You are on page 1of 9

1. Bincangkan jenis-jenis kerajaan berserta contoh yang sesuai.

Terdapat dua jenis kerajaan iaitu kerajaan Melayu tua dan kerajaan Melayu Muda. Kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang dan Perak adalah dalam kategori kerajaan Melayu Tua. Kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan pula dikenali sebagai kerajaan Melayu Baru.

Kerajaan Melayu Kedah mendapat asal namanya melalui beberapa saluran. Orang Cina memanggil Kedah sebagai Cheh-Cha. Pedagang India pula mengenali Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram. Manakala Pedagang Arab menamakan Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar. Orang Siam pula mengenali daratan Kedah sebagai Sai. Dari perkara ini, adalah agak keliru macam mana nama Kedah diberi kepada kerajaan ini. Pada ketika itu, pelbagai orang yang dating berdagang tetapi tiada pedagang yang mengingati nama Kedah. Saya berasa ini agak pelik. Menurut satu hikayat yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa, Kedah telah wujud pada abad ke-7 dan Raja Kedah yang pertama bernama Merong Mahawangsa. Baginda adalah Raja pertama yang memeluk Islam. Selepas baginda memeluk Islam, baginda menggunakan nama Sultan Muzaffar Shah. Tetapi menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula, Maharaja Derba barulah Raja yang memeluk Islam dan menggunakan nama Sultan Muzaffar Shah. Sememangnya semua ini adalah susah dipastikan kebenarannya. Kami tidak hidup di masa itu jadi terpaksalah bergantung kepada semua ini untuk menjejaki sejarahnya. Sultan Muzaffar Shah pada ketika pemerintahannya telah membahagikan Kedah kepada tiga pusat pentadbiran iaitu Kota Palas, Langkawi dan Kota Ulu. Ketiga-tiga kota ini berfungsi untuk menguatkan pemerintahan baginda supaya lebih mantap dan stabil kerajaan Kedah. Selepas tiga

kota ini, Kota Setar pula dijadikan pusat pentadbiran yang baru. Kota Setar juga satu kota yang penting untuk pemerintahan pada ketika itu. Pada masa itu, Perlis adalah sebenarnya wilayah Kedah. Namun begitu, Perlis telah mewujudkan pemerintahan sendiri dan Raja Perlis yang pertama ialah Sultan Husain Jamalulail. Walaupun Perlis satu tempat yang agak kecil, ia berupaya membentuk pemerintahan sendiri. Ini agak menakjubkan. Kedudukan Kedah yang strategik telah menarik minat pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka,China dan Barat. Ini telah membolehkan perdagangan Kedah semakin membesar dan ekonominya menjadi semakin pesat. Oleh kerana Kedah yang semakin berkembang, banyak kuasa luar yang cuba untuk menguasainya. Kedah khuatir akan dikuasai oleh kuasa luar justeru bersahabat dengan Siam. Kedah menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan mereka. Apabila Kedah diserang oleh Acheh, sultan Kedah telah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam. Dengan bantuan Siam, Kedah berjaya menghadapi serangan Acheh. Malangnya, kerajaan Siam di Ayuthia telah ditawan oleh Burma dan Kedah menjalin persahabatan dengan Burma untuk mengelakkan Kedah diserang. Walaubagaimanapun, pada kurun ke-18, politik Kedah menjadi tidak stabil dan ini mengundang bahaya kepada Kedah. Kedah diancam oleh Siam dan pada masa yang sama berlaku perebutan takhta di Kedah menyebabkannya lebih tidak stabil. Kedah segera meminta bantuan Inggeris untuk menghadapi ancaman Siam. Siam bertindak menyerang Kedah dengan kadar lebih segera melihatkan hubungan Inggeris dan Kedah yang baik. Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur ke Pulau Pinang. Kedah berjaya menyerang balas Siam di Kedah dan seterusnya memerdekakan Kedah. Selapas itu, hubungan Kedah dan Siam mula berbaik dan Kedah sekali lagi menjadi kuat dan stabil. Kedah terkenal sebagai sebuah pelabuhan entreport. Kedah mengamalkan Undang-Undang Laut Melaka dan mengenalkan system sukat dan mata wang untuk memudahkan

perdagagan. Permuafakatan dengan Negara jiran telah dapat meningkatkan kemajuan dan kemakmuran kerajaan Kedah. Ini menunjukkan sultan Kedah adalah seorang yang berwibawa dan bijaksana.

Contoh kerajaan Melayu tua yang kedua ialah kerajaan Melayu Perak. Nama Perak telah dikaitkan dengan nama logam iaitu perak. Menurut sejarah tulisan A. Halim Nasir, nama Perak bersempena dengan Sungai Perak di Chegar Galah yang terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak. Menurut sejarah Melayu dan Saasilah Perak, Kesultanan Perak diasaskan apabila Tun Saban menghadap Sultan Mahmud Shah dan memohon supaya putera baginda dirajakan di Perak. Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini. Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Pusat pemerintahan Perak adalah di Tanah Abang. Perak terkenal dengan perdaganga bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung. Kekayaan bijih timah ini telah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak. Acheh berjaya menawan Perak dan menjadikannya negeri naugan. Belanda pula mengepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC. Perak terpaksa bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam erjanjian tersebut. Perjanjian tersebut adalah Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers. Ketika Sultan Mansor Shah masih berada di Melaka, Bendahara Megat Terawis telah menentukan sempadan Siam dan Perak. Penentuan sempadan ini telah memudahkan pembesar Perak memungut cukai. Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan yang diusahakan oleh orang reman dari Siam menjadikan negeri Perak kaya. Disebabkan kekayaannya, Siam telah cuba menyerang Perak beberapa kali dan akhirnya Perak tewas. Dengan tertewasnya Perak, Perak terpaksa menghantar bunga emas kepada Siam setiap tahun dan membenarkan orang Siam membeli bjih timah

dengan tanpa perlu membayar cukai. Namun begitu, tindakan Siam tidak tercapai apabila British melibatkan diri melalui perjanjian Low di Perak. Kita seharusnya berasa bangga dengan kekayaan hasil bumi di negeri Perak dan bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Melayu tua yang ketiga ialah Pahang. Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahangh. Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang. Orang Arab pula mengenali Pahang sebagai Fahan. Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang. Manakala menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura. Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang. Di sinilah bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka. Dari tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang. Disebabkan berlakunya perpecahan kerajaan Johor, Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor. Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri dan menjadi sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad alMuadzam Shah. Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.

