You are on page 1of 6

AWAL TULISAN

Masalah Yang
Dihadapi oleh Kanak –
kanak ADHD Semasa
Menulis

Tulisan kotor dan kelihatan tidak matang.


Menulis laju dan hasilnya tulisan tidak boleh
dibaca.
Tidak memberi tumpuan semasa guru
mengajar cara pembentukan huruf yang betul
dan hasilnya mereka menulis mengikut cara
mereka sendiri.
STRATEGI
PRATULISAN

Ajar dan beri contoh perlahan - lahan semasa


menerangkan langkah membentuk huruf.
Gunakan penerangan yang sama semasa membuat tunjuk
cara melalui pergerakan coretan berlebih – lebihan di
udara.
Biarkan pelajar bangun (di satu sisi kelas) dan menulis
huruf sebesar yang mungkin di udara sementara anda
memerhatikannya.
Semasa pelajar berlatih dengan menggunakan kertas
ataupun papan hitam individu, bergerak keliling kelas dan
cuba kenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan
peribadi, bantuan secara kumpulan kecil ataupun diajar
semula serta – merta.
CADANGAN
AKTIVITI

Melukis Corak

Bahan – bahan :
1) Papan putih
2) Marker
3) Kertas dan krayon untuk
kanak - kanak
Langkah – langkah:
1) Guru menyuruh murid – murid memandang ke
luar tingkap dan beritahu kepada guru objek
yang bergerak. Contohnya angin.
2) Guru menunjukkan pergerakan angin di
hadapan murid. Murid meniru pergerakan yang
dibuat.
3) Guru melukis pergerakan angin di papan putih,
dan murid – murid menyalin lukisan yang dibuat
di atas kertas dengan menggunakan krayon.
4) Murid – murid membuat corak yang berlainan
seperti :

Angin Bertiup

Wayar Telefon

. . . . . . .
Hujan . . . . . .
. . . . . .

Arnab Melompat

You might also like