You are on page 1of 12

PRINSIP TEORI-TEORI KONSTRUKTIVISME DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PRINSIP

Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.

MATAPELAJARAN Pemulihan TOPIK OBJEKTIF AKTIVITI TAHUN MASA Pengamatan Penglihatan ( Diskriminasi warna ) Murid dapat membezakan kelainan warna Membaling dan menyambut bola berwarna - warni 2 30 minit

Saya telah memilih matapelajaran Pemulihan untuk mengaplikasikan teori Konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori Konstruktivisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik Pengamatan Penglihatan iaitu diskriminasi warna. Pengamatan ini boleh merangsang deria mata murid-murid. Objektif aktiviti ini adalah untuk membolehkan murid-murid untuk membezakan pelbagai warna. Aktiviti yang saya telah cadangkan boleh diaplikasikan kepada murid-murid tahun dua dalam masa 30 minit. Aktiviti ini akan bermula dengan guru bertanya dulu kepada murid-murid tentang warna pakaian guru. Guru boleh memakai pakaian yang berwarna- warni untuk p&p ini supaya murid-murid dapat lihat jelas warna yang dipakainya. Selain itu,

guru boleh bertanya warna-warna beg kawan-kawan mereka.Ini adalah untuk memberikan gambaran untuk mereka tentang topic yang hendak diajar. Selepas itu, guru harus berikan bola getah yang bersaiz kecil dan berwarna warni contohnya biru,kuning,hijau,merah.Murid pemulihan selalunya kurang

bilangnya dalam kelas.Oleh itu,boleh berikan satu bola kepada seorang.Pastikan semua orang sudah mendapat bola. Contohnya, guru telah memberikan bola biru kepada murid pemulihan berwarna Ahmad dan juga mengarahkannya menyambut bola warna kuning. Ahmad perlu membaling bola itu ke arah kawan-kawannya dan menyambut bola warna yang lain daripada kawan.Melaui permainan ini,kita dapat lihat bolehtak murid-murid dapat membezakan warna dan deria penglihatannya berfungsi dengan baik. Bola getah bersaiz kecil ini digunakan supaya ia tidak mencederakan muridmurid sebab aktiviti ini boleh dijalankan dalam kelas dalam masa yang singkat.

PRINSIP

Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu.

MATAPELAJARAN

Pemulihan

TOPIK

Pengamatan Penglihatan ( Gambar Bersiri )

OBJEKTIF

Murid dapat mengetahui susunan (sistem kronologi) gambar bersiri ataupun sesuatu aktiviti

AKTIVITI

Menyusun gambar bersiri mengikut susunan dalam poket kad gantung

TAHUN

MASA

30 minit

Saya telah memilih matapelajaran Pemulihan untuk mengaplikasikan teori Konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori Konstruktivisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik Pengamatan Penglihatan ( Gambar Bersiri ). Objektif aktiviti ini adalah untuk murid mengetahui susunan gambar mengikut kronologi yang betul. Aktiviti ini boleh diaplikasikan kepada murid tahun 3 dalam masa 30 minit. Aktiviti ini akan bermula dengan guru bertanya kepada murid tentang apa yang murid lakukan selepas bangun sehingga sampai di sekolah. Murid pasti akan menjawab dia telah membersihkan diri, sembahyang , makan sarapan, salam

kepada ibu bapa dan naik bas sekolah.Ini adalah aktiviti yang dilakukan secara tersusun. Inilah yang kita namakan sebagai gambar bersiri. Oleh itu, guru akan memberikan beberapa helai gambar conohnya,gambar menanam pokok bunga.gambar-gambarnya seperti; i ii iii iv v mencangkul tanah menanam biji benih menutup tempat tersebut dengan tanah\ membaja menyiram air

Murid-murid harus memasukkan gambar-gambar ini dalam poket yang disediakan dalam kad gantung mengikut turutannya. aktiviti ini telah bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada iaitu aktiviti sehariannya sebagai contoh. Pemahaman baharunya ialah mempelajari cara menanam pokok bunga melalui gambar bersiri ini.

PRINSIP

Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contohcontoh khusus membantu pemahaman.

MATAPELAJARAN

Bahasa Melayu

TOPIK

Perkataan KVK+KVK

OBJEKTIF

Murid dapat belajar perkataan KVK+KVK dan membezakan konsonan dan vokal

AKTIVITI

Mencari suku kata perkataan KVK+KVK dan menampalnya di bawah gambar yang sesuai.

