You are on page 1of 10

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN C KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

11.4 11.4.1

SYARAT PEMBERIAN SIJIL/PERNYATAAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

(a) Calon yang lulus Bahasa Melayu layak mendapat sijil SPM. (b) Calon yang gagal Bahasa Melayu tetapi lulus mata pelajaran lain layak mendapat Pernyataan Keputusan SPM. 11.4.2 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

(a) Calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul bagi kesemua sepuluh (10) mata pelajaran layak mendapat sijil STAM. (b) Calon yang gagal satu (1) mata pelajaran atau lebih, layak mendapat Pernyataan Keputusan STAM. 11.5 PEMBATALAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(a) Menurut peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Pembatalan Keputusan Peperiksaan: Pengarah Peperiksaan boleh membatalkan keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan calon jika dibuktikan bahawa calon itu telah melakukan suatu salah laku dalam sesuatu peperiksaan. (b) Keputusan calon akan dicatatkan sebagai DIBATALKAN sekiranya calon telah terbukti melakukan salah laku. 11.6 PENGGANTUNGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(a) Menurut peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Penggantungan Keputusan Peperiksaan Sementara Menunggu Penyiasatan Selesai: Pengarah Peperiksaan boleh, jika yang difikirkannya patut, menggantung keputusan peperiksaan seseorang calon sementara menunggu selesainya penyiasatan tentang salah laku calon yang dikatakan. (b) Keputusan calon akan dicatatkan sebagai DIGANTUNG sekiranya calon berkenaan disyaki melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusannya hanya akan dikeluarkan selepas siasatan tentangnya selesai.

34

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

11.7

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(a) Menurut peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Penyemakan Semula: (1) Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu. (2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syaratsyarat yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee. (b) Permohonan semak semula hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Semak Semula/Kes T. (c) Permohonan semak semula hendaklah disertakan dengan: i ii Borang permohonan yang telah lengkap diisi. Bayaran kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Peperiksaan. Bayaran tunai hanya diterima di Kaunter Urusan, Aras Bawah, Blok E 11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya. Salinan keratan keputusan yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau kakitangan kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua (Calon sekolah sahaja). Salinan keputusan PBS (Calon sekolah sahaja). Dua (2) sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 cm x 22 cm bersetem.
Lampiran 9 Lampiran 17

iii iv v vi

(d) Peraturan Pentadbiran Permohonan Semak Semula/Kes T dan Borang Permohonan Semak Semula/Kes T boleh dilayari dan dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan. (e) Permohonan boleh dibuat di Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Parcel E, Putrajaya atau melalui pos. Permohonan melalui pos hendaklah di hantar ke alamat: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5-13 Blok E11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (f) Keputusan semak semula adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

35

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

11.8

KES T

(a) Keputusan T pada keratan keputusan bermaksud calon tidak hadir mana-mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. Sekiranya calon telah melaksanakan semua kertas peperiksaan mata pelajaran berkenaan tetapi mendapat keputusan T, calon boleh mengemukakan permohonan Kes T tanpa dikenakan bayaran. (b) Permohonan kes T hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Semak Semula/Kes T. (c) Permohonan Kes T hendaklah disertakan dengan: i ii iii iv v Borang permohonan yang telah lengkap diisi. Salinan keratan keputusan yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau kakitangan kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Salinan Keputusan Peperiksaan Percubaan yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua (Calon sekolah sahaja). Salinan keputusan PBS (Calon sekolah sahaja). Dua (2) sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 cm x 22 cm berserta setem.
Lampiran 17

(d) Peraturan Pentadbiran Permohonan Semak Semula/Kes T dan Borang Permohonan Semak Semula/Kes T boleh dilayari dan dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan. (e) Permohonan boleh dibuat di Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Parcel E, Putrajaya atau melalui pos. Permohonan melalui pos hendaklah di hantar ke alamat: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5-13 Blok E11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (f) Keputusan Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

36

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

12 12.1

SIJIL /PERNYATAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGELUARAN SIJIL /PERNYATAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(a) Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan. (b) Calon sekolah akan menerima sijil/pernyataan keputusan peperiksaan daripada Pengetua sekolah tempat calon mendaftar. (c) Calon persendirian akan menerima sijil/pernyataan keputusan peperiksaan daripada Pengarah Pelajaran Negeri di negeri calon mendaftar. (d) Sebarang pindaan atau pengubahsuaian pada sijil/pernyataan keputusan peperiksaan akan menyebabkan sijil peperiksaan/pernyataan keputusan tidak sah. (e) Pengarah Peperiksaan/Pengarah Pelajaran Negeri tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sijil/pernyataan keputusan peperiksaan yang tidak dituntut. (f) Pengarah Peperiksaan boleh melupuskan sijil/ pernyataan keputusan peperiksaan yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditentukan olehnya. 12.2 TERJEMAHAN SIJIL PEPERIKSAAN

(a) Calon boleh memohon untuk terjemahan sijil peperiksaan dalam bahasa Inggeris sahaja. (b) Permohonan terjemahan sijil peperiksaan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil Hilang/Rosak/Terjemahan. (c) Permohonan terjemahan hendaklah disertakan dengan: i ii iii iv Borang permohonan yang telah lengkap diisi. Bayaran kiriman Peperiksaan. wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah
Lampiran 9 Lampiran 18

Bayaran tunai hanya boleh dibuat di Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Parcel E, Putrajaya. Salinan sijil peperiksaan yang telah disahkan oleh Pengetua atau kakitangan kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional.

(d) Panduan Permohonan Terjemahan Sijil dan Borang Permohonan Salinan Sijil Hilang/Rosak/Terjemahan boleh didapati dari: i ii iii Laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lpm Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Putrajaya. Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, JPN.
37

BAHAGIAN C

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

12.3

KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN SIJIL/ PERNYATAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(a) Menurut peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Sijil Peperiksaan/Pernyataan Keputusan Yang Hilang Atau Rosak: (1) Pengarah Peperiksaan boleh, apabila permohonan dibuat oleh calon mengeluarkan satu surat memperakui keputusan peperiksaan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau pernyataan keputusan yang hilang atau rosak. (b) Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan hanya akan dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. (c) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Borang permohonan boleh didapati di: i ii iii Laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lpm Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Putrajaya. Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, JPN
Lampiran 18

(d) Permohonan boleh dibuat di Kaunter Urusan, Aras Bawah, Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Parcel E, Putrajaya dengan menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti. (e) Permohonan yang dibuat melalui pos atau permohonan melalui wakil hendaklah disertakan dengan surat sumpah atau laporan polis yang mengandungi maklumat berikut: i ii iii iv v vi Nama yang digunakan semasa mengambil peperiksaan Nombor kad pengenalan Tarikh lahir Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka giliran Nama peperiksaan Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan

(f) Permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek persendirian tidak diterima. (g) Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
38

You might also like