You are on page 1of 7

Antara khasiat kerdas yang aku dapat info dari nenek2 dan mama aku ialah dapat m embersihkan

buah pinggang, melawaskan kencing, menjauhkan diri dari penyakit ken cing manis..dan yang paling penting..dan paling aku suka ialah..awet muda..kuiku ikui... InsyaAllah.. Lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehing ga kini (Muharyani 1987). Ulam-ulam ini dari berbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ul am boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-po kok renek dan pokok- pokok besar seperti petai dan kerdas. Sebilangan pokok ulam ini jenis semusim manakala yang lain jenis saka. kerdas - perak panggil geduak, kelantan panggil woh keddah. JENIS YANG POPULAR Nama biasa Nama saintifik Rebung Buluh (Bambusa sp.), Cekur manis (Sauropus androgynus), Jering (Pithecell obium jiringa), Kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus), Kaduk (Piper sarmen tosum), Kerdas (Pithecellobium bubalinum), Kesum (Polygonum minus), Nangka Muda (Artocarpus integra), Pucuk Paku (Athyrium esculentum), Pegaga (Hydrocotyle asia tica), Petai (Parkia speciosa), Jantung Pisang (Musa sapientum), Selom (Oenanthe javanica), Terung Pipit (Solanum torvum), Pucuk Ubi Kayu (Manihot esculenta), U lam raja (Cosmos caudatus). JENIS YANG KURANG TERKENAL Beluntas Pluchea indica Betik (pucuk) Carica papaya Cekur Kaempferia galanga Gajus (pucuk) Annacardium occidentale Geli-geli Lasia spinosa Kelor (daun) Moringa oleifera Kemahang Colocasia esculenta Keman Neptunia prostrata Keremak Alternanthera triandra Mengkudu (pucuk) Morinda citrifolia Pina-pina Pterococcus corniculatus Putat (pucuk) Barringtonia racemosa Paku rawan Limnocharis flava Salang Claoxylon longifolium Setang Melia excelsa Tapak itik Marsilis minuta

====== Sayur Ulam: Dunia Pemakanan Sihat 29 January 2007 Oleh ZALILA ISA SAYUR-SAYURAN dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori . Ia adalah kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat ga lian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta mi nda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini da pat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang, dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tu mbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksa nakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pu pus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pa sar termasuk pasar tani. Bagaimanapun, penerokaan teknologi terkini dalam bidang pertanian membolehkan ul am-ulaman dan tumbuhan herba ditanam secara komersial dan mula dipasarkan ke sel uruh negara. Sebagai contoh, ladang satelit berkelompok yang dilaksanakan oleh k erajaan negeri Kedah iaitu satu kawasan pengeluaran ulam-ulaman dan rempah ratus bagi memenuhi keperluan harian pengguna-pengguna di kawasan bandar dan menjadi suatu prasarana yang baik untuk mengenali dunia pertanian. Jika anda tinggal di kawasan kampung, anda bertuah kerana mempunyai tanah yang a gak luas untuk dimanfaatkan dengan menanam tumbuhan jenis herba dan ulaman. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempun yai halaman bertanah, usah berdalih untuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yang menjual ulam-ulaman. Sebagai c ontoh pasar Chow Kit, pasar borong Selayang dan banyak lagi. Jika tidak pun, amb il sedikit usaha untuk menanam sayur ulaman melalui penanaman edible landscape ata u kebun kelompok di sekitar rumah menggunakan pasu atau bekas tin dan plastik te rpakai dengan menggunakan tanah atau kompos. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telah mengkaji dan mengena lpasti 62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenis buah dan 9 jenis sayur kampung. Bagaimanapun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, d aun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, ge nuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisan g, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun ka dok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lamb ok (sejenis keladi) dan banyak lagi. Usaha menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ul aman kepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan penda patan mereka melalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam yang kurang dikenali yang diselidik oleh FAMA ialah bayam orang putih, pucuk ara, ten ggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang, balik angin, umbut kelapa . Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung, peria katak, keladan, terung, peparu, dan sebagainya. Menurut Kajian Industri Herba di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industri herba dun ia dijangka akan mencecah US$5 trillion menjelang 2050. Menurut Tuan Haji Mansor Puteh, Ketua Penyelaras Teknikal bagi kajian ini, pasaran dunia herba pada 1997 yang bernilai US$60 bilion akan meningkat kepada US$200 bilion pada 2008 dan se

