You are on page 1of 34

OBJEKTIF MODUL

Mendefinisikan bidang kajian antropologi Menjelaskan skop, pendekatan serta kaitan bidang

antropologi dengan bidang sains sosial lain Membincangkan pelbagai teori, perspektif dan pendekatan yang digunakan dalam kajian manusia dan kebudayaan Mengenalpasti cabang-cabang dan pengkhususan kajian yang wujud dalam disiplin antropologi Membincangkan teknik-teknik kajian disiplin antropolgi Mengaplikasikan ilmu antropologi di dalam kehidupan seharian

PENGENALAN
Antropologi merupakan satu bidang penting dalam

sains sosial. Antropologi seperti bidang psikologi dan ekonomi juga menumpukan kajian ke atas manusia. Persoalan? Apakah beza bidang Antropologi dengan bidang-bidang Sains Sosial lain? Bidang ini muncul sebagai alat untuk manusia meneroka hakikat kewujudan mereka dengan berbekalkan pendekatan saintifik.

DEFINISI ANTROPOLOGI
Merujuk kepada kajian manusia.
Perkataan Greek iaitu antropos manusia dan

logos-kajian. Abdullah (1985) merujuk bidang ini sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek fizikal dan tingkahlaku kebudayaan. Skop bidang ini tidak terhad kepada manusia sahaja malah perlu dikaitkan dengan faktor-faktor sekeliling. Persoalan? Sejauhmanakah persekitaran memainkan peranan mempengaruhi kehidupan anda?

SKOP & PENDEKATAN KAJIAN


Skop kajian bidang ini meliputi dua dimensi utama

iaitu:i. Kewujudan manusia secara fizikal ii. Kebudayaan yang lahir daripada proses interaksi manusia sesama sendiri dan persekitaran Kenapa bidang ini dikatakan sebagai satu bidang yang unik di awal kemunculannya? Penekanan kepada kajian masyarakat primitif dan mempunyai struktur organisasi mudah Pendekatan kajian berbentuk holistik (menyeluruh)/multidimensional

SAMBUNGAN..
Pendekatan ini penting bagi menjawab pelbagai

persoalan mengenai kehidupan manusia. Ember & Ember (1995)- Persoalan-persoalan asas; Bila, di mana dan kenapa manusia wujud di muka bumi. Bagaimana dan kenapa populasi manusia zaman moden mempunyai ciri-ciri fizikal berbeza (warna kulit, ketinggian dan sebagainya). Bagaimana dan kenapa masyarakat manusia zaman dahulu dan sekarang berbeza dari segi peradaban dan tingkah laku. Apakah kaitan bidang ini dengan disiplin ilmu lain?

SEJARAH ANTROPOLOGI
Bermula sejak timbul keperluan di kalangan kuasa

penjajah Eropah untuk memahami masyarakat sebagai subjek penjajahan mereka. Merupakan disiplin ilmu yang muncul lewat daripada bidang Sains Sosial yang lain. Abdullah (1985) berpandangan bidang ini mula muncul di Amerika pada tahun 1851 apabila terbit karya oleh Lewis Henry Morgan League of Iroquis dan di Eropah pada tahun 1859 apabila terbit karya Charles Darwin bertajuk Origin of Species Disiplin ini sering dianggap sinonim dengan kajian masyarakat primitif.

SAMBUNGAN
Sebelum berakhir abad ke-18, masyarakat Eropah

beranggapan mana-mana masyarakat yang tidak mengamalkan corak perlakuan, pemikiran dan budaya mereka sebagai masyarakat primitif (savage atau barbarian) Berlaku pertembungan budaya dan kesannya masyarakat Eropah pada masa itu mula mengandaikan budaya mereka mempunyai darjat yang lebih tinggi. Apabila bermula era penjajahan maka masyarakat Eropah mula menyedari peri pentingnya kajian sistematik dilakukan untuk memahami kewujudan masyarakat yang mempunyai budaya berbeza.

SAMBUNGAN.
Perkembangan disiplin ini wujud didokongi oleh

faktor teknologi. Disiplin ini berkembang agak lewat kerana kesukaran untuk manusia menjelajah ke seluruh dunia. Perkembangan teknologi pengangkutan dan komunikasi telah memperkayakan perkembangan bidang ini.

