You are on page 1of 6

Pertanian

Pertanian telah dikenal pasti sebagai salah satu kelompok utama yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi di ECER. Faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan projekprojek pertanian di ECER adalah terletak pada pelaksanaan perladangan komersial secara besar-besaran, penggunaan teknologi moden, penglibatan sektor swasta dan pendekatan secara menyeluruh dalam memanfaatkan seluruh rantaian nilai di dalam industri. Fokus kelompok pertanian ECER adalah tertumpu kepada sektor-sektor ternakan, tanaman dan perikanan. Strategistrategi bagi kelompok ini dirancang dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti melalui aktiviti-aktiviti pertanian bersepadu, penerokaan peluang-peluang dan teknikteknik pertanian baru, serta pewujudan sebuah rangkaian pasaran global.
52 Laporan Tahunan 2009 ECERDC Laporan Tahunan 2009 ECERDC 53

Pembangunan projek-projek pertanian di ECER juga adalah berkait rapat dengan programprogram pembangunan sosial di Wilayah ini, terutamanya projek Agropolitan yang melibatkan penempatan semula golongan keluarga miskin tegar serta pembabitan mereka di dalam penternakan haiwan dan penanaman yang merupakan aktiviti-aktiviti utama bagi projek tersebut. Ahli-ahli keluarga peserta Agropolitan juga turut terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sekunder yang lain seperti akuaponik dan penanaman koko di kebun.
PROJEK-PROJEK UTAMA PERTANIAN PROJEK Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh Gua Musang Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh Maran Pusat Penyelidikan & Inovasi Lembu Muadzam Shah Taman Pengeluaran Lembu Daging & Tenusu Kuala Berang & Tanah Merah Pusat Pembiakan & Inovasi Kambing Kuala Berang Ladang Penanaman Nanas Bersepadu Rompin Taman Herba Dungun LOKASI Kelantan Pahang Pahang Terengganu / Kelantan Terengganu Pahang Terengganu KAWASAN ( ha) 250 200 240 1,000 500 2,000 600
Ladang Komersial Kambing di Telaga Papan.

Ternakan Setiap negeri di ECER memainkan peranan dan fokus yang penting di dalam sub-kelompok ternakan melalui pengkhususan di dalam komoditi yang telah ditetapkan, iaitu Pahang untuk penternakan lembu, Terengganu untuk penternakan kambing dan Kelantan untuk penternakan ayam. Program Penambahbaikan Genetik & Pembiakan Ternakan 3-Peringkat

Pada tahun 2009, kajian Strategi Perniagaan dan Pelan Pelaksanaan (BSIP) bagi Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing Kuala Berang di Terengganu; Ladang Nukleus di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu di Muadzam Shah, Pahang; Ladang-ladang Pengganda di Tanah Merah (Kelantan), Ulu Tersat (Terengganu) dan Ulu Lepar (Pahang); serta Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh di Gua Musang, Kelantan dan Maran, Pahang telah siap dijalankan. Pembinaan projek-projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2010, kecuali bagi Ladang-ladang Pengganda Lembu di Ulu Tersat dan Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh di Gua Musang dan Maran yang akan bermula pada tahun 2011.

(Penambahbaikan Genetik)

Aplikasi Penyelidikan & Pembangunan (R&D) + Nukleus

(Pembiakan Genetik Ternakan Yang Ditambahbaik & Pengedarannya ke Ladang Komersial)

Ladang Pengganda

(Pembiakan & Pengeluaran Besar-besaran Hasil Ternakan)

