You are on page 1of 15

AGAMA RASMI

Malaysia ialah sebuah negara yang mengandungi rakyat yang berbilang kaum.Hakikatnya Malaysia adalah negara sekular. Menurut hasil bancian pada tahun 2000, kira-kira 60.4 % daripada populasi penduduk di Malaysia mengamalkan agama Islam, 19 % mengamalkan agama Buddha, 9 % mengamalkan agama Kristian, 6 % mengamalkan Hinduisme, 3 % mengamalkan Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk Animisme, Sikhisme, dan Baha'i.

Agama Penduduk Di Malaysia Pada Tahun 2000

Islam Buddha Kristian Hindu Konfusianisme Lain-lain

Islam merupakan agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia. Sejak Tanah Melayu ini diasaskan bermula dibawah pemerintahan Kerajaan Negeri Melaka yang termasyur di seluruh dunia dengan mengamalkan sistem perintahan yang begitu baik dan diperakui oleh seluruh pedagang yang berdagang dengan kerajaan tersebut. Setelah itu, kerajaan negeri Melaka telah dibawah Sultan Mahkota Iskandar Shah (anak sulung Raja Parameswara ) pada hujung abad ke-14 setelah

berkahwin dengan puteri Raja Pasai telah memeluk Islam dan seterusnya agama ISLAM tersebar luas di seluruh Tanah Melayu.

Oleh yang sedemikian, hasil persetujuan di antara perkongsian kuasa di antara kaum Melayu, Cina dan India yang dibawa oleh suruhanjaya REID telah memasukkan salah satu perkara di dalam perlembagaan Tanah Melayu iaitu : Perkara 3 (1) : Islam ialah agama bagi Persekutuan , tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara dan Fasal di dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan agama rasmi yang perlu kita ketahui juga adalah seperti : Perkara 12 (2) : Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubung dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu , tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyelenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Perkara 150 (6A) : Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau Adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak ; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apaapa perkara sedemikian atau berhubung dengan agama,kewarganegaraan atau bahasa.

fasal (5) walaupun ketika Darurat. * peruntukan yang paling besar untuk menjaga kedudukan Agama Islam walaupun menggunakan kuasa 2/3 suara rakyat tidak boleh digugat. Perkara 11(1) : Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Perkara 11 Fasal (4) : Undang-undang Negeri, dan berkenaan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang awam yang menganuti agama Islam.

SEJARAH AGAMA ISLAM

Ada tanggapan mengatakan bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam. Pandangan ini adalah berdasarkan penemuan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarikh 1303 M.

Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadi peristiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.

Tudung merupakan suatu pengenalan yang agak baru, dan tidak ketara sehingga kebangkitan Islam di seluruh dunia pada dekad 1980-an.

PERANAN ISLAM

Kebudayaan Islam adalah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti. Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.

Undang-undang dan politik

Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu semestinya beragama Islam, tidak kira apa warisan etniknya, jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang. Ini bermakna warga Melayu yang murtad hilang kesemua hak keistimewaan mereka termasuk status Bumiputera yang memberi laluan penggunaan dasar tindakan pengeyaan untuk kemasukkan ke universiti-universiti, diskaundiskaun pembelian kenderaan, harta tanah dan sebagainya. ARTIKEL AKHBAR MENGENAI ISU AGAMA RASMI DI MALAYSIA

Hishammuddin: Agenda jadikan Kristian agama rasmi adalah serius. 7 May 2011

"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebihlebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya. BESUT: Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebihlebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Hishammuddin yang Juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu. Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu. Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula, katanya. Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan. Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda), katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand. Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio Datuk T. Kalau salah tetap salah,katanya. Sementara itu PERKASA membuat laporan polis terhadap penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi. Saya sebagai YDP Perkasa WP merasakan jika benar seperti yang dilaporkan, ianya merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini dengan pelbagai cara yang melanggar Perlembagaan Negara. Saya bimbang dengan pendekatan itu akan menyemarakkan api kemarahan umat Islam dalam negara ini. Sebelum ini sudah beberapa kali pimpinan penganut Kristian mengusik kesabaran orang Islam nagara ini termasuk mendesak kerajaan membenarkan Bible dalam bahasa Malaysia diedarkan dan dicetak dlm negara ini, katanya selepas membuat laporan polis. Beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan dengan segera.

- Bernama

Takrif Melayu
Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai: Seorang yang beragama Islam Bertutur Bahasa Melayu Mengamalkan Adat istiadat Melayu Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi Melayu Kerajaan Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masingmasing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Kerajaan Malaysia. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti Minangkabau, Jawa, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Hak-hak Istimewa Orang Melayu


Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, bukanlah hak istimewa orang Melayu tetapi jawatan tersebut akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatuhi sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang diPertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Rajaraja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

Tanah untuk Orang Melayu Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

Jawatan dalam Kerajaan Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Perkara 153: (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undangundang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undangundang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya. (5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut manamana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika

pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak manamana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam manamana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan anak negeri berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Malaysia http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/keistimewaan -melayu-adalah-hak-dr-shamrahayu-abd.-aziz/

http://rmf7.wordpress.com/2008/12/01/perkara-153-perlembagaan/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak-hak_istimewa_orang_Melayu

http://jiwarasa.blogspot.com/2007/05/takrif-melayu.html http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia

http://www.slideshare.net/ayuapiz/hak-orang-melayu/download

You might also like