PERKEMBANGAN ANTROPOLOGI
Tokoh penting dalam disiplin ini; Lewis H. Morgan

dan Edward B. Taylor. Memperkembangkan pemahaman manusia terhadap konsep budaya dalam masyarakat yang dilihat dalam konteks evolusi. Karya Morgan bertajuk League of Iroquis merupakan kajian antropologi saintifik yang pertama dibuat ke atas kaum Indian di Amerika dan seterusnya diperkembangkan dalam Ancient Society. Edward B.Taylor melalui pemikiran evolusinya berpendapat bahawa agama juga berkembang melalui tahap evolusi sama seperti budaya.

SEJARAH PERKEMBANGAN TEORITIKAL


Sejarah

perkembangan teoritikal akan membincangkan beberapa teori penting yang muncul sepanjang perkembangan teori ini hinggalah ke hari ini. Teori yang dikemukakan oleh Morgan dan Taylor menjadi pencetus kepada perkembangan teori ini, Antaranya adalah:1. Teori Evolusi Manusia 6. Budaya dan Personaliti 2. Evolusionisme Marxist 7. Evolusionisme Baru 3. Partikularisme Sejarah 8. Ekologi Budaya 4. Teori Difusi 5. Fungsionalisme dan Fungsionalisme Struktur

TEORI EVOLUSI MANUSIA


Morgan merupakan pendokong utama idea evolusi. Dalam karya beliau Ancient Society, beliau telah

menggariskan proses evolusi sosial dan kebudayaan manusia kepada tiga (3) peringkat iaitu, savagery, barbarism dan civilization. Ketiga-tiga peringkat ini dibahagikan pula kepada pecahan-pecahan yang membentuk tujuh peringkat.

EVOLUSIONISME MARXIST
Golongan Marxist telah terpengaruh dengan idea

evolusi Morgan. Karl Marx beranggapan bahawa budaya mengalami proses evolusi melalui beberapa peringkat iaitu komunisme primitif, masyarakat perhambaan, feudalisme, kapitalisme, dan akhirnya komunisme. Di tahap akhir proses evolusi ini (komunisme), golongan kelas atasan akan dijatuhkan oleh kelas bawahan lalu mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

PARTIKULARISME SEJARAH
Merupakan satu bentuk reaksi penentangan terhadap

idea evolusi manusia yang dipelopori oleh Morgan dan keseluruhan doktrin yang didokongi oleh golongan Marxist dan golongan Darwinis. Franz Boas, pendokong teori ini berpendapat teori evolusi tidak didasari oleh data dan maklumat yang saintifik dan menentang teknik kajian berbentuk arm chair iaitu kajian yang tidak menggunakan kerja lapangan (ethnographic fieldwork). Boas berpendapat setiap budaya mempunyai sejarahnya dan perkembangan bahasa dan budaya yang tidak saling bergantungan. Menekankankan konsep Relativisme Budaya

TEORI DIFUSI

Teori ini muncul atas dasar pendapat berbeza. Menurut teori ini, budaya manusia berkembang

kerana manusia cenderung meniru antara satu sama lain dan hasil daripada perkongsian dan penyebaran unsur-unsur budaya dari satu tempat ke satu tempat. Budaya berkembang bukan disebabkan oleh keupayaan manusia mencipta atau meneroka benda baru. Pendokong teori ini cuba mencari ciri-ciri persamaan yang mungkin wujud dalam budaya berbeza. Teori ini sering dikritik kerana tidak mampu menyediakan penjelasan konkrit terhadap proses penyebaran yang dikemukakan dan gagal menjawab persoalan asas aspek kebudayaan.

Dikaitkan

FUNGSIONALISME DAN FUNGSIONALISME STRUKTUR

dengan perkembangan antropologi di

Britain. Kajian oleh tokoh antropologi British iaitu Branislaw Malinowski dan A.R Radciffe Brown antara bahan yang menjadi sumber rujukan penting. Malinowski terkenal dengan kajiannya ke atas penduduk Trobriand, manakala Radcliffe Brown memperkembangkan idea fungsionalisme yang dikemukakan oleh Malinowski dan menamakannya Fungsionalisme Struktur. Malinowski memusatkan perhatian beliau kepada individu, iaitu keperluan individu dari segi biologi dan psikologi berkait dengan fungsi budaya dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat

Sambungan
Radcliffe-Brown

menganggap keperluan individu adalah kurang penting, sebaliknya, perlu diberi perhatian ialah interaksi antara individu (social process) yang membentuk struktur atau sistem sosial. Pendekatan Fungsionalisme menekankan kepada kerja lapangan sebagai teknik kajian penting bagi ahli-ahli antropologinya,

BUDAYA DAN PERSONALITI


Pendekatan

ini

menggunakan

pendekatan

psikologikal. Berkait rapat dengan teori psikologi Sigmund Freud Penekanan diberikan kepada kaitan di antara personaliti dan kebudayaan. Ia dilihat bermula dari peringkat kanak-kanak di mana pengalaman mereka memperngaruhi corak perlakuan, personaliti dan amalan-amalan kebudayaannya apabila dewasa.

