You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING 2012 TARIKH : 9 FEBRUARI

2012 TEMPAT : BILIK KULIAH TINGKATAN 6 MASA : 2.10 4.00 PETANG PENGERUSI : HIZAM AZLI HARUN KEHADIRAN : En Zulkifli B Abdul Gaffar En Mohd Sobri B Mahmood En Hizam Azli B Harun En Jamaludin B Yusof Pn Siti Zoyah Bt Bidin En Abdul Mutalib B Hamid En Abdul Wahab B Che Amat En Abdul Bashir B Che Senik Pn Elya Zulfa Bt Omar En Hifzulamin B Zakaria En Malek B Saad Pn Murni Shah Bt Mohamad En Mustaza B Shiewthi Pn Noraini Bt Ali Cik Nur Azilawati Bt Ismail En Shafie B Ramli Pn Zuzaidah Bt Md. Zurki TIDAK HADIR: En Md Bakhari B Che Tam ( Bersebab ) En Amiruldin B Abdul Hamid ( Bersebab ) Cik Che Minah Bt Musa ( Bersebab ) I Ucapan Aluan Pengerusi 1. Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir. 2. Pengerusi menerangkan tujuan mesyaurat diadakan , iaitu membincangkan tentang peranan yang harus dimainkan oleh jawatankuasa HEM dalam menjaga kebajikan murid. II Laporan dari JPN dan PPD 3. En Zulkifli Bin Gaffar wakil pengurusan telah menyampaikan pesanan dari JPN supaya unut HEM memainkan peranan yag lebih proaktif dalam menjaga kebajikan murid-murid. 4. Pengurusan biasiswa perlu mengambil tindakan segera terutama bagi permohonan untuk biasiswa sukan terutamanya untuk pelajar yang layak. Biasiswa sukan terbuka kepada semua pelajar yang sekurang-

kurangnya mewakili negeri dan biasiswa ini akan dibawa sehingga ke tingkatan 5. 5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Mac 2012. 6. Untuk biasiswa Yayasan Telekom Malaysia murid boleh memohon sendiri secara online. 7. Bagi biasiswa BKP, jawatankuasa peringkat sekolah perlu dianggotai oleh Pk HEN, Pk Koko, guru kaunseling,s/u sukan dan ajk PIBG yang bertujuan mengesah dan menyaring pelajar yang layak mendapat biasiswa. 8. Proses permohonan biasiswa berdasarkan data SMM dan rayuan boleh dibuat secara online. Untuk rayuan kes khas waris sendiri perlu menulis surat rayuan dan siasatan akan dibuat oleh pihak sekolah yang kemudiannya akan memajukan permohonan tersebut. 9. Penarikan balik biasiswa adalah atas dasar kesalahan disiplin atau kesalahan berat yang diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa. 10. Pelajar yang menerima KWAMP tidak boleh menerima biasiswa. 11. Bantuan KWAMP, pendapatan ibu-bapa adalah RM 720 kebawah dan pendapatan perkapitanya adalah 180. 12. Lebihan wang KWAMP perlu dipulangkan. 13. Untuk bantuan kecemasa seperti rumah dilanda banjir,terbakar,ribut,kematian ketua isi rumah dan sebagainya hendaklah dimaklumkan kepada HEM. 14. Baucer buku 1 Malaysia telah diserahkan kepada semua murid tingkatan 6. 15. Bilik kesihatan hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Guru tidak dibenarkan untuk memberi ubat berbentuk minuman ataupun makan kepada murid. Hanya minyak angina ataupun ubat untuk kegunaan luaran sahaja yang dibenarkan. 16. Pastikan ada guru bersama murid ketika rawatan. Buku rekod penggunaan bilik rawatan hendaklah diisi sebelum menggunakan bilik rawatan. 17. Untuk rawatan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan pelajar hendaklah diiringi guru ketika mendapatkan rawatan. Rekod kesihatan pelajar akan dibawa sehingga tingkatan 6. 18. Rekod untuk rawatan pergigian telah dilengkapkan dan disimpan dibilik rawatan pergigian. 19. Untuk jawatankuasa kantin perlu gunakan buku poemantauan kantin. Terdapat penilaian kendiri oleh pengusaha. Cg hanya bulatkan demerit dan akhir bulan hanya perlu isi bahagian belakang. Hendaklah dibuat 3 salinan, satu salinan kepada PPD, Kem. Kesihatan dan satu salinan hendaklah disimpan. 20. pengusaha kantin perlu mematuhi peraturan yang terkandung dalam buku. Mesyuarat hendaklah dibuat secara berkala. 21. Untuk jawatankuasa 3K, perlulah ditubuhkan skuad denggi di sekolah. Sebulan sekali perlu menghantar laporan kepada kementerian kesihatan. 22. semua kes kesihatan perlu dimaklumkan segera kepada PPD

