You are on page 1of 14

AGENSI KERAJAAN Konsep Agensi Pusat Salah satu komponen kecil yang penting dalam jentera pentadbiran Kerajaan

Malaysia ialah agensiagensi kerajaan. Agensi-agensi ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu : 1. Agensi Pusat 2. Agensi Mengurus Kebanyakan agensi kerajaan yang ada di negara kita terdiri daripada agensi mengurus. Agensi-agensi ini berperanan untuk melaksanakan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Untuk mempastikan agensi-agensi mengurus berjalan dengan licin dan cekap serta berkesan, maka agensi-agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan bagi mengawasi perjalan mereka. Agensi-agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensiagensi mengurus. Tugas-tugas dan tanggungjawab berkenaan adalah seperti berikut : 1. menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara 2. membekal 2 keperluan asas bagi agensi-agensi kerajaan iaitu perjawatan dan peruntukan kewangan 3. memberi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-agensi mengurus 4. membentuk dasar dan perancangan mengenai 2 keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan kepada agensi-agensi mengurus 5. mempastikan supaya 2 keperluan asas, dasar dan perancangan yang ada digunakan atau dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh agensi-agensi mengurus Penyelarasan dan kawalan yang dibuat oleh agensi-agensi pusat ke atas agensi-agensi mengurus dilaksanakan menerusi beberapa kaedah : 1. pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan 2. pemeriksaan ke atas skim perkhidmatan, menambah atau menggredkan jawatan 3. pemeriksaan ke atas perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan 5 tahun 4. menguatkuasa peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan 5. menyelaras pembentukan dasar, program, projek dan pelaksanaannya 6. menganalisis maklumbalas mengenai pelaksanaan dasar, program dan projek-projek kerajaan bagi mengesan masalah Jenis Agensi Pusat dan Peranannya 1

Dalam pentadbiran kerajaan terdapat 6 buah agensi pusat : 1. Jabatan Perkhidmatan Awam Pada awalnya, tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijalankan oleh Perbendaharaan. Pada tahun 1954, tugas-tugas ini dipindahkan menerusi penubuhan sebuah agensi baru, Pejabat Perjawatan Persekutuan. Selepas merdeka, pejabat ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 1970, ia menjadi Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA menumpukan perhatian ke atas pembentukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang terlatih dan pengambilan kakitangan awam yang mempunyai sikap dan kecenderungan untuk membimbing rakyat ke arah pembangunan. JPA juga mempunyai peranan untuk merumus, merancang dan melaksanakan semua dasar kerajaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, mempastikan ianya dianggotai oleh kakitangan yang cekap, dedikasi dan terlatih bagi memikul tanggungjawab dan melaksanakan semua dasar serta matlamat kerajaan. Bidang kuasa JPA meliputi semua proses pengurusan kakitangan yang bermula daripada pengambilan seseorang pegawai kerajaan sehingga bersara. Fungsi-fungsi JPA : 1. Melaksanakan polisi berkaitan dengan aspek-aspek perkhidmatan seperti perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin 2. Bersama-sama dengan Perbendaharaan mewujudkan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. JPA juga mengkaji semula struktur organisasi jabatan-jabatan kerajaan 3. Menyediakan skim gaji, elaun dan pencen. JPA membuat bayaran pencen kepada semua kakitangan awam kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan 4. Menyimpan rekod-rekod mengenai setiap kakitangan kerajaan 5. Menyelesaikan segala ketidakpuasan kakitangan atau persatuan-persatuan mereka mengenai skim gaji, elaun dan pencen serta anomali-anomali yang timbul darinya menerusi meja rundingan 6. Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan menerusi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pemberian biasiswa 7. Mengisi jawatan-jawatan yang kosong bagi perkhidmatan-perkhidmatan gunasama 2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sejarah perkembangan INTAN bermula dalam tahun 1959. Ia bermula dengan penubuhan Pusat Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan di Port Dickson yang bertujuan melengkapkan pegawai-pegawai kerajaan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi menghadapi cabaran-cabaran pembangunan selepas kemerdekaan. Pada tahun1963, pusat ini berpindah ke kampus Jalan Ilmu, Petaling Jaya dan pada tahun 1972, ia dijadikan institut bersesuaian dengan peranannya yang semakin meluas. Hari ini, INTAN mempunyai kompleks bangunan dan kampus sendiri yang terletak di Bukit Kiara, Damansara. 2

