You are on page 1of 5

UNIT PERANCANG EKONOMI Economic Planning Unit JABATAN PERDANA MENTERI Prime Ministers Department BLOK B5 & B6 PUSAT

PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA

KENYATAAN MEDIA
PENGUMUMAN KELONGGARAN GARIS PANDUAN JAWATANKUASA PELABURAN ASING OLEH YAB PERDANA MENTERI YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini mengumumkan kelonggaran Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) secara komprehensif dalam ucaptama Persidangan Invest Malaysia 2009 yang telah dihadiri oleh lebih daripada seribu pengurus dana dan pemimpin-pemimpin korporat. Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri telah menjelaskan keperluan untuk mengadakan perubahan secara menyeluruh bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Dalam keadaan cabaran ekonomi global dan persaingan antarabangsa yang sengit, Malaysia perlu berani membuat perubahan dengan segera. Bagi memastikan negara terus makmur dan rakyatnya menikmati faedah daripada kekayaan negara dan dalam konteks pendekatan pertumbuhan dengan pengagihan, Kerajaan telah memutuskan untuk melonggarkan Garis Panduan

Jawatankuasa Pelaburan Asing untuk memperkukuhkan persekitaran perniagaan dan kawal selia bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia. Berkuatkuasa secara serta merta, Kerajaan akan melaksanakan perubahanperubahan kepada Garis Panduan FIC seperti berikut: (a) Garis panduan mengenai perolehan kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan oleh kepentingan tempatan dan asing; Garis panduan FIC mengenai perolehan kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan dibatalkan; FIC tidak lagi memproses transaksi syer atau mengenakan syarat ekuiti ke atas transaksi tersebut; Syarat ekuti yang dikenakan pengawal selia sektor akan terus dikuatkuasakan; Bagi sektor-sektor strategik pengawal selia sektor merupakan agensi terbaik untuk mengawal selia sektorsektor berkaitan dengan mengenakan syarat-syarat ekuiti mengikut keperluan dan kedudukan strategik setiap sektor; dan Syarat ekuiti tidak akan dikenakan ke atas sektor-sektor yang dianggap tidak strategik.

(b) Peraturan ke atas syarikat yang disenaraikan; Syarat yang dikenakan bagi aktiviti peningkatan dana oleh syarikat yang disenaraikan telah dipermudahkan untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan; Garis panduan yang mengandungi peraturan yang disemak semula akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan maklumat terperinci mengenainya boleh diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Sekuriti, http://www.sc.com.my/ (c) Garis panduan mengenai perolehan hartanah; FIC hanya akan memproses semua transaksi perolehan hartanah secara langsung atau tidak langsung (melalui perolehan syarikat yang memiliki hartanah) yang melibatkan pengurangan kepentingan Bumiputera dan / atau Kerajaan bagi hartanah yang bernilai RM20 juta dan ke atas; Transaksi hartanah yang lain tidak memerlukan kelulusan FIC; Kecuali dalam kes pengurangan pemilikan, seperti dinyatakan di atas, kepentingan asing tidak perlu memohon kelulusan FIC bagi perolehan hartanah. Walau bagaimanapun, kepentingan asing tidak dibenarkan memperolehi hartanah yang kurang daripada had minimum yang ditetapkan. Jumlah had minimum bagi hartanah komersial adalah sebanyak RM500,000. Bagi pembelian hartanah kediaman, had
3

minimum semasa sebanyak RM250,000 dikekalkan sehingga akhir tahun 2009 dan berkuat kuasa 1 Januari 2010, nilai had minimum akan ditingkatkan kepada RM500,000; Pindaan ke atas garis panduan hartanah akan memudahkan perolehan hartanah dan pada masa yang sama meningkatkan ketelusan serta mengurangkan karenah birokrasi; Maklumat mengenai garis panduan perolehan hartanah yang telah dipinda boleh diperolehi daripada laman web UPE,JPM, http://www.epu.gov.my Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk memudahkan pelaburan dan memperkukuhkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan di peringkat global. Kerajaan terus komited untuk mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan. Walau bagaimanapun, berdasarkan cabaran dan persekitaran ekonomi semasa, satu pendekatan baru diperlukan untuk menggalakkan penyertaan berkesan Bumiputera dalam persekitaran yang mesra pelabur. Pendekatan baru ini akan memberi tumpuan bagi menggalakkan perkongsian tulen antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, penyertaan berkesan Bumiputera dalam ekonomi dan amalan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Sebahagian daripada pendekatan baru ini, Kerajaan akan mewujudkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), sebagai dana ekuiti swasta untuk memastikan penglibatan yang bermakna dan berkesan di kalangan Bumiputera serta
4

mendorong pelaburan dalam sektor yang mempunya potensi pertumbuhan tinggi. Kerajaan akan memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM500 juta kepada EKUINAS, dengan sasaran untuk meningkatkan dana kepada RM10 bilion. EKUINAS akan membuat pelaburan secara usahasama dengan sektor swasta dan keputusan pelaburan adalah berasaskan kepada pertimbangan komersial. Garis panduan pelaburan FIC telah di longgarkan untuk memperkukuhkan daya tarikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan dan perniagaan kepada pelabur tempatan dan asing. Persekitaran perniagaan dan kawal selia yang kondusif serta dasar pengagihan yang lebih berkesan dan mesra pasaran akan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Melalui langkah ini Kerajaan berhasrat untuk menempatkan Malaysia di landasan pertumbuhan yang tinggi dan dalam masa yang sama mengekalkan pendekatan pertumbuhan dengan pengagihan. Untuk maklumat lanjut mengenai Garis Panduan yang baru, sila hubungi 03 8888 2919 / 2928 / 2940 / 2934. Bagi EKUINAS sila hubungi 03 8888 2797 / 2787 / 2792.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 30 Jun 2009


5

You might also like