You are on page 1of 3

Assalamualaikum Khas Untuk Semua Yang Bergelar Insan Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan

diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat, merupakan hikmah kata yang sukar diteladani. Kita sering melihat keburukan manusia lain tanpa menuding ke dalam hati sanubari masing-masing. Kita sedikit sekali bersyukur atas segala anugerahNYA. Kita menutup pintu dan menurunkan tabir dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dada dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNYA. Kita hanyalah insan (pelupa) yang tidak luput daripada kesilapan dan ketidakjujuran bukan kerana kita sengaja atau terpaksa namun kehendak asal kejadian yang bermula dengan setitis air hina keluar dari dua lubang najis yang kotor, betapa terbatasnya kita. Hanya kurniaan dan bantuan ALLAH kita mampu berbicara dan meneroka dunia yang sementara itupun dengan izinNYA. Bagaimana jika kita kotori roh pinjamanNYA dengan mengendali jiwa tanpa ilmu, nafsu tanpa akal, hati tanpa nurani dan jasad tanpa batin. Pincanglah kita sukar untuk berhadapan denganNYA kelak ketika ajal tiba maka menggeletar jiwa mati hati luluh nafsu dan hancur jasad. Kita akan merasai kadarnya masing masing yang sememang kita tiada pengetahuan secebis pun tentang akhir detik ini.Selagi kita tidak mengalami sakit tidak akan kita merasai kadarnya sihat, selagi kita tidak ditimpa kesusahan tidak kita rasai kemanisan sejahtera, selagi tidak tua tidaklah kita rasai nimat waktu muda dan selagi kita tidak mati tidak akan kita rasai kadar kehidupan. Itulah sebabnya sesudah mati manusia baru sedar akan nilai hidup menyesal kemudian yang tiada gunanya. Semoga kita semua dilimpahi hidayahNYA untuk mengisi kehidupan dengan kesungguhan kesempurnaan. Namun bolehkah kita merasa megah dan takabbur terhadap diri kita sendiri? Kita hanya dipilih untuk menjadi insan di dunia fatamorgana bukan kerana kita hebat dan yang terpilih (the chosen one) tetapi dijadikan untuk menjadi hamba. Bolehkah seorang hamba melebihi tuannya? Layakkah sebagai hamba untuk menidakkan seruan tuannya? Tiada bayangan jika tidak ada objek. Kita insan bagaikan bayangan semata-mata namun kita lupa kita mahu menjadi objek. Lihatlah ke dalam diri kita betapa kita tidak mampu mengawal jantung yang berzikir dengan kadar denyutan yang telah

ditetapkan olehNYA. Sungguh kerdil insan jika sudah diiradatkan istirehat kelopak mata pun sukar diangkat. Istimewakah kita? Keadaan hamba hanya berada dalam empat iaitu nimat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nimat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada ALLAH dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus beristighfar. Kita tidak punyai apa-apa pun yang boleh dibanggakan. Kita leka ada Maha Pemerhati yang paling hampir sejarak urat leher. Keluarga dan anakanak adalah tanggungjawab. Sanak saudara kaum kerabat jambatan kehidupan akhirat. Jangan kita meludah ke langit akhirnya menimpa ke muka sendiri. Setiap manusia jika menjangkau separuh abad usia merupakan anugerah dikurniakan ALLAH. Menyusuri liku hidup yang seringkali diuji, belajar daripada kesilapan lalu bukanlah mainan tetapi jadikan tekad untuk bangkit memperbaiki diri kita terutama amanah kekeluargaan. Atas prinsip firman ALLAH yang membawa maksud; Jagalah isteri dan anak-anak kamu dari api neraka; apakah wajar kita memberi pendidikan songsang terhadap generasi akhir kini? Bumi ini mungkin sempit bagi mereka yang berada di dalam kesempitan. Namun tidak bagi hati, ianya jauh lebih luas daripada alam jagatraya. Seandainya kantungnya diisi tinta kalam ALLAH nan suci tetap tidak akan penuh. Kenapa begitu luas? Jawabnya di dalam asma ul husna ALBASITH. Sayugia kita sama-sama memikirkan keikhlasan budi, menterjemahkan keindahan akhlak dan merindui kesusilaan lisan dalam menangani masalah hati yang saban ketika kita alami. Berdoalah! Berdoalah! Berdoalah! kepada Empunya hati yang membolak-balikkannya. Sebagai insan sikap dan wibawa kemaafan antara sesama mestilah terlaksana. Pepatah Melayu mengajar buang yang keruh ambil yang jernih. Tiada manusia tanpa kesilapan. Sedangkan Nabi ampuni umat. Firman ALLAH dalam hadis qudsi maksudnya Akulah yang mencipta RAHIM sesiapa yang menghubungkannya hambaKU tetapi sesiapa yang memutuskannya bukan hambaKU Insan yang tidur mesti dikejutkan, insan yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang

menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat. Atas segala budi dan tatasusila bersama sebarang kekhilafan yang sengaja atau tidak sengaja sembunyi atau nyata pedih atau sindiran ceria melulu atau melalui titian adalah lumrah kehidupan dunia diisi memeriahkan suasana atau melaradukakan jiwa mohon kemaafan antara sesama kita umat manusia.Tiada tuntutan antara kita kerana kita semua akan menuju kepada DIA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Salam mesra dan ukhwah,

AZZRA

You might also like