You are on page 1of 3

Error! No text of specified style in document.

SEJARAH PENGENDALIAN PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN SAINS + MATEMATIK (PPPS+M) Melalui minit Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Hj Awg Abd Rahman, Menteri Pendidikan pada ketika itu kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan bilangan KPE/M5/DG/23:11/2005pt.1 bertarikh 8 Syawal 1427 bersamaan 31 Oktober 2006, Yang Berhormat Pehin telah membangkitkan mengenai pencapaian dan jumlah pelajar yang mengambil jurusan sains kurang memuaskan. Berikutan itu, di sesi dialog yang dihadiri oleh kira-kira 250 oleh pengetua dan guru besar sekolah-sekolah kerajaan pada 28 November, 2006, Yang Berhormat Pehin sekali lagi telah menekankan kebimbangan mengenai dengan kadar peratus yang rendah bagi pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah. Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Hj Awg Abd Rahman (2006) telah berucap: Saya juga ingin menyebutkan di sini harapan saya mengenai pencapaian penuntut bagi mata pelajaran Inggeris, Sains dan Matematik. Sebagaimana yang pernah saya sebutkan dalam beberapa ucapan saya, peratus penuntut-penuntut di sekolah-sekolah kerajaan yang mengambil mata pelajaran Sains khusus pada peringkat O Level dari tahun 2000 hingga ke tahun 2005 adalah dalam tahap sekitar 18 peratus sahaja. Ini adalah merupakan jumlah yang begitu kecil berbanding dengan jumlah penuntut yang berada di semua sekolah menengah di negara ini Sehubungan itu, Pusat STEP telah diarahkan untuk mengendalikan program-program yang menjurus kearah mempertingkatkan pencapaian Sains dan Matematik di sekolah menengah. Dalam usaha mendukung hasrat Kementerian Pendidikan, Pusat STEP telah mengendalikan Program Peningkatan Pencapaian Sains (PPPS) bagi peringkat sekolah rendah dan menengah bermula pada bulan Januari 2007. Untuk peringkat permulaan, fokus aktiviti hanya tertumpu kepada subjek sains sahaja. Walaupun isu utama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pehin berkaitan dengan pencapaian di peringkat sekolah menengah, Pusat STEP telah melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah kerana menanamkan minat ke jurusan berkenaan lebih mudah jika dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi. Bagi peringkat permulaan ini, pusat STEP hanya memilih 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah daripada beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang disarankan oleh pihak Jabatan Sekolah-Sekolah untuk terlibat dalam PPPS yang merupakan Projek Percubaan (Pilot) selama tiga tahun iaitu: Sekolah Rendah: 1. Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Brunei I 2. Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil, Brunei I 3. Sekolah Rendah Junjongan, Brunei IV

Error! No text of specified style in document.

Sekolah Menengah: 1. Sekolah Menengah Awang Semaun 2. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab 3. Sekolah Menengah Masin Bermula tahun 2007, berbagai aktiviti telah berjaya dikendalikan seperti Kuiz PPPS; Aktiviti Pengayaan di OGDC, Seria; Lawatan Sambil Belajar Ke Maktab Jururawat; Science Educational Games (SEG); Science Trail; Science Explo Race dan sebagainya. Dengan kejayaan Pusat STEP mengendalikan berbagai program PPPS dari tahun 2007 hingga tahun 2009 bersama-sama 6 buah sekolah yang terpilih, Pusat STEP telah mengubah format pengendalian PPPS bagi membolehkan lebih banyak pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan di seluruh Negara untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memfokus kepada subjek Sains dan juga Matematik. Bermula tahun 2010, Pusat STEP telah mengubah PPPS kepada Program Peningkatan Pencapaian Sains + Matematik (PPPS+M). Dalam pengendalian PPPS+M, fungsi Pusat STEP tidak lagi mengendalikan aktiviti tetapi menyelaras aktiviti-aktiviti PPPS+M yang dikendalikan oleh JAPSER, JAPTIM atau sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah mengikut zon dan kluster. Pusat STEP bertanggungjawab memberi khidmat nasihat serta membantu sekolah merancang aktiviti yang bersesuaian yang menjurus kepada tujuan dan objektif PPPS+M. Dari pengalaman mengendalikan Projek Percubaan (Pilot) PPPS pada tahun 2007 hingga 2009, Pusat STEP telah menyediakan format-format khusus bagi pengendalian aktiviti PPPS+M yang boleh didapati di laman web Pusat STEP: www.stepcentrebrunei.blogspot.com. Pegawaipegawai tertentu dari Pusat STEP juga telah dilantik untuk membantu dan memantau pengendalian aktiviti-aktiviti PPPS+M mengikut zon dan cluster. Pusat STEP juga memberi peruntukan wang sebanyak Satu Ribu Ringgit Brunei (B$ 1,000.00) bagi setiap kluster atau zon untuk membiaya aktiviti, disamping membantu menyelaras penyediaan perkhidmatan kemudahan seperti kenderaan dan makan/minum. TUJUAN UTAMA PPPS+M Untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah. Untuk meningkatkan jumlah peratus pelajar yang mengambil aliran sains di peringkat menengah atas.

Error! No text of specified style in document.

OBJEKTIF AM PPPS+M Antara objektif am yang diharap akan dicapai melalui program ini ialah: Untuk Sekolah Membantu sekolah merancang program dan aktiviti yang bersesuaian dan menjurus kepada tujuan. Membantu pihak sekolah untuk membuat perhubungan dengan pihak-pihak lain yang berpotensi untuk memberi bantuan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Membantu sekolah untuk menangani masaalah-masalah yang dipercayai menjadi faktor penyebab pencapaian Sains dan Matematik yang kurang memuaskan di sekolah-sekolah yang terlibat. Untuk Guru Mendedahkan guru kepada kaedah-kaedah yang dipercayai effektif dan seterusnya membantu guru-guru memantapkan kemahiran-kemahiran tersebut bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru. Mengalakkan guru-guru dari sekolah-sekolah yang terlibat untuk berkerja secara berkumpulan bagi meringankan bebanan yang sedia ada. Memperkaya pengetahuan guru-guru dalam berbagai aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah melalui program-program yang khusus dirancang untuk guru. Memberikan peluang kepada guru-guru untuk membuat Kajian (Research) dari penilaian aktiviti PPPS+M bagi mengetengahkan pedagogi pendidikan yang berkesan dan meningkatkan professional pendidikan. Untuk Murid Meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains dan Matematik serta bidang yang berkaitan. Memberi lebih banyak peluang bagi pelajar untuk meneroka bidang Sains dan Matematik di dalam atau luar sekolah melalui pendekatan yang bukan rutin dijalankan di sekolah serta berbentuk praktikal atau hand-on bagi menambah ilmu pengetahuan dan sekali gus menarik minat mereka untuk mempelajari sains dan Matematik. Melibatkan murid-murid dalam kaedah pengajaran yang lebih memfokus kepada kemahiran Sains dan Matematik bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bidang Sains dan Matematik untuk masa depan dan kehidupan serta memberi motivasi kepada pelajar yang mempunyai rekod pencapaian kurang memuaskan atau bermasaalah melalui program-program yang dirancang.

You might also like