You are on page 1of 15

Raja Indera Maya diminta oleh nakhoda kapal mengenal jantina anak itik yang baru menetas.

Jika dapat mengenalnya, baginda akan memperoleh tiga buah kapal termasuk semua muatan yang ada didalamnya. Sebaliknya, negeri baginda akan menjadi milik nakhoda,sekiranya baginda gagal mengenal pasti jantina anak itik itu. Pak Belalang sebagai ahli nujum dititahkan baginda menyelesaikan masalah tersebut. Pak Belalang berdukacita kerana takut helah pembohongannya akan diketahui oleh Raja Indera Maya. Pak Belalang berdoa agar Allah membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Pada malam yang ketiga, Pak Belalang mengayuh sampan mendekati kapal nakhoda. Pada masa itu nakhoda sedang berbual dengan isterinya. Pak Belalang gembira kerana dapat mendengar rahsia tentang cara menentukan jantina anak itik melalui perbualan nakhoda dengan isterinya itu. Pada pagi esoknya, nakhoda dan anak-anak kapalnya hadir menghadap Raja lndera Maya. Pak Belalang pun dipanggil menghadap. Dengan mudah Pak Belalang dapat menjawab soalan nakhoda. Jantina anak itik dapat dikenal pasti apabila dilepaskan ke dalam air. Anak itik betina cepat menyelam manakala anak itik jantan lambat menyelam. Dengan terjawabnya persoalan itu, nakhoda terpaksa menyerahkan ketiga-tiga buah kapalnya kepada Raja Indera Maya. Nakhoda, isteri, dan anak-anak kapalnya pulang ke negeri mereka dengan berpakaian sehelai sepinggang dan menaiki tiga buah perahu yang diberikan oleh Raja Indera Maya.

Kejayaan dalam menyelesaikan masalah melalui nasib yang baik. Pak Belalang tidak tahu akan cara mengenalpasti jantina nakhoda. Pak Belalang mengayuh sampan ke kapal nakhoda. Pak Belalang bernasib baik kerana dapat mengetahui rahsia tersebut berdasarkan penceritaan nakhoda kepada isterinya.

AHLI NUJUM YANG PEMBOHONG - Pak Belalang senantiasa berbohong dalam tilikannya. Pak

Belalang takut kalau-kalau rahsia pembohongannya akan diketahui oleh Raja Indera Maya sekiranya dia gagal mengenal pasti jantina anak itik.

PERTARUHAN YANG KETERLALUAN - Nakhoda sanggup menyerahkan tiga buah kapal dan

semua muatan di dalamnya jika Raja Indera Maya dapat menjawab soalannya. Raja Indera Maya pula sanggup menyerahkan negerinya jika pihaknya gagal mengenal jantina anak itik yang baru menetas.

KEGAGALAN MENYIMPAN MAKLUMAT YANG PENTING MENGAKIBATKAN KERUGIAN BESAR - Nakhoda menceritakan cara mengenal pasti jantina anak
itik kepada isterinya. Ceritanya itu didengar oleh Pak Belalang. Sebagai akibatnya, nakhoda kehilangan tiga buah kapal dan pulang kenegerinya dengan berpakaian sehelai sepinggang.

Bahasa Klasik => hatta, sebermula, sahaya, hina. Bahasa istana => baginda, tuanku, menitahkan. Bahasa Arab => kudrat, Ya Allah ya rabbi. Peribahasa => buah hati, sehelai sepinggang. Simile => serasa mati hidup kembali.

Taat kepada pemerintah. - Pak Belalang terus pergi menghadap raja apabila Raja
Indera Maya memerintahnya hadir di istana.

Bertimbang rasa. - Raja Indera Maya memberikan tiga buah perahu dan

bekalan secukupnya kepada nakhoda untuk pulang ke negerinya.

Bertawakal. - Pak Belalang menyerah diri kepada Allah sambil berdoa


agar hajatnya untuk mengenal pasti jantina anak itik dimakbulkan Allah.

Penyayang. - Nakhoda sayang akan isterinya hingga sanggup

mendedahkan rahsia penting tentang cara menentukan jantina anak itik itu kepada isterinya.

Kita haruslah yakin dalam semua perkara yang kita lakukan. Setiap orang hendaklah berusaha dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah. Elakkan diri daripada bersikap suka berbohong. Elakkan perbuatan suka bertaruh kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri. Kita hendaklah berhati-hati dalam sebarang percakapan kerana musibahnya akan menimpa diri sendiri.

You might also like