You are on page 1of 5

Cort Objektif Pada akhirnya bahagian ini anda akan dapat : Menyenaraikan 7 alat yang terdapat dalam CoRT

T Menerangkan kelebihan setiap alat untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang kita biasa lakukan Menggunakan alat-alat CoRT untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti bahagian ini Memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya CoRT Apa Jenis Keterangan Pengubahsuaian dan pengaplikasian ISI Definisi CoRT CoRT adalah singkatan bagi perkataan Cognitive Research Trust. CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. CoRT adalah terdiri daripada alat-alat berikut : PMI : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting) CAF : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors) C & S : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal) AGO : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives) FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities) APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) OPV : Pandangan orang lain (Other Peoples Views) cuba teliti alat-alat CoRT dan fahamilah kegunaannya. PMI (Plus, Minus, Interesting Kebaikan, Keburukan, Menarik) Pengenalan PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi. P - Plus Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea. M - Minus Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea. I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus. Dalam membuat keputusan anda sesutu perkara idea itu baik atau tidak, adalah lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak menerima atau menolak idea itu. Contoh : semua rumah diwajibkan memasang generator elektrik persendirian. P - Bekalan elektrik boleh diperoleh sepanjang masa. - Rutin harian yang bergantung kepada elektrik tidak terganggu. - Kegunaan elektrik hanya mengikut keperluan penghuni.

- Kurang kemungkinan makanan dan sayuran dalam peti sejuk rosak. M - Kos permulaan membeli dan memasang adalah tinggi. - Penyelenggaraan memerlukan perbelanjaan tinggi. - Pencemaran akibat pembakaran bahan api generator. - Pencemaran bunyi. I - Menggalakkan ciptaan generator yang lebih baik. - Industri pembuatan generator berkembang pesat. Aktiviti L sekolah tidak perlu ada pengawas (prefect) Gunakan PMI untuk mengkaji idea teesebut. Refleksi dan metakognitif Adakah pandangan anda terhadap isu atas sama seperti sebelum aktiviti ini? Adakah pandangan positif / negatif / menarik anda terhadap isu ini bertambah. CAF (Consider All Factors Mengambil kira Semua Faktor ) Pengenalan Apabila anda terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya terdapat banyak faktor yang harus anda mengambil kira.Sekiranya anda tidak mengambil kira beberapa faktor, pilihan anda mungkin betul pada masa itu tetapi terbukti salah kemudiannya.Apabila anda meneliti pemikiran orang lain anda boleh melihat faktorfaktor yang telah tertinggal. Contoh: Sebuah zoo mini telah dibina dengan pembiayaan RM5,OOO.OO daripada PIBG.Program itu gagal selepas tiga bulan kerana kebanyakan haiwan dan tumbuhan peliharaan mati. Program itu gagal kerana pihak berkenaan tidak mengambil kira semua faktor yang berkait dengan penyelenggaraan zoo tersebut.Contohnya,kos jangka panjang makanan haiwan,tenaga untuk menjaga kebersihan dan keperluan haiwan dan tumbuhan, pemantauan kesihatan haiwan dan faktor penyelenggaran semasa cuti sekolah. Aktiviti M Pihak EON merancang untuk mengeluarkan kereya pemandu sebelah kiri untuk pasaran luar negara. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum kereta berkenaan dikeluarkan? Gunakan CAF untuk tujuan ini. Refleksi Adakan CAF menolong anda mengkaji sesuatu Candangan atau idea lebih teliti. Adakah anda dapat menentukan lebih banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan tentang satu candangan atau idea? Kalau ya apakah yang menolong anda buat demikian? C & S (Consequence And Sequel Kesan Mengikut Jangka Masa) Pengenalan Pencipta enjin petrol telah memungkinkan kewujudan kereta=kereta, kapal terbang dan perusahaan minyak. Penciptaan itu juga mengakibatkan pencemaran. Sekiranya semua kesan dapat diramalkan pada masa itu rancangan atau peraturan atau keputusan semuanya mempunyai kesan-kesan yang berterusan untuk suatu masa yang panjang. Dalam memikirkan sesuatu tindakan, kesan-kesanya patut dipertimbangkan. Terdapat 4 kesan : 1. Kesan serta merta 2. kesan jangka pendek ( 1 5 tahun) 3. kesan jangka serdehana ( 5 25 tahun) 4. kesan jangka panjang ( lebih daripada 25 tahun)

