You are on page 1of 8

(UMUM KETIBAAN- SELEPAS PERASMI SAMPAI)

Majlis mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA EN. HAMZAH BIN TAJUDDIN TIMBALAN PENGARAH JABATAN PERANCANGAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru .. Puan Guru Besar dan barisan pentadbir.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------Sebagai mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir ke majlis ini. Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan silat yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari Persatuan Seni Silat Gayung Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam. Demikianlah persembahan seni silat gayung yang cukup menarik .Terima Kasih diucapkan. --------------------------------------------------------------------------------------------------------(JEMPUT MASUK) Majlis mempersilakan semua yang hadir untuk masuk ke dalam dewan bagi meneruskan acara kita pada pagi ini . (dan) --------------------------------------------------------------------------------------------------------- (NYANYIAN LAGU NEGARAKU) Hadirin diminta bersedia bagi nyanyian LAGU NEGARAKU. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin semua di jemput duduk. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(UCAPAN SELAMAT ) SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG SIRIH DARI PULAU MUTIARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam 1 Malaysia. 1.Yang Berbahagia En Hamzah bin Tajuddin Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam 2. Yang Berusaha, En. Abd Razak bin Mahmood Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 17

3. Yang Berusaha lagi dihormati, Puan Hajah Maah bt Haji Rosdin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 , 4. Yang dihormati a. Barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 b. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sesi 2011 c. barisan guru-guru d. Serta ibu bapa dan hadirin yang saya hormati sekalian
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(UCAPAN PEMBUKA) Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dipertemukan kita semua di dalam majlis yang indah permai MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27, SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 17, SHAH ALAM Majlis merasa sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YANG BERBAHAGIA EN. HAMZAH BIN TAJUDDIN TIMBALAN PENGARAH JABATAN PERANCANGAN ke majlis perasmian mesyuarat Agong PIBG kali ke-27.Majlis juga melahirkan rasa bangga dengan kehadiran,tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. Terima kasih atas luangan masa, komitmen tenaga serta kesudian untuk turut sama menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(BACAAN DOA)
KALAU PERGI TANJUNG KERAMAT, ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT; BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT, MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT

Bagi memulakan dan memuliakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Ilahi agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Zailani Bin Che Will untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Zailani Bin Che Will atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pagi ini bertembah keberkatannya. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(UCAPAN GURU BESAR) EMAS TEMPAWAN BUATMU PUTERI, BUSANA INDAH BUAT RUPAWAN; SUDILAH TUAN TAMPILKAN DIRI, BERSAMA MADAH KATA ALUAN. Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Maah Bt Hj Rosdin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan bagi membuka . Dengan segala hormatnya dipersilakan. Demikian tadi ucapanalu- aluan oleh Yang Berusaha Pn Hjh Maah Bt Hj Rosdin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 17. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(UCAPAN YDP PIBG) Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha En. Abdul Razak Bin Mahmood, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan oleh En Abd Razak bin Mahmood sebentar tadi. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(UCAPAN PERASMIAN)
KALAU TUAN PIKAT KENARI, JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI; KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI, MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI.

Hadirin sekalian Seterusnya majlis dengan ini segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam, En Hamzah bin Tajuddin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27|, Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam|. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Hamzah bin Tajuddin diatas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27, Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(PERSEMBAHAN) Hadirin sekalian, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini.Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Sajak 3 Bahasa yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 17. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.Untuk pengetahuan hadirin sekalian.Persembahan tersebut adalah di bawah bimbingan Madam Fung Tong Lin,Ustazah Wan Hilwani bt. Wan Salehuddin dan Cik Nor Azlina bt Jamil.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(PENYAMPAIAAN SIJIL) Sidang hadirin yang budiman, Majlis kita teruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011/2012 sebagain mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan oleh AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011/2012. Dengan itu majlis sekali lagi menjemput En Hamzah bin Tajuddin diiringi oleh Puan Besar, Puan Hajah Maah bt Haji Rosdin beserta Yang Dipertua PIBG, En Abd Razak bin Mahmood untuk menyampaikan sijil penghargaan AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011/2012 kepada Majlis dengan ini mempersilakan. Penyampaian sijil dimulakan dengan menjemput (RUJUK SENARAI NAMA) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(PENYAMPAIAN SIJIL AN CENDERAMATA KEPADA MURID-MURID CEMERLANG UPSR 2011) Hadirin sekalian, Seterusnya adalah Penyampaian Sijil dan Cenderamata Kepada Murid-murid Cemerlang UPSR 2011.Majlis sekali lagi mempersilakan En Hamzah bin Tajuddin bagi menyampaikan sijil dan juga cenderahati kepada MURID -MURID CEMERLANG UPSR 2011. Senarai ini dimulai dengan .(RUJUK SENARAI NAMA)

