You are on page 1of 3

Persekitaran Kerja Berdasarkan pemerhatian kami ketika melawat ke klinik personalia , kami mendapati bahawa kawasan klinik beliau

terletak berhampiran dengan jalan besar. Hal ini bagi memudahkan para pesakit agar mudah untuk mencari klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan . Selain itu , di klinik itu sendiri terdapat beberapa kemudahan bagi keselesaan pesakit. Antaranya ialah klinik tersebut mempunyai dua bilik rawatan berbekam yang disediakan bagi pesakit lelaki dan wanita selain mempunyai doktor bagi pesakit lelaki dan wanita. Di samping itu, klinik tersebut juga ada menyediakan ruang menunggu yang selesa bagi ahli keluarga pesakit yang dilengkapi dengan televisyen. Bagi memudahkan pesakit, klinik tersebut menggunakan kaedah temu janji, di mana pesakit dikehendaki untuk mengadakan temu janji dengan personalia itu sendiri sebelum datang untuk mendapatkan rawatan bekam atau rawatan lain bagi mengelakkan pertembungan rawatan atau mengelakkan dari pesakit menunggu dengan lebih lama. Menurut personalia, terdapat beberapa risiko dalam bidang kerjaya yang beliau ceburi. Antaranya kepuasan pesakit. Hal ini kerana bekam merupakan proses di mana darah kotor dikeluarkan, jadi kebersihan amat dititikberatkan. Jika hal ini diabaikan, maka akan berlakulah implikasi yang tidak diingini sekaligus akan menyebabkan pesakit hilang kepercayaan terhadap perubatan tradisional yang semakin hilang ditelan arus permodenan. Selain itu, penyakit juga boleh berjangkit kepada doktor itu sendiri sekiranya beliau tidak berhati-hati atau cuai semasa mengendalikan pesakit. Antara tekanan kerja yang dihadapi sebagai seorang pengamal perubtan alternative ini ialah ketika melayan kerenah pesakit yang pelbagai. Sebagai doktor yang bertauliah, personalia perlu bijak dalam menangani emosi ketika berhadapan dengan pesakit. Beliau juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Stail kehidupan bagi seorang pengamal perubatan alternatif seperti personalia tidak banyak perbezaannya dengan pekerjaan yang lain terutamanya doktor perubatan biasa. Perbezaannya ialah pada waktu bekerja. Memandangkan personalia membuka klinik sendiri, jadi beliau tidak terikat dengan waktu bekerja. Menurut personalia juga kliniknya dibuka juga apabila mempunyai permintaan daripada pesakit itu sendiri.

Profil Personalia Berdasarkan hasil temu bual serta pemerhatian, kami mendapati personalia amat sesuai dengan pekerjaan beliau. Hal ini kerana beliau merupakan seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja terutamanya dengan pesakit beliau. Ciri ini amat penting bagi seorang doktor yang Berjaya agar pesakit lebih selesa untuk menjalani rawatan dan tidak kekok. Beliau juga seorang yang sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini terbukti apabila beliau besungguh-sungguh member tunjuk ajar kepada kami cara untuk berbekam. Kami turut bertanyakan kepada personalia apakah faktor-faktor yang menyebabkan beliau menceburkan diri dalam bidang perubatan alternatif. Beliau menjawab kerana bekam itu sendiri semakin hilang ditelan arus permodenan. Jadi beliau ingin memartabatkan semula bekam ini di mata masyarakat. Faktor kedua pula ialah kerana beliau ingin berbakti kepada masyarakat dengan merawat mereka debgan menggunakan perubatan yang dianjurkan dalam Islam. Antara nilai kerja yang diamalkan di klinik personalia ialah mesra, cekap dan bersih. Seperti yang telah dinyatakan di atas sesorang doktor perlulah mesra dengan pesakitnya bagi mengelakkan pesakit merasa kekok ketika rawatan dijalankan. Cekap pula merujuk kepada kepakaran doktor itu sendiri dalam mengendalikan alatan-alatan bekam. Bersih pula merujuk kepada alatan-alatan bekam yang digunakan selepas proses pembekaman dijalankan. Alatanalatam tersebut perlulah dibersihkan lalu di sterilkan bagi membasmi kuman penyebab penyakit.

You might also like