You are on page 1of 17

BORANG KOLABORASI NAMA PELATIH NOMBOR KP KUMPULAN SUBJEK PENSYARAH : AKMAL ADLI BIN NASARUDDIN : 920213-08-5135 : F3E : AKHLAK

: PN SHABIBAH BT SHAUFIT AFFANDI SEMESTER : 3

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Catatan

Tandatangan

Penghargaan. Assalamualaikum wbt. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan akhlak ini. Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat pensyarah subjek, Ustazah Shabibah Bt Shaufit Affandi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada saya sewaktu tugasan ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga buat ayah bonda yang sentiasa memberi sokongan yang padu dan tinggi sepanjang tempoh perjuangan ini. Akhirnya, salam ingatan buat rakan-rakan yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya. Terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi dalam melaksanakan tugasan ini. Antaranya ialah tugasan ini memerlukan fakta dan kurangnya bahan rujukan dalam menghasilkan tugasan ini. Saya membuat keputusan untuk mencari bahan di perpustakaan dan internet bagi menghasilkan idea yang baik. Akhirnya, tugasan ini telah disiapkan bersama kehendak soalan yang diberikan. Teguran yang membina amatlah diharapkan agar saya dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik pada masa hadapan.

Tajuk : Isu akhlak merupakan satu topik yang sangat hangat dibincangkan dewasa ini. Oleh itu anda diminta menganalisis beberapa isu akhlak dengan memberi contoh yang relevan serta mengenal pasti punca keruntuhan akhlak dan langkah-langkah mengatasinya. Bincangkan. Pendahuluan.

Apabila rosak pemuda-pemudi, maka rosaklah sesuatu bangsa itu. Begitulah kata-kata yang dipetik daripada pujangga arab. Apabila runtuh dan lenyap akhlak remaja itu, maka runtuh jugalah umat manusia tersebut. Menurut kamus dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Seterusnya mengikut Istilah ; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia bererti satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Telah dijelaskan di dalam Al-quran tentang akhlak. Firman Allah :

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4). Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari). Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja. Ini adalah kerana keluarga merupakan sumber yang pertama ditemui sejak mereka dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam

mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang menyebabkan mereka terjerumus kepada keruntuhan akhlak dan berlakunya gejala sosial kerana mereka masih tidak mampu untuk mencari jati diri mereka sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Dewasa ini, kita diperlihatkan dengan pelbagai perbuatan serta salah laku yang majoritinya dipelopori oleh golongan remaja. Masalah ini makin kerap dilakukan oleh pelajar meskipun pelbagai inisiatif serta usaha untuk membanteras gejala ini. Persoalannya, apakah punca keruntuhan akhlak ini? Apakah langkah-langkah yang perlu diatasi untuk menyelamatkan remaja daripada masalah ini? Di dalam dada-dada akhbar, kita telah lali dengan pelbagai masalah keruntuhan akhlak. Di antaranya ialah gejala lumba haram atau lebih popular dengan panggilan Mat Rempit. Gejala ini dipelopori oleh golongan remaja sendiri yang terdiri daripada lingkungan umur 15 hingga 25 tahun. Remaja ini juga majoritinya merupakan pelajar yang bermasalah dan melakukan pelbagai kegiatan salah laku di sekolah. Mereka juga di antara mereka yang sudah tidak bersekolah. Kebanyakan mereka adalah remaja lelaki namun terdapat juga remaja perempuan yang menjadi Minah Rempit dengan membonceng motor atau menjadi taruhan di dalam perlumbaan tersebut. Aktiviti ini kerapkali dilakukan pada waktu malam di antara sekitar pukul 1 hingga 4 pagi. Lebih menyedihkan, majoriti masalah ini melibatkan remaja Melayu islam.

(Gejala Mat Rempit)

Kegiatan yang tidak bermoral ini juga termasuklah masalah seks bebas dikalangan remaja. Kegiatan ini kian menular sama ada pelajar sekolah mahupun pelajar institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini kian meningkat setiap tahun. Bagi remaja yang berkemampuan, mereka

menyewa hotel ataupun bilik sewa manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka memuaskan nafsu di tempat yang kurang menjadi perhatian awam. Namun begitu, hal ini telah jelas diterangkan dalam Al-quran yang bermaksud :

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 17:32)

(seks bebas)

Akibat berlakunya gejala seks bebas, maka mengandung luar nikah dan pembuangan bayi juga terus meningkat. Lebih menyedihkan apabila remaja yang masih bersekolah juga turut terlibat dengan kegiatan ini. Remaja perempuan yang terpedaya ini terus melupakan segala masalah dengan berseronok bersama teman lelaki yang kebanyakannya hanya mengambil kesempatan ke atas mereka. Selepas diketahui hamil, masing-masing tidak mahu bertanggungjawab lalu mengambil keputusan untuk menggugurkan atau membuang bayi mereka tanpa ada perasaan kemanusiaan. Nilai kemanusiaan mereka terus hilang dengan kenikmatan dunia.