Ladang Komersial

54 Laporan Tahunan 2009 ECERDC

Laporan Tahunan 2009 ECERDC 55

Pada tahun 2009, Ladang Pengganda Kambing di Ulu Tersat telah pun berada di dalam peringkat akhir pembinaan, sementara Ladang Komersial Kambing di Telaga Papan pula telah siap dibina. Kedua-dua ladang itu akan diserahkan kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC), Syarikat Induk yang bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan ladangladang tersebut. Pada masa hadapan, ladang-ladang komersial bagi kelompok penternakan kambing akan diintegrasikan sepenuhnya bagi memanfaatkan kelebihan dari segi skala ekonomi melalui penggabungan dengan projek-projek penternakan kambing di Agropolitan Besut-Setiu (Terengganu), Agropolitan Kelantan Utara di Machang dan Penternakan Kambing Secara Intensif di Lembah Ternakan Kambing di Telaga Papan, Segading, Padang Seladang, Mengabang Bakong, Tanjung Gaduh, Payang Kayu, Durian Mentangau dan Kampung Cabang, kesemuanya di Terengganu. Bagi kelompok penternakan lembu daging dan tenusu di Pahang, ianya akan dibangunkan menerusi satu pendekatan menyeluruh yang bermula dengan peringkat pertama iaitu Ladang Nukleus di Muadzam Shah, diikuti oleh peringkat kedua iaitu Ladang Pengganda di Ulu Lepar dan seterusnya peringkat ketiga berupa Ladang Komersial yang akan diintegrasikan di dalam ladang-ladang kelapa sawit dan nanas. Taman Pemprosesan Ayam Berintegrasi Penuh di Gua Musang dan Maran akan mendapat faedah daripada pengeluaran produk-produk ayam yang disasarkan untuk pasaran eksport Halal. Taman tersebut yang terletak di Gua Musang, Kelantan akan dilaksanakan pada skala komersial dan dijangka akan mewujudkan 100 peluang pekerjaan, dengan 20 peladang serta 20 usahawan. ECERDC pada masa ini sedang mengadakan perbincangan secara aktif dengan para pelabur berpotensi yang berminat untuk menerokai peluang-peluang pelaburan di tamantaman pengeluaran ayam ECER. Hasil keluaran mentah dari industri ternakan ECER juga akan menjadi sumber utama bagi habhab Halal di Gambang, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan bagi memenuhi permintaan untuk produk siap diproses Halal dari dalam dan luar negara.

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPCC) Lanchang diuruskan oleh Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) yang juga bertanggungjawab terhadap pemasaran buah betik yang dikeluarkan di kawasan tersebut.

Aktiviti Berasaskan Tanaman Tahun 2009 telah menyaksikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Ladang Moden di Lanchang, Pahang memulakan operasi. Diuruskan oleh Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) yang merupakan Syarikat Induk bagi projek tersebut, CPPC itu bertanggungjawab dari segi pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan buah betik segar dari Wilayah ini yang akan diedarkan ke pasaran-pasaran eksport dan tempatan. Kajian BSIP bagi Ladang Nanas Bersepadu di Pekan dan Rompin di Pahang telah disiapkan pada tahun 2009, manakala kajian yang sama untuk Taman-taman Industri Herba dan Bioteknologi di Gua Musang, Jeli, Raub, Lipis dan Dungun juga telah dilaksanakan pada tahun 2009. Kerja-kerja pembinaan Pakej 1 bagi Ladang Nanas Bersepadu Rompin akan bermula pada tahun 2010 dan dijangka akan siap menjelang Mac 2012. Pekan dan Rompin akan dibangunkan sebagai pusat perladangan nanas bersepadu yang bakal menyediakan bekalan nanas segar dan produk-produk nanas siap diproses yang mencukupi untuk industri makanan tempatan dan luar negara. Untuk mengurangkan pembaziran dan memanfaatkan sumber-sumber sedia ada, pembangunan ini akan diintegrasikan dengan inisiatifinisiatif penternakan lembu dlot, di mana biomassa dan sisa pepejal nanas akan digunakan sebagai makanan haiwan. Bagi pembangunan Lembah Sitrus di Durian Mentangau, Dungun, satu kajian komprehensif mengenai penyakit Greening Disease yang menyerang buah sitrus telah dijalankan pada tahun 2009 dan dijangka akan siap pada tahun 2010. Projek itu bakal menjadikan Terengganu sebagai sebuah pengeluar utama buah-buahan sitrus berkualiti tinggi untuk pasaran eksport dan tempatan. Pembangunan Lembah Sitrus dijangka akan mewujudkan hampir 200 peluang pekerjaan dengan penglibatan hampir 20 peladang kontrak dan usahawan. Pembangunan Taman Herba dan Bioteknologi ECER akan memanfaatkan kekayaan sumber dan kepelbagaian kawasan-kawasan biodiversiti di Wilayah ini dalam memenuhi permintaan domestik dan luar negara bagi produk-produk farmaseutikal dan nutraseutikal yang diperbuat daripada esktrak herba tempatan yang berkualiti tinggi. Herba-herba tersebut, antara lain, termasuklah Misai Kuching (Orthosiphon Aristatus), Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata), Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia), Kachip Fatimah (Labisia Pumila), Dukung Anak (Phyllanthus Niruri), Lemon Myrtle dan Agarwood. Projek ini akan mewujudkan lebih daripada 600 peluang pekerjaan di dalam industri herba dan bioteknologi, dengan hampir 200 peladang kontrak dan 25 usahawan.