terusnya mampu mencecah US$5 trilion menjelang 2050. KHASIAT BEBERAPA JENIS ULAM Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kan dungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus ( P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh ha ba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), da n besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber: wikipedia.org) Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manu sia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui kha siat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini te lah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kece rdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah da n meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jering mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi ran gsangan untuk membuang air kecil. Jering juga boleh menjadi penawar yang berkesa n pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang se dikit. Ini kerana, kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan ka ndungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh bad an untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis te rutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu pemulihan rahim. Jus pegaga juga sena ng disediakan. Di samping itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak le mak dan senang dibiakkan di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga kunyit. Oleh kerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digu bah bersama dedaun dan bunga segar bagi hiasan di meja makan. Ingin menambah pengetahuan atau membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman? Ja ngan risau kerana terdapat banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui int ernet, media cetak dan media eletronik. Jika ada masa terluang di pejabat atau d i rumah, jangan lupa untuk melayari laman web yang memuatkan data mengenai ulam - ulaman. Antara laman web yang boleh dilawati ialah: http://ms.wikipedia.org/wiki/ulam http://www.kedah.gov.my/warta/Bil202/Ladang.html http://berita.perak.gov.my/Disember/kerajaan_galak_rakyat_menanam_ul.htm http://www.pkps.gov.my/beritapkps/pkps2006.pdf http://www.famaxchange.org http://agrolink.moa.my/moa/ http://www.mardi.my/mardi_bm/main.php http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=25 Tidak ketinggalan juga, terdapat banyak buku-buku, majalah dan tesis mengenai sa yur ulam-ulaman yang terdapat di pasaran dan juga di perpustakaan perpustakaan a wam di Malaysia. Antaranya: Ayob Ismail, 2001. Herba Sumber Perubatan Tradisional Merawat Pelbagai Penyakit. Kuala Lumpur : Golden Books Centre. Carlson Wade (diterjemah oleh Zarina Musa), 1998. Ensiklopedia Makanan Penawar U ntuk Kesihatan Tubuh. Kuala Lumpur : Thinkers Library. Ismail Saidin, 2000. Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa. Bangi : Penerb

it UKM.

M. Syarif, 1989. Hasil Obat2an dari Daun. Kuala Lumpur : Victory Agency. Muhammad Zakaria, 1992. Tumbuhan dan Perubatan Tradisional. Kuala Lumpur : Pener bitan Fajar Bakti. Norhayati Ismail, 1999. Tumbuh-tumbuhan Ubat Malaysia : Pencirian dan Pengenalpa stian. Pulau Pinang : Penerbit USM. Ong Hean Chooi, 2004. Buah Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publications & Distr ibutors Sdn Bhd. Ong Hean Chooi, 2004. Sayuran Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publications & Di stributors Sdn Bhd. Ong Hean Chooi, 2004. Tumbuhan Liar ; Khasiat Ubatan & Kegunaan Lain. Utusan Pub lications & Distributors Sdn Bhd. Ong Hean Chooi, 2006. Tanaman Hiasan: Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publicati ons & Distributors Sdn. Bhd. Shamsiah Sabarudin, 1993. Ulam-Ulaman. Kuala Lumpur : Pustaka Bakti Wira. Zainon Abu Samah, Pala Menyingkir Angin Berlebihan , dlm. Dewan Budaya, Jil. 24, B l.1, hlmn. 30-31, Januari 2002. (juga terdapat artikel tentang asam jawa, lengku as, kayu manis, selasih, legundi, lada hitam, cengkih pegaga, hempedu bumi, misa i kucing dan banyak lagi dalam Dewan Budaya, Jilid 23 dan 24, tahun 2001 dan 200 2) Seminar dan Pameran Perubatan Melayu pada 23 dan 24 Ogos 2003 bertempat di Akadem Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Mohd Anuar Ibrahim, 2001. Tumbuhan Sebagai Ubat : Tumpuan Kepada Daun dan Pucuk d alam Perubatan Tradisional Melayu . Latihan Ilmiah Akademi Pengajian Melayu, Unive rsiti Malaya. Rahman Badri, 1985/86. Tumbuh-tumbuhan dalam Perubatan Tradisional Melayu : Satu Kajian Kes di Pekan Parit Raja . Latihan Ilmiah Jabatan Persuratan Melayu, Univers iti Kebangsaan Malaysia. Rusnita Pechok, 1991. Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat (Tumpuan Kepada Akar Kayu) . La ihan Ilmiah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dalam zaman yang serba ringkas ini, manusia sentiasa mencari jalan yang singkat untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Aspek pemakanan juga mengalami tempiasny a. Kebanjiran makanan segera memudahkan perjalanan harian masyarakat yang sentia sa mengejar waktu. Makanan segera yang tidak jelas status halal-haramnya bukan s ahaja tidak berkhasiat malah risiko untuk mengalami obesiti adalah tinggi. Berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh membunuh! kata Setiausaha Perkhidmat an Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Tommy Thompson pada satu sid ang akhbar pelancaran kempen pengiklanan menggempur masalah obesiti di negara be rkenaan. Apabila obes, anda mudah mendapat sakit jantung, jantung tersumbat, ang in ahmar, kencing manis, ghout, sakit sendi tulang, kanser dan sebagainya. Pemakanan yang sihat melalui pengambilan ulam-ulaman amat bermanfaat. Selain men jamin kesihatan yang stabil dan merawat kesihatan dalaman tubuh badan, ulam-ulam an juga dijamin halal dan mudah diperolehi. Namun, masyarakat Malaysia lebih gem ar mengambil langkah mengubati daripada langkah mencegah penyakit . tibalah masa untu k berubah. Amalkan makan sayur-sayur ulaman dan anda pasti memiliki kesihatan ya ng membanggakan. http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=165 ==== khasiat ulam-ulaman (Link to this post) Posted on 25. Feb, 2011 by Guest in LAKSAMANA PELANGI Khasiat Ulam Ulam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat Melay u sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan semua masyarakat. Sebenarny

