You are on page 1of 14

Tajuk

(Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah) Larutan gula dalam air
Tujuan

Mengenal pasti perhubungan antara saiz gula, kaedah larutan (kacau/ tidak kacau) dan kadar larutannya dalam air.
Penyataan masalah 1

Apakah perhubungan antara saiz gula dengan kadar larutannya dalam air?
Hipotesis 1

Kadar larutan gula di dalam air bergantung kepada s aiz gula( gula yang mempunyai jumlah luas permukaan yang tinggi akan larut dengan lebih cepat berbanding gula yang mempunyai luas permukaan yang rendah.

Pemboleh ubah 1

Pemboleh ubah manipulasi : Saiz gula Pemboleh ubah gerak balas : Kadar larutan Pemboleh ubah dimalar : Saiz bikar Isipadu air
Bahan

4 gula berbentuk kubus Gula kasar 2 bikar Span Jam randik

Gambar rajah

Langkah langkah

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 4 gula berbentuk kubus, gula kasar dan 2 bikar. 2. 100ml air paip telah dituangkan ke dalam setiap bikar dengan serentak. 3. Larutkan setiap gula ke dalam bikar seperti yang dinyatakan di bawah : i. ii. Bikar A gula berbentuk kubus dan air Bikar B gula kasar dan air

4. Pelajar meramalkan bikar yang melarutkan gula pada masa yang singkat. 5. Pelajar mengira masa larutan gula dalam air dengan menggunakkan jam randik. 6. Pelajar membandingkan ramalan yang dibuat pada awal e ksperimen dengan keputusan yang didapati daripada experimen tersebut. 7. Satu graf telah dilukis dengan mengunakkan keputusan eksperimen.

Data Bikar Kandungan Masa Yang Diambil Untuk Larutan Gula

Bikar A

gula berbentuk kubus dan air (tidak dikacau)

48 minit 58 saat

Bikar B

gula kasar dan air (tidak dikacau)

41 minit 53 saat

Penyataan masalah 2

Apakah perhubungan antara kaedah larutan dengankadar larutan dalam air?


Hipotesis 2

Kadar larutan gula di dalam air bergantung kepada kaedah larutan. (gula akan larut dalam air dengan cepat jika ia dikacau)
Pemboleh ubah 2

Pemboleh ubah manipulasi :Kaedah larutan (larutan dikacau dan tidak dikacau) Pemboleh ubah gerak balas : Kadar larutan gula Pemboleh ubah dimalar : Saiz bikar Isipadu air
Bahan

2 gula berbentuk kubus Gula kasar 4 bikar Span Jam randik

2 Sudu

Gambar rajah

Langkah langkah

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 gula berbentuk kubus, gula kasar dan 4 bikar dan 2 sudu. 2. 100ml air paip telah dituangkan ke dalam setiap bikar dengan serentak. 3. Larutkan setiap gula ke dalam bikar seperti yang dinyatakan di bawah : i. ii. iii. iv. Bikar A gula berbentuk kubus dan air Bikar B gula kasar dan air Bikar C gula berbentuk kubus, air dan sudu Bikar D gula kasar, air dan sudu

4. Pelajar meramalkan bikar yang melarutkan gula pada masa yang singkat. 5. Pelajar mengacau larutan gula dalam bikar C dan D. 6. Pelajar mengira masa larutan gula dalam air dengan menggunakkan jam randik.

8. Pelajar membandingkan ramalan yang dibuat pada awal eksperimen dengan keputusan yang didapati daripada experimen tersebut. 9. Satu graf telah dilukis dengan mengunakkan keputusan eksperimen.
Data Bikar Kandungan Masa Yang Diambil Untuk Larutan Gula

Bikar A

gula berbentuk kubus dan air (tidak dikacau)

48 minit 58 saat

Bikar B

gula kasar dan air (tidak dikacau)

41 minit 53 saat

Bikar C

gula berbentuk kubus dan air (dikacau)

1 minit 15 saat

Bikar D

gula kasar dan air (dikacau)

1 minit 10 saat

Penyataan masalah 3

Apakah perhubungan antara kuantiti air dengan kadar larutannya dalam air?
Hipotesis 3

Kuantiti air yang banyak akan melarutkan gula dengan cepat.