56 Laporan Tahunan 2009 ECERDC

Laporan Tahunan 2009 ECERDC 57

Perikanan Industri perikanan merupakan sumber pendapatan tradisi yang utama di ECER, di mana ianya banyak mempengaruhi lanskap sosioekonomi di Wilayah ini. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi Wilayah perlu mengambil kira pembangunan di dalam sektor ini. Pada tahun 2009, dua lokasi telah dikenal pasti untuk pembangunan pusat pembenihan dan pemasaran benih ikan di ECER. Lokasi bagi Pusat Pembenihan Ikan Marin dan Udang adalah terletak di Merchong, Pahang manakala lokasi bagi Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar pula terletak di Raub, Pahang. Sebaik sahaja ianya siap, pusat pembenihan di Merchong dijangka akan menghasilkan lima (5) juta ekor anak ikan kerapu harimau, lima (5) juta ekor anak ikan siakap dan 50 juta ekor anak udang bebas-patogen. Bagi akuakultur air tawar, aktiviti-aktiviti berkenaan akan dijalankan melalui operasi bersepadu menegak (vertically integrated) penternakan tilapia di Tasik Pergau dan Tasik Kenyir. Projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Raub siap dibina. Dua lokasi telah dikenal pasti untuk pembangunan Pusat-pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) ikan di ECER iaitu Pengkalan Kubor di Kelantan dan Kuala Kemaman di Terengganu, sementara tapak bagi Taman Pemprosesan Ikan telah pun dikenal pasti di Tanah Putih, Kuantan. Kerja-kerja reka bentuk bagi kedua-dua pusat pembenihan ikan di Merchong dan Raub, serta CPPC di Pengkalan Kubor dijadualkan akan bermula pada tahun 2010, diikuti dengan pembinaan pada tahun 2011. Pembangunan CPPC dan Taman Pemprosesan Ikan tersebut akan memberi penekanan terhadap rancangan strategik dalam ciri-ciri pemasaran produk berasaskan ikan yang dihasilkan oleh pengeluar-pengeluar Industri/Perusahaan Kecil & Sederhana (IKS/PKS). Modus pemasaran bagi Taman Pemprosesan Ikan tersebut bakal menawarkan akses secara langsung ke saluran pemasaran runcit utama, melalui perlantikan Syarikat Induk yang akan mengendali dan menguruskan pusat pengedaran di taman pemprosesan tersebut secara komersial. Langkah ini bakal menghapuskan monopoli orang tengah di sepanjang rantaian nilai. Syarikat Induk berkenaan juga akan mempermudahkan akses bagi produk-produk keluaran tempatan dalam memasuki pasaran, melalui jenama dalaman pasar raya besar yang terlibat. Pembangunan Taman Pemprosesan Ikan di Kuantan ini juga dijangka dapat menyumbang ke arah pertumbuhan strategik industri perikanan dan pemprosesan berasaskan ikan di ECER. Sebuah lagi projek yang dijangka memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemampanan kelompok industri berasaskan perikanan di Wilayah ini ialah Taman Pemprosesan Perikanan Bersepadu yang akan dibina di Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan. Taman Pemprosesan Perikanan Bersepadu Tok Bali akan memenuhi keperluan sebahagian besar operasi memancing di Laut China Selatan, termasuklah tangkapan tempatan dan akuakultur. Taman tersebut juga akan berfungsi sebagai sebuah pusat pengumpulan ikan utama, yang memproses produk-produk ikan marin dan air tawar. Aktiviti ini, sekaligus, dapat menyokong sebuah pengkalan pemprosesan dan perdagangan ikan yang utama, di samping mewujudkan sebuah kelompok perikanan berspektrum luas dengan jalinan-jalinan rangkaian hiliran, pertengahan dan huluan yang signikan, serta industri ekopelancongan marin. MODEL PERNIAGAAN AGROPOLITAN ECER
ECER Menggunakan Pendekatan Pembangunan Wilayah Secara Bersepadu

