahami perasaan mereka atau kami sentiasa bersama kamu kerana semua itu adalah tipu. Kamu, atau kita, tidak mampu merasakan apa yang

mereka rasa. Kita TIDAK AKAN PERNAH TAHU perasaan mereka selagi kita tidak berada di tempat mereka. Kalau diminta setiap negara ini menghantar wakil untuk berjuang bersama mereka di sana, saya pasti, tidak akan ada yang mahu berada di barisan depan. Mungkin kalau ada hanya kerana terpaksa. Mereka sendiri mungkin sudah tidak sanggup berhadapan dengan konflik ini. Dan saya bandingkan dengan kehidupan kita di sini, di Malaysia. Negara yang aman damai (secara amnya). Negara yang tidak pernah berdepan dengan bunyi bom, tembakan dan pertumpahan darah. Negara yang tidak memerlukan rakyatnya untuk berjuang untuk meminta dibebaskan. Negara yang tidak perlu meminta simpati dari negara luar untuk menghulurkan derma dan makanan. Keseluruhannya, Malaysia negara yang aman. Tapi, keselesaan ini benar-benar buat kita, sebagai manusia, alpa. Masalah yang cuma kecil, kita perbesarkan. Sedangkan mereka di sana, masalah mereka adalah lebih besar, iaitu nyawa. Kita mengeluh disebabkan oleh masalah yang kecil (cinta, kerja, konflik hidup) di laman-laman sosial, mereka di sana berdepan dengan masalah yang besar, hanya satu perkataan yang keluar di mulut mereka, iaitu Allahuakbar. kita masih boleh plan untuk hari ini, esok, minggu depan, tahun depan, 3 tahun depan , malah boleh sehingga 10 tahun. Tapi mungkin bagi mereka, plan mereka adalah untuk terus hidup, tidak kira 1 saat, 1 minit, 1 jam, dan seterusnya. Pernah rasa bersyukur? Pernah rasa bersyukur dengan setiap nafas? Bersyukur dengan cara yang macam mana? Setakat luahan di bibir? Kepada keluarga, sahabat saya, rakan maya saya, dan saya sendiri, mari muhasabah diri. Di luar sana, ada orang sengsara dengan kehidupan mereka. Di luar sana ada yang menunggu hari kematian mereka. Di luar sana ada anak-anak kecil yang kehilangan keluarganya. Kita di sini lengkap. Aman. Cukup bersyukur kah kita? Cukup bernilaikah perjalanan kita di dunia ini?

Kepada semua, jangan sia-siakan setiap nilai hidup kita. Bukan saya bermaksud untuk kita bersuka-suka, enjoy sana sini.. tidak. Maksud saya kembalilah ke jalan yang diredhai. Kita tiada alasan untuk tidak mengerjakan solat. Kita tiada alasan untuk tidak memakai tudung. Kita tidak ada alasan untuk ke surau/masjid untuk berjemaah. Kita tidak ada alasan untuk menimba ilmu. Kerana negara kita bebas. Mungkin mereka di sana, sempat solat Zuhur belum tentu mereka sempat untuk solat Asar. Selesai solat Asar, belum tentu mereka sempat untuk solat Maghrib dan Isyak. Tapi kita, tiada timbul masalah itu di sini. Saya di sini bukan seorang ahli agama. Ilmu agama saya sangat cetek. Kalau boleh diumpamakan ilmu itu dengan kedalaman air, mungkin ilmu saya cuma paras bawah buku lali. Sangat cetek. Tapi saya tetap seorang Muslim. Saya mengarang bukan kerana saya perfect. Tapi ini sahaja yang saya mampu. Menulis.

You might also like