You are on page 1of 9

AGENSI SUKAN NASIONAL

Agensi-agensi sukan di Malaysia merupakan organisasi yang


bertanggungjawab merancang dan membangunkan aktiviti sukan negara.
Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi
sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya
merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang
sihat dan cergas. Berdasarkan atas kepentingan ini kerajaan telah mengirakan
langkah dengan memperkemas dan mempertingkat kemampuan agensi-agensi
sukan nasional agar seiring dengan inspirasi nasional. Bagi memudahkan anda
memahami fungsi dan peranan utama agensi sukan nasional yang menjadi
tulang belakang pembangunan sukan negara anda akan diperkenalkan dengan
agensi-agensi utama yang bertanggungjawab kepada pembangunan sukan di
Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan
dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian
Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada
tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan
iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.
Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh
Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan
telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan
untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987,
Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah
dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
OBJEKTIF DAN FUNGSI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Objektif utama Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk:
Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak
tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu
masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.

Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah:


 Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran
vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui
kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
 Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia
yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya
kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
 Menyemarakkan penyertaan rakyat mengamalkan cara hidup yang aktif
dan sihat melalui konsep "Sukan Untuk Semua" dan pengenalan konsep
"Malaysia Cergas"
 Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.
 Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti di dalam bidang-bidang
berkenaan ke arah memenuhi sebahagian keperluan industri negara.

Laman web : www.kbs.gov.my


Majlis Sukan Negara
Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan
Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis
pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul
Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari
1972. Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di
bawah tanggungjawab Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat
penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah dimulakan dengan melibatkan
secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-
pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian
tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan
supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik

MSN mula disusun semula pada tahun 1981 bagi tujuan memperkemas dan
mempertingkat fungsinya dengan objektif utama mengembang dan membangunkan
sukan khusus bagi sukan berprestasi tinggi. Jika diteluskan matlamat utama
penubuhan MSN adalah seiring dengan Dasar Sukan Negara iaitu
bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan
pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi .
Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:

 Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat


Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai
teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan.
 Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat
negeri dan daerah.
 Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat,
kepakaran,
dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
 Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan
pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.
 Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan
sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
 Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri
dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan
peringkat kebangsaan.
 Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di
bawah tanggungjawab Majlis.
 Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN


MSN telah menggariskan beberapa peranan dan tanggungjawab utamanya
dalam memastikan perancangan dan pembangunan sukan negara mencapai hasrat
dan visi dan misinya, antaranya adalah:
1. Program Pembangunan Atlet
2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan
5. Kemudahan Sukan
6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan
7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Laman Web : http://www.nsc.gov.my/

Majlis Olimpik Malaysia


Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan
pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di
bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan
Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya
Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah
merupakan sebuah organisasi sukan yang diiktiraf penglibatan dan
penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan
Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954
melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan
Olimpik. Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli
gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:

(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)


(b) Olympic Council of Asia (OCA)
(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)
(d) Commonwealth Games Federation (CGF)
(e) International Assembly of National Confederation of Sports

Penyertaan yang diwujudkan ini telah melayakkan MOM untuk menjadi badan
utama negara yang membolehkan penyertaan dalam kejohanan sukan seperti
Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Ahli kepada MOM adalah terdiri dari
Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan persatuan sukan mewakili
setiap jenis sukan di Malaysia dan diiktiraf Oleh IFS.
Laman web : http://www.olympic.org.my/web/

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM:
(a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
(b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
(c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan
sekolah.
(d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah
di peringkat kebangsaan dan negeri.
(e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-
pertubuhan sukan jika perlu.
(f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
(g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang
patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,
melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