23. Untuk jawatankuasa data, pastikan no. kad pengenalan dan no surat beranak betul. Untuk maklumat pendapatan ikut sahaja maklumat yang diberi waris. 24. Takaful akan dibayar oleh kerajaan. Untuk tuntutan hanya kepada pelajar yang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan kedalam wad dan kadar bayarannya RM 25 sehari. Lumpuh akibat kemalangan perlu isi borang dan layak menuntut sehingga RM 15 000. Khairat kematian RM 100. Manakala bagi kes kemalangan yang terpaksa menggunakan kerusi roda adalah RM 1000. 25. Untuk jawatankuasa SPBT Cik Azilawati akan menggantikan Cik Ong Yee Ping sebagai penyelaras SPBT tibgkatan 2. bagi sesi 2013 data keperluan perlulah diisi dengan kadar segera. Pelupusan buku teks boleh dilakukan sepanjang tahun. Ubtuk kes perpindahan dalam negeri pelajar dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baru kecuali ke MRSM dan sekolah swsta. 26. operasi ponteng akan dilakukan pada 22 april 2012. III Ucapan Wakil Pengurusan. 27. Cg Zulkifli B Abd Ghaffar selaku Pk HEM mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada guru yang hadir. 28. Diharapkan selepas ini semua pihak dapat bekerjasama mengangani kes-kes kecil seperti ponteng kelas dan merokok. 29. Guru diminta melaporkan dengan segera jika mendapat maklumat berlakunya kes buli di sekolah kerana kes buli merupakan kes yang berat. 30. Pemantapan disiplin murid akan dapat membantu kecemerlangan akademik sekolah. 31. Untuk tahun ini pihak sekolah telah bersetuju menggunakan sistem fail yang mana setiap murid mempunya fail disiplin tersendiri. Setiap salah laku akan dicatat didalam fail disiplin dan fail ini akan dibawa sehingga murid keluar sekolah. 32. Untuk asrama pula pihak sekolah telah melantik 2 orang warden baru dan keadaan asrama semakin tersusun. 33. Pemeriksaan kenderaan akan dibuat seperti tahun lepas. Taklimat ponteng untuk tingkatan 1 telah diadakan dengan kerjasama PDRM. 34. Semua jawatankuasa perlu merancang program dan focus kepada perancangan stategik. 35. semua tindakan yang hendak diambil hendaklah berdasarkan panduan tindakan salahlaku disiplin yang telah dikeluarkan oleh KPM. 36. untuk kes yang memerlukan hukuman rotan pihak sekolah akan memberikan surat penurunan kuasa merotan kepada guru yang terlibat. Hukuman rotan perlu dijalankan dihadapan saksi. IV Laporan dan Perancangan Unit-Unit HEM.

37. Laporan bimbingan dan kaunseling, setakat 9.2.2012 unit bimbingan dan kaunseling telah menjalankan 3 program. Program yang akan datang adalah program konsultansi waris dan program motivasi untuk murid-,urid tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan dijalankan dengan kerjasama alumni SMKB yang cemerlang. 38. Cg Zulkifli mencadangkan agar dibuat satu program yang menjurus ke arah kerjaya pelajar dan pembentukan akhlak. Tindakan : Unit Bimbingan dan Kaunseling 39. Laporan jawatankuasa surau, mencadangkan sekolah menganjurkan sembahyang berjemaah untuk semua murid. Program bacaan yassin dicadangkan untuk diadakan pada setiap minggu. 40. Pihak ajk disarankan untuk meningkatkan keceriaan surau. Tindakan : Ajk Surau 41. Laporan jawatankuasa biasiswa, permohonan biasiswa untuk tingkatan 1, 5 dan 6 masih dalam proses. 42. Semua guru diminta memberikan kerjasama dalam mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan biasiswa. Untuk layak memohon biasiswa isi rumah mestilah berpendapatan bawah RM 1500.00 Tindakan : Ajk Biasiswa dan semua guru 43. Laporan jawatankuasa kantin, terdapat aduandaripada guru supaya pihak kantin dapat mempelbagaikan menu makanan. Kebersihan kantin pada masa sekarang bertambah baik berbanding sebelumnya. 44. Terdapat aduan daripada pihak kantin tentang segelintir pelajar tingkatan 6 yang mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap pekerja kantin. Tindakan : Ajk kantin 45. Laporan jawatankuasa buku teks, sekolah mengalami masalah kekurangan naskah buku teks terutamanya bahasa melayu tingkatan 4. walaubagaimanapun sebanyak 156 buah telah ditempah. Kemasukan pelajar dari luar telah menyebabkan berlakunya kekurangan dalam buku teks. 46. Ajk SPBT meminta bantuan pihak unit disiplin agar melakukan sesuatu untuk memastikan pelajar membalut buku teks mereka. 47. Cg Zulkifli mencadangkan agar pihak ajak SPBT memperkemaskan pengurusan buku teks. Buku teks hendaklah dikutip pada hujung tahun. Untuk subjek yang menggunakan dwibahasa, buku teks hendaklah dibekalkan kepada pelajar dalam kedua-dua bahasa. Ajk SPBT juga disarankan meningkatkan keceriaan bilik BOSS. 48. Cg Noraini memohon bilik yang lebih besar. Cg Zulkifli memberikan kebenaran kepada ajk SPBT untuk menggunakan bilik pengawas lama. Tindakan : Ajk SPBT

You might also like