AGROPOLITAN

AKTIVITI UTAMA
Biri-biri / Kambing / Ladang Kelapa Sawit / Getah / Padi / Jagung

AKTIVITI SEKUNDER
Aktiviti Sekunder adalah projekprojek yang telah dikenal pasti di dalam Pelan Induk ECER yang akan dilaksanakan secara bersepadu seperti: Integrasi Fidlot Lembu Nanas / Koko Ternakan & Pemprosesan Ayam Taman Herba Getah, Balak Industri Asas Kelapa Sawit Industri Asas Tani Ekopelancongan & Inap Desa Industri Luar Bandar SME & Perniagaan Perikanan Tanaman Organik Akuaponik

AKTIVITI SOKONGAN
Pembangunan Pusat Pertumbuhan Agropolitan & Pusat Kecil Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Menambahbaik Infrastruktur & Kemudahan Asas Pendidikan & Latihan Memantapkan Institusi Sosial (Social Capital)

Tanaman Kelompok Kebun Sendiri

Agropolitan Projek Agropolitan merupakan sebuah projek sosioekonomi bersepadu yang dilancarkan oleh ECERDC dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan di kalangan komuniti miskin tegar di Wilayah ini. Salah satu ciri utama projek ini ialah pengagihan tanah untuk aktiviti-aktiviti pertanian seperti penternakan haiwan, penanaman dan akuakultur, yang disokong oleh aktiviti-aktiviti pemprosesan dan pemasaran serta penempatan semula keluarga-keluarga miskin tegar. Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti sekunder seperti pertanian cendawan, penanaman jagung manis, pembuatan kraftangan dan kegiatan akuaponik yang dapat membantu menambahkan pendapatan peserta. Melalui aktiviti-aktiviti ini, keluarga-keluarga yang terlibat dijangka mampu menjana pendapatan tetap antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan. Projek Agropolitan Pekan telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 4 Ogos 2009. Projek tersebut mengambil pendekatan penempatan semula dan in situ (di lokasi) untuk 1,100 keluarga miskin tegar yang mengambil bahagian.

