You are on page 1of 4

Bibliografi Choong Lean Keow (2008). Siri Pendidikan Perguruan: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1988). Siri Pendidikan: Perguruan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang (2009). Siri Pengajian Profesional: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Tengku Zawawi b. Tengku Zainal (2010). Faktor-faktor yang memperngaruhi Pembentukan Kurikulum. http://mujahid.tripod.com . Diakses pada 16 Februari 2011. Tiada nama pengarang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://upu.mohe.gov.my. Diakses pada 16 Februari 2011.

Refleksi Sepanjang melakukan dan melaksanakan tugasan FPK ini, banyak

perkara yang telah saya hadapi baik dari segi mental mahupun fizikal. Bukan itu sahaja, rintangan dan beberapa halangan juga telah saya tempuhi sewaktu proses menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, masih terpalit beberapa faedah dan keuntungan yang telah saya perolehi daripada tugasan ini. Sewaktu memulakan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya telah menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan seperti buku dan jurnal. Hal ini disebabkan oleh kuantiti dan bilangan buku yang terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang sedia ada. Kebanyakan pelajar telah mengambil pelbagai buku di pusat sumber dan ada di antara mereka telah mengambilnya dalam kuantiti yang banyak sehingga peajar lain tidak mampu untuk mendapatkan maklumat. Hal ini memaksa saya menunggu dalam beberapa tempoh sehingga buku yang dipinjam tadi dipulangkan. Tetapi, saya benar-benar bersyukur kerana maklumat yang terdapat di internet telah membantu saya sedikit sebanyak sewaktu tempoh menunggu bahan rujukan berbentuk buku dan jurnal. Di sini, saya telah dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam menggunakan teknologi untuk mencari maklumat. Dalam melaksanakan tugas, sudah pasti kita tidak akan lari daripada keletihan. Begitu juga dengan tugasan ini. Kekuatan mental dan fizikal yang tinggi amat diperlukan kerana saya perlu mengolah isi dengan baik bagi menjelaskan kandungannya secara teratur dan tersusun. Kepenatan yang dialami langsung tidak melemahkan semangat saya, malah membuatkan saya semakin sabar dan bersemangat untuk menyiapkannya kerana semua ini mungkin satu cabaran dan dugaan kecil yang perlu dihadapi. Saya juga dapat menimba pengalaman dan menambahkan ilmu pengetahuan lagi tentang subjek ini dan secara tidak langsung saya lebih memahami akan Falsafah Pendidikan kebangsaan dan kepentingannya kepada diri, masyarakat, bidang pendidikan dan negara.

Lampiran

Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran terhadap ilahi kerana dengan izinnya, saya telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing saya bagi subjek ini iaitu Tuan Haji Zahari Bin Mohd Sarji kerana banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar bagi memudahkan dan melancarkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, rasa terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu terutama dari segi kewangan dan mereka juga banyak memberi kata-kata semangat kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu dalam mencari maklumat dan berkongsi bahan-bahan untuk menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan. Jasa anda amat saya hargai dan semoga baik budi anda akan dibalas jua nanti.

You might also like