Professional Documents
Culture Documents
Siri Tafsir
KONSIS Media
Surah Al-Baqarah (Ayat 208 – 209)______________________________________________________
sama ada di dalam sulit atau di dalam terang. Wujudnya orang-orang yang
seumpama ini di dalam masyarakat Islam di samping golongan orang-orang
yang penuh yakin dan redha itu memanglah suatu perkara yang biasa.
Da’wah ini adalah ditujukan setiap masa kepada orang-orang yang beriman
supaya mereka sentiasa ikhlas kepada Allah, dan supaya aliran fikiran dan
perasaan mereka ini selaras dengan kehendak Allah terhadap mereka dan
selaras dengan matlamat yang dipimpin oleh nabi dan agama mereka tanpa
digugatkan oleh sebarang keraguan dan keteragakan.
Apabila seseorang Islam menyambut da’wah itu dengan sambutan
yang seperti itu bererti ia memasuki sebuah alam yang seluruhnya
diselubungi kedamaian dan keamanan, sebuah alam yang seluruhnya
dipenuhi kepercayaan dan keyakinan, kerelaan dan kemantapan, di mana
tidak terdapat lagi sebarang kerunsingan dan kegelisahan, sebarang
kedurhakaan dan kesesatan, iaitu kedamaian dengan jiwa dan hati nurani
sendiri, kedamaian dengan akal dan logik, kedamaian dengan manusia dan
makhluk-makhluk yang hidup, kedamaian dengan seluruh alam buana dan
seluruh yang maujud, kedamaian dan keimanan yang menerangi liku-liku
hati nurani, kedamaian dan keamanan yang memayungi kehidupan dan
masyarakat, kedamaian dan keamanan di bumi dan di langit.
Kesan pertama yang dilimpahkan oleh kedamaian ini di dalam hati
ialah kesahihan kefahaman dan kepercayaannya terhadap Allah, juga
kejelasan dan kemudahan kefahaman dan kepercayaan itu sendiri bahawa
Allah Tuhan Yang Maha Esa dan setiap Muslim hanya bertawajjuh kepada-
Nya sahaja dengan hati yang teguh dan yakin. Hatinya bulat kepada Allah
tanpa dikelirukan oleh berbagai-bagai kepercayaan yang lain. Ia tidak diburu
oleh berbagai-bagai tuhan di sana sini seperti di dalam kepercayaan-
kepercayaan paganisme dan jahiliyah. Ia hanya bertuhan kepada Allah Yang
Maha Esa sahaja dan hanya kepada Allah ia membulatkan hatinya dengan
penuh keyakinan, ketenteraman, terang dan jelas.
Allah Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Gagah. Setiap
Muslim yang bertawajjuh kepada Allah bererti ia bertawajjuh kepada
kekuatan dan kuasa yang haqiqi dan tunggal di alam al-wujud ini. Ia tidak
lagi takut kepada segala kekuatan dan kuasa lain yang palsu. Dia benar-benar
merasa tenteram dan senang hati. Ia tidak lagi takut kepada sesiapa dan
kepada sesuatu apa kerana ia menyembah Allah yang Maha Kuasa, Maha
Perkasa dan Maha Gagah. Ia tidak lagi bimbang kehilangan sesuatu dan tidak
mengharapkan sesuatu pada yang lain dari Allah yang berkuasa menahan
dan memberi.
Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Kekuatan dan kudrat kuasaNya
menghindarkannya dari kezaliman, dari hawa nafsu dan penganiayaan.
Allah tidak sama dengan tuhan-tuhan di dalam kepercayaan-kepercayaan
paganisme dan jahiliyah yang mempunyai berbagai-bagai keinginan dan
kehendak hawa nafsu. Setiap Muslim yang berlindung pada Allah bererti ia
telah berlindung pada satu kuasa Yang Maha Kuat, di mana ia boleh
meni’mati keadilan, pembelaan dan keamanan.