TAHUN

MASA

30 minit

Saya telah memilih matapelajaran Bahasa Melayu untuk mengaplikasikan teori Konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori Konstruktivisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik Perkataan KVK+KVK .Objektif aktiviti ini adalah untuk murid dapat belajar perkataan KVK+KVK dan membezakan konsonan dan vokal. Aktiviti ini boleh diaplikasikan kepada murid tahun 2 dalam masa 30 minit. Aktiviti akan bermula dengan guru bertanya huruf vokal dan konsonan kepada murid murid. Selepas itu , guru menunjukkan pelbagai gambar contohnya gambar rumput , dakwat , bingkai gambar , dompet ,rambut , sampan ,sampah. Suruh murid untuk menampal gambar tersebut ke atas papan hitam. Selepas itu,

taburkan suku kata di hadapan kelas. Guru boleh mencari individu dan mencari suku kata gambar tersebut dan menampalkannya di bawah gambar tersebut. Melalui aktiviti ini guru telah menunjukkan gambar-gambar perkataan tersebut supaya murid dapat mengetahui erti perkataan tersebut dengan jelas dan juga dapat

mengenalpasti ejaan suku kata yang betul.

PRINSIP TEORI-TEORI HUMANISME DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PRINSIP

Murid murid harus diberikan kebebasan untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari. Ahli ahli humanisme percaya bahawa murid murid akan mempunyai motivasi belajar sekiranya mereka berminat dan ingin untuk mengetahui sesuatu.

MATAPELAJARAN Pendidikan Jasmani TOPIK OBJEKTIF Permainan tradisional Murid dapat bermain permainan kegemarannya dan mempelajari pelbagai jenis permainan tradisional. AKTIVITI TAHUN MASA Bermain pelbagai jenis permainan tradisional 5 1 jam

Saya

telah

memilih

matapelajaran

Pendidikan

Jasmani

untuk

mengaplikasikan teori humanisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori humanisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Murid murid harus diberikan kebebasan untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari. Ahli ahli humanisme percaya bahawa murid murid akan mempunyai motivasi belajar sekiranya mereka berminat dan ingin untuk mengetahui sesuatu. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik Permainan tradisional. Objektif aktiviti ini adalah untuk murid dapat bermain permainan kegemarannya dan mempelajari pelbagai jenis permainan tradisional. Aktiviti yang saya telah cadangkan boleh diaplikasikan kepada murid-murid tahun lima dalam masa 1 jam.

Mengikut teori humanisme, murid-murid harus diberikan kebebasan untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari. Murid-murid akan bermotivasi apabila mereka belajar apa yang mereka gemari. Dalam aktiviti ini , guru akan memberikan masa untuk mereka bahagi dalam beberapa kumpulan dan memilih permainan tradisional kegemaran mereka. Mereka akan mendemokan permainan tradisional kegemaran mereka secara berkumpulan kepada rakan-rakan yang lain. Selepas kumpulan tersebut mendemokan permainan itu, kumpulan lain akan ikut bermain bersama dan mempelajari cara permainan itu. Contoh mainan ialah seperti congkak , galah panjang , ting- ting , batu seremban dan kabadi. Dalam aktiviti murid murid bukan sahaja bermain permainan tradisional mereka tetapi juga mempelajari permainan tradisional yang lain daripada rakan.

PRINSIP

Penilaian kendiri adalah lebih bermakna jika berbanding dengan gred. Murid murid biasanya akan berusaha untuk mencapai satu satu gred , dan bukannya kepuasan diri. Oleh itu, ujian objektif dianggap tidak sesuai kerana itemitem ini hanya menguji kebolehan murid- murid untuk menghafal, dan kurang memberi maklum balas yang mencukupi kepada guru dan murid yang berkenaan.

MATAPELAJARAN

Pemulihan

TOPIK

Pengamatan Penglihatan ( diskriminasi bentuk)

OBJEKTIF

Murid dapat membezakan pelbagai jenis bentuk

AKTIVITI

1) Memadankan modul bentuk yang dibina daripada kotak seperti bulat, segi empat tepat, segi empat tidak tepat, bujur, tiga segi di papan polistrine yang disediakan. 2) Melukis gambar- gambar bentuk yang disediakan dengan garisan titik-titik. 3) Akhirnya, murid akan melukis bentuk-bentuk yang dapat diingati di papan hitam. 4) Token ekonomi yang dibagi mengikut bilangan betuk yang dilukis.

