You are on page 1of 5

Al-Azhar

Sejarah Ringkas
dan Pengenalan

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al Azhar, sebuah pusat pengajian yang
membekalkan ramai ulama'-ulama yang terkenal dan terbilang. Namun, tidak ramai yang
mengetahui sejarah dan perkembangannya. Di halaman ini kami bentangkan, sejarah dan
pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah.


Langkah pertama yang dilakukan ialah
membina Masjid Al Azhar pada hari Sabtu
Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah.
Pembinaannya mengambil masa 2 tahun,
dan berakhir pada hari Sabtu 7 Ramadhan
tahun 361 Hijrah bersamaan dengan 22
Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah
dimulakan oleh Jauhar as Saqali seorang
panglima perang di zaman Fatimiah.
Masjid ini pada awalnya dibina sebagai
Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran
dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan al Ayubiah (Salahuddin al Ayubi) yang
berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan Kerajaan al Ayubiah ini bertungkus-
lumus dalam memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal
Jamaah. Keadaan ini berterusan selama
sekurun hinggalah Zaman Kerajaan Beraja
di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan


di Masjid al Azhar pada tahun 365 Hijrah
(975 Masihi) oleh Kadhi Abu Hassan Ali
Ibnu An Nu'man. Idea untuk menjadikan al
Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul
daripada seorang Menteri yang bernama
Yaaqob ibnu Kals dengan izin Khalifah Al
Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah (988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan
Ulama'-ulama' yang mengajar disana pada setiap kali selepas mengerjakan Solat Jumaat
sehingga waktu Asar, yang diketuai oleh Al 'Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari maklumat
diatas, bolehlah dikatakan al Azhar ini mula menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al
Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al


Ayubi dan terbinalah sekolah-sekolah dan
maahad-maahad.
Maahad yang pertama dibina pada zaman
ini ialah Madrasah an Nasiriah
bersebelahan dengan Masjid Amru' al 'As
yang mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun
yang sama (566 Hijrah), Madrasah al
Qomhiyah yang mengajar Fekah Maliki
dibina, juga berhampiran dengannya.
Kemudian diiukuti dengan pembinaan
madrasah-madrasah yang lain, pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang merangkumi
pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun
ketujuh dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di Universiti al Azhar.
Serta pertumbuhan pusat-pusat pengajian
ini seolah-olah mencabar kewibawaan al
Azhar. Tetapi dengan keistimewaan-
keistimewaan yang dimiliki oleh al Azhar itu
sendiri, seperti menyediakan sistem
pembelajaran yang berbentuk umum
bukannya khusus untuk sesuatu mazhab
sahaja berbanding dengan madrasah-
madrasah yang lain dan juga
kedudukannya yang strategik, disamping
sokongan daripada Sultan-sultan dari
segenap pelusuk negara Islam dan juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan Ulama'-ulama'
dan pelajar-pelajar luar, Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.

Al Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah. Di peringkat pertama al
Azhar dikenali sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibukota Mesir dimana masjid
itu terletak.
Pendapat pertama mengatakan lafaz al Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti
Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az Zahra'. Gelaran inilah yang diabadikan pada
nama masjid tersebut.
Mengikut pendapat kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az Zahirah yang dibina sewaktu
pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan
besesuaian dengan kedudukan dan martabat al Azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran
ilmu islam.
Kini masjid ini tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus peratus bercorakkan
binaan dan kesenian asli seperti di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat penyebaran
ilmu islam tetap gemilang hingga
sekarang.

Sistem pendidikan al Azhar.

Sistem pengajiaan al Azhar dari


peringkat rendah sehingga ke peringkat
tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis
Tertinggi al Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al Azhar.
Tempoh pengajian al Azhar adalah seperti berikut :

• Peringkat rendah (ibtidaie) 6 tahun


• Peringkat menengah (i'dadi) 3 tahun
• Peringkat menengah atas (thanawi) 4 tahun
• Peringkat universiti 4-6 tahun

Bermula sesi 1992/1993, Universiti al


Azhar mula menghantar sebahagian
pelajar Malaysia ke tujuh cawangannya di
luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur,
Dimyat, Mansurah, Zaqazik, Tanta dan
Shibin el Kom. Pihak al Azhar turut
mengadakan fakulti yang berasingan di
antara pelajar lelaki dan perempuan.

Fakulti-fakulti yang terdapat bagi


pelajar lelaki adalah Fakulti Syariah dan
Undang-undang, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa Arab,
Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian, Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi,
Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala fakulti untuk pelajar perempuan adalah
Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah Syariah, Usuluddin, Bahasa
Arab, Pengajian Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan,
Sains dan lain-lain.

Al Azhar dulu, kini dan selamanya telah berjaya


melahirkan jutaan graduan dan cendikawan yang optimis dan
komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuhan para Syeikh
yang ikhlas menabur bakti meninggikan syiar islam. Ini menjadi
sumber inspirasi mahasiswa\mahasiswi seluruh dunia untuk
menimba ilmu pengetahuan daripada Masyayikh al Azhar.
Turutan para Syiekh al Azhar ( 1101 Hijrah sehingga 1970 Masihi ).

• Syiekh Muhammad Abdullah al Kharsi al Maliki


• Syiekh Ibrahim bin Muhammad al Barmawi as Syafie
• Syiekh Muhammad an Nasyrati al Maliki
• Syiekh Abdul Baqi al Qalaini Maliki
• Syiekh Muhammad Syanan Maliki
• Syiekh Ibrahim Musa al Faiyumi Maliki
• Syiekh Abdullah as Syabrawi Syafie
• Syiekh Muhammad bin Salim al Hufni al
Khalwati
• Syiekh Abdul Rauf as Sajaini
• Syiekh Ahmad bin Abdul Mun'im ad
Damanhuri
• Syiekh Ahmad al 'Arusi Syafie
• Syiekh Abdullah as Syarqawi Syafie
• Syiekh Mahmud Syanwani
• Syiekh Muhammad 'Arusi
• Syiekh Ahmad bin Ali ad Damhuji
• Syiekh Hassan bin Muhammad al 'Ator
• Syiekh Hassan al Quwaisni
• Syiekh Ahmad as Soim as Softi
• Syiekh Ibrahim al Bajuri
• Syiekh Mustofa al 'Arusi
• Syiekh Muhammad al 'Abasi al Mahdi al Hanafi
• Syiekh Muhammad al Ambabi
• Syiekh Hasunah an Nawawi al Hanafi
• Syiekh Abdur Rahman an Nawawi al Hanafi
• Syiekh Salim al Busyra al Maliki
• Syiekh as Sayed Ali al Bablawi
• Syiekh Abdur Rahman as Syarbini
• Syiekh Hasunah an Nawawi
• Syiekh Salim al Busyra al Maliki
• Syiekh Muhammad Abul Fadli al Jaizawi
• Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
• Syiekh Muhammad al Ahmadi az
Zawahiri
• Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
• Syiekh Mustofa Abdul Razzak
• Syiekh Muhammad Ma'mun as Syanawi
• Syiekh Abdul Majid Salim
• Syiekh Ibrahim Hamrush
• Syiekh Abdul Majid Salim
• Syiekh Muhammad al Khadar Hussien
• Syiekh Abdur Rahman Taj
• Syiekh Muhammad Syaltut
• Syiekh Hassan Ma'mun
• Syiekh Muhammad Faham

You might also like