58 Laporan Tahunan 2009 ECERDC

Laporan Tahunan 2009 ECERDC 59

Di bawah projek ini, keluarga-keluarga Melayu telah dipindahkan ke Runchang untuk penempatan semula, manakala penduduk tempatan Orang Asli telah ditempatkan secara in situ bagi memulakan pelbagai aktiviti ekonomi. Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan di Agropolitan Pekan ialah menternak biri-biri Dorper dan bekerja di ladang kelapa sawit. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek tersebut. Pada tahun 2009, lebih daripada 30 keluarga miskin tegar telah terlibat di dalam program penempatan semula di Agropolitan Pekan, manakala 11 Unit Pengeluaran Ternakan (APU) untuk keluarga Orang Asli miskin tegar yang terlibat telah disiapkan. Projek perintis ini bakal menjadi pelopor bagi pembangunan 250 APU di Agropolitan Pekan dengan jumlah 25,000 ekor biribiri secara keseluruhan, yang menjadikannya populasi biri-biri berpusat yang terbesar di dalam sebuah lokasi tunggal di Asia. Enam puluh (60) APU lagi sedang dalam proses pembinaan dan daripada jumlah tersebut, 30 buah dijangka akan siap menjelang November 2010 dan selebihnya bakal siap pada tahun 2011. Pembinaan sebanyak 24 APU lagi akan dimulakan pada Julai 2010 dan dijangka siap pada Mei 2011. Seiring dengan konsep 1Malaysia, projek Agropolitan Pekan telah membolehkan Orang Asli di kawasan tersebut meraih pendapatan tetap melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian. Seramai 30 peserta pertama Orang Asli miskin tegar telah pun bekerja di Agropolitan Pekan sejak Julai 2009. Projek Agropolitan Kelantan Selatan adalah disasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan 3,000 keluarga yang menetap di kawasan Gua Musang. Komponen-komponen projek tersebut terdiri daripada penempatan semula peserta ke 3,000 buah kediaman baru dan pembangunan lebih 9,900 hektar tanah, terutamanya untuk perladangan kelapa sawit. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan agensi pelaksana bagi projek ini. Bagi Agropolitan Kelantan Selatan, pembinaan 10 buah rumah untuk keluarga-keluarga miskin tegar telah disiapkan pada Februari 2009, di mana projek perintis ini akan menjadi pelopor kepada pembangunan keseluruhan yang membabitkan pembinaan 3,000 buah rumah baru. Sepuluh keluarga miskin tegar yang pertama telah pun berpindah ke rumah baru mereka pada bulan Mei 2009.
Pembinaan rumah-rumah baru bagi peserta Agropolitan Pekan dilaksanakan secara berperingkat.

Peserta Agropolitan Pekan yang terlibat dalam penternakan biri-biri Dorper.

Unit Pembiakan Ternakan (APU) di Agropolitan Pekan.

Lebih banyak lagi keluarga dijangka akan dipindahkan tidak lama lagi, dengan pembinaan 350 buah rumah, kemudahan awam dan kebun-kebun dapur (kitchen gardens) yang akan bermula pada tahun 2010 dan dijangka siap pada Februari 2011. Sebanyak 370 buah rumah lagi yang turut dilengkapi dengan kemudahan awam dan kebun dapur akan dibina pada tahun 2011 dan dijangka siap dalam tempoh setahun. Pada tahun 2009, pembangunan ladang kelapa sawit seluas 1,165 hektar yang melibatkan penanaman semula dan kerja-kerja pemulihan di Agropolitan Kelantan Selatan telah pun bermula dan kini sedang berjalan. Aktiviti penanaman koko di bawah konsep kebun dapur juga telah dimulakan oleh 10 keluarga pelopor, dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Dari segi kemudahan awam, kapasiti Loji Rawatan Air di Rantau Manis, Gua Musang kini sedang dipertingkatkan dari kapasiti semasanya sebanyak 1.9 juta liter sehari ke 5.9 juta liter sehari bagi menampung keperluan air di Agropolitan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Peserta-peserta perintis Projek Agropolitan Kelantan Selatan.

Para peserta Agropolitan Pekan.

60 Laporan Tahunan 2009 ECERDC

Laporan Tahunan 2009 ECERDC 61

Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan adalah disasarkan kepada golongan nelayan di sepanjang pesisiran pantai ECER yang hidup di dalam garis kemiskinan, dengan objektif utama meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Program ini akan mengambil pendekatan bersepadu, di mana para nelayan terbabit boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah industri perikanan dan lain-lain aktiviti sekunder atau peringkat ketiga (tertiary), yang turut merangkumi pelancongan dan pembinaan bot. Program ini turut memberi pilihan kepada para nelayan sama ada untuk meneruskan aktiviti menangkap ikan atau berpindah ke tempat lain bagi melakukan pekerjaan-pekerjaan yang lebih menguntungkan seperti akuakultur dan aktiviti-aktiviti perikanan nilai tambah.
Aktiviti penanaman semula dan pemulihan kawasan ladang kelapa sawit di Agropolitan Kelantan Selatan yang sedang giat dijalankan.

