You are on page 1of 3

ASAS SENI REKA

A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. 2. Rupa - Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar - Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organic rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. -Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative ruang di sekeliling rupa sesuatu objek. 3. Bentuk - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan - Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan. 4. Jalinan - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto. 5. Ruang - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder - Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) - Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

http://psvspm.blogspot.com/2009/04/asas-seni-reka.html

PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual 1. Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah 2. Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan 3. Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan 4. Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan 5. Irama dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb 6. Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan 7. Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

You might also like