MSSM memberikan peluang kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia untuk


mengambil bahagian dalam pelbagai disiplin sukan. Antara acara-acara wajib yang
dipertandingkan di peringkat kejohanan MSSSM adalah seperti olahraga,
badminton, renang, bola sepak, skuasy dan gimnastik.
Acara yang diperkenalkan oleh MSSM melalui kejohanan yang dianjurkan,
telah menjadi semakin popular di kalangan murid sekolah. Melalui program ini
bakat-bakat yang berpotensi di peringkat MSSM dapat dikenal pasti dan diberi
bimbingan secara khusus untuk menjadi atlet negara. MSSM juga sentiasa
memberi penghargaan kepada atlet dengan memberikan pelbagai anugerah
sebagai satu penghargaan kepada atletnya, antara anugerah-anugerah tersebut
adalah seperti anugerah MSSM/MILO dan Junior Olympic Award.

STRUKTUR ORGANISASI MSSM


Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai
Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga
Pengurusan MSSM boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi
melicinkan fungsi MSSM sendiri.
Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti
(a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi
MSSM.
(b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.
(c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga
Pengurusan.
(d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat
negeri.
(e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar
dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.
Antara bidang kuasa MSSM ianya berperanan memberi nasihat kepada
Menteri Pelajaran berhubung perkara-perkara pembangunan dan pengurusan
sukan. MSSM juga mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan
kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai
dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai
perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.
Laman web : http://www.moe.gov.my/eps/

PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI MALAYSIA


Persatuan sukan di Malaysia secara tradisionalnya diurus dan ditadbir
secara sukarela sejak sebelum merdeka lagi. Fungsi utama persatuan-
persatuan sukan ini adalah bertindak sebagai badan utama bagi setiap disiplin
sukan. Persatuan ini bertanggungjawab kepada pentadbiran dan pengembangan
sukan ini ke pelbagai peringkat hingga ke akar umbi. Antara contoh
tanggungjawab biasa yang dilaksanakan adalah seperti penguatkuasaan undang-
undang rasmi permainan, penganjuran kejohanan dan pertandingan, aktiviti
pengenalan dan pengembangan permainan dan sebagainya.
Setiap persatuan sukan ini adalah diwajibkan untuk menjadi ahli gabungan
kepada Majlis Olimpik Malaysia bagi melayakkan persatuan sukan untuk
menghantar pasukan bertanding mewakili negara di pelbagai kejohanan di peringkat
antarabangsa. Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara (1988) dan Akta
Pembangunan Sukan (1997) kini persatuan sukan di Malaysia telah diberikan
perhatian dan sokongan yang serius oleh Kerajaan khususnya melalui
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memastikan perkembangan dan
kemajuan setiap disiplin sukan di negara terjamin. Untuk menambahkan
kefahaman anda, beberapa buah persatuan sukan diketengahkan kepada anda
dalam topik ini.

KONGRESS TENPIN BOWLING MALAYSIA (MTBC)


Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan
yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari
Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga
persatuan ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat
antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling
Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ). Objektif utama
persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai
peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam
pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari
pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program “Partner in
Sports” persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping
bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M)
Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd. Keahlian dalam
persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan
ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai
peringkat, program pembangunan dan penggalakan.
Laman web : http://www.mtbc.org.my/

PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA


Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia
sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan
secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba
basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan
dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh
Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New
Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau
Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5
Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan
Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale – UCI) dan pada masa
yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia.
Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya
apabila sukan ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya
Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya ’98 untuk
menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa
yang sama, atlet yang menjalani latihan ini diserapkan dalam pasukan Negara
menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula dianjurkan pada tahun 1996.
Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran
Program Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah
menyertai skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah
Sukan SEA 2001.
Pendaftaran semula Pertubuhan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal
Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana nombor
pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.

Laman web : http://www.mncf.org.my/

PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)

Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada


sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi
Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis
Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari
dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997.

Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah:


(a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan
badminton di Malaysia.
(b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan
oleh BAM dan organisasi lain.
(c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan
undang-udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang
dikeluarkan oleh BAM.
(d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di
kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

Laman web : http://www.bam.org.my/

You might also like