Sepuluh unit rumah bagi peserta perintis projek Agropolitan Kelantan Selatan yang telah siap dibina; kerja-kerja pembinaan 300 unit rumah bagi fasa seterusnya.

Selain daripada infrastruktur zikal, latihan motivasi turut disediakan kepada para peserta Agropolitan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan mendorong mereka ke arah membina kehidupan lebih baik. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan di bawah inisiatif Pusat Kecemerlangan (COE) ECER. Latihan mengenai pengurusan ternakan dan perladangan juga diberikan kepada para peserta, manakala isteri dan anak-anak mereka turut dilatih dalam kegiatan-kegiatan hiliran yang dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga masing-masing. Elemen-elemen insani sedemikian telah banyak memberi manfaat kepada para peserta projek, termasuklah Orang-orang Asli di Agropolitan Pekan. Sejak menyertai projek tersebut, terdapat perubahan yang ketara dari segi mentaliti dan penetapan minda para peserta Orang Asli, yang telah mula berkir tentang masa depan mereka dengan memberi lebih penekanan kepada pendidikan anak-anak dan simpanan kewangan. Ada juga di antara mereka yang telah mula membeli polisi insurans nyawa, membuka akaun simpanan, malahan melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara potongan bulanan dari akaun bank. Dua lagi projek Agropolitan yang sedang dirancang ialah Agropolitan Besut-Setiu dan Agropolitan Kelantan Utara yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2010. Penternakan kambing akan menjadi aktiviti utama di Agropolitan Besut-Setiu, yang akan menyaksikan pembangunan 100 unit rumah dan 50 unit APU. Fasa 1 pelaksanaan projek tersebut dijangka akan dimulakan pada September 2010. Di Agropolitan Kelantan Utara yang merangkumi kawasan Machang, Pasir Putih dan Pasir Mas, empat aktiviti utama yang bakal dijalankan di kawasan tersebut ialah penternakan kambing, penanaman cili, penternakan lembu tenusu dan penternakan ikan air tawar.

Bagi mereka yang berhasrat untuk meneruskan mata pencarian sebagai nelayan, mereka boleh meningkatkan pendapatan melalui aktiviti-aktiviti tambahan di bawah sebuah program pembangunan komuniti yang dikenali sebagai Komuniti Bestari. Komuniti Bestari menggunakan konsep koperasi, di mana ianya bertujuan untuk memperkasakan kehidupan para nelayan dengan membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan sebagai aktiviti utama, di samping melakukan aktiviti-aktiviti sekunder seperti akuakultur, perikanan rekreasi, inap desa (homestay), perniagaan restoran, serta pembinaan dan pembaikan bot. Bagi para nelayan yang memilih untuk berpindah, mereka berpeluang untuk menyertai aktivitiaktiviti lain di kawasan-kawasan penempatan baru seperti Rompin, Agropolitan Kelantan Utara dan Agropolitan Besut-Setiu. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah merangkumi penternakan haiwan, penternakan ikan Tilapia dalam sangkar atau bekerja di ladang nanas. Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan juga akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada ahli-ahli keluarga nelayan, di mana ianya membolehkan mereka mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang dipromosikan seperti pembuatan kraftangan, penanaman cendawan dan perikanan rekreasi. Kajian Pembangunan Pelan Pelaksanaan (DSIP) untuk program ini telah dimulakan pada tahun 2009 dan laporan akhir dijangka siap pada tahun 2010. Setakat ini, lebih daripada 4,000 nelayan dari 14 daerah penangkapan ikan di ECER - yang bermula dari Tumpat, Kelantan hingga ke Mersing, Johor - telah dikenal pasti untuk program ini.

62 Laporan Tahunan 2009 ECERDC

Laporan Tahunan 2009 ECERDC 63

You might also like