You are on page 1of 6

MODUL SEJARAH TINGKATAN 2

Nama Kelas Nama Guru

: ____________________________________ : ____________________________________ : ____________________________________

Pendahuluan Modul ini bertujuan untuk....

Bab 1: Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British 1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang SHTI telah diberi kuasa oleh kerajaan British untuk:

Menjalankan perdagangan antarabangsa Meluaskan tanah jajahan

SHTI memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan sebagai:

Kedaulatan Kedah Tercabar


Pd. Kurun ke-16, Kedah mengamalkan dasar buka pintu dan berkembang menjadi pelabuhan entrepot. Tetapi pemimpin Kedah menghadapi cabaran: i. Masalah perebutan takhta ii. Ancaman Bugis iii. Ancaman Siam

Tipu Helah Francis Light Bagi Mendapatkan Pulau Pinang Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah secara peribadi pada 1786. Perjanjian Inggeris Kedah 1786 SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan 11 Ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack diadakan. Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island dan penempatan mereka dinamakan Georgetown.

SHTI Mungkir Janji

SHTI Mengambil Seberang Perai SHTI memerlukan Seberang Perai kerana: i. Benteng pertahanan kepada P.Pinang. ii. Kawasan pertanian bagi menampung keperluan sumber makanan di P.Pinang.
Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan daripada SHTI untuk menghadapi ancaman Siam.

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 i. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

ii. SHTI akan membayar ganti rugi sebanyak 10 000 dolar Sepanyol bagi P.Pinang dan Seberang Perai.

SHTI Berjaya menduduki Seberang Perai secara rasmi.

Nama Seberang Perai ditukar menjadi Province Wellesly.

November 1821: Kedah diserang dan ditawan Siam tetapi SHTI tidak memberikan bantuan ketenteraan.

Jun 1826: Raja Siam (Rama III) menandatangani Perjanjian Burney dengan Henry Burney di Bangkok.

Perjanjian Burney 1826 i. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah

ii. Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, P.Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. iii. British tidak akan membantu Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

iv. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di P.Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam. v. Siam mengiktiraf pendudukan British di P.Pinang dan Seberang Perai.

Pertapakan SHTI di Singapura


Kedudukan P.Pinang jauh ke utara Selat Melaka. SHTI gagal memajukan P.Pinang

Pedagang lebih tertumpu di kawasan selatan Selat Melaka (Betawi, Riau dan Lin

Perang Napoleon (1793 1814) i. Belanda menjadi jajahan takluk Perancis.

ii. Belanda menandatangani perjanjian Surat-Surat Kew (1795) dengan British. iii. Melalui perjanjian, Belanda bersetuju untuk menyerahkan Betawi dan Melaka secara sementara kepada British. iv. SHTI mendapat kesempatan untuk menguasai Melaka dan Betawi buat sementara waktu sehingga Perang Napoleon tamat.

Kedudukan Singapura strategik di bahagian selatan Selat Melaka dan Selat Sunda.

Singapura Pangkalan Perdagangan yang Strategik

Singapura sesuai dijadikan pelabuhan bebas. SHTI mahu menyaingi pelabuhan Betawi.

Mahu menyekat monopoli Belanda di Kepulauan Melayu

Taktik Stamford Raffles dapatkan Singapura.


Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan kerajaan Johor. Sultan Abdul Rahman yang memerintah kerajaan Johor di bawah pengaruh Belanda.

12 Januari 1819: Raffles mendarat di Singapura. Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British mendirikan loji di Singapura.
Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman & Stamford Raffles (30 Jan 1819)

i.

SHTI boleh mendirikan loji di Singapura.

ii. SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negara. iii. SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun. iv. Temenggung tidak dibenarkan membuat hubungan dengan negara Barat lain.

Perjanjian dianggap tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor, Sultan Abdul Rahman. Raffles menggunakan helah dengan menimbulkan masalah perwarisan takhta antara Tengku Hussein dengan Sultan Abdul Rahman pada 1812. Raffles memperalatkan Tengku Hussein dengan menjemputnya ke Singapura dan menabalkannya sebagai Sultan Johor. Sultan Hussein telah mengiktiraf perjanjian 30 Jan 1819. SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura.

SHTI

You might also like