You are on page 1of 4

Tarikh Masa Kelas Bilangan pelajar Mata Pelajaran Bidang Tajuk Hasil pembelajaran Objektif pelajaran

Pengetahuan Sedia Ada Nilai Bahan Bantu Mengajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro) : 27 September 2011 : 0700 0800 : 2D : 31 orang : Matematik : Sukatan dan Geometri : Timbangan Berat : Murid-murid dibimbing untuk: 11.1 Mengenal unit gram dan unit kilogram : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan memerhatikan senggatan pada alat penimbang. b) mengenal jisim dalam unit gram dan unit kilogram : 1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat, lebih ringan) : Bekerjasama, yakin diri. : Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: i. Set induksi ii. Aktiviti :demonstrasi, bersoal jawab pengunaan bahan bantu mengajar penggunaan papan hitam pengukuhan iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran Pelaksanaan P&P: Langkah / Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1. Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi unit Langkah 1: (Penyampaian Isi Pelajaran) gram dan unit kilogram. 2. Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya. (10 minit) Masa Minit 1-4 3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Pelaksanaan aktiviti Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas. Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang. Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut. Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan. Minit 5-10 Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan alat penimbang. Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki. Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek. Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan. Nilai: -Yakin diri.

REFLEKSI: KEKUATAN Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan biasa digunakan oleh murid. Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu mereka. Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya. Soalansoalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran. KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri melakukan aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang. Adalah lebih baik sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid. Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama murid untuk menjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab soalan guru. Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua. Contohnya ketika saya menyebut berat sebiji betik. Berat sebiji betik lebih kurang 1.4 kg. Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat tanpa melibatkan nombor perpuluhan. Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa yang digunakan. LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya. Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Di

sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p.

Description :Timbangan Digital | Timbangan Meja | DS-425


Timbangan Digital type DS-425 ,Merupakan Timbangan yang bisa menimbang sampai dengan ketelitian 0.01 gr ( Dua angka belakang koma ) Dalam satuan gram , dilengkapi dengan back light ( Lampu Indicator ) yang bisa memudahkan untuk melihat angka penimbangan , selain itu DS-425 di lengkapi dengan fungsi Counting ( Timbangan Hitung ) untuk menimbang sekaligus bisa menghitung jumlah seperti : Kertas, komponen-komponen , baut dll , RS-232 ( Output ke Komputer dan Printer ) RS-232 bisa di gunakan untuk dihubungkan ke printer untuk mencetak hasil penimbangan ataupun menyimpan hasil penimbangan Timbangan Digital ini , kapasitas yang ditawarkan mulai dari 300 gr - 15 kg

Description :Timbangan Digital | Timbangan Emas tipe UX-3200


Timbangan Emas / Gold Balance tipe UX-3200 Secara spesifikasi timbangan ini hampir sama dengan tipe ELB, yang membedakan timbangan emas ini dengan ELB adalah Sbb: Dibandingkan dengan ELB tipe UX memiliki kapasitas yang lebih besar yakni mencapai 3 kg ( 3000 gr ) sedangkan tipe ELB hanya menimbang sampai dengan kapasitas 300 gr, "Fast Respond" Hanya membutuhakan waktu 0.7-1.2 detik untuk per setiap timbang, "Excellent Durability" Dengan menggunakan Loadcell UNIBLOC timbangan ini dapat digunakan untuk jangka waktu yang cukup lama, "Easy Connection" Windows direct function alias Bisa langsung disambungkan ke komputer dengan gampang dan mudah, "Back Light LCD" dilengkapi dengan display warna, timbangan emas telah dirancang dengan Full Iron Body yang berfungsi sebagai pelindung jika timbangan tersebut jatuh atau tertimpa barang.

Alat-alat Timbangan

Peralatan menyukat bahan- penimbang digital, cawan dan sudu Ada pelbagai cara menyukat bahan-bahan.Ibu-ibu kita dahulu menyukat bahan dengan gelas, cawan, mangkuk, sudu makan dan ada juga yang main agak-agak saja atau cukup basah. Apabila buat kuih atau kek sekejap jadi dan sekejap tak jadi. Maklumlah, alat penyukatnya berubah-ubah,hari ni pakai cawan, esok lusa pakai mangkuk pula. Dengan kemudahan moden sekarang, pelbagai alat dicipta untuk memudahkan anda menimbang atau menyukat bahan-bahan. Ada penimbang digital, penimbang jarum(spring) atau pun cawan yang standard. Semuanya ada dijual di kedai bahan kek ataupun di pasaraya biasa. Di Malaysia, kita menggunakan timbangan metrik menggantikan timbangan paun (lb) dan aun (oz).Tetapi jika kita rajin melayari internet, kita boleh dapati resipi-resipi orang Amerika banyak yang menggunakan cawan (cup) dan paun. Memang bermasalah jika kita hendak mencuba resipi mereka kerana terpaksa menukarkannya kepada gram. Berikut adalah carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik. 1 oz - 25 gm 9 oz - 250 gm 16oz (1 lb) - 450 gm 2 lb 4 oz - 1 kg 1 cawan mentega - 250 gm 1 cawan gula - 250 gm 1 cawan tepung - 125 gm 2 cawan tepung - 250 gm 1 camca kecil/teh - 5 gm Tip Menyukat Bahan 1. Adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan penimbang digital. 2. Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung. 3. Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan. 4. Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.

You might also like