You are on page 1of 31

PENANDA WACANA

TUJUAN Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. -Untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. -Menentukan jenis wacana yang digunakan.

Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya

KOHESI (tautan)

Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui -Hubungan antara satu perkataan -Frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama -Frasa atau ayat dengan perkataan

Contoh:Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Fatimah dan Azian, sementara sana merujuk kepada perpustakaan.

KOHEREN (runtutan)

Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna. Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.

Contoh:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

PENERIMAAN
Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

MAKLUMAT Terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini). Contoh:Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan.

Maklumat lama Maklumat baharu

KEADAAN Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

INTERTEKS Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.

1. MEMPUNYAI TEMA

Pengarang atau penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan.

2. BERMOTIF

Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

3. GAYA BAHASA

Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.

4. KOHESI DAN KOHERENS

Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayatayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik).

5. TIADA AYAT TAUTOLOGY

Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

6. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGICAL DAN REALISTIK

Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah rekaan individu semata-semata.

7.Terdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi


Kucing Parsi itu comel. (ANDAIAN) (INFERENSI) Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

PENANDA WACANA TAMBAHAN


Contohnya: Dan Serta Lagi Tambahan lagi Tambahan pula Selanjutnya Seterusnya

PENANDA WACANA URUTAN

Contohnya: Pertama Kedua Seterusnya Selepas itu kemudian

PENYATAAN SEMULA

Contohnya: Iaitu Yakni Dengan kata lain Seperti yang diterangkan

PENANDA WACANA CONTOH


Contohnya: Seperti Ibarat laksana Macam Umpama Bagai Bak kata

PENANDA WACANA RUMUSAN

Contohnya: Rumusannya Kesimpulannya Sebagai kesimpulan Akhir kata

PENANDA WACANA TEMPAT

Contohnya: Berhampiran dengan Bersebelahan dengan Bertentangan dengan

PENANDA WACANA WAKTU


Contohnya: Apabila Ketika Semasa Kemudian Pada mulanya Lama-kelamaan

PENANDA WACANA SEBAB & KESAN

Contohnya: Oleh itu Sebab itu Justeru Lantaran Jadi

PENANDA WACANA BANDINGAN

Contohnya: Seperti juga Serupa dengan Sesuai dengan Sama juga dengan

PENANDA WACANA PERTENTANGAN


Contohnya: Tetapi Sebaliknya Sungguhpun Walaubagaimana pun Namun begitu Bertentangan dengan

PENANDA WACANA PENGESAHAN

Contohnya: Sebenarnya Sesungguhnya Sewajarnya Pastilah Tentulah

You might also like