You are on page 1of 12

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

FOLIO KERJAYA KPD 411

Nama Wan Lily Aisyah bt Mazlan

No. Maktab 114105

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada En Mohamad Syafie kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual untuk saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Tumpat kerana telah memberi panduan dalam tatacara menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada rakanrakan saya iaitu yang telah banyak menjelaskan tentang cara-cara menjalankan tugasan ini dengan lebih terperinci.

Pengenalan
Folio kerjaya ini adalah sebuah tugasan yang diberikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Tumpat sebagai tugasan semasa cuti sekolah semester II 2011. Dalam menghasilkan folio ini, pelajar telah diminta untuk menebual ahli professional kerjaya yang menjadi idaman. Prinsip diri, sasaran SPM 2012, cita-cita serta kursus dan universiti pilihan pelajar juga diminta untuk dinyatakan dalam folio ini.

Hasil Tugasan

Prinsip Diri Saya

Prinsip hidup saya ialah never lose trust. Ini merupakan cara saya untuk sentiasa tidak berputus asa. Saya akan sentiasa berusaha untuk mencapai kemahuan saya. Tiada jalan mudah untuk berjaya, namun dengan usaha yang mencukupi dan kepercayaan kepada Tuhan, apa sahaja mungkin berlaku. Segala kemahuan saya di asaskan oleh prinsip hidup saya dan dengan bantuan rakan-rakan dan guru serta ibu bapa, saya berharap segala kemahuan saya pada masa akan datang akan tercapai.

Sasaran SPM 2012


Sasaran saya semasa SPM ialah mendapat 9A+ dan berjaya mengharumkan nama maktab diantara MRSM seluruh Malaysia.

Kursus yang diminati dan universiti pilihan


Universiti yang saya pilih untuk menyambung pelajaran ialah Stanford University, United States of America dalam bidang psikologi.

3 Cita-cita
1. 2. 3. Cita cita saya ialah menjadi seorang pensyarah psikologi. Saya juga bercita-cita membuka klinik sendiri. Saya ingin membawa ibubapa saya menunaikan ibadat haji bersama-sama saya.

HASIL TEMU BUAL AHLI PROFESSIONAL KERJAYA IDAMAN

Latar belakang ahli professional:

Saya telah memilih untuk menemubual seorang pensyarah. Beliau bernama En. Mohamad Syafie bin Mahmood. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, pada tanggal 5 Februari 1983. Beliau tinggal di Kota Bharu Kelantan bersama isterinya, Pn. Mashita Maira binti Anjami. Isterinya juga merupakan seorang pensyarah.

Latar belakang persekolahan:

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Islah ,Kota Bharu ,Kelantan pada tahun 1990 dan meyambung pelajaran ke MRSM Pasir Tumboh dan ke MRSM Pengkalan Chepa. Beliau telah mendapat 7A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setelah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya selama tiga tahun. Setelah tamat pengajian, beliau meneruskan pelajaran ke University of Hokkaido di Jepun.

Tugas-tugas yang dilakukan semasa melakukan kerja:

Tugas seorang pensyarah tidak sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau menunjuk ajar di makmal, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Walaupun kerjaya ini nampaknya mencabar tetapi memberi kepuasan kepada yang meminatinya. Sekiranya kursus yang diajar itu memerlukan kerja lapangan, maka pensyarah itu akan membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan

Perasaan beliau terhadap kerjaya sekarang:

Beliau menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana dapat mencapai cita citanya sebagai seorang pensyarah dan berasa gembira kerana dapat membuat ibubapanya bangga. Beliau juga berasa syukur atas kejayaan ahli keluarganya yang lain.

Pendapatan:

Pendapatan sebagai seorang pensyarah amat memuaskan menurut beliau dan mencukupi untuk menyara hidup. Gaji yang ditawarkan oleh universiti/IPT awam agak lumayan mengikut kelayakan dan pengalaman seseorang itu. Institusi pengajian tinggi swasta pula mampu menawarkan gaji yang lebih lumayan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Walaubagaimanapun beliau mengatakan bahawa apa yang penting adalah niat untuk berbakti kepada masyarakat.

Nasihat daripada beliau:

Antara nasihat yang diberikan kepada saya ialah jangan berputus asa. Semua kesusahan yang kita lalui sepanjang zaman persekolahan akan membuahkan hasil jika kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Kita juga mesti menghormati dan memohon restu ayah dan juga ibu serta guru agar apa yang dipelajari diberkati Allah SWT.

Penutup
Tugasan yang diberi oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Tumpat ini telah sedikit sebanyak membantu saya untuk mendapat idea dalam bidang pekerjaan yang ingin diceburi pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like