You are on page 1of 2

Aerobik vs Anaerobik

Part 2 Aerobik vs Anaerobik Mungkin ada pernah dengar perkataan aerobik dan anaerobik ini, ataupun langsung tak pernah dengar. Kenapa saya perlu cerita tentang aerobik dan anaerobik ini?. Jika kita mengetahui apa itu aerobik dan anaerobik, kita dapat menentukan jenis latihan yang diperlukan badan kita. Contohnya, ada orang yang berbadan kurus yang nak tambah berat, latihan jenis apa yang sesuai?. Dan seorang yang gemuk yang ingin mengurangkan lemak badan, latihan jenis apa yang diperlukan? Aerobik bermaksud aktiviti yang menggunakan oksigen, manakala anaerobik bermaksud tidak menggunakan oksigen. Bagaimana nak mengenal pasti sesuatu aktiviti itu bercorak aerobik atau anaerobik?. Apa beza seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon? Yang mana satu aktiviti aerobik dan yang mana aktiviti anaerobik? Pelari pecut tidak menggunakan oksigen ketika berlari, manakala pelari marathon menggunakan oksigen untuk penghasilan tenaga. Aktiviti anaerobik terjadi bila badan tidak dapat menyalurkan oksigen yang cukup kepada otot yang memerlukan. Contoh dalam larian pecut, biasanya pelari akan tercungapcungap selepas habis berlari. Pelari perlu mengambil sebanyak mungkin oksigen untuk penggantikan hutang oksigen ketika berlari. Aktiviti anaerobik menghasilkan asid laktik, dimana secara amnya menyebabkan keletihan. Sesuatu aktiviti akan bermula dengan anaerobik dan akan bertukar ke bentuk aerobik jika aktiviti berterusan. Contohnya, seseorang individu yang berlari di atas treadmill, pada peringkat awalnya diklasifikasikan sebagai latihan anaerobik dimana dia menggunakan tenaga daripada molekul adenosine triphosphate sebelum bertukar aerobic yang menggunakan glikogen dan lemak sebagai sumber tenaga. Lemak dapat dibakar dengan kehadiran glucose dan oksigen yang akan dibakar sebagai sumber tenaga dalam aktiviti aerobik. Untuk pengetahuan semua, lemak tidak akan terbakar tanpa kehadiran karbohidrat. Sering kali saya melihat orang yang nak turunkan lemak diet sesuka hati dimana mengurangkan sama sekali karbohidrat. Kononnya berpendapat yang karbohidrat ini menggemukkan. Ye ke? Kalau saya nak cerita mendalam pasal sistem tenaga dan pembakaran lemak ini memerlukan saya lagi satu topik. Saya ringkaskan disini, Jika kita melakukan aktiviti dengan kadar 65% - 75% daripada kadar nadi maksima, kita akan bakar peratusan fat yang tinggi, dimana dari apa yang kita bakar, 40% daripada karbohidrat dan 60%

daripada lemak. Jika kita menggunakan intensiti yang lebih rendah, badan akan akan membakar glikogen sebagai sumber tenaga dan tidak cukup untuk memproses lemak. Bagaimana dengan intensiti yang lebih tinggi?. Bila intensiti meningkat, badan akan bertindak balas yang kita kekurangan tenaga, badan akan simpan lemak sebagai simpanan untuk masa depan dan akan membakar protein dan otot sebagai sumber tenaga. Jadi Intensiti latihan aerobik bekadar songsang dengan pembakaran lemak.

You might also like