You are on page 1of 10

Pengurusan Pendidikan

Jasmani dan Sukan -


Perancangan
Ahli kumpulan :
1. Dayang Rafidah Binti Abang Ihie
2. Nor Ain binti Sulaiman
3. Nurul Syazwani Binti Omar
Kepentingan Perancangan
1. Sebagai garis panduan
• Perancangan menentukan matlamat dan
tindakan yang perlu dilakukan oleh organisasi
pada masa depan.

• Ia membantu mengurangkan kesilapan kerana


organisasi menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut strategi yang telah dirancangkan.
2. Memudahkan penilaian prestasi
• Organisasi telah mempertimbangkan matlamat yang hendak
dicapai dan menyediakan satu kayu ukur.

• Dengan itu, prestasi sebenar dapat dibandingkan dengan yang


dirancang bagi mengesan kesilapan jika ada.
3. Pengagihan sumber dengan cekap
• Organisasi dapat menyelaraskan dan mengorganisasi semua
sumber yang perlu berdasarkan perancangan.

• Dengan itu, sumber dapat diguna dengan cekap untuk


mengurangkan kos akibat pembaziran.
4. Membantu pembuatan keputusan
• Perancangan membolehkan usaha dilihat secara kritikal dan
objektif.

• Dengan itu, keputusan yang lebih tepat dapat dibuat


berdasarkan maklumat yang berasas.
5. Mengenalpasti peluang dan ancaman masa
depan.
• Pengurus dapat memahami keadaan persekitaran kerana
pelbagai maklumat perlu diperoleh sebelum perancangan.

• Dengan itu, risiko dapat diminimumkan kerana pelbagai


kemungkinan risiko telah dikaji dan diiring dengan alternatif
yang sesuai.
Tahap Perancangan
Aspek Pengurusan atasan Perancangan taktikal Perancangan operasi
Definisi Pelan tindakan jangkang Pelan tindakan jangka Pelan tindakan jangka
panjang yang sederhana yang khusus pendek yang lebih
menyeluruh terperinci
Perspektif Rancangan untuk Rancangan untuk Rancangan untuk aktiviti
organisasi secara sesebuah jabatan tertentu
keseluruhan
Tujuan Mencapai misi dan Mencapai matlamat dan Mencapai matlamat
matlamat organisasi perancangan strategik dalam perancangan
taktikal
Jangka masa Rancangan ini dibuat Rancangan ini dibuat Rancangan ini dibuat dan
untuk diguna bagi untuk diguna bagi tempoh diguna untuk tempoh
tempoh masa yang masa sederhana panjang masa yang pendek.
panjang
Pihak yang Pengurus atasan Pengurus pertengahan Pengurus bawahan
terlibat bertanggungjawab bertanggungjawab bertanggungjawab
menyediakan rancangan menyediakan rancangan menyediakan rancangan
strategik taktikal operasi.
Proses perancangan
1. Menetapkan Matlamat organisasi yang menyeluruh dan matlamat jabatan
matlamat dibentuk. Matlamat mesti jelas dan realistik serta bersesuaian
dengan sumber organisasi yang ada.

2. Mentafsir Menganalisis persekitaran dalaman dan luaran. Rancangan


kedudukan semasa dibuat adalah berbentuk ramalan berdasarkan maklumat yang
diperoleh.

3. Menentukan Menyenaraikan beberapa alternatif untuk membantu pembuatan


alternatif keputusan yang lebih tepat

4. Menilai alternatif Mempertimbangkan peluang, risiko dan keuntungan yang


terbaik mungkin diperoleh bagi setiap alternatif

5. Memilih alternatif Menilai kelebihan dan kelemahan setiap tindakan alternatif.


terbaik Selepas itu, memilih alternatif yang terbaik daripada beberapa
alternatif yang dibentuk
Konsep-Konsep Perancangan-
perbezaan misi dan objektif
Aspek Misi Objektif
Definisi Pernyataan tentang tujuan utama Sasaran akhir yang cuba dicapai
organisasi ditubuhkan oleh organisasi
Skop Luas atau umum Lebih khusus
Pembentukan Oleh pengasas atau lembaga Pengurus
pengarah
Jangka masa Berbentuk jangka panjang Berbentuk jangka sederhana atau
pendek
Pencapaian Tidak boleh diukur kerana Boleh diukur kerana merupakan
merupakan nilai kepercayaan apa yang ingin dicapai
dan falsafah pengurusan
Contoh Komitmen ke arah Mencapai keuntungan bersih
kecemerlangan dan dedikasi tahunan sebanyak RM100 Juta
terhadap perkhidmatan
Konsep-Konsep Perancangan yang Lain
Prosedur Langkah-langkah sesuatu aktiviti kerja dilakukan untuk menjalankan
tugas mengikut turutan
Dasar Pernyataan umum yang menjadi garis panduan untuk membantu
pengurus membuat keputusan dan mengambil tindakan
Strategi Pelan tindakan yang dibentuk oleh pengurus atasan untuk
membolehkan matlamat organisasi dicapai
Taktik Langkah-langkah yang dibentuk oleh pengurus pertengahan untuk
memastikan matlamat jabatan dicapai
Operasi Aktiviti harian yang dirancang oleh pengurus bawahan untuk dilakukan
oleh pekrja bawahan bagi memastikan matlamat unit dicapai.

You might also like