INTAN bertanggungjawab menganjurkan berbagai kursus untuk semua kumpulan sektor awam samada kursus jangka panjang yang bertaraf diploma atau jangka pendek. INTAN juga bertindak sebagai agen perubahan dan pembangunan bagi mempastikan ide progresif diamalkan untuk memajukan dan membangunkan negara. Di samping menganjurkan kursus-kursus, INTAN juga nenganjurkan pelbagai seminar, bengkel dan persidangan. INTAN juga menjalankan penyelidikan dan kajian dari semasa ke semasa bagi mempastikan keberkesanan kursus dan keperluan-keperluan lain. 3. Perbendaharaan Peranan Perbendaharaan ialah merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan Kerajaan Persekutuan. Tugas-tugas ini dilaksanakan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembahagian pendapatan yang lebih seimbang selaras dengan dasar kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru. Perbendaharaan berfungsi seperti berikut : 1. Mengkaji kedudukan kewangan dan ekonomi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badanbadan Berkanun 2. Mengkaji dan meninjau kemajuan ekonomi keseluruhan dan membuat unjuran bagi keseluruhan pembangunan ekonomi bagi penggubal-penggubal dasar 3. Mengkaji dan meramal permintaan dan penawaran serta aliran-aliran harga jangka pendek dan panjang berbagai barangan buatan Malaysia dan juga membuat anggaran hasil daripada barangan berkenaan. 4. Mengkaji kesan-kesan perkembangan dan pembaharuan sistem kewangan dan perkembangan pertukaran wang antarabangsa ke atas ekonomi negara ini 5. Menganalisis dasar-dasar perdagangan antarabangsa 6. Mengadakan dasar dan penyelarasan dalam perhubungan dengan institusi kewangan antarabangsa 3. Unit Perancang Ekonomi (EPU) EPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Unit ini mempunyai peranan untuk merancang pembangunan ekonomi negara. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian utama : 1. Bahagian Perancangan Sektoral 2. Bahagian Perancangan Makro selain Seksyen Bantuan Luar dan Perkhidmatan Am yang memberi perkhidmatan pentadbiran serta kendalian urusan bantuan teknikal. Fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi : 1. menyedia rancangan-rancangan pembangunan kebangsaan 5 tahun 3

2. memeriksa belanjawan pembangunan tahunan bersama-sama dengan Perbendaharaan dan JPA 3. menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa untuk dijadikan asas perancangan dan pembangunan ekonomi 4. mengurus bantuan kewangan dan teknik untuk Negara daripada kerajaan-kerajaan asing dan institusi antarabangsa 5. memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam masalah-masalah ekonomi negara 6. mengambil dayausaha bagi menjalankan penyelidikan ekonomi dan sosial 7. menyelaras perlaksanaan berbagai-bagai projek pembangunan EPU juga bertindak sebagai Urusetia kepada Majlis Perancang Negara (MPN), Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) dan Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Panel Ekonomi. 4. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ditubuhkan pada tahun 1971. Disatukan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran pada tahun 1972 dan dinamakan Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran. Peranan Kemajuan Pentadbiran kemudian dipindahkan kepada JPA dan unit ini wujud berasingan dan dinamakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). ICU berperanan untuk menentukan penyelarasan dan pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Daru, Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan serta projek-projek pembangunan di peringkat Persekutuan, negeri dan antara jabatan. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ICU mempunyai Pejabat Kemajuan Negeri. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat Pejabat Pembangunan Negeri. Di samping itu terdapat Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera yang ditubuhkan di Pulau Pinang. ICU bertanggungjawab mengesan, menganalisis dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan negara menerusi 5 program utama : 1. Program Membasmi Kemiskinan yang mempunyai matlamat meninggikan pendapatan golongan miskin 2. Program menyusun semula masyarakat melalui penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian 3. Program infrastruktur untuk meneliti dan mengawasi segala pembinaan bagi menambah,meninggikan taraf dan membaiki jalan- jalan utama di Semenanjung Malaysia 4. Pembangunan sosial untuk mengendalikan program-program sosial yang besar seperti programprogram perumahan, kesihatan,kebajikan masyarakat dan lain-lain 5. Pengesanan projek untuk mewujudkan sistem maklumat pengurusan dan menyelaras sistem komputer yang mengeluarkan maklumat mengenai perancangan dan program-program pembangunan 4