a, ulam terdiri daripada 8,500 spesis tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka selera. Petai Biasanya, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan tropika. Ia tumbuh sendiri di d alam hutan atau kawasan kampung. Daunnya berbulu halus dan mempunyai tangkai yan g panjang. Buah petai adalah dalam bentuk lenggai. Lenggainya leper dan panjang yang mengandungi sehingga 20 biji benih. Semasa muda lenggainya berwarna hijau d an warna kehitaman setelah tua. Biji petai jeruk dianggap sebagai pembuka selera dan baunya yang kuat. Buah petai mempunyai protein, Vitamin C dan niasin yang b oleh mengubati penyakit pada sistem pembuangan air kecil. Ia juga berupaya mengu rangkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jering Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah sambal. Digunakan se bagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka selera, jering juga mempunyai kha siat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Kerdas Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya adalah l ebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih kuat daripada pe tai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau cencaluk. Cara makan dan kha siatnya adalah lebih kurang sama dengan petai. TerungPipit/Rimbang Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat Hindu y ang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun. Lada Hitam. Selain digunakan sebagai penyedap bahan makanan, lada hitam juga boleh dijadikan sebagai ubat. Berfungsi bagi mengurngkan demam yang disertai dengan pening, kepala terasa berat dan peluh sejuk. Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitma ditumbuk sampai hancur dan kemudian ditampal di dahi. Sementara itu, untuk menyegarkan dan memanaskan b adan ibu-ibu bersalin, sedikit buaah muda ditumbuk dengan ikan bilis dan dimakan bersama-sama nasi yang masih panas. Lada hitm juga membantu mengatasi masalah cirit birit dan melawaskan air kencing . Jintan Manis. Jintan manis amat berkesan dalam membantu proses penghadaman makanan. Ia juga mujarab untuk menghilangkan rasa loya dan meredakan masalah kembung peru t. Jintan manis juga boleh bertindak sebagai ramuan penting untuk membuat ubat batu k kerana ia berpotensi menghilangkan kahak dan rasa gatal dalam tekak serta mere dakan masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. Jintan manis juga boleh menambahkan susu ibu. Minyaknya sering digunakan sebagai ramuan untuk membuat ubat gigi, minyak wangi dan bahan penyegar mulut. Bendi: Ulam bendi paling mudah disediakan dengan hanya merebusnya. Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat, 1% serat serta zat galian dan vitamin. Bendi baik untu k perkembangan otak dan digunakan sebagai perangsang untuk membuang air kecil da n merawat bengkak pada saluran kerongkong dan hidung.

Terung Pipit: Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Ia rangup d an begitu mudah dihadamkan. Kajian membuktikan terung pipit mengandungi protein, sedikit lemak, karbohidrat. Banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, C dan B1. Selom: Selom merupakan sejenis ulam segar yang digemari orang utara, turut dijadikan sa yuran hiasan dalam laksa. Ulam berdaun cantik ini dikatakan dapat mengubati dema m panas serta tekanan arah tinggi. Malay selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti remutik dan menurunkan pa ras gula dna kolesterol dalam pesakit diabetis atau kencing manis. Ulam Raja: Ulam raja mempunyi rasa dan bau yang unik. Ia kaya dengan kalsium dan vitamin A yang menguatkan tulang serta agen pembersih darah. Pucuk betik Membantu penghadaman. Pucuk gajus Membersihkan darah. Pucuk mengkudu Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim. Pucuk putat Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim. Khasiat Jus Buah-buahan Minum jus secara teratur ternyata dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang ring an. Berikut beberapa jenis buah yang dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatka n badan: 1. Aprikot Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak d ari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab. 2. Epal Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradan gan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan l emak pada wajah. 3. Limau Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu mempe rkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berd arah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lem on setiap hari.

4. Timun Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata ya ng sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik u ntuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi. http://www.iklan-mudah.com/planet/khasiat-ulam-ulaman

You might also like