keadilan yang mutlak tetap terjamin di dalam kira-kira ini. Oleh sebab itu
seseorang Mu’min tidak merasa menyesal terhadap usaha-usaha kebajikan
dan terhadap jihadnya demi kepentingan agama Allah andainya usaha dan
jihadnya itu tidak berjaya di bumi ini, dan andainya ia tidak pernah
mendapat apa-apa balasannya dia tidak merasa gelisah terhadap upah dan
ganjaran kerjanya jika upah dan ganjaran itu tidak diberi dengan sempurna
di dunia ini mengikut penilaian-penilaian manusia, kerana dia yakin bahawa
upah dan ganjaran itu akan disempurnakan kepadanya mengikut neraca
pertimbangan Allah. Dia tidak merasa berputus asa dari mendapat keadilan
apabila habuan-habuan kebaikan itu dibahagi-bahagikan bertentangan
dengan kehendaknya dalam perjalanan hidup yang pendek ini. Keadilan
pasti wujud kerana Allah tidak sekali-kali mahu menzalimi hamba-hamba-
Nya.
Kepercayaan kepada hari Akhirat juga merupakan tembok yang
menghalangkan pertarungan gila-gilaan dan pertentangan yang sengit, di
mana nilai-nilai dan kehormatan-kehormatan dipijak-pijak tanpa segan silu,
kerana di Akhirat manusia akan mendapat pemberian dan pengurniaan yang
cukup dan akan mendapat pampasan terhadap hak-haknya yang terluput di
dunia. Kepercayaan yang seperti ini dapat mencurahkan rasa damai di
medan perlumbaan dan pertandingan, dan dapat menyalutkan suasana budi
bahasa dan bersopan santun ke atas gerak-geri atau tindak-tanduk para
peserta dalam perlumbaan dan pertandingan itu. Ia dapat mengurangkan
kegelojohan dan kerakusan yang terbit dari perasaan bahawa peluang yang
wujud di dalam usia yang pendek ini merupakan satu-satunya peluang yang
terbuka kepadanya.
Seseorang Mu’min yang mengetahui bahawa matlamat kewujudan
manusia ialah beribadat kepada Allah, iaitu ia diciptakan untuk
mengabdikan dirinya kepada Allah, maka kesedaran yang seperti ini tidak
syak lagi dapat mengangkatkannya ke puncak yang gemilang, iaitu ia
meningkatkan perasaan dan hati nuraninya, meningkatkan kegiatan dan
pekerjaannya, membersihkan cara-cara dan alat-alat pekerjaannya, kerana dia
mahu berbakti kepada Allah dengan kegiatan dan pekerjaannya. Dia mahu
beribadat kepada Allah dengan pendapatan dan perbelanjaannya dan dia
mahu mengabdikan dirinya kepada Allah dengan kerja-kerja memerintah
dan mentadbir di bumi dan menegakkan agama Allah. Oleh sebab itulah ia
tidak seharusnya melakukan pengkhianatan dan penipuan, tidak seharusnya
berlagak angkuh dan bertindak sewenang-wenang dan tidak seharusnya
menggunakan cara-cara yang kotor dan hina. Begitu juga ia tidak seharusnya