Contoh pertama kerajaan Melayu yang baru ialah kerajaan Melayu Kelantan. Menurut sejarahwan China, Shen-Yau dari Dinasti Tang, beliau mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan. Menurut Gerini pula, nama Kelantan berasal dari

gabungan perkataan kolam bermaksud tanah dan perkataan autam bermaksud sempadan. Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang akhirnya menjadi Kelantan. Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah berasingan. Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan bersatu. Raja Long Yunus memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu. Tidak lama kemudian, Kelantan menghadapi pertikaian dehgan sultan Terengganu. Terengganu bertindak menyerang Kelantan dengan bantuan daripada tentera Patani. Terengganu berjaya mengalahkan Kelantan. Selepas kemangkatan Long Yunus, beliau digantikan puteranya Long Muhammad. Long Muhammad menyerang balas dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu. Justeru, baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I. Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan Muhammad I menjalin hubungan yang baik dengan Siam. Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sekali dan Siam membalasnya dengan memberi hadiah yang berharga. Kesannya, Terengganu tidak lagi bermusuhan dengan Kelantan. Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan ant Timur dan Barat. Kuala Sungai Kelantan menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China. Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis. Negeri Kelantan juga pada ketika itu dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang. Moral dari kerajaan Kelantan adalah perpecahan semasa sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar dan perpaduan adalah benteng utama mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar.

Contoh kedua kerajaan Melayu baru ialah kerajaan Melayu Terengganu. Menurut Sultan Umar, nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau. Menurut catatan orang Cina, Wang Ta Yuan,

Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung. Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu. Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I. Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor. Zaman kegemilangan Terengganu ialah semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I. Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu. Sultan Mansur Shah I aktif melibatkan diri dalam perdagangan. Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan. Barang dagangan yang terkenal pada ketika itu ialah lada hitam, emas dan bijih timah. Terengganu juga menjalin hubungan yang baik dengan Siam. Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor. Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I. Sultan Mansor Shah I hantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan. Siam mengganggap Terengganu mengakui ketuanan Siam. Sultan Omar ialah raja yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam dan ini menjadikan Terengganu sebuah negeri terawal yang menerima agama Islam. Pada abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu. Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi menyebut tentang sepuluh darma atau undangundang khususnya hukum jenayah Islam ditemui. Kerajaan Terengganu telah menunjukkan bahawa pengurusan cemerlang adalah berkait rapat dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.

Kerajaan Melayu baru yang seterusnya ialah kerajaan Selangor. Asal namanya adalah bersempena nama Sungai Selangor. Pada awalnya, pemerintahannya berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).Daerah- daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan

Melaka. Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang. Pada kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor. Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To Engku Klang. Mereka berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara. Orang Besar Klang menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor. Pada kurun ke-18, kedudukan Bugis menjadi kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah. Pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar bijih timah. Disebabkan kekayaan bijih timahnya, Belanda ingin menakluki Selangor. Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor dan memaksa Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang. Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim mendapatkan semula Kuala Selangor. Belanda tidak puas hati dan bertindak mengepung Kuala Selangor. Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak. Perak meminta untuk menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor dan Perak. Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan. Iktibar dari sejarah negeri Selangor ialah setiap usaha yang dilakukan secara gigih pasti mencapai kejayaan. Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan bagi mencapai matlamat.

Kerajaan Melayu baru yang keempat ialah Kerajaan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mendapat namanya kerana terdiri daripada 9 buah daerah atau luak. Daerah tersebut ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempul. Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan Rembau. Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal

dari Melayu-Jambi. Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu Sungai Ujong, Klang, Jelebu dan Johol. Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor. Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan. Keadaan ini telah mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor supaya seorang putera raja dating untuk mentadbir negeri mereka. Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar. Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan. Raja Melewar berjaya ditabalkan sebagai Yamtuan. Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar. Negeri Sembilan adalah juga pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan. Dari kerajaan Negeri Sembilan, kita boleh lihat yang keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

Kesimpulannya, kerajaan-kerajaan yang dibincangkan adalah berdasarkan kerajaan Melayu. Pembentukan kerajaan Melayu ini memberi iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah negara bukanlah proses yang mudah. Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri dan kegigihan adalah penting untuk negara.

Rujukan Abdul Ghani Nasir . (2011, Ogos 12). Kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ditawan oleh Portugis kerana pepecahan: Sarjana Portugis. Diperolehi daripada http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/807-portuguesedefeated-malay-sultanates-in-nusantara-because-of-disunity-portuguesescholar.html

Chua, H. C. (2009). Sejarah Tingkatan Satu. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Bhd.

Ng, R. M. (2009, Julai 7). Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/25056594/T1BAB8-KERAJAAN-KERAJAANMELAYU

Su, J. T. (2002). Sejarah Kerajaan Perlis, 1841-1957. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Zahari Rusdi. (2009, Februari 3). Kerajaan Kerajaan Melayu. Diperolehi daripada http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/02/bab-8-kerajaan-kerajaanmelayu.html

You might also like