You are on page 1of 1

Carl Gustav Jung seorang ahli psychiatry dilahirkan pada 26 Julai 1875 disebuah perkampungan kecil di Swiss.

Beliau adalah seorang yang sangat meminati Freud Sigmund dan pernah bertemu dengan Freud di Vienna pada tahun 1907. Carl Jung berpendapat bahawa manusia bukanlah mangsa kepada warisan baka dan persekitaran. Malah manusia adalah aktif di dalam menentukan corak hidup mereka sendiri. Pernyataanya ini menolak dakwaan rakan karibnya, Freud Sigmund yang menyatakan bahawa seks berperanan dalam menentukan perkembangan personaliti seseorang itu. Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan mereka. Segala tindak tanduk seseorang bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau tetapi juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di masa hadapan. Konsep ini disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey (1966). Jung melihat manusia akan sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Manusia dianggap oleh Jung sebagai seorang yang kreatif dan optimistik. Walaupun Jung lebih mementingkan masa depan, namun ia tidak mengabaikan masa lampau.

You might also like