You are on page 1of 5

Analisis Persaingan Model Lima Pesaing Porters Model Lima Pesaing Porters adalah kerangka untuk analisis industri

dan pengembangan strategi sebuah perniagaan dalam menghadapi persaingan yang diasaskan oleh Michael E. Porter dari Harvard Business School pada 1979. Menurut Porter, terdapat lima elemen kekuatan persaingan yang harus diambil kira oleh sebuah organisasi dalam merangka strategi persaingan. Organisasi perlu bijak mempengaruhi dan memanipulasi lima kekuatan tersebut agar dapat memberi manfaat persaingan jangka panjang kepada organisasi. Lima elemen Model Lima Pesaing Porters adalah : 1. Ancaman Pesaing Baru Kemasukan pesaing baru adalah bergantung kepada tingkat kemudahan atau kesulitan sebuah industry untuk dimasuki. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kemudahan atau kesukaran kemasukan pesaing baru seperti skala ekonomi semasa, modal pelaburan memasuki industri, kecekapan teknologi, kekuatan penjenamaan dan perubahan politik serta undang-undang. IOI Group merupakan sebuah industri perladangan yang juga tidak terkecuali daripada ancaman kemasukan pesaing baru memandangkan iklim Negara Malaysia adalah iklim tropika dan faktor fizikal muka bumi Negara Malaysia yang amat sesuai untuk industri perladangan memandangkan Malaysia terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Oleh itu, kadar potensi kemasukan pesaing baru bagi IOI Group dalam industri perladangan adalah tinggi, disebabkan oleh tiga faktor berikut : a. Faktor fizikal Muka Bumi Faktor fizikal muka bumi negara Malaysia yang mempunyai kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik, serta tanah laterit amat sesuai untuk penanaman kelapa sawit dan getah. Selain itu dataran, delta dan lembangan sungai juga merupakan antara saliran yang baik. Hujan tahunan yang melebihi 2500mm setahun dan suhu yang sederhana sepanjang tahun memberansangkan lagi kerancakan penanaman kelapa sawit. b. Faktor Teknikal Teknologi Moden

Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian. Di samping, penggunaan jentera seperti jentolak, jentua dan traktor merancakkan lagi pengeluaran hasil. Manakala, penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia ( PORIM ) menyumbang kepada kemasukan pesaing baru. Selain itu, system pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan lagi pemasaran hasil pertanian. c. Faktor Kerajaan Pihak industri tidak boleh lagi selesa dengan produk oleokimia asas saja, yang pada hari ini adalah produk komoditi yang memberi keuntungan yang agak minima. Mereka perlu membabitkan diri dengan pengeluaran bahan kimia hiliran berasaskan minyak sawit yang boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya antara 1535 peratus. Tetapi aktiviti hiliran ini memerlukan kos yang amat tinggi dan juga teknologi daripada negara luar terutama daripada benua Eropah.

Peka dengan situasi ini, Kerajaan telah menyediakan peruntukan (geran) sebanyak RM508 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi sebagai galakan kepada pihak industri oleokimia untuk berkembang dan melabur dalam pengeluaran produk hiliran dalam sektor minyak sawit yang merangkumi sektor surfaktan, biopoliol, agrokimia, biolubrikan dan terbitan gliserol. Daripada RM508 juta, sebanyak RM 282 adalah untuk perolehan teknologi luar dan baki RM226 juta adalah untuk aktiviti pra-pengkomersilan. Setakat ini tiga buah syarikat telah berjaya memperoleh geran ini dan IOI Group merupakan salah satu syarikat yang berjaya memperoleh geran ini. d. Faktor Ekonomi Menurut, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr. Abdullah bin Md. Zin dalam pelancaran Prospektus TH Plantations, permintaan terhadap minyak sawit terus meningkat tahun demi tahun diramalakan dunia pada masa hadapan memerlukan tambahan antara empat hingga lima juta tan setahun. Situasi ini akan membuka ruang untuk industry kelapa sawit negara terus berkembang. Ditambah pula dengan pelancaran bahan api bio-diesel yang dikenali envo diesel sebagai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamad pada 21 Mac 2006 lalu yang dijangka bakal memacu penggunaan

