You are on page 1of 1

advertorial@ sinar

ALC MENJADI PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN DALAM KOMUNITI


Pendahuluan
Mengetahui kepentingan belajar dan mengajar Al-Quran seperti yang terkandung di dalam sebuah hadith daripada Osman Bin Aan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain Riwayat Bukhar, menjadi pendorong kepada masyarakat Islam untuk mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Keperluan Masyarakat
Membaca Al-Quran adalah sebaik-baik amalan sunat seperti yang pernah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran Riwayat al-Tirmidzi, justeru itu Al-Quran hendaklah dibaca dengan betul dan tepat sebagaimana yang dibacakan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah. Bagaimana pula jika kita membaca Al-Quran tetapi tidak pasti betul atau salah dalam menyebut makhraj mahupun hukum tajwid ? Bukankah ianya akan mengubah makna bacaan Al-Quran yang kita baca? Hanya guru yang mahir Al-Quran sahaja yang dapat memastikan bacaan kita itu betul dan tepat. Hukum mempelajari Al-Quran bagi setiap individu muslim ialah fardhu Ain. Persoalan lain yang harus menjadi renungan kita juga, bilakah kali terakhir kita mempelajari atau mendalami ilmu Al-Quran?. Tetapi di mana kita ingin mempelajari Al-Quran secara sistematik dan terancang? Di Malaysia tanahair tercinta ini, ramai orang yang mahir atau alim dalam ilmu Al-Quran, tetapi jumlahnya masih sedikit berbanding nisbah penduduk Islam di Malaysia. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Mohd Yakub @ Zulkii Bin Haji Mohd Yuso, Profesor di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM dan Saidi Bin Mohd, Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Kuala Terengganu bertajuk : Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat : Kajian di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Terengganu menunjukkan seramai 38.2 % masih tidak tahu membaca Al-Quran. Bagaimana pula peratusan orang dewasa yang tidak tahu membaca Al-Quran?

dikendalikan oleh mereka yang terlatih sahaja dan kelas yang berhawa dingin.

Peluang menjadi ALC


Bagi mereka yang ingin merebut peluang ini tetapi tidak mempunyai waktu dan kesempatan, tetapi memiliki harta yang lebih masih berpeluang menjadi sebahagian mereka yang disebut dalam hadith di atas. Ternyata Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. Kini membuka peluang itu kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada AlBaghdadi Learning Centre. Hanya perlu menyediakan tempat dan ruang yang selesa untuk kelas Al-Quran dan membuat pelaburan sebanyak RM3500 sahaja kepada Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. Pihak syarikat akan memberikan kursus dan bimbingan serta bahan pembelajaran teknik AlBaghdadi yang telah terbukti berkesan dalam mempelajari asas al-quran. Namun sempena ulangtahun ketiga Teknik AlBaghdadi ini, pihak syarikat menawarkan diskaun untuk membuka kelas Al-Quran. Calon ALC hanya perlu menghadiri kursus asas yang akan diadakan di ATC Selangor dan layak membuka ALC dengan modal serendah RM1990 sahaja. Terhad untuk satu hari sahaja. ALC juga mampu menjana pendapatan kepada pemilik dan pengusahanya , meskipun baru beberapa bulan sahaja membuka ALC, di kalangan mereka ada yang telah memperolehi pendapatan sehingga RM15,000 sebulan. Kejayaan yang dicapai ini dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada umat Islam samada mereka yang terdiri daripada lepasan SPM,STPM,diploma dan juga siswazah.

Latar Belakang ALC


AlBaghdadi Learning Centre (ALC) diwujudkan bagi menjawab persoalan-persoalan di atas. Ia adalah pusat pembelajaran Al-Quran yang dikawal selia oleh AlBaghdadi Method Sdn. Bhd. di bawah program celik Al-Quran bersama teknik Al-Baghdadi. ALC-ALC ini mula berkembang pada pertengahan tahun ini dan masih banyak lokasi yang masih tiada ALC. Terdapat 99 buah ALC diseluruh Malaysia sehingga akhir November lalu. Di Selangor pula mempunyai bilangan tertinggi iaitu kira-kira 28 ALC yang telah sah berdaftar sehingga hari ini. Di ALC-ALC ini semua umat Islam boleh mempelajari Al-Quran secara sistematik dan kondusif kerana kelas Al-Quran ini

Persoalan lain yang harus menjadi renungan kita juga, bilakah kali terakhir kita mempelajari atau mendalami ilmu Al-Quran?. Tetapi di mana kita ingin mempelajari Al-Quran secara sistematik dan terancang?

USTAZ ABDUL RASHID

You might also like