(pembuangan bayi)

Aktiviti tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah juga tidak kurang hebatnya yang berlaku di negara kita. Statistik yang menunjukkan bahawa gejala ini makin meningkat amat membimbangkan. Pelakunya masih daripada golongan remaja yang majoritinya mempunyai masalah dalaman. Walaupun hukuman yang berat akan dijatuhkan sekiranya terlibat dengan dadah, namun ia seolah-olah hanya sekadar satu peraturan sahaja. Ini kerana gejala ini makin berleluasa malah kini remaja sekolah telah berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Hukum ini telah nyata dijelaskan dalam Al-quran. Firman Allah :

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al Baqarah : 195) Kesannya, lebih ramai anak remaja yang dihantar ke dalam pusat serenti berbanding masuk ke universiti. Jika hal ini terus berlaku, mungkinkah negara ini akan terus maju atau sebaliknya?

(penyalahgunaan dadah)

Punca Masalah. Menerusi masalah yang kerap dibincangkan dewasa ini, apakah punca masalah ini berlaku? Punca masalah ini akan dirungkaikan satu persatu : 1- Kurangnya didikan dan penghayatan agama. Antara faktor yang berlaku adalah kurang pengetahuan tentang agama. Maka tidak hairanlah gejala ini makin berleluasa kerana dosa dan pahala tidak dapat dibezakan. Penghayatan agama juga tidak kerap dilakukan di sekolah seperti program Penghayatan Fardu Ain dan sebagainya. Majoriti program penghayatan di sekolah dijalankan atas dasar pelaksanaan sesuatu tanpa mendapatkan objektifnya. Secara tidak langsung ramai remaja yang menggunakan agama sebagai satu pengetahuan sampingan. Di samping itu gejala menghafal nota hanya untuk lulus dalam peperiksaan tanpa pengamalan menyebabkan remaja tidak dapat memahami agama tersebut. Dijelaskan di dalam Al-quran firmanNya :

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Anam : 120)

2- Tidak Wujudnya Hubungan Kekeluargaan Di Rumah. Hubungan Kekeluargaan merupakan antara aspek penting dalam keharmonian rumah tangga. Apabila hubungan ini hilang atau renggang, maka wujudlah kepincangan dan masalah antara keluarga. Hubungan ini sewajarnya dilakukan oleh ibu bapa bagi mengeratkan kasih sayang dan sayang. Namun yang telah kerap berlaku apabila ibu bapa sibuk mencari nafkah sehingga mengabaikan kasih sayang dan perhatian terhadap anak-anak. Maka inilah yang terjadi apabila remaja kini mencari luahan kasih pada tempat yang tidak sepatutnya. Apabila ibu bapa pulang dari kerja sehingga lewat malam, keadaan mereka yang letih menyebabkan golongan remaja mudah untuk keluar pada waktu malam. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh juga menyebabkan anak-anak tertekan. Tempat yang menjadi luahan hati mereka telah bertukar menjadi tempat untuk dimarahi. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan anakanak tidak menghormati ibu bapa mereka dan mewujudkan satu masalah apabila mereka tidak mendapat perhatian yang sempurna. 3- Pengaruh Media Massa. Selain itu, media massa juga adalah salah satu punca kepada pertambahan masalah sosial. Ini dapat kita lihat menerusi filem-filem barat yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri akhlak yang baik. Dari segi cara pemakaian, percakapan, pergaulan yang tidak langsung membina jati diri. Hal ini menjadi lebih rumit apabila pengarah filem di Malaysia juga lebih cenderung untuk menerbitkan filem yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak. Malah, ia mendapat sambutan yang amat tinggi hingga kepada kutipan jutaan ringgit menerusi penerbitan filem tersebut. Internet juga adalah laman yang menyebabkan runtuhnya akhlak manusia. Ini kerana, kita mengetahui kebanyakan laman web di Malaysia juga amat mudah untuk melihat laman web yang lucah dan tidak sesuai untuk ditontoni. Apabila remaja melihat kepada laman ini, mereka berkeinginan untuk mencuba dan mempelajari. Inilah yang menyebabkan masalah sosial makin meningkat. Namun begitu, hal ini telah diterangkan Hadis : Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ,Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya. (Hadis riwayat Ahmad)

Juga di dalam Al-quran. Firmannya yang berbunyi :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