sumber tenaga alternatif yang mesra alam dan

sekaligus

menjadi

sektor

barupertumbuhan ekonomi negara. Ketika harga bahan petroleum semakin tidak menentu pada hari ini ditambah pula dengan dunia yang semakin kehausan sumber, cara penyelesaian terbaik adalah dengan beralih kepada penggunaan bahan api alternative yang paling berpotensi iaitu bahan api bio yang dihasilkan oleh minyak sawit. 2. Ancaman Produk Pengganti Ancaman produk pengganti bergantung kepada kekuatan penjenamaan, kesetiaan pengguna kepada sesuatu produk serta kos peralihan yang rendah kepada produk pengganti. IOI Group berdepan dengan produk pengganti minyak sawit, minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi. Permintaan global terhadap minyak dan lelemak pengganti ini didapati meningkat dengan mendadak pada kadar pertumbuhan purata 7% dalam tempoh sembilan tahun yang lalu. Peningkatan permintaan produk ganti ini di dorong oleh peningkatan global penduduk, pendapatan perkapita dan juga perubahan tabiat pemakanan. Walaubagaimanapun, penggunaan minyak sayuran khususnya minyak sawit tetap kukuh. Minyak sawit merupakan minyak utama yang didagangkan di peringkat global sepanjang dekad lepas. Walaupun demikian, buat pertama kali dalam sejarah, minyak sawit telah mengatasi minyak soya sebagai peneraju dalam pengeluaran dan penggunaan minyak pada tahun 2005. Peningkatan minyak sawit yang konsisten dan beransur-ansur ke kedudukan tertinggi dalam pasaran minyak makan dalam tempoh 30 tahun yang lalu adalah kerana ia merupakan minyak makan yang berdaya saing dari segi kos, disebabkan oleh hasil minyak sehektar yang tinggi, serta kepelbagaian fungsinya dan keunggulan penggunaannya. 3. Ancaman Kuasa tawar pembeli Pasaran semasa minyak kelapa sawit ialah adalah antara RM 550 603 / tan mengikut grade A C. Ancaman kuasa tawar pembeli bergantung kepada nisbah dominasi antara pembeli dan penjual. Sekiranya nisbah pembeli adalah lebih ramai daripada penjual maka kuasa penawaran pembeli adalah tinggi. Di negara Malaysia sahaja permintaannya ialah kira-kira 35,000 ton sebulan. Manakala pengeluaran minyak sawit setiap bulan seperti yang tercatat di dalam

perangkaan MPOB ialah sebanyak 1 juta hingga 2 juta ton. Oleh itu, kuasa tawar pembeli adalah rendah. 4. Ancaman Kuasa Tawar Pembekal Daya penawaran dari pembekal bergantung kepada faktor kadar

kebergantungan pembekal, jenama pembekal, kualiti bekalan, kos peralihan, aliran logistic bekalan, dan kehadiran barang pengganti. Memandangkan IOI Group merupakan salah satu pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dalam industry pengeluaran minyak kelapa sawit, maka IOI Group merupakan antara pembekal utama minyak kelapa sawit untuk konsumsi rakyat Malaysia. Bagi memastikan bahawa kedudukan IOI sebagai pembekal pilihan para pelanggan dari seluruh dunia dan kekal berdaya saing dalam pasaran yang sering mengalami perubahan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini IOI Group telah: i. Terus memperluaskan kawasan kelapa sawit kita untuk mengukuhkan

kedudukan pasaran kita dan mempertingkatkan pengeluaran mengikut skala ekonomi; dan

ii.

Menyalurkan

pelaburan

hiliran

yang

besar

ke

dalam

pengeluaran

oleokimia serta lemak dan minyak khusus melalui pengambilalihan Kumpulan Palmco pada tahun 1997 dan Kumpulan Loders Croklaan pada TK 2003. Kedua - dua dalam bidang kumpulan mereka ini merupakan syarikat peneraju operasi masing - masing. Pengambilalihan ini syarikat minyak sawit

secara beransur-ansur tetapi jelas menukar IOI daripada sebuah entiti perladangan kelapa sawit bersepadu. kepada sebuah Perniagaan hiliran ini menyediakan perlindungan strategik

bagi perniagaan perladangan serta aplikasi baru, pangkalan pasaran dari segi geografi baru dan tambahan nilai kepada keluaran minyak sawit IOI Group. 5. Persaingan Kesengitan persaingan memainkan peranan yang amat penting dalam mengukur prestasi sebuah syarikat. Oleh itu, syarikat perlu menilai dengan teliti perkembangan pesaing-pesaing yang terhampir dalam industri. Syarikat perlu

mengambil langkah proaktif dalam mengenali pesaing serta ancaman yang mungkin akan dihadapi daripada pesaing. IOI Group menduduki tangga kedua pengeluar minyak kelapa sawit mentah di Malaysia. Sime Darby adalah pesaing terhampir IOI Group pada hari ini. Sime Darby merupakan pengendali ladang kelapa sawit terbesar, yang memiliki 524,626 hektar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, di samping mengendali ladang di Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi di Indonesia, dan juga loji pengilangan dan kilang penapisan. Manakala, IOI Group mengendalikan 170,000 hektar lading kelapa sawit di Malaysia dan 152,000 hektar di Indonesia dengan kapasiti pengeluaran minyak sawit 1.4 juta tan setahun. Manakala, pesaing lain yang menghampiri ialah Kumpula Guthrie Berhad, Golden Hope Plantations dan Kuala Lumpur Kepong Berhad.

You might also like