contoh : sebuah negara kecil yang pesat membangunan sedang merancang memperkenalkan undang-undang Perancangan Keluarga bertujuan mengawal kadar pertumbuhan penduduk. Seorang ahli Parlimen membantah usul yang dibawa itu dengan mengemukakan kesan jangka panjang terhadap negara itu. Bantahan beliau adalah berasaskan hujah bahawa sumber tenaga manusia akan berkurangan dan akan menjejaskan keselamatan dalam negara. Walau bagaimanapun, beliau mengakui kesan jangka pendek yang positif akan dialami oleh negara. Antara kesan-kesan positif yang beliau kenal pasti adalah kerajaan menjimatkan perbelanjaan negaar,ibu bapa dapat memberi tumpuan layanan yang lebih berkualiti kepada ahli keluarga yang lebih kecil, ibu bapa sendiri dapat memberi perhatian kepada perkembangan kerjaya mereka sendiri.Seiring dengan ini, pendapatan mereka dapat ditingkatkan dan keadaan dapat meningkatkan taraf hidup yang lebih mewah. Refleksi Apakah pendapat anda tentang faedah menggunakan alat C&S? Adakah mengambil kira kesan jangka panjang mengubah pendapat awal anda terhadap sesuatu isu atau cadangan ? AGO (Aims, goals, objectives Tujuan, Matlamat,Objektif) Pengenalan Sesuatu yang kita lakukan mempunyai sebabnya; mungkan disebabkan oleh kebiasaan atau mungkin kerana melihat reaksi daripada orang lain, atau mungkin kerana disebabkan oleh semua orang melakukannya. Tetapi ada kalanya kita melakukan sesuatu bukan kerana sebab-sebab , tetapi kerana hendak mencapai sesuatu hajat atau objektif. Kalau kita tahu apa sebenarnya yang cuba kita capai , ini akan dapat membantu fikiran kita dan dapat membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing. Aktiviti N Kerajaan mengeluarkan undang-undang melarang memotong pokok yang tingginya melebihi 1 meter.Jangkakan apa yang akan terjadi dengan menggunakan C&S. Dalam situasi-situasi tertentu, A (Aims) G (Goals) dan O (Objectives) menunjukkan makna yang sama sahaja. Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita membuat keputusan dan merancang tindakan yang perlu diambil. Contoh : Guru sains di sebuah sekolah rendah memulakan kempen membaca majalah sains di kalangan mueudnya dalam usaha mempertingkatkan keputusan peperiksaan. Usha ini juga secara tidak langsung bertujuan meningkatkan minat terhadap mata pelajaran sains. Matlamat tambahannya pula adalah untuk meluaskan pengetahuan murid dalam bidang sains serta mengukurkan lagi kemahiran membaca dan berbahasa. Susulan daripada program ini timbul objektif baru untuk mengadakan pertandingan kuiz sains ke arah melibatkan lebih ramai murid sekolah dalam daerah tersebut. Refleksi Adakah dengan menggunakan AGO menolong anda memahami tujuan, matlamat atau objektif tindakan orang lain? Adakah mengetahui objektif sesuatu usaha itu akan menolong anda dalam pencapaian objektif itu? Adakah semua objektif yang kenal pasti dengan pertolongan AGO itu mempunyai keutamaan yang sama? Bilakah penting sekali kita mempastikan objektif? Aktiviti O Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah anda bercandang melancarkan kempen kebersihan sekolah. Anda pihak tertentu meragui hasrat persatuan tersebut. Gunakan AGO untuk meneliti kemungkinan tujuan,