Pemboleh ubah 3

Pemboleh ubah manipulasi : Kuantiti air yang digunakan untuk melarutkan gula (100ml dan 500 ml) Pemboleh ubah gerak balas : Kadar larutan gula dalam air Pemboleh ubah dimalar : Saiz bikar

Bahan

2 gula berbentuk kubus Gula kasar Air (100 ml dan 500 ml) 4 bikar Jam randik Span
Gambar rajah

Langkah langkah

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 gula berbentuk kubus, gula kasar dan 4 bikar. 2. 100ml air paip telah dituangkan ke dalam 2 bikar dan lagi 2 bikar dipenuhi dengan 500 ml air dengan serentak. 3. Larutkan setiap gula ke dalam bikar seperti yang dinyatakan di bawah : i. ii. iii. iv. Bikar A gula berbentuk kubus dan 100 ml air Bikar B gula kasar dan 100 ml air Bikar C gula berbentuk kubus, dan 500 ml air Bikar D gula kasar, dan 500 ml air

4. Pelajar meramalkan bikar yang melarutkan gula pada masa yang singkat. 5. Pelajar mengira masa larutan gula dalam air dengan menggunakkan jam randik. 6. Pelajar membandingkan ramalan yang dibuat pada awal eksperimen dengan keputusan yang didapati daripada experimen tersebut. 7. Satu graf telah dilukis dengan mengunakkan keputusan eksperimen.

Data Bikar Kandungan Masa Yang Diambil Untuk Larutan Gula

Bikar A

gula berbentuk kubus dan 100 ml air

Bikar B

gula kasar dan 100 ml air

Bikar C

gula berbentuk kubus dan 500 ml air

Bikar D

gula kasar dan 500 ml air

Penyataan masalah 4

Apakah perhubungan antara saiz sudu dengan kadar larutannya dalam air?
Hipotesis 4

Kadar larutan gula dalam air akan meningkat jika sudu bersiaz besar digunakan untuk mengacau larutan gula berbanding dengan sudu bersaiz kecil (teh)
Pemboleh ubah 4

Pemboleh ubah manipulasi : Saiz sudu yang digunakan untuk mengacau larutan gula Pemboleh ubah gerak balas : Kadar larutan gula dalam air Pemboleh ubah dimalar : Saiz bikar

Bahan

2 gula berbentuk kubus Gula kasar Air 4 bikar Jam randik Span

Gambar rajah

Langkah langkah

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 gula berbentuk kubus, air, gula kasar, sudu yang berlainan saiz dan 4 bikar. 2. 100ml air paip telah dituangkan ke dalam 4 bikar dengan serentak. 3. Larutkan setiap gula ke dalam bikar seperti yang dinyatakan di bawah : i. ii. iii. iv. Bikar A gula berbentuk kubus, sudu bersaiz besar dan air Bikar B gula kasar, sudu bersaiz besar dan air Bikar C gula berbentuk kubus, sudu teh dan air Bikar D gula kasar, sudu teh dan air

4. Pelajar meramalkan bikar yang melarutkan gula pada masa yang singkat. 5. Pelajar mengira masa larutan gula dalam air dengan menggunakkan jam randik. 6. Pelajar membandingkan ramalan yang dibuat pada awal eksperimen dengan keputusan yang didapati daripada experimen tersebut. 7. Satu graf telah dilukis dengan mengunakkan keputusan eksperimen.

