You are on page 1of 3

AL-‘IFFAH

Al-‘Iffah bermaksud kebersihan jiwa, iaitu menahan kemahuan syahwat dengan


mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’. Sifat Al-‘Iffah
bererti menjaga diri daripada segala keburukan supaya terpelihara kehormatan
diri. Seseorang Muslim harus sentiasa berusaha memelihara kesucian dirinya,
menjaga hawa nafsu, lidah dan juga hatinya daripada melakukan perkara-
perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Bahawasanya Allah telah berfirman
bahawa:

“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya, dan rugilah orang yang


mengotorinya” (Surah As-Syams: 9-10)

Budi pekerti itu boleh berubah dengan jalan berlatih

Ketahuilah bahawa setengah orang yang telah dipengaruhi oleh kerosakan


peribadi merasa sangat berat sekali untuk berjuang , melatih diri atau berusaha
atau berusaha untuk membersihkan diri untuk dan mendidik budi pekerti.
Selalunya orang seperti itu tidak meyakini, bahawa akhlak yang jahat itu dapat
diubahnya, disebabkan kelalaian atau sempit pandangan, atau buruk
percampuran. Ia menganggap bahawa akhlak seseorang itu mustahil untuk
diubah, kerana menganggap tabiat manusia itu tidak mungkin berubah-ubah.

Rasulullah sendiri berpesan kepada kita dengan sabdanya:


“Perbaikilah budi pekerti kamu sekalian”

Syarat menerima perubahan ke arah kebaikan biasanya bergantung kepada


kemahuan seseorang hamba. Maka begitu jugalah dengan sifat marah dan
kemahuan syahwat, tentu sekali bagi kita sukar untuk menghapuskannya,
ataupun mengalahkan sifat marah dan kemahuan syahwat itu tanpa
meninggalkan apa-apa kesan sekalipun. Untuk melakukan yang demikian itu,
tentu sekali payah dan tidak mampu. Tetapi, jika kita ingin menguasai kedua-
duanya, dan memimpinnya ke jalan latihan diri dan perjuangan untuk
menahannya, maka yang demikian tentu boleh diubah. Manusia diciptakan
dengan tabiat semula jadi yang berbeza-beza. Ada yang segera menerima
perubahan dan ada yang lambat menerima perubahan. Sifat marah dan
kemahuan syahwat itu tidak boleh dikalahkan dan dihapuskan sama sekali
kerana sifat marah dan kemahuan itu diciptakan oleh Allah SWT bagi manusia
bersama faedahnya, dan ia juga merupakan perkara yang perlu kapada bangsa
manusia.
Sekiranya terputus syahwat manusia terhadap makanan, nescaya
manusia akan mati. Demikian pula dengan syahwat persetubuhan, kiranya ia
terputus maka akan terputuslah keturunan manusia. Andaikata sifat marah
terputus sama sekali dari manusia, tentulah manusia tidak mampu lagi untuk
mempertahankan dirinya dari segala bahaya yang bakal memusnahkannya, dan
akhirnya mereka akan musnah pula. Apabila pokok syahwat itu masih kekal
dalam diri, maka tidak boleh tidak kecintaan kepada harta kekayaan itu akan
turut kekal sama, dan ia akan menyampaikan pula kepada syahwat yang
menyebabkan ia amat sayang pula kepada harta, sehingga ia bersungguh-
sungguh mahu menahannya. Yang menjadi tujuan utama di sini bukanlah
mencabut sifat syahwat itu dari akar-umbinya sama sekali, malah yang dituntut
hanya mengembalikannya kepada kesederhanaan; iaitu pertengahan antara
keterlaluan dan terus mengabaikan. Manakala pada sifat marah pula, yang
dituntut ialah pandai mempertahankan diri, jangan sampai terlalu membuta-tuli
atau terlalu pengecut. Secara kesimpulannya, sifat ini haruslah mempunyai
kekuatan dalam dirinya, sedang kekuatan itu patutlah tunduk dan terpimpin oleh
anugerah akal fikiran manusia.
Sekiranya akal menjadi pengendali terhadap sifat marah dan dapat
menguasai kehendak syahwat manusia, maka inilah yang diertikan sebagai
perubahan akhlak dan kelakuan ke arah sifat mahmudah. Perubahan hendaklah
diteruskan dan dibiasakan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan
bersungguh-sungguh nafsu syahwat yang menentangnya, sehingga perbuatan-
perbuatan itu lama-kelamaan menjadi tabiatnya. Semua akhlak dan kelakuan
yang bersifat keagamaan itu tidak akan meresap ke dalam diri seseorang, selagi
ia tidak membiasakan dirinya dengan segala adat-adat yang baik, dan
meninggalkan segala perbuatan-perbuatan yang buruk. Dalam melaksanakan
syarat ini, hendaklah ia bersikap sebagai seorang yang cenderung kepada
perbuatan-perbuatan yang bagus, dan merasa nikmat apabila melakukannya,
membenci perbuatan-perbuatan yang jahat serta merasa kesal bila
membuatnya.

You might also like