bertindak gopoh, memotong-motong jalan dan memayah-mayahkan kerja,
kerana ia tetap akan sampai ke matlamat ibadatnya dengan niatnya yang
ikhlas dan amalannya yang tekun dalam batas kemampuannya. Semuanya ini
akan membuat dirinya tidak lagi dilambung-lambung oleh berbagai-bagai
kebimbangan dan tamak haloba, dan tidak lagi dikongkong oleh kegelisahan-
kegelisahan di mana-mana peringkat perjalanan hidupnya kerana dia
beribadat pada setiap langkah yang dihayuni dan melaksanakan matlamat
ﻣﺜﻞ ﺍﳌﺆ ﻣﻨﲔ ﻗﻲ ﺗﻮﺍﺩﻫﻢ ﻭﺗﺮﺍﲪﻬﻢ ﻭﺗﻌﺎ ﻃﻘﻬﻢ ﻣﺜﻞ ﺍﳉﺴﺪﺇﺫﺍﺃﺷﺘﻜﻲ ﻣﻨﻪ
ﻋﻀﻮﻧﺪﺍﻋﻲ ﻟﻪ ﺳﺎﻧﻮﺍﳉﺴﺪﺑﺎﻟﺴﻬﺮﻭﺍﳊﻤﻲ
“Bandingan perpaduan orang-orang Mu’min dalam hubungan saling mesra
mereka, hubungan saling kasih dan saling simpati mereka sama dengan
perpaduan sebuah jasad, jika mana-mana satu anggotanya sakit, maka
seluruh jasad akan berjaga dan mengidap demam kerananya.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim)
Masyarakat ini mempunyai peradaban-peradabannya di antaranya ialah:
ﺎ ٍﻝﺨﺘ
ﻣ ﺐ ﹸﻛ ﱠﻞ
ﺤ
ِ ﻳ ﻪ ﻟﹶﺎ ﺎ ِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟﱠﻠﺮﺣ ﻣ ﺽ
ِ ﺭ ﺶ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ
ِ ﻤ ﺗ ﻭﻟﹶﺎ ﺱ
ِ ﺎﻙ ﻟِﻠﻨ ﺪ ﺧ ﺮ ﻌ ﺼ
ﺗ ﻭﻟﹶﺎ
(18) ﺭ ٍ ﻮﹶﻓﺨ
18. “Dan janganlah engkau palingkan pipi engkau dari manusia (kerana
takbur) dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak suka sekalian orang yang sombong dan
membanggakan diri.”
(Surah Luqman)
34. “Tolakkanlah perbuatan yang jahat itu dengan perbuatan yang lebih
baik nescaya orang yang ada perseteruan di antara engkau dan dia akan
menjadi baik seolah-olah teman yang amat setia.”
(Surah Fussilat)
ﺎﺀﻭﻟﹶﺎ ِﻧﺴ ﻢ ﻬ ﻨﻣ ﺍﻴﺮﺧ ﻮﺍﻳﻜﹸﻮﻧ ﻰ ﺃﹶﻥﻋﺴ ﻮ ٍﻡ ﻦ ﹶﻗﻡ ﻣ ﺮ ﻗﹶﻮ ﺨ ﺴ ﻳ ﻮﺍ ﻟﹶﺎﻣﻨ ﻦ ﺁ ﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳﻬﺎ ﹶﺃﻳﻳ
ﺲ
ﺏ ِﺑﹾﺌ
ِ ﻭﺍ ﺑِﺎﹾﻟﹶﺄﹾﻟﻘﹶﺎﺑﺰﺎﺗﻨ ﻭﻟﹶﺎ ﻢ ﺴ ﹸﻜ
ﻭﺍ ﺃﹶﻧ ﹸﻔﺗ ﹾﻠ ِﻤﺰ ﻭﻟﹶﺎ ﻦ ﻬ ﻨﻣ ﺍﻴﺮﺧ ﻦ ﻳ ﹸﻜ ﻰ ﺃﹶﻥﺴﺎﺀ ﻋﻧﺴ ﻦﻣ
(11) ﻥ ﻮ ﹶﻢ ﺍﻟﻈﱠﺎِﻟﻤ ﻫ ﻚ ﻭﹶﻟِﺌ ﺐ ﹶﻓﹸﺄ
ﺘﻳ ﻢ ﻦ ﱠﻟﻭﻣ ِﺎﻥﺪ ﺍﹾﻟِﺈﳝ ﻌ ﺑ ﻕ ﻮﻢ ﺍﹾﻟ ﹸﻔﺴ ﺳ ﺍ ِﻻ
11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum menghinakan
satu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih baik
dari kaum yang menghina dan janganlah pula wanita-wanita menghinakan
wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang dihinakan
itu lebih baik dari wanita-wanita yang menghina. Dan janganlah kamu
mengaibkan diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu memanggil di antara
kamu dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama ialah nama fasik
sesudah seseorang itu beriman dan barang siapa yang tidak bertaubat,
maka merekalah orang yang zalim.”
