You are on page 1of 4

Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN L20081002254 AT46-D (PRODUKSI MULTIMEDIA) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM P&P SERTA STRATEGI PENGAJARAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM MATAPELAJARAN KIMIA Perkembangan pesat dalam ICT terutamanya penggunaan internet telah membawa satu implikasi besar terhadap dunia pendidikan. Perkembangan ini telah membuka satu dimensi baru dengan berlakunya perubahan idea terhadap cara pendidikan tradisional kepada satu lembaran baru untuk pandidikan jarak jauh, in-time learning dan pembelajaran sepanjang hayat. Semua ini dicapai dengan berlakunya perkembangan yang pesat dalam bidang ICT seperti kemunculan komputer yang berkuasa tinggi, akses dan capaian internet yang meluas dan membolehkan perkongsian pintar dari seluruh dunia, serta perkembangan dalam bidang artificial intelligent telah membolehkan pencarian maklumat yang lebih besar daripada pelbagai sumber. Perkembangan dalam ICT ini juga telah membawa kepada pertambahan maklumat yang boleh diperolehi oleh pelajar yang bersesuaian dengan kursus yang mereka ikuti. Ramai ahli akademik hanya menggunakan internet untuk tujuan membekalkan bahan kursus secara atas talian kepada pelajar (Harper, Hedberg, Bennett, & Lockyer, 1999). Walaubagaimanapun, dengan harapan untuk membentuk satu pendidikan yang berkualiti terutamanya dalam subjek kimia, guru harus mempertimbangkan adakah dengan membekalkan bahan pembelajaran secara atas talian ini menepati objektif pembelajaran yang mereka harapkan akan berlaku. Oleh itu, pada masa akan datang guru mungkin boleh menggunakan ICT dengan lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan atas talian, networking, komuniti pembelajaran atas talian, pembelajaran individu melalui penggunaan AI-artificial intelligent dan sebagainya.

Menurut Lagowski (1999), beliau menngatakan bahawa teknologi bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam pendidikan kimia, namun apa yang penting ialah perubahan terhadap model pendidikan itu sendiri yang memerlukan bahan kokurikulum yang baru serta latihan guru secara ekstensif. Selain itu, beliau juga mencadang supaya persekitaran dimana seorang guru mengajar haruslah sesuai dengan persekitaran kerja yang disukai oleh pelajar. Jadual dibawa menunjukkan model perbandingan antara model pendidikan kimia yang lama dengan model baru yang boleh diikuti oleh para guru mengikut Lagowski. Outdated Model 21st Century Model Students are passive with throughout their Individualization will be enhanced using entire educational experience. Collaborative work is not valued. networked personal workstations. Team learning will be encouraged using collaborative software tools. E.g. email, Teachers are assumed to be omniscient. bulletin boards, chat, net conferencing Teachers will become guides to student learning through the use of networked The course content is stable. experts. Networks and new software publishing tools will allow us to adapt to rapidly changing The course is homogeneous. subject matter content. Diversity of interactions who is doing what for what reasons will become the norm replacing the homogeneous 'one size fits all' approach to education.

Pelaksanaan pengajaran oleh seorang guru didalam bilik darjah bolej dilakukan melalui beberapa strategi pengajaran. Dalam matapelajaran kimia antara strategi yang boleh digunakan ialah kaedah simulasi dan kaedah inkuiri penemuan. Dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam matapelajaran kimia seperti penggunaan koswer yang dilengkapi dengan contoh dalam bentuk simulasi ia akan membantu membina

pengetahuan pelajar. Kaedah Simulasi berasaskan kepada keadaan dimana guru menunjukkan satu keadaan atau proses tiruan dari alam hidup sebenar yang cuba digambarkan dalam bentuk realiti. Hal ini boleh dilihat terutamanya dalam bab-bab yang sukar difahami seperti tindakbalas kimia dan persamaan kimia. dengan adanya simulasi berbentuk animasi pelajar akan mudah memahami suatu persamaan kimia yang terbentuk hasil tindakbalas unsur-unsur kimia. Sebagai contohnya, tindakbalas antara atom oksigen dengan atom hidrogen untuk membentuk molekul air. Dengan gambaran pada minda sahaja seperti dalam pembelajaran tradisional pelajar hanya mampu membayangkan keadaannya. Namun melalui simulasi dalam bentuk animasi yang disediakan didalam koswer pendidikan pelajar akan dapat melihat sendiri bagaimana pembentukkan molekul air disimulasikan serta bagaimana ikatan kovalen terbentuk antara atom-atom yang terlibat serta ikatan hidrogen yang membolehkan molekul air terbentuk. Dengan adanya simulasi seperti ini ia akan membantu pelajar untuk menambah baik gambaran mental mereka dengan satu bentuk proses sebenar yang berlaku. Selain daripada itu, melalui Kaedah Inkuiri Penemuan, penggunaan internet contohnya, membolehkan pelajar meneroka lebih jauh lagi berkaitan topik yang telah mereka pelajari. Perkongsian ilmu boleh berlaku bukan hanya dengan rakan dalam bilik darjah malah dari seluruh dunia. Ini menjadikan capaian ilmu tanpa sempadan dan lebih banyak idea dapat dibentuk dalam minda pelajar. Dalam konteks guru pula, guru seharusnya menyelitkan jaringan-jaringan capaian yang boleh diakses oleh pelajar bagi setiap topik yang diajarnya. Ini akan membantu pelajar untuk terus membuat rujukan tanpa perlu mencari sendiri capaian yang berkaitan dengan tajuk yang diajarkan. Ini membantu pelajar untuk menemukan satu konsep yang lebih lengkap sebagai penambahan kepada yang dipelajari dalam bilik darjah. Selain itu, hasil yang diperolehi melalui penemuan mereka juga boleh dikongi bersama rakan ketika di sekolah. Selaras dengan perubahan yang berlaku adalah diharapkan bahawa pelajar akan memperolehi kemahiran berfikir yang lebih luas seiring dengan perkembangan ICT. Di mana dalam hal ini pembelajaran yang lebih bersesuaian ialah pembelajaran melalui

penemuan dan penerokaan berbanding kaedah tradisional dimana pelajar hanya membina maklumat dalam bentuk fakta semata-mata.

Rujukan Crown (2004). Using ICT in Learning and Teaching. HM Inspectorate of Education Peter D. John. (2001). Teaching and Learning with ICT New Technology, New Pedagogy? Graduate School Of Education, University Of Bristol Tim Brosnan. (2001). Teaching Using ICT. Institute Of Education, University Of London. R. W. Hollingworth. (2002). What Role for ICT in Teaching and Learning Chemistry? Australia: University Of New England. http://www.juen.ac.jp/scien/cssj/cejrnlE.html http://www.standards.dfes.gov.uk/primary/publications/embedding_ict ttp://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-transitional.dtd http://jchemed.chem.wisc.edu/

You might also like