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada EN HAMZAH BIN TAJUDDIN diatas kesudian beliau untuk menyampai sijil dan juga cenderahati untuk AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011/2012 DAN JUGA MURID-MURID CEMERLANG UPSR 2011
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(CENDERAHATI PERASMI)
ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Puan Guru Besar, Puan Hajah Maah bt Haji Rosdin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia En Hamzah bin Tajuddin atas kesudian beliau menghadiri majlis dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG KALI-KE 27, Sekolah kebangsaan Seksyen 17. Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar diatas penyampaian cenderahati sebentar tadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(CABUTAN

BERTUAH) Hadirin sekalian , Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 17. Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan Yang Dipertua PIBG, En Abd Razak bin Mahmood bagi naik ke pentas untuk membuat cabutan. Dipersilakan En Ab Razak untuk mencabut 2 no bertuah Bagi makluman semua yang hadir, nombor masing-masing tercatat pada buku program kita pada hari ini. Penerima bertuah yang pertama ialan bernombor ................... Penerima hadia bertuah seterusnya bernombor ................. Terima kasih diucapkan kepada En Abd Razak bin Mahmood diatas kesudian beliau bagi menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi. Hadirin sekalian, Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(PERSEMBAHAN KOIR) Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian Sebelum majlis berhenti rehat seketika, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan koir yang akan dipersembahkan oleh Pasukan Koir Sekolah Kebnagsaan Seksyen 17. Pasukan koir ini dibawah pimpinan Puan Wan Noor Aisah bt Wan Hasan dan Cik Norazlina bt JamilMajlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Koir Sekolah Kebnagsaan Seksyen 17 diatas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(JAMUAN) Hadirin Sekalian, Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka berakhirlah Acara Perasmian Mesyuarat Agong PIBG kali ke-27 Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam .Majlis mengucapakan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam majlis pada pagi ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia En Hamzah bin Tajuddin dan Ahli Jawatankuasa PIBG diiringi Puan Guru Besar dan barisan pentadbir, untuk menikmati jamuan yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah .Ibu Bapa yang hadir diminta utk terus berada di dalam dewan kerana makanan akan di edarkan sebentar lagi Untuk Makluman Hadirin Sekalian Agenda kita seterusnya ialah Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 . SEKOLAH Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam yang akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Seksyen 17, En Abd Razak bin Mahmood. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------(SELEPAS REHAT- MAJLIS MESYUARAT) Majlis mengalu-aluakan kedatangan EN. Abd Razak bin Mahmood Yang Dipertua PIBG Sk Seksyen 17,Shah Alam bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27. Semua hadirin diminta bersedia. Dengan ini saya serahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG sk Seksyen 17,Shah Alam bagi mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27.Dipersilakan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(HABIS MEETING) Demikianlah berakhirnya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27 . Sebagai tanda penghargaan kepada para hadirin yang masih setia menunggu sehingga berkahirnya mesyuarat kita pada hari ini Pihak Majlis berbesar hati untuk mengadakan cabutan bertuah sekali lagi. Dijemput PUAN GURU BESAR , PUAN HAJAH MAAH BT HAJI ROSDIN bagi menyempurnakan acara cabutan bertuah. Penerima bertuah yang pertama ialan bernombor ................... Penerima hadia bertuah seterusnya bernombor ................. Terima kasih diucapkan kepada puan Hajah Maah diatas kesudian beliau bagi menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi. -------------------------------------------------------PENUTUP------------------------------------------------BUNGA DEDAP DI ATAS PARA, ANAK DUSUN PASANG PELITA; KALAU TERSILAP TUTUR BICARA, JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA. DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA MELIHAT RUSA TEPI PERIGI; SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA, DILAIN MASA BERSUA LAGI.
Sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Kami Warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Mengucapkan berbanyak-Banyak Terima Kasih Atas Sokongan Tuan-Tuan Dan puan-Puan. kami Memohon Maaf Sekiranya Terdapat Apa Jua kekurangan Sepanjang kami Mengacara Majlis Ini, Sesungguhnya segala Yang Baik Itu Datang Daripada Allah Swt Dan Segala Yanglemah Itu Datang Daripada Diri kami sendiri. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

--------------------HABIS----------------------------------------

You might also like