(Surah al-Hujurat)
ﻮﺍﺼِﺒﺤ
ﺘﺎﹶﻟ ٍﺔ ﹶﻓﺠﻬ
ﺎ ِﺑﻮﻣ ﻮﺍ ﹶﻗﺗﺼِﻴﺒ ﻮﺍ ﺃﹶﻥﻴﻨﺒﺘﺒٍﺄ ﹶﻓﻨﻖ ِﺑ ﻢ ﻓﹶﺎ ِﺳ ﺎﺀ ﹸﻛﻮﺍ ﺇِﻥ ﺟﻣﻨ ﻦ ﺁ ﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳﻳﻬﺎ ﹶﺃﻳ
(6) ﲔ
ﺎ ِﺩ ِﻣﻢ ﻧ ﺘﻌ ﹾﻠ ﺎ ﹶﻓﻋﻠﹶﻰ ﻣ
6. “Wahai orang yang beriman jika seorang yang fasik datang menemui
kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (kebenarannya) kerana
dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum
dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan
yang telah dilakukan kamu.”
(Surah al-Hujurat)
ﻮﺍﺴﺴ
ﺠ
ﺗ ﻭﻟﹶﺎ ﻢ ﻦ ِﺇﹾﺛ ﺾ ﺍﻟ ﱠﻈ
ﻌ ﺑ ﻦ ِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟ ﱠﻈﻣﻦ ﺍﻮﺍ ﹶﻛِﺜﲑﺘِﻨﺒﺟ ﻮﺍ ﺍﻣﻨ ﻦ ﺁ ﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳﻳﻬﺎ ﹶﺃﻳ
12. “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana
setengah setengah prasangka itu berdosa. Dan janganlah kamu mengintip
(mencari keaiban orang lain).”
(Surah al-Hujurat)
ﻋﻠﹶﻰ ﻮﺍﺴﱢﻠﻤ
ﺗﻭ ﻮﺍﺘ ﹾﺄِﻧﺴﺴ
ﺗ ﻰﺣﺘ ﻢ ﻮِﺗ ﹸﻜﻴﺮ ﺑ ﻴﺎ ﹶﻏﻮﺗﺑﻴ ﺧﻠﹸﻮﺍ ﺪ ﺗ ﻮﺍ ﻟﹶﺎﻣﻨ ﻦ ﺁ ﺎ ﺍﱠﻟﺬِﻳﻳﻬﺎ ﹶﺃﻳ
ﺎﻫِﻠﻬ ﹶﺃ
27. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-
rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin
dan memberi salam kepada penghuni-penghuninya.”
(Surah an-Nur)
dan…….
ﺭﹾﺃﹶﻓ ﹲﺔ ﻓِﻲ ﺎﺧ ﹾﺬﻛﹸﻢ ِﺑ ِﻬﻤ ﺗ ﹾﺄ ﻭﻟﹶﺎ ﺪ ٍﺓ ﺟ ﹾﻠ ﺎ ِﻣﹶﺌ ﹶﺔﻬﻤ ﻨﻣ ﺍ ِﺣ ٍﺪﻭﺍ ﹸﻛ ﱠﻞ ﻭﺟِﻠﺪ ﺍﻧِﻲ ﻓﹶﺎﺍﻟﺰﻴ ﹸﺔ ﻭﺍِﻧﺍﻟﺰ
ﲔ
ﺆ ِﻣِﻨ ﻤ ﻦ ﺍﹾﻟ ﻣ ﺎ ﻃﹶﺎِﺋ ﹶﻔ ﹲﺔﻬﻤ ﺑﻋﺬﹶﺍ ﺪ ﻬ ﺸ
ﻴﻭﹾﻟ ﻮ ِﻡ ﺍﻟﹾﺂ ِﺧ ِﺮ ﻴﺍﹾﻟﻮ ﹶﻥ ﺑِﺎﻟﱠﻠ ِﻪ ﻭﺆ ِﻣﻨ ﺗ ﻢ ﺘﺩِﻳ ِﻦ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﺇِﻥ ﻛﹸﻨ
( 2)
ﺎﻦ ِﺇﻟﱠﺎ ﻣ ﻬ ﺘﻨﻦ ﺯِﻳ ﺒﺪِﻳﻳ ﻭﻟﹶﺎ ﻦ ﻬ ﺟ ﻭﻦ ﹸﻓﺮ ﺤ ﹶﻔ ﹾﻈ ﻳﻭ ﻦ ﺎ ِﺭ ِﻫﺑﺼﻦ ﹶﺃ ﻦ ِﻣ ﻀ ﻀ ﻐ ﻳ ﺕِ ﺎﺆ ِﻣﻨ ﻤ ﻭﻗﹸﻞ ﱢﻟ ﹾﻠ