TAHUN

2 30 minit

MASA

Saya telah memilih matapelajaran Pemulihan untuk mengaplikasikan teori humanisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori

humanisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Penilaian kendiri adalah lebih bermakna jika berbanding dengan gred. Murid murid biasanya akan berusaha untuk mencapai satu satu gred , dan bukannya kepuasan diri. Oleh itu, ujian objektif dianggap tidak sesuai kerana item- item ini hanya menguji kebolehan murid- murid untuk menghafal, dan kurang memberi maklum balas yang mencukupi kepada guru dan murid yang berkenaan. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik Pengamatan Penglihata ( diskriminasi bentuk) . Objektif aktiviti ini adalah untuk murid dapat membezakan pelbagai jenis bentuk Aktiviti yang saya telah cadangkan boleh diaplikasikan kepada murid-murid tahun dua dalam masa 30minit. Aktiviti ini akan bermula dengan dengan memberikan murid murid bentuk 3D seperti bentuk bulat, segi empat tepat, segi empat tidak tepat, bujur, tiga segi. Murid harus memadankan bentuk bentuk tersebut di atas polistrine dahulu dan guru akan mengajar nama-nama bentuk tersebut. Selepas itu, berikan lembaran kerja yang mengandungi garisan titik untuk murid murid melukis di atasnya dan ini boleh membuatkan murid untuk menghafal yang dipelajari. Selepas itu, adakan satu kuiz dimana suruh murid melukis bentuk-bentuk yang diingati di atas papan hitam ataupun kertas kosong. Berikan token ekonomi mengikut bilangan bentuk yang dilukis. Berikan hadiah mengikut bilangan token yang berjaya didapati. Token ekonomi ini ialah satu cara dimana kita boleh menguji murid-murid dan memberi ganjaran kepada mereka sebagai satu motivasi kepada mereka. Murid pun akan cuba menjawab tanpa apa-apa bantuan.

PRINSIP

Sekolah

hendaklah

mewujudkan

persekitaran

yang

tidak

mengancam supaya murid- murid akan berasa selamat untuk

belajar. Apabila mereka berasa selamat , pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan bermakna. TOPIK Sains

SUB TOPIK OBJEKTIF

ph value Murid dapat membezakan asid dan alkali

AKTIVITI TAHUN

Membezakan asid dan alkali menggunakan kertas ph. 5

MASA

1 jam

Saya telah memilih matapelajaran Sains untuk mengaplikasikan teori humanisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip teori

humanisme yang saya telah pilih untuk diaplikasi ialah prinsip Sekolah hendaklah mewujudkan persekitaran yang tidak mengancam supaya murid- murid akan berasa selamat untuk belajar. Apabila mereka berasa selamat , pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan bermakna. Prinsip ini boleh diaplikasi dalam topik ph value . Objektif aktiviti ini adalah untuk murid dapat membezakan asid dan alkali. Aktiviti yang saya telah cadangkan boleh diaplikasikan kepada murid-murid tahun lima dalam masa 1jam. Mengikut teori humanisme ini , Sekolah harus mewujudkan satu persekitaran yang selmat kepada murid-murid. Keselamatan mereka akan menjamin

pembelajaran mereka. Dalam aktiviti , guru harus membawa murid ke makmal sains untuk mengendalikan eksperimen ph value ini. Oleh itu, suasana makmal sains harus selamat kepada murid-murid .Semua bahan yang bahaya harus dilabelkan supaya murid-murid dapat elak daripada bahan bahan tersebut.

Apabila eksperimen ini dikendalikan,semua orang harus memakai glove dan menutup mulut dan hidung dengan mask. Murid harus mendengar arahan daripada guru dan guru harus memberikan penjelasan yang terang kepada murid-murid. Apabila menggunakan kertas ph value dan mengadakan eksperimen murid harus mengikut cara guru. Selepas menggunakan bahan-bahan tersebut , bahanbahan itu harus dibuang di tempat dan bekas khas yang khusus. Prinsip Humanisme ini harus diaplikasikan dalam matapelajaran Sains terutamanya apabila berada dalam makmal sains dan membuat eksperimen. Apabila murid-murid dapat berjaya menwujudkan suasana yang selamat p&P mereka akan berkesan dengan baik.

You might also like