EVOLUSIONISME BARU

Dikaji semula memandangkan Teori Evolusionisme

Morgan dan Taylor telah banyak menerima kritikan dan cabaran, terutamanya daripada skima partikularisme sejarah Boas. Pendekatan teori mereka bersifat sebab-musabab dan berbentuk penjelasan unilinear. Evolusionisme baru dikaji semula oleh Leslie White dan memperbaiki kesilapan yang wujud dalam Teori Evolusi Morgan dan Taylor. White berminat terhadap kajian saintifik ke atas budaya. Beliau berpendapat budaya merupakan kunci kepada pengetahuan mendalam tentang kelakuan manusia.

Sambungan
Menurut beliau, sains sedang melalui satu proses

evolusi di mana pemahaman manusia tentang budaya mewakili tahap terakhir. Evolusi budaya menurut beliau, sebahagian besar dipengaruhi oleh jumlah tenaga dan teknologi yang digunakan dalam sesebuah masyarakat. Maksudnya, sebanyak mana tenaga dapat dijana dan digunakan per kapita selama setahun akan menentukan arah dan tahap perkembangan budaya sesebuah masyarakat.

EKOLOGI BUDAYA
Julian Steward menekankan kepada kepelbagaian

dalam mengkaji budaya dan menolak keseragaman dalam tahap-tahap perkembangan budaya sebagai berkembang mengikut arah tertentu. Menekankan kepada kepentingan interaksi pelbagai faktor seperti persekitaran, cuaca, bentuk muka bumi dan faktor-faktor budaya seperti kegiatan ekonomi, adat resam, struktur organisasi sosial, teknologi dan seumpamanya.

CABANG-CABANG ANTROPOLOGI
Secara umum, disiplin antropologi tidaklah hanya

tertumpu kepada pengkajian tentang budaya sahaja. Dua cabang utama dalam disiplin ini adalah:1. Antropologi Fizikal 2. Antropologi Budaya Antropologi Fizikal terbahagi kepada Kajian Evolusi Manusia, dan Kajian Variasi Manusia. Antropologi Budaya terbahagi kepada Arkeologi, Antropologi Linguistik dan Etnologi.

ANTROPOLOGI FIZIKAL
1. Kajian Evolusi Manusia Dikenali juga sebagai Paleontologi/Paleoantropologi

Manusia. Mengkaji perkembangan manusia dari awal kewujudan hingga sekarang. Kajian dan kesimpulan dibuat tentang bagaimana manusia mula-mula muncul di bumi ini. Bahan-bahan tinggalan manusia (fosil) dijadikan sebagai data dan maklumat perkembangan manusia. Ini seterusnya menggalakkan pengkaji untuk mengkaji haiwan-haiwan yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia untuk mengkaji kewujudan manusia.

ANTROPOLOGI FIZIKAL
2. Kajian Variasi Manusia Kajian ini menerangkan perbezaan fizikal yang wujud

dalam masyarakat yang berbeza. Dilakukan untuk mengenalpasti asal-usul serta salasilah keturunan manusia melalui ciri-ciri fizikalnya. Bukan sahaja memahami asal-usul manusia tetapi boleh digunakan untuk meramal apa akan berlaku apabila kita melalui keadaan-keadaan tertentu. Pengetahuan ini digunakan dengan meluas dalam kajian forensik untuk mengenalpasti identiti manusia dengan hanya berbekalkan tulang-tulang.

ANTROPOLOGI BUDAYA
Mengkaji pelbagai aspek budaya yang wujud dalam

masyarakat. Menurut E.B. Taylor, budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, adat istiadat dan kebolehan serta amalan-amalan lain yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakat. Terbahagi kepada tiga bidang iaitu: 1. Arkeologi 2. Antropologi Linguistik 3. Etnologi

ANTROPOLOGI BUDAYA
1. Arkeologi

Kajian

antropologi berasaskan pencarian dan penerokaan artifak. Pengkhususan arkeologi adalah mencari dan menganalisis artifak tinggalan manusia pra-sejarah. Artifak-artifak ini mampu menerangkan aspek-aspek budaya manusia zaman dahulu kala dan perubahanperubahan dalam masyarakat tersebut dan punca kepada perubahan tersebut. Contohnya, penemuan perkakas-perkakas yang dibuat daripada batu menandakan masyarakat itu berasal dari Zaman Batu.