ﻭ ﻦ ﹶﺃ ﻮﹶﻟِﺘ ِﻬﺒﻌﻦ ِﺇﻟﱠﺎ ِﻟ ﻬ ﺘﻨﻦ ﺯِﻳ ﺒﺪِﻳﻳ ﻭﻟﹶﺎ ﻦ ﻮِﺑ ِﻬﺟﻴ ﻋﻠﹶﻰ ﻦ ﻤ ِﺮ ِﻫ ﺨ ﻦ ِﺑ ﺑﻀ ِﺮ ﻴﻭﹾﻟ ﺎﻨﻬﺮ ِﻣ ﻬ ﹶﻇ
ﻦ ﺍِﻧ ِﻬﺧﻮ ﺑﻨِﻲ ِﺇ ﻭ ﻦ ﹶﺃ ﺍِﻧ ِﻬﺧﻮ ﻭ ِﺇ ﻦ ﹶﺃ ﻮﹶﻟِﺘ ِﻬﺑﻌ ﺎﺀﺑﻨ ﹶﺃﻦ ﹶﺃﻭ ﺎِﺋ ِﻬﺑﻨﻭ ﹶﺃ ﻦ ﹶﺃ ﻮﹶﻟِﺘ ِﻬﺑﻌ ﺎﺀﻭ ﺁﺑ ﻦ ﹶﺃ ِﺎِﺋﻬﺁﺑ
ﻦ ﺑ ِﺔ ِﻣﺭ ﻭﻟِﻲ ﺍﹾﻟِﺈ ﻴ ِﺮ ﹸﺃﲔ ﹶﻏ ﺎِﺑ ِﻌ ﹶﺃ ِﻭ ﺍﻟﺘﻬﻦ ﻧﺎﻳﻤﺖ ﹶﺃ
ﻣﹶﻠ ﹶﻜ ﺎﻭ ﻣ ﻦ ﹶﺃ ﺎِﺋ ِﻬﻭ ِﻧﺴ ﻦ ﹶﺃ ِﺍِﺗﻬﺧﻮ ﺑﻨِﻲ ﹶﺃ ﻭ ﹶﺃ
ﻢ ﻌﹶﻠ ﻴﻦ ِﻟ ﺟِﻠ ِﻬ ﺭ ﻦ ِﺑﹶﺄ ﺑﻀ ِﺮ
ﻳ ﻭﻟﹶﺎ ﺎﺀﻨﺴﺕ ﺍﻟ ِ ﺍﻮﺭ ﻋ ﻋﻠﹶﻰ ﻭﺍﻬﺮ ﻳ ﹾﻈ ﻢ ﻦ ﹶﻟ ﺎ ِﻝ ﹶﺃ ِﻭ ﺍﻟ ﱢﻄ ﹾﻔ ِﻞ ﺍﱠﻟﺬِﻳﺟﺍﻟﺮ
(31) ﻥ ﻮ ﹶﺗ ﹾﻔِﻠﺤ ﻢ ﻌﱠﻠ ﹸﻜ ﻮ ﹶﻥ ﹶﻟﺆ ِﻣﻨ ﻤ ﺎ ﺍﹾﻟﻳﻬﺎ ﹶﺃﺟﻤِﻴﻌ ﻮﺍ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪﻮﺑﻭﺗ ﻦ ﻨِﺘ ِﻬﲔ ﻣِﻦ ﺯِﻳ ﺨ ِﻔ ﺎ ﻳﻣ
31. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan
mata mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara anggota
kelamin mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh)
mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak darinya sahaja
dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan kain
kelubung mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
(tubuh) mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak-anak kepada saudara-saudara lelaki mereka atau anak-
anak kepada saudara-saudara perempuan mereka atau perempuan-
perempuan Islam sesama mereka atau hamba-hamba yang dimilik mereka
atau pembantu-pembantu rumah dan lelaki-lelaki yang tidak mempunyai
keinginan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat-aurat
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (dengan
tujuan) supaya diketahui orang apa sahaja perhiasan yang disembunyikan
mereka, dan hendaklah kamu sekalian bertaubat kepada Allah wahai
orang-orang yang beriman supaya kamu mendapat keberuntungan.”