Unit Penyelarasan Pelaksanaan juga bertanggungjawab bagi perkara-perkara : 1. pengawalan perbadanan-perbadanan awam supaya menjalankan kegiatan selaras dengan kehendak kerajaan 2. pembangunan masyarakat bagi mengesan dan mengemaskinikan perkembangan projek-projek pembangunan masyarakat, rancangan amalan makanan dan pemakanan dan Rancangan Buku Hijau 3. penyelarasan penyertaan Bimuputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian iaitu memproses rayuan-rayuan daripada peniaga-peniaga Bumiputera dan menyelaraskan usaha-usaha Jawatankuasa Penyelarasan Bumiputera di negeri-negeri ICU juga adalah urusetia kepada Majlis Tindakan Negara dan bertanggungjawab mengendalikan Bilik Gerakan Negara. 5. Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) MAMPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bermula dengan khidmat perundingan untuk agensi-agensi Kerajaan pada tahun 1949 iaitu dengan penubuhan Bahagian Organisasi dan Metode/Kaedah di Perbendaharaan. Pada tahun 1967, khidmat ini diperluaskan dengan penubuhan Unit Kemajuan Pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri. Ia kemudiannya dicantumkan sebagai Bahagian Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran tetapi tugas kemajuan pentadbiran dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1977, Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia atau MAMPU ditubuhkan sebagai satu agensi khusus untuk menumpukan perhatian ke atas pemodenan tadbiran. Secara am, MAMPU mempunyai peranan untuk memodenkan sistem pentadbiran kerajaan dan memberi perkhidmatan perundinan pengurusan kepada oranisasi kerajaan.MAMPU mempunyai objektif-objektif seperti berikut : 1. mengukuhkan struktur pentadbiran dan perancangan tenaga manusia dalam jentera pembangunan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan 2. memperbaiki dan memodenkan sistem dan tatacara tadbiran di peringkat operasi menerusi kajiankajian sistem dan pengurusan khususnya untuk mempercepatkan proses pelaksanaan pembangunan 3. memperkenalkan teknik dan inovasi baru dalam jentera pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan system pengurusan bahan atau sumber dan program-program di semua peringkat kerajaan 4. memperkenalkan sistem yang lebih efektif dalam usaha ke arah perancangan dan kemajuan tenaga manusia dapat dibuat untuk pembangunan ekonomi 5. mengawal dan menyelaras pembelian serta penggunaan alat-alat pemprosesan data automatik oleh agensi-agensi kerajaan MAMPU juga mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak dan bertindak sebagai Urusetia kepada beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pemprosesan Data Negara dan Panel Etika Perkhidmatan Awam. 5

6. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU) Ditubuhkan pada tahun1980. Merupakan percantuman 2 agensi penyelidikan iaitu Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi dan Perancangan Am, dan Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia. Percantuman ini merupakan suatu usaha ke arah mengembelingkan semua kepakaran penyelidikan sosio-ekonomi bagi memberi sumbangan yang lebih besar kepada proses pembangunan negara. Secara umum unit ini berfungsi untuk menilai kesan dasar dan program-program pembangunan ke atas rakyat bagi maksud pembekalan maklumat yang dapat menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan program-program yang lebih efektif. SERU mempunyai objektif-objektif berikut : 1. mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan impak sosio- ekonomi terhadap usaha-usaha pembangunan negara bagi kepentingan perancangan dan pelaksanaan yang lebih efektif 2. mengesan, menyelaras dan mengawal usaha-usaha penyelidikan sosio-ekonomi daripada dalam dan luar negara oleh agensi-agensi supaya hasil penyelidikan dapat memberi sumbangan terbaik kepada proses pembangunan masyarakat dan negara 3. memberi bantuan tenaga dan kerjasama dalam penyelidikan sosio-ekonomi kepada agensi-agensi lain dalam bidang penilaian, kesan rancangan dan projek-projek yang telah, sedang atau yang akan diselenggarakan 4. mewujudkan forum perbincangan mengenai masalah-masalah pembangunan sosio-ekonomi menerusi seminar-seminar, pengumpulan maklumat dan analisis di peringkat tempatan, kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa bagi kepentingan negara Peranan penyelarasan penyelidikan unit ini adalah penting untuk mengelakkan usaha-usaha penyelidikan yang bertindih dan bagi mempastikan penyelidikan ditumpukan kepada perkara-perkara penting supaya ia memberi hasil yang terbaik seperti yang dirancangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010. RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Intipati RMK10: * RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009. * Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus. * Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010. * RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun. *Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. * Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun. * Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015. * RMK10: 10 PREMIS UTAMA Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul. Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
7

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif. Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif. Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar. Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing. *RMK10: 5 TERAS STRATEGIK Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. * Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka. * Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam. * Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti: (i) Minyak dan gas (ii) Minyak sawit dan produk berkaitan (iii) Perkhidmatan kewangan (iv) Pemborongan dan peruncitan (v) Pelancongan (vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (vii) Perkhidmatan Pendidikan (viii) Elektrik dan elektronik (ix) Perkhidmatan perniagaan (x) Penjagaan kesihatan swasta (xi) Pertanian (xii) Greater Kuala Lumpur * Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undangundang lebih teratur dan berkesan. * Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia. *Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau Facilitation Fund bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta. *Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor. *Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada. *Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman. *Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan. *Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi. *Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif. *Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar. *Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf. *Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan. *Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara. *Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.
9

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan. *Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan. *Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank. *Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal. *Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera: Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian. Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera. Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera. * Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini. * Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan. * Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia. * Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama. * Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan. * Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

10

Model Ekonomi Baru (MEB) Lapan inisiatif diperkenal: PM 31-3-2010, MEB yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam, menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum. Lapan inisiatif itu ialah: Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing; Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; Memperkukuhkan sektor awam; Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan; Meningkatkan sumber pertumbuhan, dan Memastikan pertumbuhan yang mapan. Mengumumkan laporan MEB pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, Perdana Menteri menjelaskan lapan inisiatif itu saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum. Najib berkata, berdasarkan laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya berpendidikan setakat kelayakan SPM yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan kerajaan. Saya bukan saja mahu rakyat mendapat pendapatan lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan lebih baik. Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 (RM22,931) kepada AS$15,000 (RM49,137) dalam tempoh 10 tahun, katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh. Beliau bagaimanapun berkata, di bawah MEB kerajaan tidak boleh lagi bertolak ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage yang sudah sekian lama menjejaskan matlamat murni Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penyertaan menyeluruh diperlukan yang mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru. Objektif asalnya masih lagi relevan, namun sudah tiba masanya kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian matlamat sama, tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya. Oleh itu, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, ia perlu mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berasaskan keperluan, katanya.

