You are on page 1of 5

SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku

tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Serunai Faqir Wangsa Maju

UNTUK BANGSA MERDEKA Untuk sebuah bangsa merdeka jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi mimpi malam kolonialisme yang ngeri keluh-kesah hak asasi menghilang identiti diri. Untuk sebuah bangsa merdeka luas dalam horizon perjuangan tiada lupa akar bangsa serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya tiada lupa tentang jerit bahasa. Untuk sebuah bangsa merdeka teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan bukan nama simbol keris merdeka tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya. Seperti sebuah jarak padang terbuka tetap berani dengan kewujudan dirinya

seorang yang memahami tangis bangsa monolog pada dirinya sendiri bersyukur kepada hari-hari lalunya. MOHD FADZIL YUSOF

PADA TANAH MERDEKA INI Kami kenal tanah ini selutnya pernah berbaur hanyar darah yang tumpah daripada liang derita para pejuang lumpurnya pernah tersimbah daripada batang tumbuh para pahlawan relung tanah ini pernah bergegar dek jerit pekik pejuang kemerdekaan yang mencari benih kebebasan dadanya pernah mengambus kujuran kaku anak nusa yang bangkit membina benteng bersama keris dan tombahk bersahaja menyambung nyawa demi tanah ini tidak diragut ganas. Pada tanah merdeka ini telah tumbuh rimba kemajuan dan manusia kian lupa asal diri lalu api nasionalisme yang lantang bertiup sejak berdekad lalu kini terpaksa menunggu sepi mentari Ogos untuk bernyala kembali yang membelah relung tanah ini dahulu kini kian lenyap ditawan arus duniawi erti kemerdekaan kian kabur dalam mata fikir anak-anak kini. Namun kami tetap bersyukur kerana dengan korban suci Nukilan: Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

NEGERI INI, ANAK Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya. Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang! Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan yang telah melahirkan ribuan pahlawan. Rela memilih terbuang dari berputih mata, kerana baginya, mati itu cuma sekali dan tidak harus sia-sia. Mereka tidak rela ini negeri tercinta jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama. Meski darah dan tulang jadi gantian. Kerana baginya: negeri adalah tanah adalah air, adalah api, adalah angin. Adalah maruah, adalah permai, adalah berani, adalah susila. Adalah segala-galanya. Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan. Tanpa mengira kulit atau warna, tampuk atau asal, percaya atau agama: MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Di negeri ini anak, mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza. Siapa di sini adalah warganya, kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah. Darahnya tetap merah. Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam. Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan. Marsli N.O 17 Jun Julai 1988 Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989

NEGARAKU TERBILANG Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya, Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan, Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada, jauh sudah rupanya negaraku mengembara. Fikiran menggugah zaman remajaku, Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit, Yang ada hanya siulan burung di bendang, Tapi disana kaya kemanusiaan, Kaya keampunan dan kasih sayang, Kaya tangan menghulur bantuan, Di tengah ribuan wira tak didendang. Di luar sempadan ada cabaran, Dunia semakin deras bergelora, Tidak terperangkap kite dengan kata-kata, Yang cepat mendapat habuan luar biasa, Yang lambat mendapat sisa-sisa, Kita memilih sederhana daripada yang mutlak, Pelbagai daripada yang menyendiri, Percaya daripada mencurigai, Bersama daripada menguasai, Ke hadapan dengan acuan kita sendiri, Yang diwarisi tidak berkurang, Yang dijaga tidak susut. Di sini di bumi ini, Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan, Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang, Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan, Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah Cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya.)

BAPA KEBEBASAN (Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra) Dialah yang memugar rimba sejarah dan meletakkan batu tanda bertatah indah dialah yang membina sempadan gagah antara musim terjajah dan gerbang waktu melepas gundah. Dialah yang bergelar bapa mewariskan sebidang tanah menganjur, dengan bukit-bukau hijau mengimbau disuburi jernih air sungai masyhur bumi subur warisan leluhur. Dalam lembut bicara semanis kata-kata, dia menolak cengkam tajam dari kuku-kuku hitam yang kejam mengikis karat musibat dengan minda yang padat berkat lalu dia kembali melepaskan merpati melayah di mega pelangi. Dia yang meletakkan makna merdeka dalam kamus peradaban bangsa lalu kita meluaskan aksara mencanai istilah bertuah sehingga anak-anak warisanmu berdiri di persada mercu restu menjamah madu syahdu dari embun di rumput baldu 31 Ogos tanggal keramat dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan tahun demi tahun kita kenang dalam insaf betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah. Dialah bapa ! yang telah mewariskan pada kita sebuah kemerdekaan yang perlu dipertahankan. Ghazali Lateh Banting, 11 Jun 2000

You might also like