4- Pengaruh Rakan Sebaya. Yang terakhir adalah pengaruh rakan sebaya. Ini kerana remaja masing-masing mempunyai rakan. Akan tetapi, masalah ini berlaku apabila rakan mereka lebih banyak terlibat dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Peningkatan masalah ini berlaku dengan begitu cepat kerana sifat remaja yang ingin mencuba dan yang suka berseronok tanpa kawalan. Walaupun terdapat remaja yang rosak dapat dibimbing kembali ke pangkal jalan, tetapi remaja yang baik terjerumus kepada masalah ini lebih banyak dan terus meningkat. Gejala Ini dapat dilihat apabila golongan cerdik pandai pada waktu sekolah menengah, tetapi mengambil dadah dan mengamalkan seks bebas ketika di institusi pengajian akibat terpengaruh dengan rakan. Di dalam hadis, Rasulullah ada menjelaskan mengenai rakan : Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi). "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Langkah Mengatasi. Oleh itu apakah langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah tersebut dengan berkesan?

1- Menjadikan Islam sebagai Ad-Din dan panduan hidup. Walaupun terdapat ramai remaja yang mengaku muslim, tetapi ramai juga yang tidak mengamalkan agama sebagai panduan utama dalam kehidupan. Maka wujudlah remaja yang mempermain-mainkan agama dan meletakkan agama sebagai adat dalam kehidupan. Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana Allah telah menjelaskan dalam firmanNya :

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Maidah :3 )

Ayat ini dengan jelas menerangkan tentang kepentingan dan keredaan Allah kepada agama Islam. Agama Islam juga telah diredhai oleh Allah melalui firmanNya :

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. (Al-Imran : 19)

Semua masalah yang berlaku ini adalah kerana mereka lari daripada agama. Apabila mempunyai masalah, mereka tidak mempunyai sumber rujukan dan menggunakan hawa nafsu sebagai penyelesaiannya. Islam merupakan agama yang syumul dan sempurna, yang terdiri daripada akidah dan keimanan, syariah dan undang-undang, dan ihsan atau akhlak juga terkenal dengan tasawuf. Penerimaan dan penghayatan terhadap ketiga-tiga asas ini adalah wajib.

2- Peranan Kerajaan. Selain itu juga, kerajaan hendaklah sedar dan berperanan dalam isu ini. Mereka hendaklah menyekat segala laman web yang mengandungi unsur lucah bagi mengelakkan remaja terus hanyut dengan keseronokan. Ini kerana remaja yang baik dari pendidikan ibu bapa juga boleh terjebak dengan laman web ini apabila mereka bersosial bersama rakan-rakan. Selain itu, kerajaan juga hendaklah menerbitkan lebih banyak filem yang berkisar tentang keperibadian yang tinggi dan contoh akhlak yang terpuji. Secara tidak langsung, tumbesaran remaja tidak terdedah dengan perkara yang melalaikan selain dapat meningkatkan produktiviti negara dengan ciri peribadi rakyat yang baik. Apabila agama telah didedahkan dengan meluas dalam media, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kepada fikiran remaja. 3- Peranan Ibu bapa. Seharusnya ibu bapa harus sedar akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Pepatah Melayu Di mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi menunjukkan bahawa keperibadian anak-anak adalah melalui daripada keluarga mereka sendiri. Didiklah mereka dengan didikan agama yang secukupnya dan mengambil teladan daripada kisah para sahabat seperti Luqmanul Hakim dalam mendidik anaknya. Apabila anak-anak melakukan kesalahan, bincanglah dengan sebaiknya dan tegur dengan cara yang lembut dan tegas. Peranan ini amatlah penting bagi golongan lelaki kerana mereka yang akan menjadi ketua keluarga serta mewarisi pemimpin kepada negara.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun. (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud). Ibu bapa juga hendaklah mengetahui bersama siapa anak-anak mereka berkawan dan menyelidik aktiviti mereka sekiranya mereka membuat masalah. Jangan selalu menyalahkan kepada pihak pentadbiran sekolah kerana mereka tidak mampu untuk mendidik dengan sepenuhnya. Hal ini disebabkan waktu yang agak terhad di antara guru dan murid di sekolah. Walaupun sibuk berkerjaya, luangkan sedikit masa dan kasih sayang kepada anak-anak kerana

mereka adalah harta yang paling bernilai sesudah mati. Sesungguhnya anak-anak tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

4- Menjadikan Rasulullah sebagai role model Akhir sekali hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai contoh. Di dalam Al-quran Allah berfirman :