11

Sebagai contoh, kata Perdana Menteri, antara pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera terdiri daripada Melayu dan pribumi lain. Ini adalah pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman menjadi komponen penting di dalam MEB. Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, yang mana ia berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bangsa. Golongan Bumiputera masih menjadi majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik, jelasnya. Untuk menilai pencapaiannya pula, Perdana Menteri berkata, pengagihan adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang dan kontrak. Malah, dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkaui aspek ekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan. Najib berkata, beliau sudah mengarahkan MPEN untuk menyediakan rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan model pemantapan baru berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat daripada ekonomi berpendapatan tinggi. Perdana Menteri berkata, MPEN juga mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia dari segi individu dan wilayah. Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara, katanya. Bagaimanapun, laporan MEB yang diserahkan Pengerusi MPEN, Tan Sri Amirsham A Aziz kepada Perdana Menteri itu, bukanlah laporan muktamad. Ia dibentangkan untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan pemegang kepentingan sebelum disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

12

Datuk Seri Najib Razak, semalam melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan tekad untuk terus melakukan perubahan melalui pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sehingga rakyat mengalami sendiri penambahbaikan dalam kehidupan mereka. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada rakyat, tanpa lari daripada prinsip kebertanggungjawaban dan sedia dinilai oleh mereka ke arah memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan tidak akan berhenti sehingga rakyat boleh melihat, menyentuh dan mengalami penambahbaikan kehidupan mereka. Insya- Allah, dengan komitmen semua pihak dan dengan izin Allah, kita akan berjaya. Selaras dasar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan sedar risiko yang bakal dihadapi jika gagal memenuhi janji kepada rakyat. Bagaimanapun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia reda dinilai oleh rakyat. Inilah komitmen ikhlas kita kepada rakyat, katanya Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri Kabinet serta pegawai kerajaan. Pelan Hala Tuju GTP itu didokumenkan dalam bentuk buku 261 halaman, 37 halaman dan 20 halaman, selain dalam bentuk cakera padat untuk tatapan dan penilaian rakyat. Najib berkata, ketelusan kerajaan terbukti dengan kesediaan mendedahkan Laporan Tahunan Pelan Hala Tuju GTP yang boleh dilihat sendiri rakyat bagi menilai prestasi pentadbiran kerajaan. Perdana Menteri berkata pelaksanaan GTP dan NKRA adalah metadologi baru diperkenalkan kerajaan seiring pertukaran persekitaran. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kerajaan hari ini adalah kerajaan baru, sebaliknya program itu dirangka bagi memastikan kerajaan mampu mencapai matlamat nasional, sama ada yang baru atau yang diperkenalkan sebelum ini, termasuk Wawasan 2020 dan misi membasmi kemiskinan. Beliau berkata pada tahun awal kemerdekaan, rakyat menyaksikan langkah berani, kreatif dan inovatif kerajaan sehingga berjaya mencapai kemajuan sosio ekonomi yang membanggakan. Namun, bagi memastikan kejayaan berterusan, kita harus perlu berada di depan kelok perubahan dan pembangunan. Jika berjaya dengan pelan ini, bermakna Malaysia sudah melakukan perubahan besar dan sekali lagi kita berada di hadapan kelok perubahan, katanya. Najib berkata, bagi memastikan semua pendekatan dalam transformasi kerajaan itu dapat direalisasikan sepenuhnya, kerjasama semua pihak, khususnya penjawat awam adalah prasyarat utama. Saya beri jaminan, daripada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Sidek Hassan) sehingga bawah, semuanya komited kepada program transformasi ini, katanya.

13

Buktinya apabila saya atau menteri turun ke makmal (NKRA), pegawai kerajaan yang bertugas menunjukkan semangat luar biasa. Ada yang beri penerangan panjang lebar, tak henti-henti dan ada yang kata mereka bermesyuarat hingga jam 5 pagi. Ini sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

1MALAYSIA

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama. Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara. Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan. Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

14

You might also like