You are on page 1of 8

FRIDAY, OCTOBER 2, 2009

Kepentingan Alam Sekitar, Pencemaran Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar
CINTAILAH ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, sertatenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Kepentingan alam sekitar Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik kepentingannya adalah: Kesihatan manusia terjamin Tarikan pelancong asing Pembekalan udara yang segar Ekosistem yang stabil Habitat hidupan darat dan air terpelihara Mengelakkan kepupusan Punca-punca Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah: Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan Penebangan pokok-pokok secara berleluasa Pembakaran terbuka Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk Pembuangan sisa-sisa toksik

Kesan-kesan Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut: Pencemaran udara dan jerebu Fenomena hujan asid Pencemaran bau Pencemaran air Kemusnahan hidupan akuatik Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat Keracunan Hakisan tanah dan banjir Kesihatan terjejas Langkah-langkah mengatasi Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap: peringkat antarabangsa pemerintah organisasi individu. Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam. Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman. Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anakanak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai

rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah. Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barangbarang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barangbarang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
POSTED BY LEPAT AT 3:24 AM LABELS: PENDIDIKAN ALAM SEKI TAR, TITAS

http://rujuknota.blogspot.com/2009/10/kepentingan-alam-sekitar-pencemaran.html

Kepentingan Alam Sekitar


Published On Mei 25th 2011 By muhammadyusuf123. Under: Uncategorized. Tags: alam sekitar, lingkungan

Alam

sekitar

termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup yang terdapat secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit landskap yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia, termasuk flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, sertatenaga yang tidak terlibat hasil daripada aktiviti manusia. Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara

kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih. Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulaupulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga. Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan , sistem pernafasan

manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan menjalakan pembangunan dengan sistematik. Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.

Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan, menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memguatkuasakan undang-undang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan tiada kawalan demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutanhutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis haiwan yang kian terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus. Kesimpulannya, alam sekitar adalah sangat penting kepada kita semua. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar ataupun boleh dikatakan bumi yang kami cintai yang semakin teruk.

http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/kepentingan-alam-sekitar/

You might also like