ANTROPOLOGI BUDAYA
2. Antropologi Linguistik Merujuk kepada antropologi budaya yang mengkaji

bahasa untuk melihat perubahan dan ciri-ciri sosial masyarakat. Ahli Antropologi Linguistik berminat mengkaji kepelbagaian dan perubahan dalam struktur bahasa serta pertuturan yang wujud dalam masyarakat manusia. Faktor penghijrahan menunjukkan berlakunya perhubungan di antara dua kelompok masyarakat. Konteks sejarah, Antropologi Linguistik dikaitkan juga dengan era penjajahan.

ANTROPOLOGI BUDAYA
Kefahaman bahasa merupakan unsur penting dalam

kerja lapangan. Dua bentuk kajian dalam Antropologi Linguistik adalah: 1. Sejarah Linguistik 2. Linguistik struktur Sejarah Linguistik mengkaji bagaimana bahasa berubah mengikut masa, manakala Linguistik Struktur mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur bahasa kontemporari.

ANTROPOLOGI BUDAYA
3. Etnologi

Skop kajian Etnologi lebih luas meliputi kesemua

aspek yang menjadi skop kajian arkeologi dan antropologi linguistik. Perkara yang membezakan di antara dua cabang tersebut adalah teknik kajian, dan juga penekanannya kepada unsur budaya yang lebih kontemporari. Tumpuan bidang ini adalah kepada corak pemikiran dan perlakuan manusia membentuk budaya. Contohnya institusi sosial seperti keluarga dan perkahwinan, kesenian, adat istiadat, agama, pantang larang, upacara, peraturan, sistem ekonomi dan politik.

TEKNIK KAJIAN ANTROPOLOGI


Nilai saintifik sentiasa diberi penekanan dalam kajian

antropologi. Memandangkan kekangan yang wujud tidak memungkinkan kajian yang benar-benar objektif dapat dilakukan. Contohnya konsep masyarakat yang begitu abstrak dan perlakuan manusia sentiasa berubah-ubah menghalang pengkaji melihat sesuatu fenomena sosial dalam konteks yang benar-benar saintifik. Memandangkan kekangan yang dihadapi maka antropologi mengambil dua pendekatan umum dalam kajiannya iaitu pendekatan etnografi dan pendekatan kajian tinjauan.

TEKNIK ETNOGRAFI
Teknik ini merujuk kepada teknik di mana para

pengkaji melakukan kerja lapangan untuk mendapatkan data dan bahan kajian. Teknik ini menekankan kepada pemerhatian secara langsung dan kebebasan dalam membuat pemerhatian. Berikut merupakan teknik Etnografi yang digunakan oleh pengkaji : 1. Pemerhatian 2. Pemerhatian turut serta 3. Temubual dan Perbualan 4. Catatan sejarah hidup 5. Kajian jangka panjang

KAJIAN TINJAUAN
Menekankan kepada nilai empirikal, analisis statistik,

dan generalisasi umum bagi satu populasi manusia yang besar dan pelbagai. Contohnya banci penduduk. Perbezaan di antara teknik ini berbanding teknik etnografi adalah teknik ini menggunakan kaedah yang lebih bersistematik dan seragam. Teknik Etnografi kurang menekankan kepada keseragaman atau aspek kuantitatif dalam kajian yang disebabkan oleh jenis kajian yang dijalankan memerlukan lebih fleksibiliti dari pengkaji dalam mendapatkan maklumat.

ANTROPOLOGI GUNAAN
Tidak dapat kita nafikan bahawa kita sentiasa

berinteraksi dengan persekitaran. Dalam proses interaksi ini, mewujudkan pelbagai unsur nilai dan kebudayaan yang akhirnya akan mempengaruhi kehidupan kita. Aplikasi kegunaan ilmu antropologi ini dapat dilihat dalam tiga (3) bidang ini iaitu: 1. Antropologi Perbandaran 2. Antropologi Perubatan 3. Antropologi Pendidikan

RUMUSAN
Antropologi merupakan bidang kajian kemanusiaan

yang menumpukan kepada aspek fizikal dan kebudayaan manusia dan masyarakat. Antropologi cuba mewujudkan satu bentuk kajian yang sistematik kepada manusia dan mengambilkira kepelbagaian konteks kebudayaan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan individu dan masyarakat. Hasil kajian ini menggunakan teknik-teknik yang berbagai dapat membantu manusia memahami perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan membuat perancangan masa depan.

You might also like