matlamat atau objektif persatuan berkenaan. OPV(Other Peoples Views-Pandangan Orang Lain) Pengenalan Banyak situasi berfikir melibatkan orang ramai.Apa yang difikirkan oleh mereka kebanyakannya terdiri daripada aspek-aspek faktor, akibat-akibat yang mungkin timbul, objektif-objektif dan lain-lain. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama. Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ini ialah supaya kita dapat melihat dan mengetahui apa fikiran dan pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi yang wujud.Sesetengahnya akan mempertimbangkan semua faktor yang terliabat (CAF),ada pula mengkaji akibat daripadanya(C&S),ada yang mempunyai objektifobjektif yang berlainan (AGO) dan ada pula yang mempertimbangkan keperluan mustahak sahaja (FIP). Sebenarnya apa yang kita fikirkan sama dengan apa yang difikirkan oleh orang laincuma pandangan sahaja yang berbeza. Contoh: Sebuah lembaga elektrik swasta mencadang membina sebuah empangan jana kuasa hidro di sebuah kawasan hutan simpan. Pandangan pihak lembaga terhadap projek ini adalah untuk: menghasilkan keperluan tenaga elektrik yang mencukupi bagi penduduk tempat menambahkan pendapatan mendokong usaha pembangunan Negara mengurangkan pencemaran akibat penggunaan bahan api organik menambahkan peluang pekerjaan Pandangan golongan pencinta alam adalah: negara kehilangan warisan semulajadi mengurangkan kawasan tadahan air kemusnaahn kehidupan liar dan fauna Pihak lain Yang terlibat seperti penduduk tempatan,Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan sudah tentu mempunyai pandangan tersendiri yang perlu diambil kira. Aktiviti R Kemeterian Pendidikan telah membenarkan pihak sekolah melaksanakan jadual waktu anjal.Kemeterian berpendapat jadual waktu anjal dapat mengatasi beberapa masalah pihak sekolah. Gunakan OPV untukmendapat sudut pandangan pihak berikut: i. Guru Besar/Pengetua ii.Guru iii.Pelajar Refleksi Adakah menggunakan OPV dalam situasi di atas memaksakan anda melihat semula isu dari sudut pandangan orang lain? Adakah dengan mengambil kira yang lain itu membolehkan anda memperoleh perspektif baru terhadap isu berkenaan? Apakah kelebihan OPV apabila anda menghadapi sesuatu masalah? Adakah OPV menolong mengesan persamaan dan perbezaan pandangan anda dengan pandangan orang lain? Aktiviti S i. Adakah alat-alat CoRT berbeza dengan Pengurusan Grafik?Sekiranya ya, bagaimanakah ia berbeza? ii. Di dalam kumpulan berempat isi ruang yang disediakan di dalam kertas majong (sila lihat bawah ).Apabila visel dibunyikan sila beredar dari stesen anda ke stesen yang berikutnya sehingga sampai ke stesen permulaan (jig-saw carousel). Jangan ulang maklumat/idea yang sedia ada (yang ditulis oleh kumpulan lain) di dalam kertas majong. STESEN 6

iii. Fikirkan cara-cara bagaimana teknik penyoalan boleh digunakan bersama alatalatalat CoRT untuk meningkatkan keberkesanannya?Berikan comtoh. iv.Bagaimanakah anda boleh mengubahusuaikan alat-alat CoRT supaya menjadi lebih praktikal dan berkesan bagi situasi sekolah anda?Jika perlu gunakan komputer. Posted by muhamad akmal jamaludin at 9:43 PM 0 comments TUESDAY, MARCH 30, 2010 email En. Arbain http://kbkk40.blogspot.com/adsalai@gmail.com Posted by muhamad akmal jamaludin at 9:54 PM 0 comments pengenalan sebuah blog yang membincangkan hal-hal berkaitan pemikiran dan kaedah-kaedah berfikir Posted by muhamad akmal jamaludin at 9:49 PM 0 comments Home Subscribe to: Posts (Atom)

You might also like