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Terdapat banyak cerita yang boleh diambil iktibar serta contohi daripada keperibadian nabi. Tutur kata yang lembut, berakhlak sopan, berbudi bahasa juga telah menyebabkan ramai golongan kafir yang telah masuk Islam. Terdapat satu cerita pada zaman Nabi ada seorang wanita Yahudi yang terlalu membenci Rasulullah. Setiap kali Rasulullah hendak ke surau, baginda akan melalui hadapan rumah wanita Yahudi itu. Wanita Yahudi yang bencikan Rasulullah meletakkan najis di hadapan rumahnya. Dengan cara yang baik baginda tidak memarahi wanita Yahudi tersebut. Akan tetapi, pada suatu hari apabila Rasulullah melalui hadapan rumah wanita tersebut, baginda tidak melihat najis di situ. Lalu baginda bertanya kepada sahabat dan sahabat berkata wanita itu jatuh sakit. Selepas waktu solat, baginda pergi melawat wanita tersebut. Wanita itu sungguh terharu akan keperibadian Rasulullah lalu memeluk Islam. Oleh itu, banyak membaca sirah nabi dan mencontohi akhlak baginda kerana baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Penutup. Sebagai kesimpulan, masalah remaja di negara kita adalah pada tahap yang mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya adalah sampai keadaan yang dianggap terdesak. Meskipun ada cadangan mengenai cara mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di perbincangan, forum atau seminar. Pepatah Melayu ada menyebut mencegah lebih baik daripada mengubati amat tepat sekali. Ini kerana apabila semakin rosak dan runtuh akhlak remaja, maka rosak juga bangsa yang selama ini mempunyai tamadun yang tinggi dan hebat. Sabda Rasulullah yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. ( Riwayat At-Tirmidzi ). Oleh itu, masalah ini akan dapat diselesaikan apabila semua pihak mengambil tanggungjawab bagi memastikan golongan remaja akan kembali ke pangkal jalan serta menjadi kebanggaan dan contoh kepada kaum yang lain.

Refleksi Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesihatan dan kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus akhlak ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Pertamanya saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Saya telah diberi pilihan untuk memilih tajuk bagi tugasan ini. Saya mengambil keputusan untuk memilih tajuk mengenal pasti punca keruntuhan akhlak dan cara mengatasinya.

Sepanjang tugasan ini berlangsung, saya telah pergi ke perpustakaan dan mencari bahan ilmiah untuk mencari maklumat. Selain itu, saya menggunakan internet bagi mencari isu yang terbaru pada masa kini. Terdapat pelbagai masalah yang berlaku yang telah saya senaraikan. Saya yakin bahawa masalah ini kerap dibincangkan tanpa diketahui kata putusnya.

Secara keseluruhannya, saya telah mengetahui bahawa masalah keruntuhan akhlak yang berlaku di Malaysia ini amatlah kritikal. Ia seperti kata pepatah Ibarat retak menanti belah. Lebih membimbangkan masalah ini majoriti dikuasai oleh orang Melayu. Ia amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan Islam menjadi mundur. Oleh itu, sebagai bakal guru, saya berasa bertanggungjawab untuk menasihati rakanrakan saya kerana sifat manusia yang mudah lupa. Jika keadaan ini berlarutan, saya khuatir bagaimana keadaan saya untuk mengajar anak-anak di masa hadapan. Harapan saya agar semua pihak mengambil tanggungjawab bagi menyelamatkan keadaan ini daripada terus berleluasa. Semoga dengan langkah-langkah ini dapat menghasilkan semula remaja yang berkualiti untuk kebanggaan negara dan agama pada masa hadapan.

Peta Minda.

Rujukan. Arieff Salleh bin Rosman & Wardah binti Mokhtar (2003) Membentuk Jati Diri Remaja, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Mohd. Ismail Mustari (2005) Menjadi Belia Ceerlang, , Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Siti Meriam Yusoff & Zainal Jain (2009) Umat Islam terhina! Kenapa?, Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Mohd Sharani bin Ahmad & Zainal bin Madon (2004), Panduan Mengurus Remaja Moden, Pahang , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Fadhilah A. Alim, Muhamad A. Shahbudin, (1999). Asas-asas Pembentukan Akhlak Mulia. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa

Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor (2008) Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga, Isu Dan Cabaran, Dilayari pada 2 Ogos 2011 di URL http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga.pdf

Rohayati Bte Deran(2004) Persepsi Ibu bapa Terhadap Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini, Dilayari Pada 3 Ogos 2011 di URL http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/Rohayatiap000467d04ttp.pdf Pewaris Serdang (2008) Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing, Dilayari pada 3 Ogos 2011 di URL http://pewarisserdang.wordpress.com/2008/05/18/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kinimakin-meruncing/

You might also like