(Surah an-Nur)
Dalam masyarakat ini isteri-isteri nabi sendiri - selaku isteri yang
paling suci yang hidup di rumah yang paling suci dan di zaman yang paling
suci - diberi perintah yang sama:
siapa yang boleh diintip oleh pengintip rahsia. Tiada darah yang tumpah sia-
sia selagi ada undang-undang qisas, dan tiada seorang pun yang kehilangan
harta kerana dicuri atau dirompak selagi ada undang-undang hudud.
Masyarakat Islam ditegakkan di atas dasar syura, nasihat dan saling
membantu di samping ditegakkan di atas dasar persamaan dan keadilan
yang tegas, yang membuat seseorang itu merasa haknya terjamin dengan
kekuatan syari’at Allah bukannya dengan kehendak pemerintah, kehendak
pembesar-pembesar yang berada di sekeliling pemerintah dan kehendak
kaum kerabat seorang pembesar.
Akhir kata masyarakat Islam adalah satu-satunya masyarakat di antara
seluruh masyarakat manusia yang lain yang membuat manusia tidak tunduk
kepada sesama manusia, malah setiap orang, baik pemerintah mahu pun
rakyat wajib tunduk kepada Allah dan syariat belaka dan wajib
melaksanakan hukum Allah dan syari’at-Nya. Seluruh mereka berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah di hadapan Allah Tuhan semesta alam,
pemerintah yang paling adil dengan penuh ketenteraman, kepercayaan dan
keyakinan.
Semuanya ini merupakan sebahagian dari makna-makna kedamaian
( )ﺍﻟﺴﻠﻢyang diisyaratkan ayat ini, iaitu ayat yang menyeru umat manusia
supaya memasuki dalam kedamaian agar mereka menyerahkan seluruh jiwa
raga mereka kepada Allah, tiada satu pun yang pulang kepada mereka,
malah semuanya pulang kepada Allah belaka dengan penuh kepatuhan dan
penyerahan.
Di sana tidak ada banyak sistem hidup yang harus dipilih salah
satunya oleh seorang Mu’min, atau mencampurkan salah satunya dengan
yang lain. Tidak sekali-kali begitu! Sesiapa yang tidak masuk ke dalam
kedamaian dengan semesta jiwanya dan tidak menyerahkan dirinya semata-
mata kepada kepimpinan Allah dan syari’at-Nya, sesiapa yang tidak
membuang segala kepercayaan yang lain, segala sistem hidup yang lain dari
segala undang-undang yang lain, maka bererti dia berada di jalan syaitan dan
berjalan mengikut jejak-jejak syaitan.
Di sana tidak ada penyelesaian jalan tengah, di sana tidak ada sistem
hidup separuh-separuhan, tidak ada peraturan separuh di sana dan separuh
di sini, malah pilihan yang ada di sana hanya salah satu dari dua, iaitu yang
hak dan yang batil, hidayat dan kesesatan, Islam dan jahiliyah, sistem Allah
atau penyesatan syaitan. Dalam bahagian ayat yang pertama Allah menyeru
para Mu’minin supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa
mereka dan dalam bahagian ayat yang kedua ia mengingatkan mereka dari
mengikut jalan syaitan. Ia menggerakkan hati nurani dan perasaan mereka di
samping menimbulkan perasaan takut di dalam hati mereka, iaitu dengan
mengingatkan dendam kesumat dan permusuhan syaitan yang ketat
terhadap mereka. Permusuhan itu amat jelas dan tiada siapa yang
melupakannya melainkan manusia yang lalai dan kelalaian tidak wujud
bersama iman.
Kemudian ayat yang berikut mengingatkan kepada mereka akibat
kegelinciran setelah mendapat penerangan yang jelas.