You are on page 1of 1

Surah Al-Baqarah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Surah Al Baqarah (Arab: ‫" سورة البقرة‬Lembu") Merupakan surah kedua dan terpanjang
yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar
diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji
wada' (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan
ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282).
Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan
perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina
untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras
hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana
memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar
juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

[sunting] Isi kandungan


Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan
solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal
yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara
menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak
menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah;
kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah
kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum
melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.

Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim
a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum
musyrik dan Yahudi Madinahserta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum
munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.

You might also like