Data Bikar Kandungan Masa Yang Diambil Untuk Larutan Gula

Bikar A

gula berbentuk kubus, sudu besar dan air

Bikar B

gula kasar, sudu besar dan air

Bikar C

gula berbentuk kubus, sudu teh dan air

Bikar D

gula kasar, sudu teh dan air

Penyataan masalah 5

Apakah perhubungan antara larutan yang berlainandengan kadar larutannya dalam air?
Hipotesis 5

Kadar larutan gula akan meningkat jika air panas digunakan sebagai larutan.
Pemboleh ubah 5

Pemboleh ubah manipulasi :Jenis larutan (air panas dan air paip) Pemboleh ubah gerak balas : Kadar laruta n gula dalam air Pemboleh ubah dimalar
Bahan

: Saiz bikar

2 gula berbentuk kubus Gula kasar Air panas dan air paip

4 bikar Jam randik Span


Gambar rajah

Langkah langkah

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 gula berbentuk kubus, gula kasar, air panas, air sejuk dan 4 bikar. 2. 100ml air paip telah dituangkan ke dalam 2 bikar dan 100 ml air panas telah dituangkan ke dalam 2 lagi bikar dengan serentak. 3. Larutkan setiap gula ke dalam bikar seperti yang dinyatakan di bawah : i. ii. iii. iv. Bikar A gula berbentuk kubus, dan air panas Bikar B gula kasar, dan air panas Bikar C gula berbentuk kubus,dan air sejuk Bikar D gula kasar, dan air sejuk

4. Pelajar meramalkan bikar yang melarutkan gula pada masa yang singkat.

5. Pelajar mengira masa larutan gula dalam air dengan menggunakkan jam randik. 6. Pelajar membandingkan ramalan yang dibuat pada awal eksperimen dengan keputusan yang didapati daripada experimen tersebut. 7. Satu graf telah dilukis dengan mengunakkan keputusan eksperimen.

Data Bikar Kandungan Masa Yang Diambil Untuk Larutan Gula

Bikar A

gula berbentuk kubus, dan air panas

Bikar B

gula kasar, dan air panas

Bikar C

gula berbentuk kubus, dan air sejuk

Bikar D

gula kasar, dan air sejuk

Analisa data

Keputusan yang didapati melalui eksperimen inimenunjukkan bahawa kadar larutan dipengaruhi oleh saiz gula.Apabila bikar A dibandingkan dengan bikar B kadarlarutan bikar B lebih tinggi berbanding dengan bikar A. Ini dapat dilihat apabila kadar larutan gula meningkat apabila jumlah luas permukaan gula meningkat. Contohnya, gula dalam Bikar Bgula larut dengan cepat berbanding dengan bikar A. Ini kerana bikar A mengandungi gula berbentuk kubus dan bikar B pula mengandungi gula kasar. Gula kasar larut dalam air dengan kadar yang cepat kerana ia mempunyai jumlah luas permukaan yang tinggi. Manakala gula berbentuk kubus mempunyai jumlah luas permukaan yang rendah.Ini menyebabkan gula berbentuk kubus mengambil masa yang lama larut dalam air. Selain itu, kaedah larut an juga mempengaruhi kadar larutan gula dalam air. Di sini terdapat dua jenis kaedah larutan yang digunakan iaitu mengacau air dan tidak mengacau air.Gula dalam larutan yang dikacau larut dalam air dengan cepat berbanding dengan larutan yang tidak dikacau. Ini dapat dilihat daripada eksperimen. Contohnya, bikar B mengambil masa selama 1 minit dan 15 saat untuk melarutkan gula berbentuk kubus di dalam air manakala bikar A mengambil masa selama 48 minit dan 58 saat untuk melarutkan gula yang sama jenis dengan bikar B. Terdapat perbezaan masa untuk melarutkan gula jenis yang sama kerana dalam bikar A larutannya tidak dikacau manakala larutan dalam bikar B dikacau.

Kesimpulan

1. Kadar larutan meningkat apabila jumlah luas permukaan gula yang digunakan adalah tinggi. Hipotesis diterima. 2. Kadar larutan meningkat apabila kaedah larutan (mengacau larutan gula) digunakan. Hipotesis diterima.

You might also like